Adeh..sakit-sakit pula badan ni. Nak kata kurang tidur, tak ada lah pulak. Tidur seperti biasa (semenjak ada anak ni) cumanya mungkin berjaganya kerap sikit la beberapa hari lepas. Mana taknya, Zakwan tak berapa sihat pula. Dengan selsema dan batuknya tu. Kalau selsema yang hingus biasa je, tak apa lg. Ni yang hingus pekat tu, sampai tersumbat2 hidung dia bila tidur malam. Kesian dengar dia bernafas guna mulut. Beberapa malam juga suhunya asyik naik je. Tidur pun dia macam merengek2 sikit. Mula2 sekadar suam2 kuku je, kami hanya bagi makan ubat demam bila dia terjaga malam lepas tu ok la suhunya tapi hari Jumaat hari tu, sampai ke pagi suhu tak turun2. Habis merah pipi Zakwan macam budak baru lepas berjemur je. Susu dah tak nak minum, makan nasi jauh sekali. Hari Sabtu terus bawak ke klinik sebab takut dia kena pneumonia lagi. Alhamdulillah, sekadar demam biasa, doktor bagi antibiotik dan ubat2 yang lain. Keluar dari klinik terus bagi Zakwan makan ubat sebab nak terus gi shopping barang2 adik Zakwan. Konon nak cari barang2 adik je, tapi terembat pula botol air baru dengan basikal untuk Zakwan. Ehehehe...Sekarang nih demam Zakwan dah ok, cuma batuk je tak hilang2 lagi. Susu pun masih tak menyelerakan Zakwan. Dari tengahari semalam sampai ke pagi nak pergi nursery, rasanya ada dalam 5 auns je susu yang dia minum. Risau pula sebab dah nampak susut sikit dah Zakwan tu. Haish..jgn nnt orang kata kami tak bagi anak makan sudah lah yer...cepat lah sihat ye sayang..leh makan dan menyusu seperti biasa...
p/s: takziah utk Lutfi sekeluarga di atas pemergian anak mereka yang kedua. Baru berusia 4 bulan..al-fatihah
4 comments:
viral fever dah takde musim
lutfi BTM ke? baru tau dia dah ada 2nd baby. meninggal knape?
dulu syahmi gitule nurul.. 2 kali warded sbb kes demam n pnemonia tu.. no worries yer.. kalo baby boy salu senang sket kena virus.. tambah2 kalo tk nyusu badan.. kyra jrg sgt demam n cepat sembuh.. ade la 2 kali kot demam nyer sepanjang 15 bulan usia dia nih.maybe sbb dia breastfeed n girl kot.. hehehe.. pendapat aku jela.. kalo ko dpt baby gurl nnt ko tgok.. mesti ade beza sket dr segi kesihatan.. tp dh masuk 2 tahun dh jrg sgt syahmi demam.. dh immune kot.. eh, terpanjang lak komen.. huhu
wan: tuh la wan..dtg tak berjangka..tgk2 dah panas jer badan..
tulip: a ah, lutfi btm. Akceli tak sampai 4 bln lg umurnya. bln 12 rituh bersalin. Anak dier ada masalah hati. Rituh dah buang hempedu dah. Tapi ALLAH lebih sayangkan dia..
Izza: Takper, takder limit char pun lam komen nih..eheheh..tuh la, susah hati memanjang bila anak demam nih.
Post a Comment