Wednesday, February 18, 2009

Tags at a season in the sun...

1. Put your music on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!

4. NO CHEATING!
5. Tag others

Tag lagu..aku membiarkan jer lagu2 nih berkumandang tanpa aku tekan next song..ehehe...tapi, frankly speaking, lagu2 aku sumer jiwang2..Most of it adalah lagu2 lama...lagu yang biasa aku dengar masa sekolah dolu2..terkenang cerita lalu...ewaah...


IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?
Only you and you alone – Alvin and the chipmunks

ahaks...sungguhlah kaki bodek..


WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Once upon a December – soundtrack Anastasia


HOW DO YOU FEEL TODAY?
Sorry seem to be the hardest word – Blue feat Elton John

I dont feel sorry to some person today...


WHAT IS YOUR MOTTO?
Words – Boyzone

Terlajak kata buruk padahnya.. :D


WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
When you say nothing at all – Ronan Keating
Errrr...


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Bila wajahmu kubayangkan - Sudirman
Ahahaha..adakah yang merinduiku?


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
You’re the inspiration - Chicago
Ya..sumber inspirasiku...


WHAT IS 2+2?
Lady Rain – Indecent Obsession

Kalo tak reti jawab, memang akan hujan


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIENDS?
Bila diri disayangi - Ukays

Erm....


WHAT DO YOU THINK OF THE PERSON YOU LIKE?
Journey to the past – soundtrack Anastasia

Isk...


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Ayam den lapeh – Anita Sarawak

Ahahahaha..den tak pernah bela ayam pun...


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Last Kiss – Pearl Jam

Pergh...


WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Love me for a reason - Boyzone

Memang syahdu kan?


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Have I told you lately –Rod Stewart


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Unwritten – Natasha

Tidak terungkap dek kata-kata


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
True love kiss – soundtrack Enchanted

Aiyark..tidak sama sekali!


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Stay the same – Joey Mcintyre


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
You took my heart away - MLTR


WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Reflection – sountrack Mulan


WHAT MAKES YOU CRY?
The lion sleeps tonight – The Tokens

Huwahuwahuwa...(gelak guling2)


WHAT MAKES YOU LAUGH?
Somewhere out there – soundtrack Fievel Goes West


WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
When you say nothing at all – Ronan Keating

Memang sungguh dikesalkan


HOW WILL YOU DIE?
Dreams to dreams – soundtrack Fievel Goes West


WILL YOU EVER GET MARRIED?
Beauty and the beast – soundtrack Beauty and the beast

Macam kejam la pulak


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
My baby you – Marc Anthony

Terasa diri dimanjakan la plak


DOES ANYONE LIKE YOU?
Anyone of us – Gareth Gates

hns..hnss


WHAT SCARES YOU THE MOST?
Chantek – Altimet feat Adeep Fabolous Cat

Takut riya’


IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Everything I do, I do it for you – Bryan Adam


WHAT WOULD YOU SAY, WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
Hanya kau yang mampu –Aizat

Hahaha..sesuainya..


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Season in the sun – Westlife
(nih terpaksa ngelat sebab tetiba kuar lak lagu Ya Rasulullah..huhuhu)


ok...aku akan tag adeq, cik tulip, ein, kinah, luvlaini

************************************

1. Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkn di blog anda.

hnss..hnss..bangga I

2. Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.

  • 2 orang bg tag gini. Satu dari ein. Budak kecik dari N9. Bakal bergerlar isteri orang. Skang tengah melakukan latihan amali suri rumah tangga..ahahah
  • satu lagi dari cik Tulip. Dulu satu opis, tapi skang dah lain-lain opis. Skang bergelar ibu tunggal wat sementara sbb en. sominyer gi kursus 6 bln...ehehehe..dia nih kekadang normal, kekadang kurang normal sikit :p
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)

  • Fakta - seorang isteri kepada seorang suami
  • Fakta - ummi pada Zakwan
  • Fakta - menanti second child (insyaallah)
  • Fakta - loves chocolate n western food
  • Fakta - dah lama tak bawak keter sendirik...
  • Hobi - Zakwan
  • Hobi - Suka window shoping
  • Hobi - tengah gila menetaskan 'telur' (wan ajar)
  • Hobi - Masa sekolah rendah pernah kumpul stem. Fakta nih...
  • Fakta - Dolu2 aku adalah seorang yg brutal..ala2 jantan..skang nih aku dah femini..ahaks
4) Pilih 5 penerima award seterusnya n nyatakan di blog anda.

Hmm..rasanya ghamai dah yg pernah menjawab tag sebegini..makanya saper2 yg tak pernah jawab tuh, siler lah ek..

5) Jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.

Korang dah buat, nnt aku gi tengok

p/s: cik tulip, memang ku ingat peristiwa harimau betina itu..ahaha..garang sungguh dirimu..

Monday, February 16, 2009

Tak dapat keizinan...

Huhuhu...aku tak diizinkan keluar...Minggu lepas aku buat monthly check up di klinik. Seperti bulan2 sebelum ni, plasenta ku masih di bawah. Dalam usia kandungan 7 bulan, aku dah tak digalakkan oleh doktor untuk berjalan jauh. Bila aku cakap aku nak ke sawah padi bertambah kengerian doktor. Sekarang aku kena tunggu bulan depan untuk scan lagi. Kalau masih di bawah, jawabnya kena refer pada specialist. Abang bila tau jer, terus tak bagi aku ikut kerja luar yang sepatutnya mula minggu depan. Rasa macam nak menangis jer. Bukan takutkan keadaan aku, tapi dok pikir kerja tuh. Kali nih punya kajian memang rasanya cukup kelam kabut. Caca marba. Baik dengan owner ataupun dengan bos. Tuh belum dengan masalah-masalah ahli kumpulan lagi tuh. Memula rasa macam nak gak berdegil pergi ke Kuala Selangor je tapi abang kata kalau aku nak juga pergi, dia akan jmp doktor utk dapatkan surat reference ke specialist. Isk..isk..memandangkan aku seorang isteri yang mithali, makanya ku patuhilah arahannya..ehehehehe...yang aku harapkan sekarang nih, team aku dapat laksanakan kajian dengan lancarnya. Bukanlah nak kata kalau aku takder team kelam kabut. Tidak sama sekali sebab ahli kumpulan aku nih sumer org2 yang byk pengalaman. Takper lah, harap2 sumernye ok lah..dan harap2 aku pun ok...insyaallah...

Wednesday, February 11, 2009

Zakwan...

Jarang sgt rasanya bercerita tentang Zakwan. Biarlah kali nih membicarakan tentang anak ummi yang sorang nih. Cuti hujung minggu baru-baru ni, kami bawa Zakwan ke PD. Inilah pertama kalinya Zakwan menjejakkan kaki ke pantai dan bakal direndamkan ke laut. Mula-mula masuk laut, menangis Zakwan. Kuat dipeluknya walid dia. Tapi selepas seketika, naik syeikh la pula. Siap kena belikan pelampung. Habis kulit anak ummi kena sunburn. Muka merah terbakar, lengan dah start gelap. Bila tak dipakaikan baju, berbelang jer kulitnya. Hehehe...Seronok memang seronok, tapi balik tu Zakwan demam pula. Demam terkejut kena rendam kot. Alhamdulillah, 2 hari dah kebah. Cuma tengah malam hari kedua tu je suhunya menjulang naik. Lepas bagi makan ubat, badan dilap dengan tuala basah baru kurang panasnya. Masa tu dah mula terbayangkan kes Zakwan yng kena sampai masuk wad tuh. Risau je. Owh..sayang masa ke PD terlupa nak bawak kamera. Tak ada lah gambar2 sebagai bukti..isk..ruginya la...

Zakwan bulan nih dah nak masuk 1 tahun 3 bulan usianya. Ada few words yang dia dah boleh sebutlah even tak clear sgt sebutannya. The latest words dia adalah tak ek (takder), atuh (jatuh), atuk, teter (turtle), dak (duck), ufff (wolf - sila sebut sambil menyembur2kan air liur yer :D ), aa bah (bas). Kalau dibagi buku ABC, bila buka gambar oren terus Zakwan sebut mamam. Sememangnya dia hantu oren. Satu tabiat baru Zakwan adalah bila masuk je kereta, cepat je tangan dia tarik seat belt. Wahh..sungguh tinggi kesedaran sivik anakku ini. Maknanya sekarang ni, satu seat belt dipakai oleh 2 orang..ehehe..agak-agak polis nak saman ke kalau pakai macam tuh?

Sekarang manja Zakwan dengan ummi bukan main lagi. Duduk pun nak berpangku. Agaknya dah terasa makin nak dapat adik kot. Tapi takper, ummi suka budak manja-manja nih walaupun kadang-kadang hangat gak hati sebab susah nak buat kerja lain. Terfikir juga kadang kala, macam mana lah nanti kalau dah ada adik nanti? Insyaallah, kasih sayang ummi dan walid tetap sama pada Zakwan :)

Zakwan sekarang dah ada sun glasses dia sendiri. Mula-mula dulu asyik mengerjakan sun glasses walid je. Kalau dah pakai sun glasses tuh, bukan main lagi eksyen nya. Sampai nenek Beranang pun tegur betapa seriusnya muka Zakwan. Perasan macho kot. Mula-mula dapat cermin mata tu, susah nak bg cermin mana tu dok lama-lama kat atas batang hidung Zakwan. Tapi sekarang, bila dah pakai susah pulak nak suruh buka...Hehehehe...

Alahai anak ummi..macho ke sayang?

Monday, February 02, 2009

Cuti di Putrajaya

Selamat bercuti kepada semua kakitangan di kawasan Wilayah Persekutuan. Tapi bila bercuti tanpa somi yang terchenta, macam bosan lah jugak. Aku dah siap memasak. Hari nih masak simple2 jer. Yerlah, makan utk 2 1/2 orang. Malas nak grand2 sangat. Lauk hari nih just gulai kacang kelo dan daging masak kicap. Sambal tumis semalam pun elok lagi, so panas kan ajer lah. Oh..finally, my new family member is here. Hensem serta comel sehingga menjilat jari. Ehehe..weekend kami agak sibuk. Hari Sabtu kami ke rumah Pn. Yam, majlis kawen anak dia. Itu pun dah tersilap tarikh. Mati2 aku ingatkan hari Ahad majlisnya. Nasib baik abang check kad jemputan. Panas telinga nih kena perli gan abg. Lepas makan2 kejap kat rumah Pn. Yam, kitorg terus ke rumah Izza. Ada jamuan hari jadi anak2 dia. After more than 10 years, akhirnya kitorg berjumpa balik. Masing-masing dah ada kerjaya dan kehidupan sendiri. nNk ke rumah si Izza tuh, ntah berapa kali kitorg berpusing kat Jalan Ampang Hilir n Jalan U-Thant. Rupanya pintu masuk nak ke Kuarters Kerajaan Jalan U-Thant tuh kat Jalan Desa Pandan. So, lepas makan2 n duduk2 dalam sejam kat situ kitorg terus gerak balik ke Putrajaya. on the way nak balik tuh, singgah rumah sepupu aku. Jari kakinya baru lepas kena potong. Pergilah ziarah sekejap.

Esoknya (i mean, semalam) kitorg ada jemputan di Seri Kembangan. Majlis cukur jambul cucu makcik aku. Ingatkan nak dok kejap jer, tapi masa kitorg sampai mknn tak sampai2 lagi. Sementara menunggu tuh, sempat la jumpa sedara mara yg lain termasuk mak n abah. Makanannya sungguhlah marbeles. dengan sambal tumis sotong kembang, dgn daging kambingnya..rasa macam nak tambah jer tapi lepas makan2 kat situ, kitorg nak ke majlis kawen kawan abang pulak. lepas majlis kawen tuh terus ke Beranang, nak amik charger hp yg tertinggal. Hp aku dah 3 hari takleh nak on..huhuhu..

Isk..Zakwan dah bangun lah. Nak melayan dia lah pulak. Nanti2 sambung balik lah...

Thursday, January 22, 2009

Berkobar-Kobar...

uh...WAITING FOR OUR NEW FAMILY MEMBER TO COME...hins..hins..(kembang kempis idung) tak sabarnyerr... :D

Monday, January 19, 2009

Puntianak Harum Sun*** Malam...

Uh...terseksanya..dah lama tak merasakannya..hari tuh aku menggelakkan abang..kini aku lak kena. Kalau tak salah aku, last aku kena masa sekolah rendah dulu. Dah masuk seminggu lebih dah macam nih. Macam abang hari tuh pun dekat 2 minggu baru ok. Pembawa virusnya Zakwan tapi dia sekejap jer. Beberapa hari jer. Bila sampai pada kami, seminggu lebih. Sampai abang pun bosan dah MC. Aku pun gatal2 datang opis walaupun ada org2 opis yang menghalau aku balik. Arghh..selagi belum bos yang halau, aku masih akan tetap di sini..ehehehe...Kak Alin pun dah bising2 sebabnya 2 kali pergi klinik, hanya MA yang check. Sepatutnya dah direfer pada Dr. Nak2 bila tengok jangkitan dah naik ke kelopak mata. Memang merimaskan. Cepatlah baiknya...

Macam mata Puntianak Harum Sun*** Malam..
Merah kan kelopak mata tu



Huhuhu..sepet sebelah

Tuesday, December 30, 2008

Why must 3?

Aiyo..kena tag lah pulak..mmg saja jer ein nih nak nambah kejer akak eh? Tapi, kenapa mesti 3 eh? Makanya, inilah segala 3 yang kena dijawab..


Three Things That Scare Me :

i. Dimanakah tempatku di akhirat kelak..
ii. Losing someone that i love..
iii. Jawab periksa.. :D

Three Peoples Who Make Me Laugh :
Terlalu ramai lah..Leh dikatakan setiap mereka yang berada disekelilingku dapat buat aku tergelak (mmg aku suker gelak)..hmmm...should i say...
i. My baby (Zakwan) & hubby
ii. My other family
iii. My friends

Three Things I Hate :
errr...errr..camner nak letak prioritynyer yer?
i. Manusia yang suka mendesak
ii. Forgetful person (sometimes, it was me myself..)
iii. errr..bila tak mampu nak memenuhi hajat orang len...

Three Things I Don't Understand :
i. Kenapa umat Islam masih tidak boleh bersatu?
ii. Kenapa manusia mudah lupa Tuhan bila ditimpa bencana?
iii. Music notes (haram satu haper pun aku tak paham :p)

Three Things I'm Doing Right Now :
i. Jawab tag
ii. Pikir aper nak jawab sambil tenung skrin komputer
iii. Menaip

Three Things I Want To Do Before I Die :
i. Taubat nasuhah
ii. Menggembirakan hati setiap insan yg aku sayang (syahdunya..)
iii. Melangsaikan segala hutang piutang..

Three Things I Can Do :
i. Sleep
ii. Eat
iii. What normal people can do, i also can do lah...

Three ways To Describe My Personality :
i. Simple (or selekeh?)
ii. Will try to make people around me as happy as they can..
iii. A bit sensitive

Three Things I Can't Do :
i. Takleh menyanyi dgn merdu (as my sister always told me "ko nyanyi out of tune la..")
ii. errr..wat masa nih..i can't do sit up...ahahaha
iii. Playing any musical instruments...(bab muzik mmg aku fail..)

Three Persons I Want To Tag :
Sebab suh senaraikan 3 jer..makanya aku akan memilih...
i. member blog yg juga sekerja ngan aku (adeq, tulip,ct)
ii. member blog yang sesekolah ngan aku (wan, sue, izza)
iii. member blog yang baik hati nak baca blog aku (akira, wani, luvlaini, kinah dll)
p/s: kak sri rajin tak nak jawab tag? ehehehehe...

Tuesday, December 23, 2008

Penatnya menjadi ibu tunggal..

Huh..penat yer menjadi seorang ibu tunggal nih. Nooo...bukan aku tak ada suami, tapi ditinggalkan suami sebab pergi berkursus di Melaka. Makanya secara rasmi aku menjadi ibu tunggal untuk 3 hari 2 malam. Dah lah hari Jumaat tuh perut aku meragam betul. Nak tinggalkan Zakwan main sesorg pun susah, sbb kalau dia tak nampak kelibat umminya, mulalah meraung sekuat hati. Adush..Nak solat pun kena bentang sejadah lain kat sebelah untuk dia baring2. Tapi endingnya dia tetap akan baring depan sejadah kita sambil memerhatikan kita solat. Ingatkan Aida akan di poskan petang tuh, rupanya malam dah dekat pukul 10 baru dia sampai bersama dgn Abg Long sekeluarga. Aku pulak untuk makan malam dengan Zakwan aku just masakkan mihun sup 'bodo-bodo' (sejenis mihun sup yg dimasak oleh org pemalas..ehehe). Malam tuh Abg Long tido di rumah aku. Zakwan sampai kena paksa tido sebab asyik nak main dengan kakak Humaira' n Abg Aki jer.

Hari Sabtu tuh senang sikitlah nak buat kerja sebab ada Aida utk melayan Zakwan. Boleh lah aku mengemas, basuh baju, buang sampah dan masak semua. Kain pulak dah menggunung tak dilipat. Pagi tu Abg Long balik, kemudian dah dekat tghari Kak Alin pulak datang. Lepak2 kat rumah sampai petang. Lepas habis masak, aku pulak melayan Zakwan. Bila petang, bawak Zakwan turun ke playground. Melayan dia main kat situ, mak pulak datang. Singgah ke rumah aku lepas balik dari kenduri. Cadang memula nak tido kat Putrajaya, tapi mak kata byk pulak urusan kat rumah..malam tuh jugak diorang balik. Tinggallah aku bertiga dengan Aida.

Hari Ahad tuh seharian Zakwan tak keluar. Dah macam cacing kepanasan dia kat dalam rumah. Kejap2 tunjuk arah pintu. Duduk depan pintu tunjuk pulak arah kunci. Aku tak larat sungguh nak melayan hari tu. Makanya terpaksalah Zakwan main dalam rumah aja. Aku lepas memasak semua tuh, rehatlah sekejap. Lepas tuh pi menyental baju2 suter yang dah terendaam dari pagi. Lepas menyidai semua, menggosok baju pulak untuk pakai 3 hari. Petang tuh abang balik. Abang pun dah kepenatan tapi dilayan jugak si Zakwan. Abang setakat bawak Zakwan berjalan depan rumah aje. Tak bawak pun pergi playground. Maghrib tuh mak datang nak bawak Aida balik. Seronok Zakwan sebab ramai yang melayan dia malam tuh. Oh, Zakwan dah pandai menendang bola. Kemudian dia tepuk tangan bila kita sebut 'yeay'. Malam tuh lepas mak balik baru Zakwan tido. Itupun lambat jugak. Dia asyik nak main jer. Kami pun tido awal jugak sebab dah kepenatan.

Monday, December 22, 2008

SMS dari Teacher Zakwan

Baru sebentar tadi aku bersms dengan bekas Teacher Zakwan. Teacher Zati namanya. Dah berhenti sebab nak sambung belajar.


TZ: Salam. Saya Teacher Ammar dah dah berhenti tu. Saya cuma nak bgtahu dulu saya selalu bagi Ammar makan roti dan biskut yang saya beli. Sekarang dah tukar Teacher baru. Akak cubalah tanya apa yang Teacher baru bagi Ammar makan. (sungguh concern dia)

Aku: Wsalam wbt..oh, ye ker? Nnnt akak tnykan..mmg lama dah nak tny menu mknn Ammar tu..sbb kdg2 tgk muka dia merah2 macam gatal..ni mesti dok teringat kat baby2 yang dijaga dulu ye? Dah mula belajar ke?

TZ: Saya tengah tunggu nurse. Yang poli tuh bulan 1 kot..teringat lah gok kat Ammar. Ammar tuh kuat makan. Cian kat dia. (patut makin berat badan bila didukung..)

Aku: Oh, byk offernya. Oklah kalo dapat nurse. Bila dah habis belajar boleh minta kat wad kanak-kanak. Patutlah Ammar kat rumah makan main2, rupanya dia dah byk makan kat nursery. Hari tu akak lupa nak ucapkan terima kasih sebab jaga Ammar.

TZ: xpe..kalau saya ada masa, nak jugak tgk anak2 yg saya jaga dulu..em, kalau ada rezeki jd nurse, terima je..sbb sng dapat kejer. AMmar tu masa last2 saya kejer, masa tido je saya bg pakai stokin. Dia pandai cabut dah. Pastu dia selit belakang almari. Tu tak jumpa (patut tiap kali balik, stokin tinggal sebelah jer...)

Aku: Insyaallah, ada rezeki tu x kemana..sekarang Ammar ppergi nursery pakai kasut sebab dah berjalan..stokin tetap pakai sebab takut sejuk kat dalam tu..

TZ: A ah..dalam tu memang sejuk tapi kami buka tingkap sbb kesian baby sejuk..Ammar dah pandai jalan rupanya..ok lah akak ek..saya ada kejer ckit nak buat..maybe Ammar akan masuk toddlers nnt kot kalau dah pandai jalan..k, aslkm.

Ini kali ke-2 Zati nih sms bertanyakan Zakwan sejak dia berhenti. Rindulah tu kot. Akak doakan Zati dapat capai apa yang dihajatkan. Belajar rajin-rajin tau. Nnt leh buka nursery sendirik..ehehehe...


*********************************

Zakwan sekarang nih masih lagi meraung kalau dihantar ke nursery. Cumanya di nursery tuh ada pengasuh baru yang bertudung labuh. Hari tuh abg kata masa amik Zakwan di nursery, Zakwan boleh membontoti jer Teacher tuh. Dia langsung tak heran dengan Walidnya. Dan pagi tadi masa aku hantar ke Nursery, Teacher tuh yang amik Zakwan. Zakwan langsung tak menangis. Gamaknya sebab Teacher tuh lebih kurang macam aku (cara berpakaian jer la..).

Sekarang nih, Zakwan akan membuat berbagai2 gaya apabila kami menyanyikan beberapa lagu atau berzikir. Kebanyakan gaya-gaya nih diajar di Beranang sebab di sana ada banyak versi lagu lama..

Lagu: Lenggangkan..lenggangkan (ulang sampai penat) - Zakwan akan menghayunkan tangannya ke kiri dan kanan.

Lagu: Cak cekur, udang gamit. Cari kapur dapat kunyit - Zakwan akan membuka dan menutup tangan.

Lagu: Tepuk amai-amai, belalang kupu kupu - Zakwan akan menepuk tangan

Zikir: Lailahaillallah : Zakwan akan menggoyang2kan kepalanya sambil tangan memegang lantai.

Takbir: Allahuakbar (seperti orang tengah takbiratul ihram) - Zakwan akan sujud (kalau dulu dia baring..sekarang sujud sebelah pipi jer sambil sengeh2 tgk kat kita)

Kadang-kadang Walid jahat, dia akan menyanyikan kesemua lagu dan Zakwan akan membuat semua gaya hingga zakwan jadi kompius gaya yang mana nak buat. Last-last dia akan goyangkan tangan sambil geleng kepala untuk apa saja irama..ehehehe..

Wednesday, December 17, 2008

Kisah di hujung tahun...

Huh..just come back from Penang. Rasa penat sangat badan ni. Mungkin disebabkan travel jauh (pergi naik kereta), kesakitan badan amat-amatlah menyeksakan. Dari belakang hingga ke depan, dari atas hingga ke bawah. Itu nasib baik aku malas nak memikirkan segala kejadian kat Penang tuh, kalau tidak mau dengan otak2 aku pun sakit. Ye lah, dengan keadaan badan yang sebegini. Ada sekali tu kitorg berhenti di R&R Tapah, mmg aku tidak mampu nak berjalan sangat. Selama 2 hari aku menghadapi masalah utk membawa badan ni. Akhirnya semalam pergi check di Poliklinik UKM. Alhamdulillah takder apa yang serius pun. Fuh..lega rasanya. Semalam juga Zakwan buat pertama kalinya melihat adik dia. Sungguh aktif adik Zakwan ni. Masa scan tu, memula dia tengah meniarap. Selang seminit dua je, tgk2 dia dah mengiring menghadap mesin scan tuh. Aduh..comel jer rasanya. Sebab Zakwan tak faham apa yang nak dilihat, badan dia asik menggeliat2 di dukungan walidnya. Macam belut jer..eheheh

4 hari 3 malam aku tinggalkan Zakwan, terasa rindu yang amat. Nak-nak si Zakwan dah mula melasak. Yerlah, budak baru dapat kaki. Mana nak duduk diam. Orang ke dapur, dia pun ke dapur. Orang masuk bilik, dia pun nak masuk bilik. Sekarang bukan nak sangat kena dukung (kecuali masa nak masuk nursery, sebab nnt dia boleh peluk ummi kuat2 kan? Konon2 cikgu tak boleh nak ambil kan?). Oh, sejak Zakwan dapat kaki nih, kami suka bawak dia bermain di playground kat bawah rumah nih. Seronok tengok dia ber-riang ria kanak-kanak Ribena tapi penat jugak nak mengejarnya. Nampak buai, nak naik buai. Nampak gelongsor, nak naik gelongsor. Nampak jongkat jongket, nak naik jongkat jongket. Dia tak kisah walaupun setiap permainan yang dia nak naik tuh tengah ada budak lain guna.

Zakwan dah mula berjalan dengan lancarnya. Oh, Zakwan dah ada 5 batang gigi :D

Hujung minggu nih walid pulak pergi kursus di Melaka. Ingat nak ikut tapi nak buat apa kalau setakat duduk dalam bilik ajer. Keputusannya, aku duduk rumah berdua dengan Zakwan dan akan mengimport seorang 'bibik' dari Gombak. Ehehehehehe...Boleh lah nnt bibik tengok2kan Zakwan sementara aku masak di dapur. Lepas nih, dapatlah walid rasa perasaan meninggalkan anak yer. Baru fair n square. Kalau tidak, asyik-asyik ummi jer yang memendam rindu.

Sebelum raya hari tuh, aku ada order lagi cuppies dari kak Pnut. Nak dijadikan hantaran pertunangan anak sepupu. Memula tanya pada Angah apa tema majlis dia, dia kata warna purple makanya aku pun tempah cuppies purple. Balik tuh siap gubah2 kotak dengan warna purple. Bila sampai di rumah Angah, rupa2nya diorang buat warna Merah. Cais, kan dah colourful hantarannya. Memang minah selamba betul lah budak kecik nih.

Sebelum gubah n sesudah gubah
Tak sanggup nak amik gambar hantaran yang lain sebab warna tak sama.. :D

Inilah si budak kecik yang selamba tuh

Thursday, December 04, 2008

Zakwan berkembang, Ummi mengembang..

Alahai..dalam keadaan hidung yang tak berapa nak sihat nih, malas betul la nak menaip. Bukan tak ada cerita yang hendak dikongsikan, cumanya Vit M yang terlalu banyak. Lagipun cadang2 hari tu nak masukkkan gambar sekali, tapi malas pulak nak transfer kat dalam komputer. Hehehehe..hidup aku yang penuh dengan kemalasan sekarang ni. Aisy, tak baik sungguh utk kesihatan kan?

Ok, memula biar aku cerita tentang Birhtday Zakwan 2 minggu lepas. Kami tak ada lah buat celebration apa pun. Just celebrate gitu2 aje. Just the 3 of us di SR. Konon2 belikan satu slice kek utk Zakwan, tapi endingnya masuk perut ummi dah walid. Zakwan dok mengerjakan fries aku. Ehehehe..Di nursery Zakwan, kami distribute bermacam jenis jajan dan di ofis pulak aku order cuppies from kak Pnut. Nnt aku uploadkan gambar2 cuppies yang sungguh comel itu. Memandangkan ramai yang tak ada di ofis masa tuh, makanya dapat la cuppies itu diberikan pula kepada officemates abang. Rancangan utk beli big kek bagi upacara potong kek tak jadi sebabnya tak jumpa masa yang sesuai. Kemudian, sempena setahun umur Zakwan aku belikan Mr. Tolo utk dia. Memula Zakwan sungguh excited dengan benda alah tuh, tapi sekejap je. Kemudian dia menunjukkan ciri2 seorang lelaki sejati dengan menunggang terbalikkan binatang tu, siap buat gaya seorang rodeo lagi tuh. Alahai anak ummi nih.

Cute Cuppies


Mr Tolo


Seminggu lepas tuh, kami balik ke Bt. Caves. On the way balik tuh sempat pulak kitorang singgah ke Muzium Negara (perancangan awal nak ke Aquaria, tapi sebab Anim kata nak ikut bawak ce ah, terpaksa la pergi hari Ahad). Sungguh la bosannya Muzium sekarang ye. Tak banyak barang lagi dah. Zakwan pun nampak bosan sbb sah2 lah kat situ barang2 nya static. Abang pun ajak pula ke Taman Burung sebab Zakwan suka tengok burung terbang. Kalau di Putrajaya nih, setiap pagi menghantar Zakwan ada jer kumpulan2 burung bangau yang berterbangan dan setiap kali Zakwan nampak bangau2 tuh, berpusing2 badan dia nak tengok sampai bangau2 tuh hilang dipandangan. First time tuh aku ke Taman Burung dan aku sungguh teruja melihat burung2 merak yang bersepah-sepahan sambil melintas2 di depan kami. Barulah nampak Zakwan sedikit aktif. Zakwan pulak baik jer nak duduk dalam stroller dia, tak meragam sgt minta di dukung. This Taman Burung aku highly recommendkan pada sesiapa yang ingin menguruskan badan kerana jalannya sungguh berbukit bukau. Kembang2 hidung kami laki bini menolak stroller Zakwan di tengahari buta. Hehehehe...

Keesokkan harinya aku sekeluarga bersama Anim sekeluarga serta askar2 kecik (Along, Humaira' n Pika) menuju ke Aquaria melihat ikan pulak. Di Aquaria nih bukannya penat jaga Zakwan or Ce Ah tapi penat nak mengejar Pika yang sungguh curious tuh. Tapi mahal yer harga tiket utk kanak2 sekarang nih. Kalau dulu rasanya RM18 jer tapi sekarang dah RM22. Aku bersyukur sebab mendapat anak2 buah yang tak pandai nak minta belanja bukan2 nih, selamat duit kami. Hehehe...

Owh, what Zakwan can do sejak beranjak ke usia setahun nih? Hmm...Zakwan dah mula berjalan-jalan jatuh. Dan dia semakin kuat merajuk. Kalau merajuk tuh, siap meniarap atas lantai sambil menangis sampailah kita dukung dia, baru dia senyap. Zakwan pun sekarang teramaaaaaaaaatlah manjanya. Menjadi2 manja dengan ummi pulak tuh. Aduh. Kalau dulu, pantang orang hulur tangan cepat jer dia depa suruh ambil. Tapi sekarang, bila orang hulur tangan, makin kuat dia peluk kita. Kadang-kadang dengan Walid pun dia tak nak. Susah lah Ummi nak buat kerja sekarang nih. Bila hantar ke Nursery, menjadi2 menangisnya bila cikgu dia ambil. Kadang-kadang kat rumah tuh aku saja jer melintas depan Zakwan masa dia tengah main. Bila Zakwan nampak jer aku buat tak tahu dengan dia, mula lah dia menangis. Ehehehehe..

Minggu depan dah Raya Haji. So, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Tahun nih aku beraya di Beranang dulu, insyaallah. Kemudian baru balik Bt. Caves. Naik dari cuti Raya Haji nih kena pergi ke Penang pulak. Ingatkan tak payah pergi sebab dalam keadaan yang sekarang ni aku teramatlah malasnya nak berjalan jauh nak-nak ke Penang tuh. Kembang kuncup tekak aku dibuatnya. Adoi. Sian Zakwan kena tinggal lagi. Sian aku jugak....huhuhu..

Thursday, November 13, 2008

Duhai anakku..

Alhamdulillah, segala sujud dan syukurku hanya padaMU ya ALLAH. Setahun sudah detik berlalu. Rasanya macam baru semalam saja aku melahirkannya. Yang memakmurkan, Yang cerdik.

Duhai anak, betapa hati ini terusik apabila kamu lahir saja di dunia ini. Namun, kerisauan tidak dapat dibendung apabila ummi tidak dapat mendengar nyaringnya tangisanmu, tidak dapat melihat raut wajahmu. Sedetik saja kamu dilahirkan, ummi hanya sempat melihat tubuhmu dibawa pergi oleh doktor tanpa dimaklumkan tentang dirimu. Aduhai anak, tahukah betapa cemburunya ummi apabila mendengar tangisan bayi2 yang lain pada ketika itu. Setelah berkali2 ummi bertanya, barulah bidan memberitahu ummi tentang jantinamu, tentang kesihatanmu. Kecewanya ummi apabila dimaklumkan bahawa dirimu terpaksa dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi.

Duhai anak, hanya setelah 4 jam kamu dilahirkan, barulah ummi dibenarkan menatap wajahmu. Melihat dirimu yang terpaksa menggunakan oksigen untuk membantu penafasan, dengan tiub dimasukkan ke kerongkongmu untuk mengeluarkan sisa2 cecair di dalam paru-parumu, tidak tertanggung rasa hati. Betapa ketika itu ummi berkali2 menyalahkan diri ummi kerana tiada kekuatan sewaktu melahirkanmu. Hanya air mata saja yang mengalir melahirkan rasa kekesalan ummi. Ketika itu wahai anak, hilang segala kesakitan setelah bersalin. Terus terang ummi katakan tiada langsung terasa penat, sakitnya badan demi untuk melawatmu di SCN itu. Selama 2 hari ummi tidak dibenarkan menyusukanmu. Sekali lagi timbul rasa cemburu di hati ummi melihat ibu2 lain menyusukan anak mereka. Sewaktu itu ummi rasakan ummi masih belum layak dipanggil ummi, malah terasa masih belum terlaksana tanggungjawab ummi sbg seorang ibu. Pada hari ketiga barulah ummi dibenarkan mendakapmu, mengusap rambutmu, mencium pipimu. Kamu begitu lena tidur kesan dari ubat antibiotik yang doktor berikan. Dan pada hari yang keempat, barulah katil kecilmu diletakkan disebelah katil ummi. Ketahuilah wahai anak, pada saat kamu mula meneguk susu badan ummi, tiada kata yang dapat ummi gambarkan betapa gembiranya hati ummi, betapa bersyukurnya ummi. Dan setiap masa, ummi hanya mendoakan agar dirimu sihat seperti anak2 yang lain. Ah, bila diingatkan detik2 itu, tidak tertahan akan ummi air mata ini.

Duhai anak, melihat dirimu membesar detik demi detik, menguntumkan senyum dibibir ummi dan walid. Betapa kami tidak sabar untuk melihat perkembanganmu setiap masa. Jari jemari yang dulunya begitu kecil dan halus, kini semakin kuat menggenggam tangan kami. Gelak tawamu, senyum tangismu menghiburkan hati kami.

Duhai anak, ummi tidak meminta harta benda, ummi tidak mendamba wang dan ringgit. Hanyalah doamu yang ummi inginkan mengiringi ummi apabila ummi tiada lagi di dunia ini. Doa seorang anak yang soleh. Membesarlah kamu menjadi muslim yang sejati dan berjaya di dunia dan akhirat. Agar kamu terus-terusan sihat dan dilindungi ALLAH dari segala kemungkaran serta kekufuran. Jadilah kamu seorang anak yang lembut hatinya, yang baik budinya. semoga rahmat dan redha ALLAH mengiringi setiap langkahmu, duhai anakku. Usahlah kamu memalingkan wajahmu dari agamaNYA. Usahlah kamu menyimpang dari jalanNYA. Tetaplah hatimu pada keimanan yang satu. Sesungguhnya kamulah khalifah dibumi ALLAH ini.

SELAMAT HARI LAHIR DUHAI PUTERAKU, AMMAR ZAKWAN. Sebagaimana maksud namamu, itulah harapan ummi dan walid.

Thursday, November 06, 2008

Tag lagi

Isk..aku rasa inilah tag yang paling susah nak dibuat...thanks to Laini sebab sudi menge"tag" diri ini. Berpusing2 hp aku kerjakan sbb nak mengambil gambar tanpa dibenarkan utk men"touch up" diri sendiri. so, this is it...

Photobucket
hasilnya adalah tudung yang senget..ahaha..sesenget posing aku


Law & Order!


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

Tag ni pulak untuk...

adeqanjer
tulip
ein
kinah
wani
wan
akirasuri (kompem takkan buat nih)
sue
yol
ct


Dengan jawapan, (kepada laini)
YA! SAYA BERANI..
:p

Fuh..berpeluh dahi dibuatnya

Monday, November 03, 2008

Tiada Sudah..

Tiada Sudah Riwayatnya

Photobucket

see..see...isk..baru tahun lepas aku ganti baru, dah berakhir nyawanya..apa2 pun, i'm still wearing it rite now (tanpa sebelah tangkainya) sbb tak sempat nak gantikan semalam memandangkan kejadian berlaku di waktu malam..adush...


Tiada Sudah Rambutnya

Photobucket

Panggilan haji..telah tiba lagi..menunaikan ibadah..panggilan Baitullah...this is Zakwan with his new hair..or..with no hair actually.. :D niat nak cukur bg nipis jer..tepi memandangkan rambut jenis halus, mata mesin tak lut, terpaksa dicukur habis. Tu tak rata tu sebab Zakwan dah mengamuk rimas..Pasrah jer la dgn rupa dia tuh...Sekali tgk, macam anak buah Shoalin Temple pun ada gak..

Photobucket

si botak dgn walid

Friday, October 31, 2008

This kind of feelin'

Aduh! Korang pernah tak rasa satu perasaan yg datang tetiba yang mana rasanya macam org yg pertama kali nak melangkah kaki untuk pergi interview? Atau perasaan macam org yg nak masuk ke dewan peperiksaan? Atau perasaan orang yg sedang menanti saat2 utk dinikahkan? Err...dalam erti kata lain, perasaan berdebar2, perasaan yang bercampur aduk seram+ takut+risau+runsing+blablabla. I hate this kind of feelin sbb perasaan ini datang secara tiba2. Seolah2 aku sedang menanti satu khabar berita yang tak pasti apanya. Perasaan ini akan membuat aku rasa takut, bersyak wasangka sbb tak tau apa puncanya. Aduh...Aku tgh berdebar2 sekarang..Kecut2 perut aku dibuatnya. Ya ALLAH, tenangkanlah hati ini...

Teringat dulu, masa keluarga aku mula2 pindah di TKPF2. Sebelum kami pindah ke sana, rumah itu telah disewakan kepada satu keluarga I*d*a yang agamanya ialah H***u. Hanya beberapa hari saja aku kat situ timbul satu perasaan takut dalam diri aku tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku takutkan. Puncak pada perasaan itu, aku pernah pulang ke rumah terus masuk ke bilik dan menangis teresak2. Mak dengan abah mula risau dengan keadaan aku. Aku asyik sebut "takut" bila setiap kali mereka bertanya tapi tak dapat nak jelaskan takut pada apa. Malah ketakutan itu bertambah2 bila bas yg aku naiki masa nak pergi kerja melintasi segerombolan penganut2 agama itu yg sedang meraikan perayaan keagamaan mereka. Akhirnya, mak minta bantuan pada abg long utk dapatkan air penawar buat aku. Abang long kata aku mungkin lemah semangat sebab penyewa rumah tuh dulu letakkan tempat sembahyang mereka di dalam rumah. Alhamdulillah, lama kelamaan perasaan itu hilang.

Aduh! Bila debaran nih nak hilang? Tarik nafas, lepas..tarik nafas panjang2, lepas..fuuuuuhh..Astaghafirullah hal'azim...

Wednesday, October 29, 2008

Entri Jiwang Karat

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri raja di sebuah negara yang amat aman dan tenteramnya. Ayah puteri raja itu merupakan seorang raja yang amatlah baik hati. Negara yang diperintahnya amatlah makmur dan rakyatnya amatlah berbilang kaum. Puteri raja ini merupakan seorang yang pemalu dan baik budi pekerti. Disebabkan itu, ramailah jejaka dan anak raja yang berkenan dan ingin memperisterikannya. Kemasyhuran puteri raja tersebut sampai ke telinga seekor rasaksa yang amat hodoh dan bengis. Kehodohan rasaksa itu tidaklah terperi. Barangsiapa yang memandangnya pasti akan muntah terbelahak disebabkan kehodohannya. Rasaksa tersebut telah jatuh cinta pada puteri raja maka dihantarnya rombongan ke negara itu bagi tujuan peminangan. Malang sekali pinangannya telah ditolak oleh raja. Pada masa yang sama, seorang anak muda yang amat segak dan perkasa juga telah meminta bondanya meminang puteri tersebut. Melihat kepada kesegakan dan budi pekerti anak muda itu, raja akhirnya menerima pinangannya. Apabila rasaksa mendengar perkhabaran itu, beranginlah ia. Lalu ia menghentak2 kakinya sehingga bergegarlah permukaan bumi sehingga sejauh 50 radius jaraknya. Menjerit-jeritlah rasaksa sehingga ramailah penduduk kampung berhampiran yang menjadi pekak. Rasaksa tersebut terus berlari menuju ke istana raja dengan tujuan untuk menculik puteri raja. Sang pemuda yang mendapat tahu serangan tersebut bergegas ke istana dan berdiri gagah di depan istana untuk menangkis serangan rasaksa. Melihat saja kelibat rasaksa, sang pemuda telah menjerit dengan kuatnya seraya berkata "BERTUKAR!". Alangkah terkejutnya penghuni istana kerana rupa-rupanya sang pemuda adalah Ultraman yang sering melawan rasaksa di Jepun. Bertarunglah meraka bermati-matian sehingga lampu di dada Ultraman berkelip-kelip warna merah. Sebelum lampu itu malap, Ultraman telah memfire rasaksa dan rasaksa itupun menemui ajalnya di tangan Ultraman. Raja amat bergembira lalu dipercepatkan majlis perkahwinan puterinya. Mereka pun hidup bahagia. The End.

errr...cerita di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati. Akceli aku nak bgtau yang pada tarikh ini genaplah sudah 2 tahun usia perkahwinan kami. Aku bukanlah puteri raja itu dan semestinya suamiku bukanlah ultraman (pls bear in mind yer). Malah tiada rasaksa yang mengganggu hidup kami. Ehehehehe..

Bersyukur padaMU ALLAH di atas segala kurniaanMU. Abang, maafkan Ija andai Ija masih belum mampu menjadi isteri yang terbaik pada abang. Harapan Ija agar abang tidak jemu dalam mendidik dan membimbing Ija. Redha dan restu abang yang Ija dambakan selama ini. Andai kekurangan dan kelemahan Ija menyakitkan hati abang, ampun dan maaf Ija pinta. Semoga rumah tangga kita berkekalan hingga ke syurga. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan Kita Yang Ke-2.

Lyrics | Morrison, Van - Have I Told You Lately lyrics

Tuesday, October 28, 2008

Menang

Semalam di Beranang ada sambutan Hari Raya Kg. Sasapan Batu Minangkabau. Memang kebetulan kami balik ke sana minggu lepas, makanya berkesempatanlah nak pergi. Dalam tentatif program ni, turut diadakan beberapa pertandingan. Untuk kanak-kanak ada pertandingan membuat kat raya manakala untuk orang dewasa a.k.a tua pula pertandingan menganyam ketupat. Yang aku nih pun, abang beria2 pulak suruh masuk menganyam ketupat nih. Dicucuk2 nya aku dengan cabaran2 dan kata2 pedas. Demi untuk tidak mengecewakan harapan orang2 di dalam rumah itu, aku pun daftarkan diri. Masa berkumpul dengan peserta2 lain, rupa2nya aku sorang jer yg agak muda (baca bebaik yer..MUDA). Yang masuk pun takder ler ramai sgt. Ada lah dalam 8 orang jer. Menganyam menggunakan reben. Nasib baik diorg nak ketupat sate jer. Masa diberikan 3 minit. Yang makcik2 kebanyakannya mengeluh sebab reben nih kondosinya kan agak licin berbanding daun kelapa. Aku lak nasib baik la tiap2 tahun memang kat opis nih ada acara menganyam ketupat tuk digantung di dalam opis. Bila pengacara kata mula jer aku pun dengan menggeletar2 tgn dok anyam. Dalam menggelatar2 tangan tuh dapat la siapkan 3 setengah ketupat (yg setengah tuh sempat siap rangka jer). Segala penat lelah, susah payah aku telah terbalas dengan...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Photobucket

Tempat ke-3 menganyam ketupat..dapatlah tudung bawal kaler oren :D

Wednesday, October 22, 2008

Tukar Kulit

Akhirnya aku dapat kulit baru Blog aku ni. Lebih kepada bentuk diari/nota. Lepas nih aku nak cuba belajar buat template sendiri la (itupun kalau masih ingat semua kod2 html tuh :D)

Tuesday, October 14, 2008

Cerita Raya

Photobucket

Wahh..masuk sini cerita raya, masuk sana cerita raya..masuk sinun pun cerita raya jugak. Semua org masih dalam mood hari raya. Bagi aku pulak, cerita raya tahun nih agak meriah. Yer lah, tahun nih kami adik beradik balik ke Gombak. Takder sorang pun yg tercicir (kecuali my abg ipar yg berada nuuuuuun jauh di sana). Dari 2 hari sebelum raya kami adik beradik dah sibuk dengan mengemas rumah (siti ler nih..dan akhirnya dia kecewa sebab "resaksa" zakwan dan ce ah yg ada sama turut mengemas versi diorg), menganyam ketupat n so on. Ilmu menganyam ketupat tahun ini telah diturunkan kepada org Muar (yang sanggup melembutkan jari jemari semata2 tanak basuh pinggan yg menggunung di dapur) :p.

Sehari sebelum raya pulak sibuk lah kami (tidak termasuk aku) masak rendang, kuah kacang, ketupat. Dapur rumah yg sekangkang kera tuh penuh sampai takleh org lain nak masuk dah. Malam raya tuh yg lelaki2 bakar sate. Nasib baik kat rumah tuh ramai org, makanya tak ada masalah tuk melantik siapa2 menjadi "pengasuh" zakwan.

Photobucket
Pengipas-pengipas sate yg berkuasa kuda. Yg depan2 tuh pelakon tambahan jer..

Pagi raya kali nih, yg lelaki2 cepat pulak siapnya utk ke masjid. Pukul 8 tepat masing2 dah lengkap berbaju melayu dengan bersampin sekali. Masa yg lelaki2 ke masjid, aku siap2kan zakwan dengan baju melayunya. Hensem anak ummi nih yer (puji anak sendiri). Tahun nih kami sekeluarga bertemakan warna biru laut. Sebelum diorg balik dari masjid, zakwan dah tumbang dah. Masa sesi salam menyalam, terpaksa la kejutkan dia. Nasib baik la tak meragam. Tahun nih raya, handbag aku penuh dengan angpau raya zakwan. Ehehehe..baby2 nih memang murah rezeki kan? Tetamu yg datang ke rumah emak pulak tak putus2. Dari sebelum Maghrib (siang kami berjalan) hingga ke tengah malam. Tapi aku dengan zakwan dah angkat bendera putih start pukul 10.30 mlm. Penat ooo...Hari raya ke-2 kami pulang ke Beranang. Beraya di sana pulak sampai aku tak larat berjalan :p.

Photobucket
Happy faces at pagi raya

Monday, October 06, 2008

Bosan

Bosannyer..nak gi makan, kantin tutup lagi..tgh buat operasi mengemas lepas tutup seminggu. Adush..lapar dah nih..sabar..sabar...mata dah makin berat sambil layan lagu Beauty & the Beast....opis dah kesunyian..sabar..sabar...cerita raya? nnt la..biler mood dah kembali...

Friday, September 26, 2008

Setahun, hanya sekali....


Photobucket

Ok...selamat berhari raya..selamat bercuti..selamat menaikkan semula berat badan..ehehehe

Thursday, September 18, 2008

Semalam yg penat..

Semalam secara tak rasminya aku telah mencutikan diriku. Memandangkan kami tidak ke mana-mana cuti semalam, abg telah menjemput abg long, abg dan n iwan berbuka puasa di rumah kami. Makanya dari tengahari aku dah mula sibuk2 di dapur. Menu semalam: -

1. Rendang kerang
2. Sup bebola (utk bebudak)
3. Ikan masak tempoyak (abg masak)
4. Terung masak sambal
5. Makaroni goreng
6. Nugget goreng
7. Buah tembikai
8. Air punch buah

Niat di hati memula tuh nak masak kuih cara manis, tapi terpaksa dibatalkan sbb masuk pukul 5 aku dah lembik. Itupun gagahkan jugak goreng makaroni sbb takkan nak jamu nasi jer. Kena lah ada kepelbagaian dalam hidangan bila dah makan ramai2 nih. Kak aida pulak bawak tempe goreng n ayam goreng dari rumah dia. Masa abg long sampai2 petang semalam, dapat pulak berita yg abg dan xcident. Alhamdulillah mereka sekeluarga tak ada apa2, kereta jer yg teruk. Aduh, dah dekat2 raya nih macam2 dugaan yg dtg menguji keimanan. Apa-apa pun, semalam berbuka kami sungguh meriah. Yang aku nih, lepas masak banyak2, yg aku makan hanyalah makaroni goreng jer. Yang lain dah tak larat nak sentuh dah. Ehehehehe...

Thursday, September 11, 2008

Puasa tahun nih..

Wah..dah 2 minggu berpuasa..aku rasa aku semakin kuat. Awal2 puasa aku thn nih boleh disamakan dgn seorg budak kecik yg baru nak belajar berpuasa. Lembik selembik2nya. Selera makan pun dah kurang. Nasi langsung tak lalu. Awal2 tuh nak masak pun tak larat tapi sekarang nih, alhamdulillah..takder la asik2 nak tabur duit kat baazar jer. 2 minggu puasa, baru 3 kali jer aku masak berbuka. Sekali di rumah emak (spaghetti goreng - melayu version), 2 hari kat rumah sendiri (makaroni goreng keju n mee hailam). Apa2 pun, aku masih tak mkn nasi. Sahur cukup sekadar 1/2 boiled egg n sekeping roti atau cereals + susu. Harap2 aku akan terus kuat...

Monday, September 08, 2008

What i found in Penang...

Salam..aku jumper menda2 alah nih kat Penang masa buat bengkel hari tuh..

Photobucket
Buah nona

Ini buah fevret aku. Masa ngandung dulu aku pernah teringin nak mkn buah nona tapi tak sempat nak cr sebab tak lama pastu terus bersalin. Buah nona nih byk khasiat tau. Selain dari buahnya yg sedap, daunnya juga dikatakan baik utk mengubat org2 demam n so on. Org lepas bersalin pun dibagi mandi guna daun buah nona nih tuk menyejukkan badan.


Photobucket
Buah Jentik

Nih pulak buah jentik. Pertama kali jumper masa kat Penang. Byk tumbuh di dalam hutan. Rasanya seakan2 rambai. Nak mkn isinya, kuli tuh kena dijentik dulu tapi aku picit jer. ehehe..


Photobucket
Buah tampoi

Yg ini pulak buah tampoi. Niih ramai dah org tau camner rupanya.


Photobucket
Sate ikan

Kak Ma sungguh teruja masa nampak org jual menda alah nih di Pasar Malam. Katanya teringat masa zaman kanak2 dulu. Aku pun teruja nak merasanya. Rupa2nya rasa dia mcm kopok lekor cuma dijual dalam bentuk sate jer..ehehehe..


Photobucket
Anggur

Korang tau tak kat Perlis ada ladang anggur? Yg besarnya kat Bukit Bintang. Masa kitorg sampai nih, buahnya tak boleh dipetik lg sbb belum cukup masak. Tgk dan pegang jer lah..


Photobucket
Lill' baby bird

Pandang2 pokok anggur terjumpa pulak anak burung yg sungguh cumilz ini. Makanya aku pun snap la gambarnya...Comel kan?

Monday, August 18, 2008

Blog updated!

Assalammualaikum...fuhh..aku sekarang semakin malas sebenarnya nak update blog aku. Bukan tak ada cerita (banyak yg nak diceritakan) tapinya disebabkan keadaan komputer (atau mungkin server) yang sungguh lembap sejak aku balik dari kerja luar nih membuatkan aku hilang mood utk menaip. Tapi demi permintaan (perasan!) aku gagahkan jua utk menaip.


3 minggu aku duduk luar. Habis semua daerah di Melaka dan Johor aku jelajahi. Keluar masuk hotel, lepas satu hotel ke satu hotel. Makan pun di kedai2 makan je(sampai aku naik muak dan hilang selera makan), kini aku kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Sungguhlah amat menyeksakan berpisah dengan keluarga dalam tempoh masa yg lama. Kalau setakat seminggu aku boleh tahan lagi, bila dah lebih masa tuh makanya ‘banjir’lah hotel aku kerjakan. Seronok juga sebenarnya buat kerja luar nih, lebih2 lagi apabila melibatkan pengusaha Industri Asas Tani. Macam-macam produk kita jumpa dan macam2 produk kita dapat percuma yang mana telah menyebabkan but kereta penuh dengan barang makanan (sehingga boleh buka satu gerai di Pasar Tani). Pergi bawak satu beg besar dan satu beg jinjing. Balik tuh ada pulak tambahan dengan satu kotak besar barang2 makanan. Sepanjang 3 minggu duduk luar, aku sentiasa membayangkan yg kemungkinan Zakwan tidak lagi nak dengan aku. Takut betul aku. Tiap hari telefon. Dengar suara dia menangis pun cukuplah. Bila balik saja, terus aku dapatkan Zakwan. Masa tu dia tengah tidur, tapi aku kejutkan sebab dah rindu sgt. Alhamdulillah, Zakwan masih ingat lagi kat ummi dia nih, cumanya sepanjang hari tuh mmg Zakwan mengada sikit. Kejap2 nak menangis. Bila tinggi suara sikit pun menangis. Orang-orang tua kata budak tuh jauh hati sebab aku lama sgt tinggalkan dia. Nak buat macam mana, dah tuntutan tugas.

Zakwan yang gayat..

Aku rehat kat rumah 3 hari saja, hujung minggu tuh pulak pergi ke Melaka balik. Pejal n Azah ajak bercuti2 Malaysia. Penginapan di sponsored oleh mereka. Kitorg tinggal di Hotel Mahkota Melaka utk 2 hari 1 malam. Duduk situ betul2 utk tidur je. Yerlah, hari pertama tuh berjalan2 di Taman Mini Malaysia dan Zoo Melaka sampai ke petang. Lepas check in di hotel, malam selepas Maghrib jer terus gerak ke Umbai. Errr...aku rasa aku takkan reccomendkan Umbai pada org lain yg nak mkn seafood (mungkin kitorg tersalah pilih gerai). Masakannya sungguh ‘kurang’ enak. Servis pun lambat. Bayangkan, pukul 10 malam baru kitorg dapat makan. Nasib baik lah Zakwan tak meragam walaupun dia kurang dapat tidur (berjalan punya fasal, baik jer perangai dia). Hari kedua tuh, lepas siap2 mandi jer terus pergi berjalan2 di Bandar Hilir. Memandangkan hotel mmg di tengah2 bandar tuh, kami hanya berjalan kaki jer. Sempatlah kitorg naik Menara Berputar Tamingsari. Abang yg gayat tuh pun naik gak dan disinilah terserlah kegayatan Zakwan. Like father like son. Lepas tuh, kitorg naik pulak bas double decker pusing2 Bandar Hilir. Lepas habis berjalan dan habis duit bershopping, tghari tuh kitorg pulang.

Oh..oh..perlukah aku bercerita tentang Pertandingan Bunga Api Antarabangsa dan MAHA? Err..aku rasa tak perlulah..kalau korang nak tahu keseronokannya, marilah berjalan-jalan di MAHA serta melihat pertunjukan bunga api di Dataran Putrajaya. Pasti kalian tidak akan menyesal...

Tag

Oh..oh..aku ada tag yg perlu dijawab yer? So, this is it yol....


1. KALI PERTAMA NAIK KAPAL TERBANG
Errr..masa aku baru kijer kat Kementerian nih pada tahun 2004..aku kena pergi Johor untuk buat kajian...eheheh..berdebar2 wei nak naik tuh...tapi seronok dapat tgk awan dari atas...rasa masa tuh, one of my dream hv come true...ahaks..pastu aku terus menerus naik flight...dah tak hairan dah pun lg..

2. KALI PERTAMA KE OVERSEA
err..aku rasa paling jauh adalah ke Singapore..pada tahun 2001 kot..tapi naik van jer..tak naik flight pun..tuh pun pergi sbb antar rombongan pengantin..

3. KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DENGAN KELUARGA
Jauh tuh utk jarak berapa jauh? Ehehehe..kalo gi kem masa sekolah dulu leh dikira dok jauh gak tak? Kalo nak kata dok asrama tuh, idak ler jauh sgt..macam si Yol la, dok Shah Alam jer...pas dah kijer gomen, dok Putrajaya (masa zaman anak dara)..tuh leh dikatakan jauh tak?

4. NGIN MELANCUNG KE
Aku nak ke China, Korea, Japan..aku nak ke Mekah...errr..negeri2 omputih nih kurang berminat..kecuali cam Netherland, Switzerland...huhuhu...

5. FAVOURITE ACCESSORIES
Dari kecik aku mmg tak baper pakai barang2 perhiasan nih sampai mak kata aku cam jantan..eheheh...lgpun aku nih a bit careless..baper banyak subang dah yg aku punya tinggal sebelah jer..skang nih, yg aku pakai hari2 adalah gelang hantaran kawen dari abg.. :D

6. EMPAT PERKATAAN YANG SELALU DISEBUT
1. Sabor yo lah..

2. Mengader..

3. Ha ah

4. Yo lah tuh

(p/s: pening paler aku nak fikir aper perkataan yg aku slalu sebut..hari2 bercakap..mana nak kira jumlah perkataan)

7. KALAU ADA DUIT
Duit mmg ada..Cuma byk sikit jer la..ehehe...tapi kalau tetiba bedebuk duit jatuh depan mata aku, kompem aku nak settlekan utang2 yg ada nih..biar byk sikit angka lam slip gaji aku..ehehe...peh tuh aku nak beli umah..skang dok kuarters..tuh yg cam endah tak endah nak cr umah..peh tuh nak gi cuti2 Malaysia...

8. SIAPAKAH YANG PERLU DI TAG..
wokey bebeh..aku akan tag

1. Adeq anjer

2. Tulip (kalo lum bersalin aarr)

3. Wan

4. Iman Kirana

5. Sue


Award

wuhuuu...ada org dah award blog aku dgn award nih.. errr...toche yol

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere. (Alamak..brilliant ke content blog shu ni..byk merapu je..)

Here are the rules to follow:

  1. Put the logo on your blog.
  2. Add a link to the person who awarded you.
  3. Nominate at least 7 other blogs
  4. Add links to those blogs on yours.
  5. Leave a message for your nominees on their blog
ok..i will nominate this award to...

1. adeq anjer
2. wanie
3. arsaili
4. sue

Setakat inilah dulu buat kesekian kalinya..bersua lg kita di lain arena yer...

Friday, July 11, 2008

Dont cry, k?


I'm gonna leave him for 3 weeks..got kajian at Melaka n Johor..huwaaa...Zakwan pls dont cry eh? Kalau Zakwan menangis, takut nnt walid pun menangis sama (padahal aku yg akan menanggung rindu). Gonna miss him (n his walid also) alot.

Thursday, June 26, 2008

Kisah bulan Mei

Ah..lama sudah aku tidak mengupdatekan apa2 dalam blog ni. Terasa macam sibuk sgt sekarang nih. Ye lah, sepanjang bulan Mei, dengan Zakwan demam hingga masuk hospital disebabkan pneumonia nya. 4 hari 3 mlm aku temankan Zakwan di Hospital Kajang. Mula2 demam, aku dah cuba bagi ubat demam yg begitu byk stok dalam peti ais, tapi asal malam je panas badan Zakwan makin tinggi. Pergi klinik pun doktor bagi ubat demam biasa. Sampai satu malam tu, aku dan abg berkejar ke Unit Kecemasan sebab badan Zakwan makin panas. Susu yg diminum pun keluar balik dengan ubat demam. Tapi, sungguh aku kecewa dengan servis di Unit Kecemasan hospital tu. Dari pukul 2 pagi hingga 5 pagi, kami masih tak dipanggil masuk. Sepatutnya keutamaan kena diberi pada baby sebab daya tahan tubuh baby tak seperti kita orang dewasa ni. Bila panas badan Zakwan dah turun, kitorang decide utk pulang ke rumah je. Dalam hati mmg membara sgt. Bila Zakwan kena balik demam malam seterusnya, kitorang buat keputusan utk pergi ke Hospital Kajang memandangkan Zakwan mmg ada rekod di sana masa lahir dulu. Servis di Hospital Kajang mmg tip top. Sampai2 je terus diorg bawak Zakwan masuk Wad Kecemasan sbb diorg kata baby tak boleh biar demam lama-lama.Hari tuh jugak Zakwan masuk Wad Peadiatrik Hospital Kajang. Kalau tak disebabkan pneumonia, sepatutnya 2 hari je dalam wad. Lepas keluar wad, ada sekali tu Zakwan jatuh dari buaian masa tidur. Hampir jatuh juga jantung aku tgk dia menangis terlentang dengan bantal busuk masih dipeluk erat. Lepas tu serik dah aku nak tidurkan Zakwan dalam buaian. Tapi kalau Zakwan dijaga oleh nenek-neneknya, mmg confirm budak tu akan dibuai.

Masa hari pertama masuk spital..


Hujung bulan Mei, aku ada kajian rintis di Sg. Besar. 2 hari 1 malam aku kat sana. Bermalam kat D’ Muara Marine Park, Sg Hj. Dorani. Seronok tempat penginapan nya. Aku pilih chalet atas air. Chalet kitorg hujung sekali, makanya dapat lah aku tgk matahari terbenam. Malam tu, bilik kitorg diserang oleh sejenis makhluk halus a.k.a serangga kecil. Aku pun tak tau namanya tapi serangga tuh mmg mencari tempat panas. Siling chalet kitorg penuh dengan binatang tuh. Masuk bilik air, dengan sinki2 dah takder rupa sinki. Malam tuh aku dgn kak ma alihkan katil ke ruang tamu chalet dan tidur dengan keadaan berjaga2. Takut makhluk tuh masuk telinga pulak. Kata pekerja chalet, serangga tuh datang bermusim. Bila masa bulan mengamban je, mmg serangga tuh akan banyak. Dinasihatkan agar jgnlah buka tingkap bilik di waktu malam.

Dari katil nampak laut terbentang luas

Pada pagi aku ke Sg. Besar tuh, cermin mata aku pula patah 2. Aduh..kelam kabut nak membuat cermin baru. Memula expect boleh siap dalam setengah hari, rupanya semua kedai cermin mata aku pergi mmg tak dpt nak siapkan dalam sehari memandangkan power dan jenis cermin aku nih kena tempah dulu. Aduh, terpaksa pakai disposable contact lense sementara. Sengsara hidup aku sebab power tak sama, sakit kepala dibuatnya. Melayang duit aku....

Oh, bulan Mei juga telah menemukan aku kembali pada seorang teman lama pada zaman persekolahanku, Izzarina. Aku mula rapat dengan dia masa aku form 2 hingga form 3. Memang selalu lah pergi ke rumah dia malah dia juga selalu ke rumah aku. Kadang-kadang nak skip kelas pun bersama-sama (biasanya alasan yg diberi sebab tak sihat kan izza kan? Ehehe). Lepas PMR, dia dapat tawaran masuk sekolah vokasional di Klang, dan aku meneruskan pelajaran kat SMJB. Sikit demi sikit persahabatan kami mula dingin. Masing2 dah mula jarang berhubung. Agaknya masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Lama kelamaan kitorg terus senyap. Dah tak tau apa yg terjadi. Aku jumpa balik dia masa temankan Iwan mendaftar di Politeknik Ungku Omar. Rupanya Izza pun ada kat sana dan kebetulan dia jadi urus setia utk pendaftaran student2 baru. Lepas tu senyap balik dan last aku jumpa dia adalah pada tahun 2004. Terserempak di SOGO. Aku baru je dapat kerja tetap masa tu. Dia ada bg no telefon dan bgtau dia dah nak kawen. Agaknya dia dah tukar no selepas tuh, senyap lg. Dan bulan lepas dia terserempak dengan mak aku di Nagoya. Rupa-rupanya dah ada 2 orang anak dah dia. Bila kenang-kenang balik zaman kenakalan kitorg dulu, mmg kelakar. Tak sangka yg masing2 dah berkerjaya dan berkeluarga. Harap-harap lepas nih takde la nak senyap lagi yer Izza.




Thursday, May 29, 2008

Too many....

Photobucket

uh..
Too many things happened..
Too many stories to tell...
Still cant find my own time...
To write it up here...
Arghhhhhhhhhhhh...
I need a REST!!!!!!

Friday, April 18, 2008

Kenapa yer?


Aku masih mencuba..adakah sudah berjaya?

Thursday, April 10, 2008

Zakwan yg mengamuk...

Zakwan dah nak masuk 5 bulan dah. Sekarang dia dah pandai meniarap tapi belum maju ke depan. Takper, go slow. Zakwan pun dah pandai mengamuk. Baru-baru ni masa di Alamanda, Zakwan mengamuk di kedai Speedy. Sayangnya masa tu aku ada kat kedai Rasa Mas. Kalau tidak pasti dah rakam aksi dia mengamuk. Walid kata Zakwan mula mengamuk bila CD yg dia pegang diambil oleh walid sebab Zakwan nak masukkan CD tu dalam mulut. Siap menggigil2 badan masa tu. Lepas tu, Zakwan dapat capai kaset yg walid pegang. Langsung tak nak lepaskan pula tu. Bila nak bayar, mengamuk balik si Zakwan sebab kaset tu kena ambil dari tangan dia. Pandai pula merajuk lepas tu. Bila bagi balik kaset tu, dia dah tak nak. Menangis jer..

Teringat masa pergi SOGO baru2 ni. Penat je bawak stroller tapi Zakwan tak nak duduk sgt dalam stroller tu. Masa tu juga kitorg belikan carrier sebab tak larat nak dukung Zakwan lama2. Nampak jer kurus tapi beratnya boleh tahan jugak tu. Nasib baik masa kitorg makan Zakwan tak mengamuk (sebab dah tidur, kepenatan lepas mengamuk). Kesimpulannya, sekarang nih tak boleh nak bershopping2 lama2..apatah lagi tuk window shopping. Kalau tidak, pasti kami akan glamour...


Photobucket

Friday, April 04, 2008

Ez tagged

~~Begin Copy~~



This is the easiest way and the fastest way to :
1. Make your Authority Technorati explode
2. Increase your Google Page Rank.
3. Get more traffic to your blog.
4. Make more new friends.

Rules :
1. Start copy from “Begin Copy” until “End Copy” to your blog.
2. Put your own blog name and link.
3. Tag your friends as much as you can.

1. Picturing of Life
2. Juliana’s Site
3. Shower Your Children With Love - The Right Way
4. Life’s a journey, not a destination
5. Simple Life
6. Life is beautiful; Life is love
7. Lovely Mummy
8. Lemonjude
9. Faith,Hope,Love
10. Newife Blog
11. Good things in life…
12. …the Guru-Guru life…
13. Ezooone
14. mangosteenskin
15. restnrileks
16. Nikli
17. Lindosh
18. wss79
19. Nurul



~~End Copy~~





err..err..nih nnt korang sambung la pulak nama korang eh...


1. adeqanjer

2. tulip

3. arsaili

4. e-in

5. wani

6. kinah

p/s: congrates to adeqanjer sbb dpt bb boy..sepasang dah ek? jelesnyer

Tuesday, April 01, 2008

Bukan kisah aku..

Hari ni terbaca aku di dalam surat khabar kisah tentang seorang wanita yg satu ketika dulu amat masyhur disebabkan kepintarannya di dalam bidang matematik. Kisah itu benar2 membuatkan aku melopong dan mengucap panjang. Siapa yg tak kenal Sufiah Yusof. Masa dia mula2 menjejakkan kaki ke Oxford, aku sering terfikir betapa beruntungnya dia diberikan kebijaksanaan sebegitu. Namun disebabkan tekanan yg dihadapinya, akhirnya dia kecundang. Jauh sungguh perginya dari landasan Islam. Betapa kebijaksaan yg diberikan tidak dihargai. Mungkin benar juga, kongkongan yg melampau dari keluarga boleh membuatkan seorang anak memberontak. Apatah lagi jika ianya berlaku di zaman remaja anak2 itu. Di waktu mereka mula belajar untuk mengenal dunia. Namun sebagai seorang yang mengaku dirinya beragam Islam, mereka sepatutnya sedar dimanakah landasan yg sepatutnya dan apakah akibat dari setiap tinakan yg mereka lakukan. Dan menjadi tanggungjawab ibu bapa utk memahami minat dan kehendak anak2. Bukan untuk kita membenarkan secara membuta tuli, namun untuk kita bertolak ansur dalam berurusan dengan anak2.

Teringat pula aku pada kisah seorang lagi pelajar pintar, Adi Putra. Dalam usia yg masih muda dia sudah menjadi seorang genius matematik. Akibat kepintarannya, dia tidak dapat nak menerima pembelajaran subjek2 bagi kanak2 seusianya. Ibu bapa yg terlalu mengikut kehendak anak itu pula telah dengan rela hati membenarkan anak itu berhenti belajar. Pada aku itu bukanlah satu tindakan yg cukup tepat. Ya, memang dia begitu pintar, namun kepintarannya hanyalah pada matapelajaran yg melibatkan matematik (dan sains mungkin). Bagaimana dengan pengetahuan terhadap mata pelajaran lain? Jika mereka inginkan satu kepastian terhadap kepintaran anak itu, mintalah dia ambil peperiksaan2 penting (upsr, pmr, spm). Jika tidak mahu belajar seperti pelajar2 lain sekalipun, cuba juga duduki peperiksaan2 tersebut dan lihatlah keputusannya bagaimana. Tapi, apa2 pun setiap keputusan terletak di tangan ibu bapanya. Jika mereka merasakan anak itu tidak perlu mempelajari ilmu di lapangan yg lain, kita tak boleh nak membangkang.

Itulah 2 kisah anak2 yg begitu genius dan kesan akibat dari tindakan dan keputusan ibu bapa. Pada aku, yg boleh kukatakan genius pada hari ini adalah Azali Azlan, pelajar yg telah berjaya mendapatkan 20A1 dan 1A2. Aduh, bagaimana pula nasib anak2 ku nnt. Harapnya dapat ku didik dengan sebaiknya. Bukan untuk menjadikan dia seorang yg teramat genius, tetapi menjadi mukmin yg berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..

p/s: uh, saper tgk ABPBH ahad hari tuh..? Sungguh lucu melihat pakaian yg dipakai oleh Heliza..jika itu dikatakan sbg fesyen, makanya aku mmg buta fesyen :p

Saturday, March 29, 2008

K810i vs J750

Photobucket

One is given away, one is owned..

Dah lama aku bercadang nak tukar MotoV360 aku ni. Lebih2 lagi bila dia dah mula buat perangai. Bukan tak sayang, mmg sayang..tapi apa nak buat. Makanya pada hari yg berkenaan aku telah ke Bangi utk mencari pengganti V360. Niat di hati nak cari model yg sama atau paling kurang pun Samsung. Malangnya di Bangi tu Banyak jual Nokia dan Sony. Ntah kenapa bila tgk K810i, macam berkenan (lagipun dah tak ada pilihan). Bila dah beli mulalah hati tak puas. Macam ada je yg tak kena dgn K810i ni. Oleh yg demikian, K810i telah bertukar tuan setelah seminggu aku menggunanya. Demi untuk kepuasan hati, aku ke Mines pula, dan telah menyambar J750 disebabkan harga V6 yg menjangkaui bajet aku. Dua hari lepas tu, bila aku ke Mines semula utk menukar memory card J750, aku tgk v6 sungguh turun harganya. Huwaaaaaa..sungguh aku kecewa..dan aku masih kecewa..

p/s: Tuan K810i, silalah anggap itu hadiah bday anda walaupun tarikhnya masih jauh di hadapan..ehehehe

Monday, March 10, 2008

Salah Percaturan...



waduh..waduh..waduh..alahai..apalah dah jd dgn pemain catur nih? Macam manalah dia menggerakkan buah2 caturnya? Nampaknya strategi yg dia rancang tak menjadi..dan telah menyebabkan dia mengalami kekalahan yg tidak terduga..sekali 5 negeri tumbang..Pada masa ini, sang pemain catur pasti sedang menggaru kepalanya memikirkan dimana kesilapan sendiri..penonton petandingan ini inginkan perubahan..rasanya mereka sudah muak dgn cara permainan catur sang pemain catur ini. Sudah masanya merubah suasana, menyebabkan sang pemain catur berpeluh dahi. Penonton2 mula bertepuk tangan dan bersorak..Jeritan sokongan penonton2 semakin kuat buat lawannya..Sang pemain catur mengurut2 dahi..kepalanya berdenyut2...waduh..waduh..waduh...Agaknya apa perubahan yg akan dilakukan ye?


p/s: agak2 nak ke sang pemain catur menaikkan "son-in-law" dia jd menteri penuh di tanah jajahannya? oh..oh..menantikan perlaksanaan janji oleh barisan alternatif..

Thursday, March 06, 2008

Vandalisme kempen politik..

Uh..aku sungguh tak paham dgn sikap taksub penyokong2 parti2 politik nih. Sokong tuh pun sokong jugak la tapi jgn sampai merosakkan harta benda awam. Seawal pagi nih, masa naik lift nak pergi kerja, tgk kat dinding lift ada contengan berbau kutukan satu parti politik nih. Keluar dari lift, tgk2 kat dinding luar lift di lobi bawah pun ada contengan yg sama. Ternganga aku dibuatnya. Bukan terkejut dgn kutukan itu (sbb dah biasa dgr ttg isu tuh sebelum2 nih) cumanya terkejut sbb ianya dilakukan di kuarters kerajaan. Aku tak pasti samada itu kerja penduduk kuarters atau org luar. Jika dilakukan oleh penduduk kuarters, maka selayaknya dia dihalau keluar dr kuarters. Jgn jdkan kuarters kerajaan seperti rumah flet DBKL, atau mana2 rumah flet persendirian yg lain. Anda dah duduk rumah kerajaan, anda telah sain satu perjanjian untuk menjaga harta benda awam ini, maka laksanakanlah amanah yg diberi. Usah mengaku ISLAM jika anda tidak paham apa yg dikatakan amanah dan tanggungjawab. Jika ianya dilakukan oleh org luar, maka sungguh busuklah hatinya kerana dia telah memburukkan nama penduduk2 kuarters tersebut dan telah menyebabkan berlakunya fitnah di kalangan penduduk. Sungguh cetek pemikiran org ini. Tertanya2 aku, dr parti manakah sebenarnya org ini. Tapi dr kutukan yg dibuat tuh, rasa2nya dpt agak dr parti mana. Itulah dia politik...seperti yg aku katakan, penuh dgn kekotoran (itu dikira mengotorkan pandangan mata...)

p/s: jika contengan itu masih ada ptg ini, akan kuambil gambarnya utk menjadi tontonan umum di sini...huhu

Wednesday, March 05, 2008

To school he go...

Gi sekolah mcm nak gi oversea..

Zakwan dah kembali ke sekolah..Alhamdulillah..lepas seminggu Zakwan duduk di rumah nenek di Beranang, semalam kat nursery dia tak meragam sgt (as told by his teacher). Takut juga dibuatnya dia menangis tak berhenti2 sebab kat rumah nenek tidurnya dalam buaian. Lepas tuh sentiasa berhenjut pula buaiannya. Dan alhamdulillah, batuknya semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya atleast tidak seteruk dulu. Sekarang ni pun bangun pagi tak berapa meragam. Mungkin dah biasa dgn rutin hariannya yg akan dikejutkan pada pukul 7.00 pagi tuk bersiap2 pergi ke nursery. Harap2 anak umi nih akan sentiasa menjadi murid yg baik yer? Ehehehehe....

~PRU 12~

Ehehehe..semalam emak call mintak alamat dan IC #. Nak diberikan kepada Ketua *M*O kat taman tuh. Bukan apa, sebab nak claim duit mengundi jer. Dgr2 cerita banyak juga nak diberi terutamanya kalau kita betul2 pulang mengundi di kawasan tu. By hook or by crook, aku akan mengundi juga tahun ni. Rezeki tak baik ditolak kan? kan? kan? Nampak gayanya tak jadi lah aku nak tukar alamat mengundi utk PRU yg akan dtg nnt :p


Tuesday, February 26, 2008

Berkejaran..

Photobucket
Zakwan yang sudah pandai memegang botol susu sendiri

huh..I just coming back from clinic. Bawak Zakwan pergi check. Dah sebulan hidung dia tersumbat dan batuk. Kalau tak sebab Rabu ni ada perbincangan KDS, mungkin aku dah ambil cuti hari nih. Sekarang nih, kalau malam jer batuk dia makin menjadi2. Risau jugak takut2 Zakwan kena lelah. Dahlah sebelah walidnya dan sebelah aku mmg ada yg kena lelah. JAdi risiko tuh agak tinggi. Alhamdulillah, MA yg check tu tak kata Zakwan lelah. So, after a week kalau ubat yg diberi tu tak mustajab juga, aku kena bawak lg Zakwan pergi check. Harap2nya mustajab la ubat2 yg dibagi tu. Kesian bila malam2 dia batuk mengongkong. Batuk berkahak pulak tuh. Sepanjang minggu ni, insyaallah Zakwan akan tinggal dengan mak kat Beranang. Sementara nak bagi elok batuk selsemanya tu. Lepas tu baru hantar balik ke nursery. Abang dah nampak cadang2 nak hantar ke rumah org je Zakwan tu tapi aku yg tak berapa yakin. Biarlah duduk kat nursery ni, sekurang2nya dekat dengan aku. Oh..sepanjang di klinik tadi Zakwan sungguhlah ramah. Habis semua orang dia tegur (sebelum mood dia bertukar akibat kemengantukan yang amat sgt). Agaknya dia pun bosan sebab menunggu untuk register jer dah lebih setengah jam. Itu belum tunggu nak panggil utk diperiksa. Siap 2 kali si Zakwan tu "poo poo". Tp itulah hakikat perkhidmatan klinik2 kerajaan. Nak tak nak kena tunggu je. Mungkin lain kali pergi panel pulak. Ok, aku nak siapkan "benda2" KDS nih. Oh wan, adakah Fahim sudah pandai membuka matanya? Hehehehe..

p/s: aku tak suka membicarakan tentang PRU12 sebab aku mmg tak suka pada politik serta kekotorannya..huhuhu..sungguh menjengkelkan.

Wednesday, February 06, 2008

It's been a hard day night..

Photobucket


Bukan senang yer nak jadi super mommy..aduh..duh..duh..Dulu masa mengandung, banyak betul perkara yg kita angankan, kita rancangkan..tapi bila dah keluar, baru ku tahu langit itu tinggi ke rendah..ehehehe..being a mother teach us to be more patient and seize...apa2 pun, melihat wajah suci seorang anak, lupa pada segalanya (kecuali mengantuk..ehehehe). Sekarang nih Zakwan dah semakin bising. Asal bangun tido jer (kalau mood baik) nak berborak..penat jugak nak layan. Mana taknya, tgh2 malam kalau dah hilang mengantuk dia, ajak bersembang..tak dilayan nnt menjerit pulak..alahai anak.. Yang kesiannya sekarang nih, sejak dihantar ke nursery batuk dgn selsema dia payah betul nak hilang. Mungkin sejuk sgt. Mula-mula dulu lagi la, dengan hilang suaranya. Hingga satu tahap rasa macam nak berhenti hantar kat nursey, tapi alhamdulillah..sekarang suara Zakwan dah kembali normal. Walidnya sekarang ni lagi kelakar. Nak bagi Zakwan susu sampai bergaduh2 dgn Zakwan. Ye lah, Zakwan nak masukkan jari sekali dengan punting susu. Oh anak...mmg menguji kesabaran.. :D

Thursday, January 17, 2008

Busy...

Salam..I'm back to work..tapi terlalu busy utk bercerita panjang lebar di sini..adoi..nnt bersua kembali..

p/s: Zakwan dah masuk "sekolah". Esok dia nak kena cucuk pulak. Owh! COngrats to wan tuk kehadiran Fahim dalam kehidupan keluarganya. Semoga menjadi anak yg soleh ;) Setarikh lahir dgn kita..

Tuesday, December 04, 2007

Ammar Zakwan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Alhamdulillah..tanggal 13.11.2007 lahirlah seorang bayi lelaki pada jam 12.25 tghari..setelah berhempas pulas selama lebih setengah jam..walaupun terdapat beberapa masalah sehingga bayi ini terpaksa di tempatkan di SCN Hosp. Kajang, alhamdulillah kini bayi itu sihat walafiat. Bayi seberat 2.75kg (masa mula2 dilahirkan) telah diberi nama Ammar Zakwan oleh walidnya. Semoga dengan kehadiran bayi ini akan mengukuhkan lagi kasih sayang di antara umi dan walid. Muuah..sayang Zakwan...semoga Zakwan menjadi anak yang soleh..yg berjaya di dunia dan akhirat..inilah satu amanah yg terpikul di bahu umi dan walid sekarang. Uh...I'm a mother now...macam tak percaya jer kan? Doakan kami dapat menjadi ayah dan ibu mithali...

Tuesday, November 06, 2007

Syawal di hujung minggu..

Sepanjang bulan syawal nih, sejak bergelar isteri aku mmg tak pernah berhujung minggu di rumah sendiri. Setiap hujung minggu ada jer aktivitinya. Bermula dr hujung minggu pertama syawal, hari Jumaat pergi ke Kuantan. Ikut menghantar Siti ke UIA gombak. Tgh sarat2 pun masih ada hati nak berjalan jauh. Sempat pulak menyinggah ke Teluk Cempedak. Sambil meninjau2 monyet2 yg berkeliaran, juga meninjau2 pasangan2 yg sedang mahsyuk berchenta membuat aksi2 yg jelas dikategorikan sebagai haram. Anak2 muda zaman sekarang memang berani sungguh. Seandainya masa sedang bercengkerama di tepi pantai tuh, ALLAH turunkan bala serta merta..nauzzubillah..semoga hati2 mereka diberikan hidayah olehNYA. Balik dari Kuantan malam tu, terus balik ke Putrajaya. Baju spare tak bawak jd tak boleh nak bermalam di rumah emak. Esoknya memandangkan rancangan nak ke Meru di tunda ke hari AHad, makanya kitorg balik ke Bt Caves sekejap sebab mak kata ramai yg nak dtg. Mertua Anim dgn keluarga acik Janah. Balik tlg masak. Malam tuh kami patah balik ke Beranang. Hari Ahad pulak pergi beraya ke Meru, rumah mak ngah sebelah abang. Maghrib singgah di Putrajaya sebab masing2 dah lapar nasi. Nasib baik acik Piah bawak bekal lauk gulai jering dengna sambal ikan dari rumah. Jd di Putrajaya kitorg hanya masak nasi saja. Malam tuh balik ke Beranang semula, dan pergi kerja dari sana.

Minggu ke-2 Syawal tuh kami pergi ke Gemas pulak. Rumah pak Itam, abang mak. Memula cadangnya nak pergi dengan abg long, abg dan, iwan n abg syahril. Tapi malangnya yg lelain semua kerja di hujung minggu. Satu kereta jer la yg pergi ke Gemas sebab dah bernajnji dengan pak Itam. Lagipun mak dah minta acik Eton masakkan laksa Johor. Memang kegemaran abang lah tu. Dia la yg paling berkobar2 nak ke Gemas. Nasib baik sepupu, abg apar nak join sama jadi tak adalah membazir jer laksa2 Johor yg acik Eton masak tu. Pergi satu rumah tu je dah ambil masa satu hari. Malam baru sampai ke Bt. Caves. Abg yg mmg dah dipesan supaya bawak baju spare jd bolehlah tidur rumah mak malam tu. Esok pagi2 kami dah bertolak balik ke Putrajaya sebab abg long, abg dan, abg syahril, mak kata nat dtg beraya kat rumah. Balik awal sebab nak beli lauk2 utk makan tengahari. Nasiblah dpt suami yg rajin nak menolong di dapur. Jadi tak lah penat sgt memasak. Dah penat2 tuh, rupa2nya masing2 sampai petang. Paling awal pukul 3. Mula-mula risau gak sebab lauk dah masak byk. Alhamdulillah, masing2 dtg cari nasi. Kak Nini sekeluarga pun dtg malam tuh. Kira tak adalah membazir masak lauk byk2 dan lauk pun mmg cukup2 untuk semua orang.

Minggu ke-3 syawal (kemasin dgn semalam), kami ke PD pulak. Hari keluarga Jabatan Imigresen Seremban. Along dpt apartment 3 bilik. Memula abang tak nak pergi sebab memang sekarang ni aku sedang menunggu hari. Aku dah masuk 38 minggu, insyaallah bila2 saja boleh bersalin. Sepatutnya yg pergi adalah adik ipar, Pejal dgn emak. Aku dgn abg tinggal di Beranang tengok2kan nenek je. Last2 minute Pejal bgtau tak dpt pergi sbb ramai tetamu adik ipar dia nak dtg beraya di rumah. Jadi kami kenalah pergi bawak mak ke sana sbb kesian pulak kat along. Penat2 nak dptkan apartment tuh, tapi tak ada orang nak duduk. Malam tu diorg adakan jamuan raya. Ahad tengahari tu kitorg balik ke Beranang tapi sempat singgah Seremban Parade, makan2 di Kenny Rogers. Pukul 2 lebih baru sampai Beranang. Sampai2 terus solat, pastu masing2 tidur kepenatan walaupun tak buat apa2 pun kat PD tuh. Main air pun tak. Ehehehe..Insyaallah, hujung minggu nih pulak aku nak rehat2 kat Bt. Caves sebab start dr minggu depan dah nak berulang dari Beranang. Abg nak suruh amik cuti awal sebelum sampai ke tarikh dijangkakan bersalin (17hb nih), tapi macam malas la pulak nak cuti awal2 ni. Tgklah dulu macam mana.

Yang pastinya, tahun nih aku mmg tak sempat nak beraya rumah member2. Rumah Sue pun tak sempat pergi, rumah terbuka nahdha pulak serhari dgn hari pergi ke Meru, makan2 kat rumah cik tulip pulak aku pergi ke PD. Insyaallah, ada rezeki panjang umur mungkin raya tahun depan. Maaf yer kawan2....