Tuesday, October 28, 2008

Menang

Semalam di Beranang ada sambutan Hari Raya Kg. Sasapan Batu Minangkabau. Memang kebetulan kami balik ke sana minggu lepas, makanya berkesempatanlah nak pergi. Dalam tentatif program ni, turut diadakan beberapa pertandingan. Untuk kanak-kanak ada pertandingan membuat kat raya manakala untuk orang dewasa a.k.a tua pula pertandingan menganyam ketupat. Yang aku nih pun, abang beria2 pulak suruh masuk menganyam ketupat nih. Dicucuk2 nya aku dengan cabaran2 dan kata2 pedas. Demi untuk tidak mengecewakan harapan orang2 di dalam rumah itu, aku pun daftarkan diri. Masa berkumpul dengan peserta2 lain, rupa2nya aku sorang jer yg agak muda (baca bebaik yer..MUDA). Yang masuk pun takder ler ramai sgt. Ada lah dalam 8 orang jer. Menganyam menggunakan reben. Nasib baik diorg nak ketupat sate jer. Masa diberikan 3 minit. Yang makcik2 kebanyakannya mengeluh sebab reben nih kondosinya kan agak licin berbanding daun kelapa. Aku lak nasib baik la tiap2 tahun memang kat opis nih ada acara menganyam ketupat tuk digantung di dalam opis. Bila pengacara kata mula jer aku pun dengan menggeletar2 tgn dok anyam. Dalam menggelatar2 tangan tuh dapat la siapkan 3 setengah ketupat (yg setengah tuh sempat siap rangka jer). Segala penat lelah, susah payah aku telah terbalas dengan...............
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Photobucket

Tempat ke-3 menganyam ketupat..dapatlah tudung bawal kaler oren :D

3 comments:

shafarina said...

huih, bagus tu... dapat hadiah

eh emel la alamat awak. cemana nak kasi hadiah takde alamat. alamat precint 14 tu pun ok dah

~adeQ~ said...

patut dpt hadiah ni sebelum jamuan bhg hrtu...mesti menang hamper....huhuhu

Nurul said...

wan: terlupa la wan..tp kita dah email.

adeq: nak wat camner, sambutan raya bhgn kiter ni cepat sgt..