Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Friday, August 13, 2010

3 Ramadhan

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke tiga berpuasa. Buat masa ni kami masih belum menziarah bazar Ramadhan lagi. 2 hari lepas menu berbuka kami berkuah saja. Hari pertama bihun sup, semalam mi kari. Tapi mi kari semalam sungguhlah spoil disebabkan oleh kerang yang sudah lama dan agak berbau. Makanya kuah karinya menjadi agak tidak menyelerakan. Hari ni punya menu masih belum decide lagi. Sepanjang 3 kali bersahur, kami dapat makan dengan tenang sebab Along dan adik nyenyak dibuai mimpi cumanya ada sekali tu adik bangun lepas kami habis bersahur.

Hmm..Sebelum puasa hari tuh dah berapa hari abang dok mengadu sakit2 tapak kaki. Terasa bisa2 dan kebas je. Ingatkan sebab darah tinggi tapi abang macam dah teragak yg itu simptom gout. Sejak doktor kata kandungan asid urik dalam darah abang tinggi, makin pening kepala aku nak memikirkan lauk utk bersahur (tanak mengaku ada gout tuh). Dah sah2 banyak yang kena dipantangkan dan kebanyakkannya adalah feverat dia. Kalau ikutkan, abang memang tak makan seafood sepeti udang, sotong, ketam etc tapi feverat dia adalah sardin yang mengandungi kandungan purine yang tinggi. Lepas tuh ikan bilis, siap boleh ratah mentah lagi. Lepas ni kena makan ikan2 sungai je la ye. Tapi takkan hari2 nak makan ikan keli dan talapia? Huhuhu...

Sedikit info mengenai penyakit gout..

Gout terjadi bila kandungan asid urik di dalam darah meningkat (melebihi 7.5 mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama:

* Tubuh menghasilkan lebih asid urik.
* Asid urik di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.

Serangan gout sering terjadi di kalangan :

* Lelaki yang berusia 30 tahun ke atas.
* Perempuan selepas putus haid .
* Orang yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap gout.
* Orang yang mengambil alkohol berlebihan.
* Orang yang mempunyai tekanan(stress) .
* Orang yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti leukimia.

Tanda-tanda yang selalu dirasai:-

* Sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki.
* Sendi menjadi merah, bengkak dan panas.
* Demam

PENGURUSAN DIET SEMASA SERANGAN AKUT

* Ambil cecair sekurang-kurangnya 2 liter air (6-8 cawan) sehari.
* Hadkan pengambilan alkohol.
* Elakkan mengambil makanan tinggi purin.
* Elakkan mengambil terlalu banyak makanan daripada sumber protein ( 0.8g/kg berat badan)
* Tingkatkan pengambilan makanan daripada sumber karbohidrat. (55-60% daripad jumlah tenaga)
* Hadkan pengambilan makanan daipada sumber lemak. (lebih kurang 30% jumlah tenaga).

PENGURUSAN DIET SEMASA SERANGAN KRONIK.

* 8 cawan air sehari.
* Hadkan pengambilan alkohol.
* Berhati-hati dengan makanan yang tinggi purin.

MAKANAN TINGGI PURIN (150-825mg/100g)

* Pankreas/otok/ buah pinggang/hati.
* Ikan tenggiri/selar/kembong/sardin.
* Ikan bilis/budu.
* Kepah
* Telur Ikan
* Petai/jering
* alkohol
* Yis/ragi
* Ekstrak daging/kiub sup
* Angsa/kijang.

MAKANAN SEDERHANA PURIN (50 - 150 mg/100g)

* Daging lembu/ayam/kambing/ ikan/itik
* Udang/ketam/ tiram/kerang
* Asparagus/bungakobis/bayam/kulat/ cendawan
* Legum(dhal)/kekacang/ kacang pis/kacang panggang/petai/ bendi
* Produk bijirin penuh

MAKANAN RENDAH PURIN

* Bijirin/nasi/ mee/makaroni/ roti/biskut
* Susu/produk tenusu
* Telur
* Buah-buahan termasuk jus
* Sayur (kecuali di atas)
* Gula/sirap/ gula-gula/ madu/kastad
* Minuman berkarbonat
* Minyak/mentega/ marjerin
* Kopi/teh/kordial
* Keju
* Jem
* Yogurt
* Coklat
* Aiskrim
* Herba/rempah

* Cuka

RINGKASAN PENJAGAAN MAKANAN PESAKIT GOUT

* Elakkan mengambil makanan tinggi purin
* Hadkan makanan mengandungi sederhana kandungan purin
* Elakkan mengambil protein terlalu tinggi
* Kawal atau turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal
* Hadkan atau elakkan minuman beralkohol
* Minum banyak air (2-3 liter sehari) untuk membuang asid urik melalui air kencing
* Ambil lemak dalam kuantiti yang sederhana

* Elakkan makanan tinggi lemak (contohnya makanan bergoreng) kerana boleh mengurangkan pengeluaran air kencing
* Amalkan pengambilan makanan secara seimbang
* Lakukan senaman secara kerap.

Makanya, aku sekarang kena merangka apa yg boleh dan tak boleh beli setiap kali pergi ke pasar. Pening, pening....

Monday, June 21, 2010

Belum rezeki kami lagi

Kembali selepas bercuti selama hampir seminggu. Badan masih terasa macam sakit-sakit tapi sebab surat MC hospital sampai semalam je, pergi juga la ofis. All this years, I've been listening to other people stories about miscarriage. Never thought it will happen to me. Hmm..tapi janji ALLAH itu pasti. ALLAH akan berikan pada hambaNya dan bila-bila masa ALLAH akan ambil kembali. Terus terang aku katakan mengandung kali ini bukanlah sesuatu yang dijangka. Memang diluar jangkaan betul. Namun, aku dan abang tetap redha dan gembira. Malah kami pernah bertekak untuk meletak nama anak sedangkan kandungan baru beberapa minggu. Aku sudah mula membayangkan keadaan bila ahli keluarga bertambah. Membayangkan bagaimana nak disumbat barang-barang ke dalam kereta comel kami. Membayangkan bagaimana hendak menguruskan adik serta adiknya dan Along yang semakin lasak. Aduh, terbayang kegamatan suasana rumah kami. Mengandung kali ketiga ini aku memang bertenaga. Tidak seperti sewaktu mengandungkan Along dan Zahirah. Tiada mabuk-mabuk atau muntah yang teruk. Serius, semuanya mudah.

Semuanya bermula pada hari Sabtu lepas. Kami sekeluarga memang tidak ke mana-mana. Perancangan ke Johor dan Pahang tidak tercapai. Abang kata malas nak berjalan jauh. Makanya aku di rumah mengemas apa yang patut. Menyapu, menolak almari dan sofa. Petang tu, aku tengah leka tengok TV sementara abang, Along dan adik lena tidur bila tiba-tiba aku terasa seperti cecair mengalir keluar. Mula-mula aku biarkan, tapi makin kerap pula. Bila aku check, ternampak tompok-tompok cokolat di seluar. Aku telefon kak Aida untuk dapatkan pengesahan (kak Aida dah gugur 4 kali). Petang tu kami terus ke Kecemasan Putrajaya. Dari Kecemasan aku dibawa ke wad bersalin bila Dr di ED tak dapat kesan jantung baby sewaktu scan. Katanya saiz baby juga kecil. Dalam wab bersalin aku cuma risaukan abang yang pasti kelam kabut menjaga adik dan Along di luar. Sekali lagi aku discan, dan keputusannya sama. Saiz baby kecil dan jantung baby tak dapat dikesan. Dr suruh aku balik dulu dan datang ke hospital balik lepas 2 minggu.

Hari Isnin tu abang ajak ke Hospital Kajang lepas balik kerja. Masuk je dalam kereta dah terasa sakit lain macam. Lepas ambil anak-anak di nursery, singgah rumah ambil baju budak-budak tu, terus abang pecut ke Kajang. Sampai hospital terus masuk ke Kecemasan. Along dan Zahirah pula ikut Acik balik ke Saujana. Sekali lagi aku kena scan, keputusan tetap sama. Aku ditolak ke Wad Bersalin. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa, air mata aku makin laju turun. Sakitnya ALLAH saja yang tahu. Sepanjang 2 kali aku bersalin, tak pernah aku rasa sakit sebegitu. Tiba-tiba aku terasa macam ada benda yang keluar. Kemudian semua sakit terus hilang. Masa Dr nak periksa tu baru aku tahu yang janin tu dah keluar. Terkilan juga rasanya. Dalam hati entah berapa kali aku lafazkan kata maaf. Bukanlah rezeki kami untuk menambah ahli keluarga lagi. Maafkan ummi yer sayang....

Tuesday, May 04, 2010

Selamat Hari Jadi Sayang

Semalam genap umur adik setahun. Alhamdulillah, kesihatan adik semakin baik. Follow-up2 yang dibuat di hospital memmberikan keputusan yang amat menggembirakan. Alkisahnya, semalam adik ada follow up dengan Dr dari neuro serta membuat audio test yang pertamanya. Di jabatan neuro dr cuma tny perkembangan adik serta mengukur lilit kepala adik. Alhamdulillah, nampaknya tak ada apa-apa yang serius. Next appointment selepas 4 bulan. Selesai saja di neuro, kami terus ke jabatan ENT. Berjumpa dengan audiologist utk bertanyakan tentang latar belakang adik since itu merupakan perjumpaan yang pertama. Lepas tu adik diberi makan ubat tidur. Kesian adik, orang lain masa hari jadi diberi makan kek tapi adik diberi makan ubat tidur. Seperti biasa adik amat tak suka makan ubat. Dia punya menjerit satu klinik tu boleh dengar. Ehehe...tak sampai 5 minit makan ubat adik dah tertidur. Sememangnya adik tengah mengantuk dan ubat itu mempercepatkan prosesnya untuk tidur. Aku tanya nurse berapa lama tempoh masa kesan ubat pada adik. Katanya 1 - 1 setengah jam saja. Bukan apa, aku teringat masa adik duduk wad neuro tahun lepas, dibagi makan ubat tidur dia boleh tidur selama 12 jam. Adik dah tidur je terus kami tunggu giliran untuk ujian audio. Wayar dipasangkan di kepala. satu di dahi dan lagi dua dipasang di belakang cuping telinga setiap satu. Tujuannya adalah untuk mengesan gelombang otak sewaktu ujian dijalankan. Telinga adik disumbatkan dengan wayar bagi menyalurkan bunyi. Selesai saja ujian tu, adik kena menjalani ujian untuk melihat progress gegaran gegendang telinga. Keputusannya, Audiologist kata pendengaran adik boleh dikatakan normal. Maksudnya, otak adik memberikan tindak balas pada bunyi yang paling rendah. Alhamdulillah. Cumanya, sewaktu ujian gegendang telinga ada sedikit gangguan disebabkan terdapat cecair di belakang gegendang tersebut. Biasanya cecair terbentuk jika baby demam atau selsema. Lagi 4 bulan akan berjumpa dnegan Doktor ENT untuk periksa gegendang. Jika masih terdapat cecair, mungkin akan diberikan ubat. Audiologist kata untuk appointment yang akan datang tidak memerlukan adik membuat ujian tidur. Mereka akan menjalankan ujian permainan. Balik dari HKL adik masih lagi tidur sehingga pukul 1.30 petang. Bangun dari tidur adik bukan main aktif lagi tapi kesan ubat tidur masih ada menyebabkan adik merangkak macam mambang mabuk minum todi. Ehehehe...

Adik tengah buat audio test..
kalo dibagi tido macam nih aku pun nak amik test..hehe


Selamat hari jadi sayang. Semoga adik akan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah. Maafkan ummi kerana ummi gagal menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang baik sehingga adik dimasukkan ke Hospital tempoh hari. Insyaallah, ummi akan pastikan adik sentiasa selamat.

Lepas makan biskut coklat..
Selamat Hari Lahir Sayang

Tuesday, April 27, 2010

Sihat ke tak sihat?

Lately ni aku sering rasa berpinar je. Dah berapa kali aku rasa dunia berputar dengan laju sehingga aku bagai nak tumbang. Aisy, dalam hati terdetik mungkin darah tinggi atau darah rendah. Makanya hari Ahad lepas aku buat pemeriksaan tekanan darah. Doktor kata normal. Ahh, sudah. Apahal pulak rasa berpinar kalau darah normal? Stress sangat ke? huhuhuhu..tensi la kalau selalu begini...

**********************

Tengah malam kelmarin beberapa kali adik terjaga dan mengamuk beriya-iya. Mata tertutup tapi menangisnya macam budak kena pukul. Rasa kat perut, takde la pula tanda-tanda kembung. Baju dah dibuka kot kotlah panas. Kipas dah maximum speed. Walid turun naik tangga memujuk adik. Memang kami tak dapat nak tidur (kecuali Along yang sungguh lena). Akibatnya aku terpaksa ambil EL. Dan tak pasal-pasal ada yang kena sound suruh warning aku sebab selalu ambil EL walhal ini baru kali kedua. B**g**g!

Thursday, February 04, 2010

Banci Penduduk dan Perumahan - 143 hari lagi

Ok, start dari hari ini aku akan mempromosikan Banci Penduduk yang akan bermula sekitar bulan Julai 2010 ini. :D

Semalam adik ada appointment dengan pakar kanak-kanak HKL. Dr yang check bukan dari SCAN team. Anyway, keputusannya tak begitu menyenangkan hati aku. Pada usia 9 bulan, berat adik adalah 7.1 kg (ya..agak ringan) dan tinggi adalah 68 cm. Itu tidak merisaukan aku sebab 3 minggu lepas adik warded sebab diarrhea yang mana beratnya banyak turun pada masa itu. Yang agak merunsingkan adalah perkembangan otaknya. 3 kali dr ukur lilitan kepala adik dan keputusannya tetap 41.5 cm. Kata dr ianya agak kecil untuk baby seberat adik. Sepatutnya lilit kepala adik adalah di dalam lingkungan 43 -44 cm. Dari segi perkembangan adik yang lain masih memuaskan. Adik masih belum merangkak walaupun sudah mula mengangkat badan dan mula memanjat. Bulan depan adik akan memulakan fisio untuk lebih merangsang otak adik. Ujian pendengaran akan dijalankan pada bulan 5 nanti memandangkan adik tak pernah menjalaninya sejak keluar dari ward neuro dulu. Hmm..memandangkan fisio akan kerap dijalankan, cadangnya nak minta ditukar ke Putrajaya. Harapnya perkara-perkara ini tidak akan berkekalan. Amiin

Friday, January 15, 2010

Not a good begining for 2010..

Memulakan tahun baru di Putrajaya. Rumah sendiri akhirnya. Adik dan Along dihantar ke nursery baru. Seminggu di sini adik menunjukkan tanda-tanda tidak begitu sihat. Sebenarnya dah beberapa minggu adik batuk selsema. Kahak memang dah banyak. Kami cuma bagi salbutamol dengan harapan batuk akan berkurangan. Pagi Ahad adik mula muntah-muntah. Dalam fikiran terbayang peristiwa tahun lepas. Kami bergegas ke hospital berdekatan. Terus ke Emergency. Dr cuma bagi nebulizer sebab kahak adik terlalu banyak. Katanya muntah2 adik disebabkan kahak. Kami balik selepas 2 kali ambil nebulizer. Oh, adik sungguh sopan semasa pakai gas tu. Di rumah adik makin kerap muntah disertai dengan cirit birit. Sekali lagi kami ke hospital tapi di tempat lain. Dr mengatakan bahawa it might me food poisening. Adik diberi air garam dan disuruh pulang. Sebelum itu doktor menyarankan agar kami membeli ubat lain di luar. Kami singgah ke KPJ untuk membeli Smecta tapi tak bagi pun pada adik selepas dinasihatkan oleh kak Alin. Sehingga hari Selasa, adik dah tak muntah cuma cirit birit masih berterusan. Adik semakin lemah, badan adik pun dah nampak semakin susut, maka kami ke klinik pula. Seperti yang sebelumnya adik hanya diberi air garam. Tengah malam tu adik berak 2 kali sebelum badannya betul-betul lemah. Aku dah mula menangis. Abang terus ajak ke hospital swasta pula. Kami ke Annur sebelum ke Azzahrah. Terus adik ditahan sebab doktor kata adik kena dimasukkan air. Doktor diagnos adik telah dijangkiti Rotavirus (right me if I spell it wrong). Tak pasti dari mana dapatnya. Anyway, setelah 2 botol air masuk, ambil nebulizer 6 jam sekali adik bertambah segar dan aktif. Alhamdulillah, lega rasanya. Semalam duduk di sana, bayarannya amat tidak boleh tahan. Ehehehe, time-time macam ni baru terasa bagusnya kalau ambil insurans. Tapi oranng kata, duit boleh dicari. Nyawa anak tiada galang ganti :) Terima kasih pada semua yang mendoakan dan menziarah adik. Harapnya selepas ini adik semakin sihat. Amiin..

Tuesday, December 01, 2009

Musim hujan..

Musim hujan. Jika tak pagi, tengahari. Jika tak tengahari, petang. Jika tak petang, malam. Jika tak malam, subuh. jika tidak, seharian. Adush..hujan sepanjang masa. Ada masanya seronok sebab sejuk, tidak perlu aku bermandi peluh. Nak tidur pun nikmat saja rasanya. Ada masanya terasa geram. Nak berjalan pun terhad. Lebih-lebih lagi di hujung tahun yang sungguh terkenal dengan musim Y.E.S ni. Tapi yang membuatkan aku benar-benar susah hati adalah adik demam. Berjangkit dari emak. Mula-mula batuk dan selsema, kemudian badan mula panas. Teringat Along pernah dimasukkan ke Wad Peads di Hosp. Kajang disebabkan oleh Pneumonia sewaktu seusia Adik. Itu yang menjadi igauan ngeri kami suami isteri bila Adik demam sekarang. Harapnya tidak sampai ke tahap itu. Rasanya sepanjang 6 bulan lebih adik berada di dunia ini, ini adalah kali kedua adik demam. Sekali tu masa di PICU, HKL. Kesian bila adik batuk-batuk, hidung sentiasa basah. Tapi adik masih tetap ceria. Susahnya nak bagi adik makan ubat, ALLAH sajalah yang tahu. Kalau Along dulu, asal sua syringe terus buka mulut. Adik pula bila dimasukkan syringe dalam mulut, terus meliang liuk badannya, menjerit-jerit macam kena dera. Aisy...Along pun hidung basah saja sekarang. Kesian anak-anak umi. Cepat sihat ye sayang.





p/s: musim-musim hujan ni pula walid gi masukkan air-cond di Beranang.

Friday, October 16, 2009

No to milk?!


Aduh. Apa mau buat ye? Zakwan dah tak nak menyusu. Sampai teacher letak nota dalam beg Along bagitahu yang Along langsung tak mahu menyusu di nursery. Rasanya Along dah sedap minum air-air manis ni. Semalam Walid buatkan milo, laju je Along minum. Itupun Walid letak susu pekat manis sikit (diluar pengetahuan aku!). Kalau milo + susu tepung, Along sedut sikit je lepas tu terus tolak tepi. Tak besh katanya. Tak boleh jadi ni. Any suggestion, bagaimana nak bagi Along menyusu balik? Terlalu awal bagi Along untuk berhenti minum susu. Aisy, pening kepala aku.

Friday, August 28, 2009

Seminggu sudah kita berpuasa

Alhamdulillah. Hari ni masuk seminggu dah kita berpuasa. Terus terang aku katakan, sejak adik keluar hospital aku memang belum berkesempatan untuk masak bagi berbuka. Yelah, kami berulang dari rumah emak di Bt. Caves sebab adik dijaga oleh emak. Keluar rumah pukul 6.15 pagi, balik dari kejer sampai paling awal pun 6.40 ptg. Sampai-sampai je adik terus nak bergantung. Kalau hujung minggu hari tu, adik langsung taknak terletak. Makanya tak dapatlah juga aku tolong memasak. Sekarang pula asyik hujan saja bila dah petang, Pasar Ramadhan pun tak sempat lagi nak singgah. Abang la kesian, tahun ni tak dapatlah dia nak makan ayam percik setiap hari, tidak seperti tahun-tahun sebelum ni.Kesian kat Along sebab kena bangun awal utk dihantar ke nursery. Along tak boleh tinggalkan dengan adik di rumah nenek, nnt naik darah tinggi atuk dan nenek. Dek kerana perjalanan yang jauh, pukul 9 lebih biasanya Along dah tidur. Takpelah, demi untuk adik kami redahi saja dugaan ini (dugaan ke tak dpt pergi Pasar Ramadhan?).


Kisah Adik

Sekarang adik dah semakin behave dengan nenek. Bukanlah selama ni adik tak behave cumanya sejak dari dalam wad sehingga sebelum aku masuk kejer, setiap kali adik nak tidur dia akan mencari "KFC". Dah aku start kejer, macam mana nak tinggalkan "KFC" ni, OKU lah aku nnt. Maka bila tak dpt "KFC" masa nak tidur, Adik asyik mengamuk je. Emak kata pernah adik menangis kuat sampai naik biru kepalanya. Risau emak so emak gamble masukkan adik dalam buai, henjut perlahan2 (berderau darah aku bila dengar emak cerita masa tu). Tapi sekarang mungkin Adik dah tahu macam mana dia menangis pun dia tetap takkan dapat "KFC", so Adik dah boleh tidur bila mak peluk kuat2 dan sumbatkan puting tiruan. Emak kata Adik paling suka kalau dibawa berjalan. Sengih2 je dia bila nenek dengan atuk bawak berjalan. Pampers dah penuh pun dia tak kisah, janji dapat berjalan. Bagus Adik, nanti adalah alasan Ummi nak ajak Walid pergi shopping. Ehehehe..Hmm, sekarang ni setiap kali Adik lepas menangis, aku akan check ubun-ubun Adik untuk pastikan ubun-ubunnya lembut seperti bayi-bayi yang lain. Takut peristiwa lama berulang kembali. Nauzzubillah.

Beberapa hari lagi sebelum hari Selasa depan. Aduh, harapnya pendarah di mata kiri adik dah resolved.


Kisah Along

Ada gambar yang perlu diuploadkan. Nantilah cerita ye.

Wednesday, August 19, 2009

Please ALLAH..Save her (III)

Kisah Adik


Semalam appointment adik dengan doktor mata peadiatrik. Seawal pukul 9.00 pagi kami sampai (seperti yg terteera di kad appointment), pukul 12.00 tghari nama adik baru dipanggil. Alhamdulillah adik tak meragam sangat kecuali semasa matanya diperiksa. Alhamdulillah juga kerana pendarahan di belakang mata adik semakin berkurangan. Appointment seterusnya akan menyusul minggu depan. Ubat mata masih terus digunakan. Sekarang adik suka menangis lama-lama dan menjerit-jerit. Aku risau jika adik menangis kerana sakit. Aku lagi risau jika tangisan yg begitu kuat boleh menyebabkan kembali pendarahan kerana tekanan yang kuat kepada otak.


Kisah Along
Along di rumah nenek memang melasak saja. Minggu lepas along demam sebab nak tumbuh gigi lagi. Sekali nak naik gigi geraham dan gigi taringnya. Bengkak gusi sekali dengan ulser mulut. Disebabkan badan yang tidak sihat, Along menjadi mangsa bulian Ce Ah. Tapi bila Along dah sihat, dia pulak yang buli Ce Ah. Balas dendam. Sekarang Along demam balik. Harapnya biarlah demam biasa-biasa saja. Risau dengan penularan influenza H1N1 nih. Dah semakin ramai menjadi mangsa. Nauzzubillah.


Kisah Kami

Selamat Hari Jadi Walid! Tahun nih tak smpat nak sambut sama-sama memandangkan Ummi dan Adik di hospital waktu itu. Apa-apa pun, terima kasih ye walid. Insyaallah, jika adik dah sihat sepenuhnya, kita sambut birthday walid.

Thank you so much.. :D

Thursday, April 23, 2009

I'm 38 weeks now..

Alhamdulillah..i'm 38 weeks now..dah 9 bulan lebih aku mengharungi susah senangnya pregnancy ni. So, anywhere, anytime aku boleh bersalin. Hehehe..Dr td pun tny, belum ada rasa tanda apa2 lg ke? N my answer is, not yet. Sekadar sakit2 pinggang biasa sebab baby dah semakin membesar. Dan baby dah semakin menekan2 menyebabkan aku semakin kerap ke bilik air. Dah la seat kat opis nih di hujung dunia dan toilet di hujung dunia yang lagi satu. Jauhlah berjalannya tapi tak apa, sebab semakin byk berjalan semakin senang dan cepat nak bersalin nnt. Aku pun dah tak sabar rasanya walaupun dalam hati berdebar2, seriau. Alhamdulillah, bila diimbas2 kembali, my second pregnancy ini tidak lah sesukar masa mengandungkan Zakwan dulu. Mungkin sebab kita dh ada pengalaman dan kita tahu bagaimana nak menguruskan kesihatan kita. Ok, meh aku comparekan my first n second pregnancy.

Mabuk

Masa Zakwan:
Aku dah start mabuk masa usia kandungan 2 bulan dan berlarutan sehingga 5 bulan. Tahap kemabukan agak serius sehingga mana aku pernah warded selama 3 hari 2 malam. Macam2 bau aku tak boleh. Jalan terhentak sikit pun abih terkeluar semua isi perut. Series mmg aku tak larat sangat masa tu.

Second pregnancy:
Alhamdulillah, aku mabuk masa sepanjang bulan Ramadhan je. Kak alin kata, antara faktor yang menyebabkan aku mabuk teruk adalah sebab aku ada gastrik. Masa bulan puasa, yang mampu aku telan hanyalah air. Tapi alhamdulillah, habis je puasa aku dah kembali sihat. Makan dah macam biasa.

Cramp

Masa Zakwan:
Aku dah mula rasa cramp semasa usia kandunganku seawal 5 bulan. Boleh dikatakan hampir tiap2 malam kena. Sampai menangis2 aku dibuatnya. Dr kata biasanya org start cramp bila janin dah besar. Huhuhu..mungkin kurang kalsium tapi tiap2 hari minum susu. Lama-lama cramp berkurangan dan setiap malam aku memang tak berani nak meregangkan kaki terutamanya masa menggeliat. Hehehe..sakit woo..

Second pregnancy:
Alhamdulillah, jarang betul kena cramp. Sekarang nih kalo kena pun, aku cuba urut sendiri. Bila dah tak tahan jer baru menangis. Pernah aku terjerit masa kena cramp, kebetulan masa tuh aku terjaga dengar Zakwan menangis. Bila dgr aku menjerit sakit, terus Zakwan terdiam. Hehehehe...

Baby movement

Masa Zakwan:
Sungguh2lah aktifnya dia dalam perut aku. Pantang dipegang perut nih, mesti ditendang. Abg la paling suka bila Zakwan menendang2.

Second pregnancy:
Cukup kedekut dengan Abg. Tiap kali abg pegang perut aku, dia akan berhenti menendang. Ehehehe...Kadang2 masa tgh aktif bergerak, bila aku letakkan tgn abg di perutku terus dia senyap. Tensen abg..Zakwan pun jarang dapat rasa pergerakan adiknya ni.

Fuh! Mengah rasanya. Apa2 pun, semoga segala2nya selamat dan baby ini akan sihat. Agak2nya ikut muka siapalah nanti ye? ehehehehe...

Monday, April 13, 2009

Wallawei...mengah..

Aduh..apalah diperd*j*lkan di pagi hari ini. Mengah kami anak beranak (excluding Zakwan). Boleh pula 3-3 lif rosak. Dari tingkat 16 kami mengira anak tangga. Bayangkan seorang wanita ayu yang sedang sarat mengandung yang mana usia kandungannya telah pun mencecah 9 bulan terkial2 turun tangga. Hehehehehe..sakit pulak pinggang nih rasanya. Tuh alhamdulillah la kena turun tangga jer, dibuatnya kena naik tangga..sampai tingkat 4 jer mesti bersalin. Fuhh..harap2 eloklah lif ptg nih. Kalau tidak, kompem la tak balik rumah.. :D

Masuk minggu nih, usia kandunganku dah masuk 37 minggu. Bak kata kak alin, anytime boleh bersalin. Tak sabar pulak rasanya. Macam manalah rupa adik Zakwan ni nanti. Harap2 dipermudahkan lah. Zakwan sekarang nih semakin slim. Makan dah kurang, asyik melasak je. Risau jugak, sebabnya batuk berkahak dia tak hilang2 lagi. Kalau tengah2 malam tu, dia akan terjaga disebabkan batuk yang tak berhenti dan selalunya akan diikuti muntah berserta dengan kahak-kahaknya sekali. Takut ada asma je..

Adeh..adeh..mata ngantuk la pulak lepas dgr taklimat tadi..huhuhu

Wednesday, March 25, 2009

Nak jawab tag la pula..

I'm not feeling quite well today. Dengan selsema, hidung tersumbat, malam td mmg susah nak tidur. Endingnya aku duduk kat rumah..alllllll alone. Zakwan bawa ke nursery. Elok juga dia ke sana sebab bila kat rumah Zakwan dah tak nak makan dan menyusu sangat sampai kena paksa tapi kat nursery, teacher Zakwan bgtau Zakwan menyusu macam biasa. Aduh, agaknya sebab bila ramai2 tu, naik pula selera dia. Zakwan sekarang ni pandai cemburu. Kami pula suka usik dia. Saja je duduk rapat2, bila Zakwan nampak je terus dia datang duduk di tengah2 kami. Hehehe..kadang2 walid suka tepuk2 kat peha ummi sebab nanti mesti Zakwan akan tolak tgn walid tak bagi usik ummi. Satu lagi habit Zakwan, dia suka menyuapkan orang. hari tu atuk bg roti sapu kaya kat Zakwan, yang kenyangnya nenek sebab Zakwan suapkan semua dalam mulut nenek. Kak Alin kata, bila dah ada adik kena peratikan Zakwan. Takut nanti ntah apa2 disuapkan kat mulut adik. Huhuhu

Aisy..Ni nak masak pun macam malas je, lgpun lauk semalam ada sikit lg. Ikan siakap 3 rasa, terung bakar dengan kuah asam, lobak putih tumis. Pagi tadi pula dah masak nasi goreng, pun ada berlebih lg tu. Setakat makan sorang takpe jer lagi. Sekarang tgh khusyuk tgk Madagascar 2: Escape To Africa. Oh..aku berhutang 2 tag dengan Cik Tulip. isy..rajin betul la dia tag orang. Huhuhu..


First Tag: Wajib jawab sbb Mama Nabil kata saya ensem.

1. Anda rasa anda hot?
Baru minggu lepas saya "hot" (suhu badan naik tinggi). Sampai merah pipi saya..

2. Upload gambar kegemaran anda.
Alaaa..gambar byk kat komputer len..kat sini tak byk..akceli pada saya sumer gambar saya adalah best sbb saya tau saya ensem..eheheh

Saya di Burger King..

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Cos I'm the king in this photo.

4. Bila kali terakhir makan pizza?
Tak pernah pun. Ummi tak bagi sebab takut tercekik. Lagipun saya tak suka sgt kalau ada rasa pedas. Ummi ngan walid makan pizza bln lepas kot. Nanti bila saya dah byk gigi, saya nak suruh ummi buatkan pizza untuk saya. Orang kata pizza ummi masak sedap..huhuhu

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Errr...lagu "satu, satu..saya sayang ALLAH. Dua, dua, sayang rasulullah. Tiga, tiga, sayang ummi walid. Satu dua tiga sayang semuanya." Bila ummi nyanyi lagu tu, jari saya akan cucuk2 langit. Ehehehe..tapi saya pandai buat jari satu je, dua dgn tiga susah nak buat.

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Errr..saya tengah melasak kat nursery. Ummi tgh tgk cd..walid tgh ada lawatan kat UIA gombak..

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Ammar. Bila orang sebut Ammar, saya pun akan sebut Ammar..Ammar..Ammar..

8. Tag lagi 6 orang :

Malas nak tag dah..sbb nnt kena jawab lagi soklan2 lain..ehehehe

Second Tag: About him (Ini pasal walid)

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Berita (terutamanya politik), AF, Julia Juli

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Just a Thousand Island Mayonaise.

3. What's one food he doesn't like?
Udang

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Macam-macam. Nasi Ayam, tauhu bakar, nasi goreng kampung, blablabla

5. Where did he go to high school?
Sek. Agama Menengah Batu 10 (SAM10)

6. What size shoe does he wear?
9

7. If he was to collect anything, what would it be?
Katanya dulu2 rajin beli majalah dan buku2 novel.

8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna

9. What would this person eat every day if he could?
Nothing specified

10. What is his favorite cereal?
None (bukan selera mat salleh)

11. What would he never wear?
baju pompuan la..sbb dia lelaki..

12. What is his favorite sports team?
Selangor (i guess..he's not into sport actually)

13. Who did he vote for?
politik or celebrity?

14. Who is his best friend?
Ayang n Zakwan (wajib). Sham (dari SAM10). Acap (dulu student, skang dah jd cam adik beradik).

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Muncung sedepa..

16. What is his heritage?
Emak (Minang) + Abah (Sabah) = Dia (Minang tulen katanya)

17. What is his favourite colour?
Biru.

18. What is his habit?
Tgk TV sambil baring-baring. Mengusik Zakwan yang semakin kuat cemburunya..ehehe

19. What is he proud of?
This small family dan lulus PTK2 walaupun baru 7 tahun berkhidmat.

20. Lastly, do you think he will read this?
Dont think so. Dia lagi minat buka blog penganalisis politik. huhuhu

Monday, March 23, 2009

Zakwan Tak Sihat Lagi..

Adeh..sakit-sakit pula badan ni. Nak kata kurang tidur, tak ada lah pulak. Tidur seperti biasa (semenjak ada anak ni) cumanya mungkin berjaganya kerap sikit la beberapa hari lepas. Mana taknya, Zakwan tak berapa sihat pula. Dengan selsema dan batuknya tu. Kalau selsema yang hingus biasa je, tak apa lg. Ni yang hingus pekat tu, sampai tersumbat2 hidung dia bila tidur malam. Kesian dengar dia bernafas guna mulut. Beberapa malam juga suhunya asyik naik je. Tidur pun dia macam merengek2 sikit. Mula2 sekadar suam2 kuku je, kami hanya bagi makan ubat demam bila dia terjaga malam lepas tu ok la suhunya tapi hari Jumaat hari tu, sampai ke pagi suhu tak turun2. Habis merah pipi Zakwan macam budak baru lepas berjemur je. Susu dah tak nak minum, makan nasi jauh sekali. Hari Sabtu terus bawak ke klinik sebab takut dia kena pneumonia lagi. Alhamdulillah, sekadar demam biasa, doktor bagi antibiotik dan ubat2 yang lain. Keluar dari klinik terus bagi Zakwan makan ubat sebab nak terus gi shopping barang2 adik Zakwan. Konon nak cari barang2 adik je, tapi terembat pula botol air baru dengan basikal untuk Zakwan. Ehehehe...Sekarang nih demam Zakwan dah ok, cuma batuk je tak hilang2 lagi. Susu pun masih tak menyelerakan Zakwan. Dari tengahari semalam sampai ke pagi nak pergi nursery, rasanya ada dalam 5 auns je susu yang dia minum. Risau pula sebab dah nampak susut sikit dah Zakwan tu. Haish..jgn nnt orang kata kami tak bagi anak makan sudah lah yer...cepat lah sihat ye sayang..leh makan dan menyusu seperti biasa...

p/s: takziah utk Lutfi sekeluarga di atas pemergian anak mereka yang kedua. Baru berusia 4 bulan..al-fatihah

Wednesday, March 18, 2009

Adik abang long..

Pagi tadi ke Hospital Kajang. Booking kat sana je utk bersalin. Mesti org tanya kenapa tak kat Hosp. Putrajaya yang serba canggih tu aje. Bukan apa, sebab dalam seminggu sebelum due tu, Zakwan akan ditinggalkan di Beranang. Maknanya kami juga akan berulang dari sana. Ye lah, mana nak tau kan kot tetiba malam2 pula datang sakitnya, sapa pula yang nak tengokkan Zakwan. Sekurang2nya di Beranang ada emak dan nenek. Sekarang kandungan aku dah masuk 8 bulan, Alhamdulillah. Bila scan pun, dah nampak dah sikit2 paras rupa adik Zakwan. Jantinanya? hehehe..biarlah rahsia...nnt dah keluar baru diwar-warkan. Sebulan lebih je lagi. Selepas 8 bulan ni, Alhamdulillah, uri pun dah naik ke atas. Makanya tak adalah istilah Plasenta Previa, tak adalah kena refer dengan specialist, tak adalah kena duduk di wad (sesuatu yg amat membosankan). Alhamdulillah, sihat seadanya. Harap2 akan sihat sampai bila2. Semakin dekat hari, semakin berdebar2 pula rasanya. Terbayangkan saat2 sebelum melahirkan tu, aduh...harapnya aku akan kuat. Dulu masa sebelum bersalinkan Zakwan, dalam sakit tu ALLAH masih berikan kekuatan utk aku bersolat (walaupun terpaksa solat duduk). Kali ni diharap juga masih begitu, dan diharap ALLAH berikan aku kekuatan kepadaku untuk sewaktu nak melahirkan nnt. Doaku semoga anak ini lahir dengan selamat dan sihat, dan semoga apa yang pernah terjadi kepada Zakwan tidak terjadi kepada adiknya ini..Amiin.

Nampak tak muka adik ni abang long? =)

Monday, March 02, 2009

Kemalangan..

Hujung minggu kami kali ni di Beranang. Tapi tidaklah lama sangat duduk di rumah sebabnya hari Sabtu tu dah ke kenduri datuk saudara abang. Kenduri cukur jambul cucunya. Seperti biasa, Zakwan kalau di Beranang asyik dikerumun dek sepupu-sepupu abang yang kecik2 tu. Sampai tersandung budak tu dikerjakan. Tersembam sikit kat atas jalan tar. Alhamdulillah tak luka, cuma merah sikit jer dahinya.

Hari Ahad sepatutnya ada 2 kenduri kahwin. Tapinya abang decide untuk pergi satu majlis je. Majlis kahwin anak sepupu aku di Serdang. Sempatlah jumpa Anim dan Ce Ah kat situ sebab minggu ni diorg balik ke rumah mak, kami pula di Beranang. Dah besar dah anak dara si Anim ni. dah nak dapat adik tapi masih tak boleh berenggang dengan umminya. Anim pun dah semakin ok dari mabuk2 cumanya kata Anim loya masih tak hilang lagi. Takper, sabar yer Anim. 4 Bulan jer lagi..ehehehehe...
Anak dara Anim & Anak bujang aku..

Owh..di kenduri inilah berlakunya satu kemalangan yang membuatkan aku hampir2 gugur jantung. Mana taknya, si Zakwan terjatuh (lagi sekali) di atas jalan tar. Kali ni agak teruk sebab Zakwan tersembam dengan teruk. Salah kami juga sebab terlepas pandang. Pada mulanya kami ingatkan Zakwan masih dengan Pak Tehnya, rupanya dia dah berlari entah kemana. Baru je beberapa saat aku bertanyakan Zakwan pada abang, tup-tup dengar suara dia meraung. Bila toleh tengok dah ada orang angkat Zakwan. Zakwan dah mula dok pegang dahi kanannya sambil meraung kuat. Bila dialihkan tangannya, tengok darah dah banyak. Panik aku. Kelam kabut dok cari ais batu. Masa tuh air mata dah bergenang dah. Lukanya tak besar, cumanya agak dalam sikit. Ada 3 luka yang berdarah. 2 di dahi dan satu lagi di kening. Kepala dengan bawah mata dah becalar. Aduhai Zakwan, maafkan ummi dengan walid ye..Bawak ke klinik, doktor kata yang kat dahi tu jer yang dalam sikit lukanya tapi tak sampai kena jahit. Alhamdulillah....lepas ni memang kena pastikan Zakwan sentiasa di sisi.

Nampak tak luka2 di kepalanya tu? Yang kat dahi tuh la yang byk darahnya..

Hmm..sedikit perkembangan Zakwan. Sekarang ni pantang nampak masjid atau gambar masjid atau mendengar orang mengaji. Mula lah Zakwan menutup sebelah telinga dia. Konon-konon tengah azan zambil mulut dok bunyi "uuuuu..." dan "aaaaa.....". Alahai la anak ummi, dah besar nanti boleh jadi tukang azan ye. Dan juga Imam...amiin...

Tuesday, February 24, 2009

Lari pitching...

Aduh..finally i find my own free time to surf the net..Masuk hari ni, dah 2 hari aku cuti emergency. Gara-gara abang demam sampai tak larat nak bangun. Nak ditinggalkan pergi kerja, tak sampai hati. Yer la, dibuatnya apa2 jadi kan dah susah. Teringat malam Isnin hari tuh. Agaknya terlalu pening, sayup2 je abang panggil minta ubat. Pukul n3 pagi lebih tuh bagi makan ubat. Lepas tu aku ke toilet. Keluar2 je nampak org tengah mengensot2. Maunya tak meremang bulu roma. Rupa-rupanya abang nak ke bilik, dah tak larat nak jalan sampai mengensot dia. Sian kek laki den. Bila ingat2 balik, sebijik macam aksi hantu dalam citer JPB. Tapi memang berdebar2 aku kejap masa tuh. Semalam abang tidur ajer. Penat aku nak mengawal si Zakwan yang semakin lasak nih. Tu baru anak sorang, dah terjerit2 sore aku. Kadang2 tu keletahnya menyebabkan tahap kesabaran aku mencecah maximum limit. Huhuhu, pastu menyesal pula sebab marah2 dia. Yerlah, budak kecik. Apa yang diorg tahu. Tapi kalo tak ditegur dari awal, kang ntah apa2 dibuatnya. Mula2 sepahkan mainan kat depan, pastu sepahkan dapur masa aku masak. Tuh belum dengan kombah bakul, pastu dia duduk dalam bakul dendiam. Bila kena marah, gi pula keluarkan batang2 rotan dari pasu. Bila dimarah buat yang tu, gi balik dapur ambik tapis pastu berdiri atas tapis tuh. Memang lari pitching suara aku semalam. Ada sekali tuh, masa aku tengah masak Zakwan senyap je. Jenguk kat depan takde orang. Bila check kat bilik rupanya dia dah panjat kerusi yang dekat dengan tingkap. Alhamdulillah la tingkap ber grill, tapi hilang gak semangat aku. Mulut dia pulak dok kunyah2. Bila check rupanya batu2 simen yang halus2 tuh. Aduh.....anak lah anak.. Semalam menu simple aje, sambal kembung rebus dengan ayam goreng kunyit. Sup Zakwan masih leh dimakan lagi. Dah abis memasak dan bagi Zakwan makan, baru aku dapat tengok2kan abang. Sian abang, bila demam je mesti tak larat nak bangun. Petang semalam, aku berjaya membuat karipap. Karipap ni boleh aku kategorikan sebagai "look like hell, but taste like heaven". Hahahaha..
Aktiviti melarikan pitching semalam berakhir pada pukul 10.00 mlm. Itupun lepas Zakwan tidur. Hari nih, alhamdulillah abang dah semakin kuat. Demam pun dah kebah nampaknya. Dapatlah aku mengemas, memasak dengan tenang sebab abang leh tengok2kan Zakwan. Hari nih aku masakkan tom yam untuk abang, telur dadar, sup telur untuk Zakwan dan ketam goreng bercili utk aku. Insyaallah, esok masuk kejer balik. Hmm..macam manalah agaknya kajian kat Selangor tuh ye. Kak Ma semalam dah tensen2 dah. Sabar eh kak Ma, seminggu je pastu nanti biarlah pepandai diorg nak uruskan.

p/s: kalau sempat nnt, aku amikkan gambar Zakwan dalam bakul. Heheheh...

Monday, January 19, 2009

Puntianak Harum Sun*** Malam...

Uh...terseksanya..dah lama tak merasakannya..hari tuh aku menggelakkan abang..kini aku lak kena. Kalau tak salah aku, last aku kena masa sekolah rendah dulu. Dah masuk seminggu lebih dah macam nih. Macam abang hari tuh pun dekat 2 minggu baru ok. Pembawa virusnya Zakwan tapi dia sekejap jer. Beberapa hari jer. Bila sampai pada kami, seminggu lebih. Sampai abang pun bosan dah MC. Aku pun gatal2 datang opis walaupun ada org2 opis yang menghalau aku balik. Arghh..selagi belum bos yang halau, aku masih akan tetap di sini..ehehehe...Kak Alin pun dah bising2 sebabnya 2 kali pergi klinik, hanya MA yang check. Sepatutnya dah direfer pada Dr. Nak2 bila tengok jangkitan dah naik ke kelopak mata. Memang merimaskan. Cepatlah baiknya...

Macam mata Puntianak Harum Sun*** Malam..
Merah kan kelopak mata tu



Huhuhu..sepet sebelah

Saturday, May 26, 2007

Tanak lagi dah...

Assalammualaikum wbt..

Wahh..memang pengalaman betul dalam hidup aku nih. Hujung minggu bebaru nih, aku habiskan masa kat umah mak mertua sebabnya kat sana dah sibuk dengan urusan persiapan kenduri kawen sepupu abang. Orang lain dok sibuk ngan buat pelantar sumer tuh, aku kat umah sibuk pulak kuar masuk bilik air. Muntah tak berhenti2 dari hari Sabtu sampai ke ahad. Aduh, rasa macam dah tak larat sebab benda tak dan nak masuk, tapi dah berlumba2 yang dalam perut nih nak keluar. Malam tuh aku balik umah, kuar dari keter jer terus kena pimpin ngan abang sebab dah tak larat nak berjalan. Mmg terasa betul berpinar2 kepala nih. masuk bilik terus melekat kat katil jer. Abang dah kata dah, kalo tak larat gak esoknya tuh gi spital jer. Rupanya agaknya dah panik tgk bini eh dah macam sotong baru di candat jer, abang ajak abg long dengan kak aida dtg umah pujuk gi spital. Keputusannya, aku dibawak gak ke spital malam tuh. Dan akibatnya aku kena dok spital..huwaaaaaa...kul 12 malam aku dimasukkan ke wad sakit puan. Adush...terseksa dok kat wad tuh. Mau taknya, aku rasa ada dalam 8 botol air dimasukkan dalam badan aku nih. Alhamdulillah dalam masa 2 hari aku dah ok. Sebab nak kuar cepat punya pasal, hari kedua tuh aku paksa diri makan, pastu aku berjalan dengan gagahnya di hadapan doktor. Ehehehehe..rasanya pasnih tanak dah masuk spital lg..serik dah (melainkan mmg keadaan dah terdesak sgt..tapi, nauzzubillah..harap2 dijauhkan).

Wednesday, April 11, 2007

Kepayahan itu..

Urgh...tahap kebosanan aku untuk meneruskan fail meja dah sampai ke tahap maksimum. Aku hanya mampu merenung kosong kotak skrin komputer aku nih sambil memerhatikan jadual-jadual yang perlu diisi. Sesungguhnya aku bosan dengan perasaan begini. Dah la kami tak pernah diberi taklimat tentang cara nak buat fail meja, dan ini merupakan kali pertama kami melihat fail meja. Segala-galanya kami bergantung kepada contoh format yang diberikan.

Dengan keadaan aku sekarang nih, rasanya setiap perkara yang aku buat tak menjadi. Semua serba tak kena. Selera makan sememangnya dah berkurangan hingga bila aku pergi check di klinik, beratku dah turun. Perkara yang tak sepatutnya berlaku pada diriku sekarang ni. Bila tengok org lain mkn dengan berselera, rasa cemburu pulak. Ya ALLAH, seksanya bila nikmat mkn tuh ditarik oleh MU. Aku kesian pada abang sebab sekarang memang aku tak pernah masak untuk dia lagi. Bukan aku tak mahu, tapi keadaan yang tak mengizinkan. Kadang-kadang aku terpikir, adakah aku terlalu manja? Memanjakan fizikal dan mental ku ini. Mak mertua ku pernah bercerita dulu, waktu zaman dia muda2, tidak ada istilah rehat di rumah bagi isteri2 yg baru merngandung. Seawal2 mengandung lagi meraka dah kena turun ke sawah bendang. Malah, berpantang hanya seminggu saja, kemudian terpaksa ke sawah. Sedangkan aku (bahkan mungkin isteri2 yang lain di zaman sekarang ini), bila dah mula muntah2, masing2 akan tersandar kepenatan. Mengeluh aku kadang kala dibuatnya. Tak baikkan? Semoga aku tabah mengharungi kesulitan demi kesulitan ini.