Wednesday, June 30, 2010

Entry berkecamuk fikiran..

Oh..oh..nak bagitahu. Zahirah sudah pandai berjalan. Sedikit lewat berbanding Along tapi perkembangannya masih lagi normal. Hehehe...sekarang boleh panggil Adik semula sebab belum rezeki lagi Zahirah nak jadi Kak Ngah. Next time, insyaallah.

Perangai Along sekarang ni bila kena marah atau bila Ummi/Walid malas nak layan, terus dia peluk kita kuat-kuat sambil kata "sayang ummi/walid" atau "windu ummi/walid". Amboi, pandai betul dah membodek si anak bujang ni. Selalu juga sebelum nak pakaikan baju selepas mandi dia akan peluk kita. Kadang-kadang dalam kereta masa Walid tengah memandu, elok pula dia peluk leher Walidnya sambil kata sayang. Sabar je la..

Sekarang ni datang ke pejabat tanpa ada sebarang semangat. Tiada lagi jati diri atau motivasi. Malas saja. Nak bangun tidur pun terpisat-pisat. Seandainya boleh bercuti panjang alangkah bahagianya. Ingatkan aku seorang saja begini, rupa-rupanya semua yang di sini juga berperasaan begitu. Parah ni.

Oh..di Beranang sudah musim durian. Tapi tahun ni buahnya tak sebanyak yang lepas-lepas. Dalam erti kata lain susah lah nak buat stok tempoyak untuk bulan puasa ni. Apa-apa pun, aku puas dapat makan durian. 2 tahun yang sudah, musim duriannya jatuh pada bulan Ramadhan makanya kuranglah nikmat makan durian. Errrr...org yang gugur tak pantang makan durian kan?

Monday, June 21, 2010

Belum rezeki kami lagi

Kembali selepas bercuti selama hampir seminggu. Badan masih terasa macam sakit-sakit tapi sebab surat MC hospital sampai semalam je, pergi juga la ofis. All this years, I've been listening to other people stories about miscarriage. Never thought it will happen to me. Hmm..tapi janji ALLAH itu pasti. ALLAH akan berikan pada hambaNya dan bila-bila masa ALLAH akan ambil kembali. Terus terang aku katakan mengandung kali ini bukanlah sesuatu yang dijangka. Memang diluar jangkaan betul. Namun, aku dan abang tetap redha dan gembira. Malah kami pernah bertekak untuk meletak nama anak sedangkan kandungan baru beberapa minggu. Aku sudah mula membayangkan keadaan bila ahli keluarga bertambah. Membayangkan bagaimana nak disumbat barang-barang ke dalam kereta comel kami. Membayangkan bagaimana hendak menguruskan adik serta adiknya dan Along yang semakin lasak. Aduh, terbayang kegamatan suasana rumah kami. Mengandung kali ketiga ini aku memang bertenaga. Tidak seperti sewaktu mengandungkan Along dan Zahirah. Tiada mabuk-mabuk atau muntah yang teruk. Serius, semuanya mudah.

Semuanya bermula pada hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga memang tidak ke mana-mana. Perancangan ke Johor dan Pahang tidak tercapai. Abang kata malas nak berjalan jauh. Makanya aku di rumah mengemas apa yang patut. Menyapu, menolak almari dan sofa. Petang tu, aku tengah leka tengok TV sementara abang, Along dan adik lena tidur bila tiba-tiba aku terasa seperti cecair mengalir keluar. Mula-mula aku biarkan, tapi makin kerap pula. Bila aku check, ternampak tompok-tompok cokolat di seluar. Aku telefon kak Aida untuk dapatkan pengesahan (kak Aida dah gugur 4 kali). Petang tu kami terus ke Kecemasan Putrajaya. Dari Kecemasan aku dibawa ke wad bersalin bila Dr di ED tak dapat kesan jantung baby sewaktu scan. Katanya saiz baby juga kecil. Dalam wab bersalin aku cuma risaukan abang yang pasti kelam kabut menjaga adik dan Along di luar. Sekali lagi aku discan, dan keputusannya sama. Saiz baby kecil dan jantung baby tak dapat dikesan. Dr suruh aku balik dulu dan datang ke hospital balik lepas 2 minggu.

Hari Isnin tu abang ajak ke Hospital Kajang lepas balik kerja. Masuk je dalam kereta dah terasa sakit lain macam. Lepas ambil anak-anak di nursery, singgah rumah ambil baju budak-budak tu, terus abang pecut ke Kajang. Sampai hospital terus masuk ke Kecemasan. Along dan Zahirah pula ikut Acik balik ke Saujana. Sekali lagi aku kena scan, keputusan tetap sama. Aku ditolak ke Wad Bersalin. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa, air mata aku makin laju turun. Sakitnya ALLAH saja yang tahu. Sepanjang 2 kali aku bersalin, tak pernah aku rasa sakit sebegitu. Tiba-tiba aku terasa macam ada benda yang keluar. Kemudian semua sakit terus hilang. Masa Dr nak periksa tu baru aku tahu yang janin tu dah keluar. Terkilan juga rasanya. Dalam hati entah berapa kali aku lafazkan kata maaf. Bukanlah rezeki kami untuk menambah ahli keluarga lagi. Maafkan ummi yer sayang....

Thursday, June 10, 2010

To Sabah..II

Ok..Continue. Pulau Sibuan merupakan sebuah pulau kecil yang menjadi tempat tinggal bagi sakumpulan kaum Bajau Laut. Aku difahamkan bahawa terdapat lebih kurang 200 orang penduduk saja di pulau tersebut. Pulau tu mempunyai pasir yang sangat putih dan bersih. Air sekelilingnya sungguh jernih. Orang lelaki di situ menjalankan aktiviti menangkap ikan atau mengutip kerang. Biasanya apabila sumber makanan berkurangan, mereka akan ke Pekan Semporna untuk membeli makanan. Kanak-kanak kecil di situ masih ada yang tidak berbaju. Kaum ni memang jauh dari sebarang kemodenan. Rasanya tiada seorang pun yang mempunyai surat beranak atau kad pengenalan. Kanak-kanak tidak bersekolah. Dunia mereka hanyalah sekitar pulau tersebut. Seperasan akulah, aku tak nampak sebarang tanda suntikan BCG pada lengan kanak-kanak di pulau tersebut. Sempat kami mengambil gambar anak-anak kecil di pulau itu. Melihat seorang baby sedang nyenyak tidur di bawah rumah, terus di mataku teringatkan Zahirah. Aisy..dah rindu sangat dah nih..

Pulau Sibuan..indah bukan?


Rumah penduduknya..kecik jer

Jeti..see the clear water? rasa nak terjun

Memasak di belakang rumah..oh, mereka guna dapur gas tau


Belimbing dan mangga muda yang dipetik disekeliling pulau


Anak-anak Bajau laut..comel-comel kan?


Sun bath? Penat selepas puas menyelam di laut..

Selesai mengelilingi pulau kecil tersebut, kami terus bergerak ke Ladang Rumpai Laut di Pulau Sebangkat. Tapi sayangnya air dah surut, maka kami tidak boleh masuk ke kawasan tersebut. Kalau masuk gak, jawabnya kompem enjin bot akan dibalut dengan tali2 yang mengikat rumpai laut tersebut. Hanya melihat dari jauh. Difahamkan ladang tersebut menjangkau kawasan seluas 2000 hektar! Sebab dah tak boleh masuk, 5 minit je kami tengok kawasan tu. Terus kami berangkat balik ke Semporna. Dari jauh nampak pekan Semporna masih gelap akibat hujan. Air laut dah mula bergelora. Aku yang duduk di hadapan bot melompat2 akibat bot melanggar ombak2 kecil. Terpaksa memegang erat bawah kerusi bot. Muka dah sakit akibat dipukul titik2 hujan yang rasanya macam batu2 kecil je. Alhamdulillah kami selamat sampai ke jeti Seafest. Lepas tuh berlari-lari la mengejar masa nak check out dan ke airport. Penat sungguh. Sebelum berangkat pulang ke Semenanjung sempat pula singgah ke Pasar Kering di Tawau. Siapa-siapa yang memang hantu ikan bilis, ikan kering, udang kering pasti akan juling-juling mata melihat kepelbagaian pilihannya. Aku hanya membeli ikan bilis, udang kering sebagai ole-ole dari Sabah. Sepanjang dalam flight aku tidur jer (lagipun dah malam dan aku malas nak melayan orang tuh bercakap). Pukul 9.00 mlm kami selamat tiba di KLIA. Aku keluar je dari balai ketibaan terus diserbu oleh Zakwan. Alahai, sungguh aku terharu. Peluk-peluk, cium-cium (dengan walid sekadar cium tangan je..heheh). Tak sabar pula nak berjumpa dengan Auni.

Sampai di rumah, Auni baru saja tidur. Rindu punya pasal, aku kejutkan juga. Ya ALLAH! Mata Auni bengkak sebelah. Dengan tahi mata bertepek-tepek. Walid tak maklumkan kat aku pun sepanjang di Sabah tu Auni sakit mata. Kesiannya anak ummi yang seorang ni. Dengan bibir pecah-pecah sampai berdarah. Aduh..aku yang terasa sakitnya. Naper la tak bawa ke klinik awal-awal?