Thursday, December 31, 2009

Come in 2010..

Beberapa jam saja lagi sebelum 2009 melabuhkan tirai. Bila aku pandang kembali ke belakang, rupanya tahun ini aku memang tak buat apa-apa azam. 2009, terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup aku serta hidup orang-orang yang hampir padaku yang banyak meninggalkan kesan. Auni Zahirah dilahirkan, kesihatannya ditarik balik, rezeki berganda, mak abah menunaikan haji, penceraian. Segala-galanya mengajar aku untuk menjadi lebih bersabar, lebih tabah, lebih kuat. Juga mengingatkan aku bahawa setiap apa yg ada pada kita adalah pinjaman semata. Hari ini kita bergembira, mungkin esok lusa kita ada berduka. Hari ini kita bersedih, mungkin esok lusa kan tiba bahagia. Mungkin dunia kita kelam sekarang, tapi yakinlah akan ada cahaya dipenghujungnya. Insyaallah, akan ku tetapkan dalam hidupku bahawa tiada apa sebenarnya yg kita miliki ini adalah untuk kita banggakan sangat kerana kebahagian, kedukaan, kesenangan, kesusahan adalah ujian dari ALLAH semata. Hargai apa kita miliki, usah dikejar perkara yang tak pasti. Aku mengharapkan agar 2010 yang bakal tiba akan membawa sinar baru dalam kehidupanku. Terima kasih ya ALLAH di atas segala pengajaran ini. Terimalah ya ALLAH segala amalku yang lalu. Bimbinglah ya ALLAH agar hidupku sentiasa di atas landasanMU.

Sunday, December 20, 2009

2 minggu..pergi balik...Perak - Penang - Kedah - balik - Terengganu - Kelantan...Along dah biasa, tapi adik la yang kesian. Masuk minggu kedua dah mula meragam. As usual, mana saja negeri yang aku pergi mesti ada benda yang dibeli. Mentang lah YES. memang YES sungguh. nak2 di Terengganu dan Kelantan. Kain sutera batik yang murah-murah. English Cotton yang memang aku takkan lepaskan peluang. Balik rasa macam dah bengkok. Jauh lagi perjalanan ni. Hujung minggu akan ke Kelantan lg. Aisy, sakit mak macam nih nyah..auwww..

Adik sekarang semakin lasak. Belum merangkak dan belum menyusur ke depan lagi. Bila meniarap asyik reverse ke belakang. Lepas tu pusing-pusing ala filem hindustan. Bila dipegang asyik nak melompat. Bila tak dapat kompem menjerit sakan. Apa-apa pun aku bangga dengan perkembangan ini. Maknanya perkembangan adik tidak jauh lari dari perkembangan bayi-bayi yang sihat walafiat sejak dari lahir. Alhamdulillah. Insyaallah, bulan 1 adik akan dihantar ke Nursery. Jumpa nursery yang secara kebetulan ada doktor perunding. Nursery pun tak jauh dari hospital. Harapnya adik tak ada masalah duduk di nursery ni. Mulanya owner nursery macam takut nak terima adik, tapi setelah ditemukan dengan adik, melihat lasaknya adik, Pn. Husna ambil keputusan untuk terima adik.

Along pula abang nak letakkan di nursery di UKM. Kawan abang kata Along dapat nursery tu tapi surat rasminya belum keluar (memang susah nak dpt nursery ni. Q memang panjang). Kami dah bagitahu pada penyelia nursery adik untuk reservekan tempat bagi Along incase tak dapat yang di UKM. Harapnya semua akan berjalan lancar.

Friday, December 18, 2009

???

S: Nih siapa nih? (tunjuk pada along)
Along: Ayong
S: Nama ayong siapa nih?
Along: Ammar
S: Ammar aper?
Along: Ammar Atan

:))

Aiyoo..sudah tukar ka?

Tuesday, December 01, 2009

Musim hujan..

Musim hujan. Jika tak pagi, tengahari. Jika tak tengahari, petang. Jika tak petang, malam. Jika tak malam, subuh. jika tidak, seharian. Adush..hujan sepanjang masa. Ada masanya seronok sebab sejuk, tidak perlu aku bermandi peluh. Nak tidur pun nikmat saja rasanya. Ada masanya terasa geram. Nak berjalan pun terhad. Lebih-lebih lagi di hujung tahun yang sungguh terkenal dengan musim Y.E.S ni. Tapi yang membuatkan aku benar-benar susah hati adalah adik demam. Berjangkit dari emak. Mula-mula batuk dan selsema, kemudian badan mula panas. Teringat Along pernah dimasukkan ke Wad Peads di Hosp. Kajang disebabkan oleh Pneumonia sewaktu seusia Adik. Itu yang menjadi igauan ngeri kami suami isteri bila Adik demam sekarang. Harapnya tidak sampai ke tahap itu. Rasanya sepanjang 6 bulan lebih adik berada di dunia ini, ini adalah kali kedua adik demam. Sekali tu masa di PICU, HKL. Kesian bila adik batuk-batuk, hidung sentiasa basah. Tapi adik masih tetap ceria. Susahnya nak bagi adik makan ubat, ALLAH sajalah yang tahu. Kalau Along dulu, asal sua syringe terus buka mulut. Adik pula bila dimasukkan syringe dalam mulut, terus meliang liuk badannya, menjerit-jerit macam kena dera. Aisy...Along pun hidung basah saja sekarang. Kesian anak-anak umi. Cepat sihat ye sayang.





p/s: musim-musim hujan ni pula walid gi masukkan air-cond di Beranang.

Monday, November 30, 2009

Now, I'm going to have a new hobby..but...

Ahaks..I guess I'm going to have a new hobby..but...I dont know how long this hobby will last. Hope that it will last forever. What is it? Wait. First stage is on progress. Will tell you more bout it once I have finished it. Fuh...Even I can't stand to wait for this long.










p/s: Rasanya nak tukar this dull blog la...hmmm

Friday, November 20, 2009

Entri usang

Kisah Along

Hari Ahad hari tu kami menyambut birthday Along yang ke-2. Kira ini baru official sambutan. Tahun lepas tak sempat nak cut cake. Kalau ikut perancangan aku dulu, aku nak buat di Putrajaya dan jemput famili serta kawan-kawan terdekat saja. Tapi, since kami berulang dari Beranang makanya sambutan dibuat di Beranang. Insyaallah, ada rezeki lebih nanti buat potong kek untuk keluarga sebelah aku pula. Just a simple celebration. Beli strawberry icecream cake yang sungguh yummy itu, goreng-goreng nugget, onion rings and some keropok lekor (bought from Kelantan). Lagipun yang meramaikan hanyalah sepupu abang yang kecil2 tu serta anak-anak BIL saja. Zakwan sungguh suka sebab kami menyanyikan lagu kegemarannya "Allah selamatkan kamu". Keterujaan Zakwan meniup lilin dan memotong kek terbawa-bawa sampai ke malam. Ketagih pula dah. Asyik suruh menyanyikan lagu selamat hari jadi dan asyik suruh nyalakan lilin saja. Sekali dua tak apa lagi, ini berkali-kali. Sampai tak larat nak menyanyi dah. Tahun depan kita nyanyi lagi ye Along..ehehe


Kisah Adik

Menginjak ke usia 6 bulan, adik baru pandai meniarap. Agak lambat berbanding Along. Bila dah meniarap, mengamuk pula. Selagi tak diangkat, menjerit-jerit adik. Kadang-kadang saja je nak biarkan dia mengamuk lama sikit. :p Dah dua malam ni, bila aku terjaga dari tidur tengok adik tidur meniarap. Risau juga takut dia lemas. Cepat-cepat aku terlentangkan balik adik. Tapi lasak adik memang lebih dari Along. Pada usia 4 bulan adik dah asyik angkat kepala nak bangun saja. Hingga sekarang, janganlah letak kat bantal yang tinggi sikit. Mahu diangkatnya badan dia. Ehehehe. Alhamdulillah, eczema adik dah banyak kurang. Mustajab sungguh krim gamat yang dibeli di Langkawi tempoh hari. Seminggu pakai terus licin kulit adik. Sekarang aku dah mula ajar adik makan Nestum. Paling banyak adik akan makan adalah dalam 6 suap, lepas tu diluahkannya. Along pula tak boleh nampak aku buatkan Nestum adik, mesti dia pun nak tumpang sekaki. Kira dia tukang habiskan Nestum la. Tak sabar menanti perkembangan terbaru adik sebab perkembangan-perkembangan ini menunjukkan tiada kesan yang serius dari kes pendarahan otak tempohari.

Wednesday, November 18, 2009

Trip di musim hujan


Dah lama aku plan nak bercuti-cuti bersama keluarga sendiri. Setelah 3 tahun berkahwin, Alhamdulillah baru sekali ni terlangsai. Kami plan percutian ni semasa aku masih dalam berpantang. First time bawa Along dan Adik naik flight. Sebelum ni Along suka sungguh melihat kapal terbang. Dah ada dalam kapal terbang, Along kata tak best pula. Bila kapal terbang bergerak je, buntang-buntang mata Along. Dah ada atas awan, disuruhnya tutup tingkap kapal terbang. Gayat sungguh anak bujang aku ni. Really like father like son. Alhamdulillah, Adik pun tak meragam sangat sepanjang dalam flight. Sampai di International Airport Langkawi, terus ambil kereta dengan Dek. Kami sewa Sentra yang sungguh comfortable sebab kereta baru. Baru 2 bulan keluar kedai. Sayang petang kitorang sampai tu, hujan turun pula. Lepas check in di Hotel Continental, kitorang pusing-pusing sekitar Langkawi. Sekadar duduk dalam kereta. Lepas tu singgah di pasaraya kat sebelah, beli baju-baju langkawi untuk budak kecik 2 orang ni. Malam lepak-lepak kat hotel je.



Hari kedua, lepas sarapan terus gerak. Cadangnya konon-konon nak naik Cable Car. Tapi abang suruh aku naik dengan Along. Dia dengan emak jaga adik kat bawah. Aisy, bosan lah macam ni. On the way nak ke sana, singgah di Petronas sebelah Quay Bay tu. Along sampai taknak naik kereta sebab nak tengok kapal layar. Lepas isi minyak, kitorang menuju ke Telaga Tujuh. Dari kereta bila tengok jalan nak ke Telaga Tujuh tu dah terdetik macam tinggi je nak mendaki. Tanya yang jaga parking tu, katanya dekat je. Kitorang pun pegang kata-kata dia. Tapi bila tengok jalan yang mencanak dengan kecuraman 45 darjah tu, emak kata dia duduk bawah jaga Adik je. Ehehe..sebab alang-alang dah sampai, aku, abang dan Along pun panjat tangga-tangga tu. Sampai ke simpang nak ke air terjun tu, pekerja yang kat atas kata lagi 10 minit mendaki baru sampai ke Telaga Tujuh. Alamak! Terus kitorang pusing kiri, pergi tengok air terjun je. Itu pun tengok dari atas. Along dah ngelat, kata sakit kaki. Terpaksa mendukung dia pulak. Memang lencun baju dek peluh yang mencurah. Dari Telaga Tujuh kitorang gerak ke Cable Car. Memang anak Walid sungguh. Naik jambatan gantung yang sejengkal tu pun Along gayat. Sekali kaunter tiket semua tutup. Rupanya Cable Car tak gerak sebab angin kuat. Uh..kiciwa! Berkelana lah kami di kawasan Cable Car tu. Tengok haiwan-haiwan yang berkurungan itu. Aduh ai, Along memang la. Dengan binatang-binatang tu pun dia takut. Even dengan rabbit yang sungguh cumilz itu pun Along tak berani nak dekat. Menjerit-jerit bila binatang tu datang dekat kaki dia. Ahahaha...Lepas pusing-pusing di dalam kawasan itu, makanya kitorang gerak ke Taman Buaya. Di Taman Buaya pun berjalan separuh taman je sebab hujan dah mula turun. Lepas tu singgah ke Laman Padi, tengok Mat2 Salleh meredah lumpur tangkap ikan, tanam padi etc. Kat situ Along dapat kuih Karas free. Yang lama kami singgah adalah di Underwater World sebab itu kawasan berbumbung. Jadinya boleh la lepak lama-lama sikit. Along lak bebas bergerak hingga kitorg terpaksa ber'marathon' mengejar Along yang tak mahu dipegang itu. Kurus, kurus. Aku sungguh berbangga kerana berjaya mencuba sup gamat yang amat sedap di kawasan Makam Mahsuri. Ahaks, serius memang sedap. Abang dengan emak pandang aku lain macam je. Ehehehe..gamaknya dalam hati kata aku nih mentedarah. Tolak batu kayu je, yang lain semua bedal makan. Oh, kami tak singgah masuk ke makam itu, sekadar tengok dari luar. Hujan tengah renyai-renyai, bawak pula budak-budak kecil. Terima kasih saja la. Dalam perjalanan tu singgah sekejap tepi Airport, nampak ada orang jual laksa tepi jalan. Alaa..jual guna lori tuh. Laksa power tulisnya tapi memang serius power. Sungguh enak sehingga menjilat jari. Tapi makanan di Langkawi sama harga macam KL ye? Malam tu kami beli nasi putih 3, ikan 3 rasa, telur dadar, sup ayam dan mi hailam dekat RM50.00. Oh..hari ini jugalah seluar aku terkoyak. Aisy..terpaksa beli seluar Langkawi sebagai ganti sebab baru separuh hari berjalan.
First time aku baca papan tanda ni, aku ketawa..pastu cam ngeri lak...

Hari ketiga cadangnya nak berposing-posing di Dataran Lang dan Legend Park, tapi sayangnya dari subuh hingg ke petang hujan tak berhenti. Nak tak nak terpaksa ke airport dengan kadar segera sebab dah tak ada tempat berbumbung untuk disinggah. Secara keseluruhannya, percutian ni tidaklah begitu memuaskan hati aku disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu ni. Next time kena buat pertengahan tahun pula.

Friday, November 13, 2009

He is 2 today..

He's trying to do the 'Peace' sign. Tapi jadi macam tanda 'V'
dalam cerita Star Wars tuh..ehehe


Alhamdulillah. Hari ini genap Along 2 tahun. 2 tahun dah aku menjadi ummi. Along semakin besar, semakin banyak karenah, semakin bijak. Sekarang Along dah boleh mengira dari 1 hingga 10. Kalau menyanyi entah apa-apa lagu yang keluar. Lagu pilihan Along sekarang ni adalah lagu Allah selamatkan kamu (bahana dengar Sinar FM setiap pagi), Twinkle-twinkle little star, ABC, 1 2 3 sayang semuanya dan lagu Burung Kakak Tua.

Ini lagu-lagu versi Along.

Allah Selamatkan Kamu : Awwah nenamat teng teng teng....blablabla

Twinkle twinkle little star: Inter Inter Aaaaarr...blablabla

ABC : Em Em O....Em Em O....blablabla

1 2 3 : Atu Atu ayang Awwah...dua dua ayang yu awwah...blablabla

Burung Kakak Tua: etchum etcum uuyaya..buwung tatak tua...blablabla..nenek tua tawin atuk ..entchum etchum uyaya (aku tak tau versi mana dia ambil nih)

Oh..korang tahu kan permainan sep sep sep, tom tom tom tu? Eheee..kalau Along, dia akan nyanyi sep sep sep, tom tom BAK! :D

Along sekarang pantang nampak orang pegang kamera atau hp. Sure dia sebut pissh (peace) sambil angkat tangan. Kalau tak ambil gambar dia, mengamuk sakan si bujang ni. Masalahnya, bila nampak orang yang ambil2 gambar tepi jalan pun dia akan sebut pish juga. Aisy..jenuh melayan. Satu yang aku tak tahan, Along suka betul pakai kasut kakak-kakak sepupu dia dan kasut aku. Lepas tu kalau dapat tudung mesti dia yang sarung dulu. Pening kepala aku. Yang buat dia lagi suka sebab ada orang yang memuji. Tu yang makin menjadi-jadi.

Lasak Along pun boleh tahan juga. Tapi tak tahulah kenapa kami suami isteri masih belum kurus-kurus lagi walaupun asyik mengejar Along. Kalau dapat pergi ke Tesco, confirm kami akan buat marathon. Nak tak nak Along kena duduk dalam troli je la.

Along suka pegang duit. Kalau dapat duit mesti ajak pergi To (Tesco) nak beli mamam Etci (KFC). Dapat seringgit pun jadilah. Bila nampak Tol, cepat-cepat minta duit dari kami sebab nak bayar. Macam la sampai tangan tu nak hulur ke Tol Gate Girl. :p Tapi kalau di pasaraya memang tak boleh nak elak. Kena bagi duit ke tangan dia dulu untuk dibayar. Lepas bayar terus sebut 'acihhh' (Terima Kasih).

Di kampung ada 2 pupu Along yang hampir sebaya. Namanya Humaira. Kalau Along jumpa Meiya', Along akan sebut 'weewit'. Ini didikan dari walidnya. :))

Along sememangnya penghibur dalam hidup kami. Penghibur dalam keluarga besar kami. Kids, people will laugh with whatever kids do, rite? :)

Ummi sayang Along. Sayang yang amat-amat. Sejak dari Along dalam rahim Ummi..hingga ke akhirat sana nanti. Ummi harap Along akan membesar menjadi seorang Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Ummi sayang Along.



Sila abaikan kaki yang sungguh cantik itu..:D
video

Thursday, November 12, 2009

A new member in my life.. :D

Finally! Lama dah aku berangan. Sekejap rasa macam nak, sekejap rasa macam tak nak. Last-last aku nekad. Pejam mata, klik-klik apa yang patut, dan menda alah ni pun tiba atas meja. Ahaks..akhirnya. "Anak" baru ku...




Tadaaaa...eheheh..external HD jer :p

Sunday, November 08, 2009

Penangan Adik


Masa di Mydin sewaktu menemankan emak dan abah beli barang-barang Haji, sambil memerhatikan Along dengan kak Pka berlari-lari, tiba-tiba sorang budak Mydin tegur.

BM: Kak, boleh dukung sekejap?
Aku: Boleh..
BM: Kak, saya bawak ke belakang ye?
Aku:Erm..ok (sambil mata melihat arah belakang yang ditunjukkan)

Rupanya dah ramai yang menunggu di belakang tu. Bila BM tu bawa je adik ke belakang, bebudak Mydin yang lain semua kerumun adik. Dah la adik sungguh mesra alam masa tu, lagi la ramai yang nak mendukungnya. Dalam hati aku kata kalau datanglah supervisor diorang nih, aku yang kena marah ke atau diorang? Ehehehe...

Sekali lagi, masa di Kedai Bebas Cukai Langkawi. Tengah tanya-tanya tentang barang yang nak dibeli, pembantu kedai tu minta nak dukung adik. Aku bagi je, janji orang tu tak pergi jauh. Bila dah nak bayar barang, tengok-tengok dia dan seorang kawannya sibuk mengambil gambar dengan adik. Ada dengar-dengar sebut Fesbuk, tapi aku belum cukup ramah nak tanya address budak tu. Ehehehe...

Wednesday, October 21, 2009

Pertama kali memang meremang


2 hari aku ada kursus 5S. Apalah yang nak di S kan. Silap2 endingnya jd "Saya Semakin Sewel Sebab Stress". Harapnya taklah kan :D Oh, pada hari kedua, pertama kalinya dalam hidup aku melihat suatu kejadian yang meremangkan bulu roma. Selama ini aku baca di majalah atau surat khabar, ada kalanya mendengar orang bercerita. Kali ini dengan mata kepala aku, aku melihat seorang peserta kena histeria. Tergamam kami. Mulanya masing-masing ketawa dengan lelucon penceramah, tiba-tiba terdengar suara orang menjerit-jerit. Semua melompat bangun dari kerusi. Sekejap menangis, sekejap mendengus, sekejap menjerit. sampai satu tahap dia seolah2 "melompat" jatuh dari kerusi dengan gaya seperti ingin merangkak. Beberapa orang peserta lain memegang dia sambil membaca ayat-ayat yang sepatutnya. Kesian aku melihatnya. Nak ditolong, aku sendiri tak yakin pada diri. Akhirnya aku hanya tercegat memandang sedang mulut terkumat kamit membaca apa-apa yang rasanya boleh menjadi pendinding. Setelah hampir 15 minit, peserta ini mula tenang dan dibawa ke bilik lain untuk ditenangkan oleh ustaz yang dipanggil. Buat seketika kami terdiam dan hanya berbisik untuk berbicara. Fuh..pertama kali ini memang sedikit meremang. Nauzzubillah..minta dijauhkan dari segala gangguan syaitan

Friday, October 16, 2009

No to milk?!


Aduh. Apa mau buat ye? Zakwan dah tak nak menyusu. Sampai teacher letak nota dalam beg Along bagitahu yang Along langsung tak mahu menyusu di nursery. Rasanya Along dah sedap minum air-air manis ni. Semalam Walid buatkan milo, laju je Along minum. Itupun Walid letak susu pekat manis sikit (diluar pengetahuan aku!). Kalau milo + susu tepung, Along sedut sikit je lepas tu terus tolak tepi. Tak besh katanya. Tak boleh jadi ni. Any suggestion, bagaimana nak bagi Along menyusu balik? Terlalu awal bagi Along untuk berhenti minum susu. Aisy, pening kepala aku.

Friday, October 09, 2009

Terkejar-kejar tak terkejar


Semalam, pukul 1.00 tghari dah keluar dari ofis. Sampai rumah dah pukul 2.00 ptg. Siap-siapkan adik lepas tu terus menuju ke HKL. Appointment katanya pukul 3.00 petang. Sampai je dalam pukul 2.30 ptg di Institut Peadiatrik HKL, jururawat bagitahu yang Dr Irene ada court case pukul 2.00 ptg pula. Aduh. Last-last adik diperiksa oleh Dr di klinik pakar. Alang-alang dah kena periksa tu, aku ambil kesempatan minta ubat untuk eczema dan batuk adik. Biarlah orang kata sia-sia je pergi check dengan Dr biasa tapi sekurang-kurangnya aku tahu perkembangan kesihatan adik. Next appointment semuanya tahun depan.

Tuesday, October 06, 2009

Berkat Syawal..



Syawal tahun ini memberi begitu banyak makna kepada aku sekeluarga. Seminggu selepas raya, adik ada 2 appointment di HKL. 28.9.2009, appointment di Jabatan Neurology. Hari itu adik memang jadi tumpuan sebab dia seorang saja baby yang datang buat check up. Dengan mulut adik yang bising setiap kali doktor bersuara, meriah klinik neuro itu sekejap. Agaknya adik ingat doktor tu berbual dengan dia lah tu. Sepatutnya kena scan, tapi doktor kata scan banyak kali tak elok untuk otak baby. Alhamdulillah, melihat kepada keletah adik yang tak reti duduk diam doktor mengatakan adik semakin sihat. Appointment seterusnya adalah awal tahun depan. Pemberian ubat sawan juga diberhentikan. Esoknya tu appointment dengan Pakar Mata pula. Berdebar juga sebab takut pendarahan masih ada. Alhamdulillah, dah hilang sepenuhnya. Appoinment seterusnya lagi 6 bulan. Waaaahh..sungguh berkat Syawal kali ini. 8.10.2009 nih ada pertemuan dengan SCAN team. Harapnya masih lagi berita gembira...

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ni. Maaf Zahir dan Batin. Semoga kita diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu Ramadhan pada masa-masa yang akan datang.

Wednesday, September 09, 2009

Adik sudah demand..

Adik dan Along dah selamat tidur ni. Semalam appointment mata adik lagi. Seawal jam 6.30 pagi dah keluar rumah. Settle semuanya jam 11.00 pagi. Alhamdulillah, dah semakin banyak yang resolved. Tinggal sedikit saja lagi. Doktor suruh continue ubat mata adik, dos dikurangkan kepada 2 kali sehari. Selepas raya appointment seterusnya. Tapi adik masih lagi kurang refleks pada cahaya. Tak apa, teruskan memberi rangsangan. Insyaallah, saraf-sarafnya akan berfungsi seperti biasa. Amiin.

2 hari lepas adik langsung tak mahu menyusu botol. Mungkin sebab adik tahu Ummi bercuti, makanya asyik nak bergayut je. Hati mula risau sebab nak tinggalkan adik dengan Walid dan nenek Beranang hari Isnin memandangkan Putrajaya tak bercuti Nuzul Al Quran. Susah lah kalau adik tak mahu menyusu. Pagi Isnin tu pesan pada Walid supaya cuba belikan susu lain. Takut adik dah bosan dengan susu yang sedia ada ni. Makanya Walid belikan Isomil Eye Q. Ambik kau, 4 botol adik habis menyusu. Sikit pun tak tinggal. Aduh, nampak gayanya adik nak susu mahal lah pula. Demand sungguh ye? Hari Isnin tu adik tak mahu tidur berpangkukan Walid. Nak dengan nenek saja. Kesian nenek, dah lah tangan tak berapa kuat. Sungguh la anak dara ummi ni...Along pula mula cemburu bila nenek asyik pangku adik saja. Semua benda nak nenek buatkan. Eheheh..pening sekejap kepala nenek hari tu. Memang Along dan Adik tak boleh nak tinggalkan berdua saja dengan nenek kalau macam ni. Macam manalah Ummi nak pergi O/S nanti ye..

Turun..dan semakin turun..

Di suatu pagi di dalam kereta...

Ummi: Abang, 2 minggu puasa Ija dah turun sekilo (Hnss..hnss..bangga tu)

Walid: Eleh..Sekilo je. Orang turun 4 kilo..Ahahaha (Gelak jahat)
(What? 4 kilo? Macam mana boleh turun banyak sangat ni? Tak boleh jadi..)

Walid: Sebelum puasa hari tu berat 74kg, sekarang dah 70 (Bertambah riya' nya)

Ummi: Alaaa..Abang nnt lepas raya senang naik balik tu (Ayat cemburu)

Walid: Eleh..kawu nnt lagi cepat naik sebab turun sekilo je..Ahahaha..

(Aisy..sakitnya hati den..Huhuhu)

Target sekarang nak turunkan sekurang-kurangnya lagi 4 kilo. Insyaallah, boleh tu. Go Ija! You can do it!


note: kawu - kamu, awak (kata ganti nama bagi orang perempuan dalam bahasa minang)

Sunday, September 06, 2009

Kisah Adik


Alhamdulillah, check up mata adik hari tu memberikan berita yang melegakan. Pendarahan di belakang mata adik dah semakin berkurangan. Maknanya tak perlu operation. Alhamdulillah. Macam mana pun check up tetap kena pergi lagi. Baru-baru ni aku belikan untuk adik playgym dari blog ini. Harapnya dgn playgym ini dapat membantu adik untuk develop balik otak dia dan membantu adik untuk memulihkan penglihatannya. Adik sejak duduk dengan nenek, semakin manja jadinya. Jika adik dah mula merengek janganlah lambat angkat adik. Mahu menangis menjerit-jerit dalam tempoh masa yang lama. Kena berjoget-joget nak memujuknya. memang boleh kurus atuk dengan nenek macam ni.


Kisah Along

Along memang suka pakai benda-benda bersaiz besar. Kalau kasut memang tak boleh nak kata apa la. Kaasut ummi pun dia bedal. Ini along jumpa seluar pendek Pak Ngahnya. Sibuk nak pakai. Tengoklah gaya si bujang lasak ni. hehehe.

Friday, August 28, 2009

Seminggu sudah kita berpuasa

Alhamdulillah. Hari ni masuk seminggu dah kita berpuasa. Terus terang aku katakan, sejak adik keluar hospital aku memang belum berkesempatan untuk masak bagi berbuka. Yelah, kami berulang dari rumah emak di Bt. Caves sebab adik dijaga oleh emak. Keluar rumah pukul 6.15 pagi, balik dari kejer sampai paling awal pun 6.40 ptg. Sampai-sampai je adik terus nak bergantung. Kalau hujung minggu hari tu, adik langsung taknak terletak. Makanya tak dapatlah juga aku tolong memasak. Sekarang pula asyik hujan saja bila dah petang, Pasar Ramadhan pun tak sempat lagi nak singgah. Abang la kesian, tahun ni tak dapatlah dia nak makan ayam percik setiap hari, tidak seperti tahun-tahun sebelum ni.Kesian kat Along sebab kena bangun awal utk dihantar ke nursery. Along tak boleh tinggalkan dengan adik di rumah nenek, nnt naik darah tinggi atuk dan nenek. Dek kerana perjalanan yang jauh, pukul 9 lebih biasanya Along dah tidur. Takpelah, demi untuk adik kami redahi saja dugaan ini (dugaan ke tak dpt pergi Pasar Ramadhan?).


Kisah Adik

Sekarang adik dah semakin behave dengan nenek. Bukanlah selama ni adik tak behave cumanya sejak dari dalam wad sehingga sebelum aku masuk kejer, setiap kali adik nak tidur dia akan mencari "KFC". Dah aku start kejer, macam mana nak tinggalkan "KFC" ni, OKU lah aku nnt. Maka bila tak dpt "KFC" masa nak tidur, Adik asyik mengamuk je. Emak kata pernah adik menangis kuat sampai naik biru kepalanya. Risau emak so emak gamble masukkan adik dalam buai, henjut perlahan2 (berderau darah aku bila dengar emak cerita masa tu). Tapi sekarang mungkin Adik dah tahu macam mana dia menangis pun dia tetap takkan dapat "KFC", so Adik dah boleh tidur bila mak peluk kuat2 dan sumbatkan puting tiruan. Emak kata Adik paling suka kalau dibawa berjalan. Sengih2 je dia bila nenek dengan atuk bawak berjalan. Pampers dah penuh pun dia tak kisah, janji dapat berjalan. Bagus Adik, nanti adalah alasan Ummi nak ajak Walid pergi shopping. Ehehehe..Hmm, sekarang ni setiap kali Adik lepas menangis, aku akan check ubun-ubun Adik untuk pastikan ubun-ubunnya lembut seperti bayi-bayi yang lain. Takut peristiwa lama berulang kembali. Nauzzubillah.

Beberapa hari lagi sebelum hari Selasa depan. Aduh, harapnya pendarah di mata kiri adik dah resolved.


Kisah Along

Ada gambar yang perlu diuploadkan. Nantilah cerita ye.

Tuesday, August 25, 2009

Not a good news..

Just come back from HKL. Check-up mata adik buat kali ke-2. Mula-mula check rabun dan fokus. Alhamdulillah, adik tak rabun jauh cuma power untuk silau adik 150. Doktor kata normal bagi baby atau budak mempunyai masalah silau dan ianya akan hilang sedikit demi sedikit. Doktor kata yang akan merisaukan adalah selepas tempoh 6 bulan power silau bertambah. Itu bermakna memang ada masalah. Selepas pemeriksaan untuk rabun dan fokus, adik jumpa doktor pakar mata untuk melihat pendarahan di mata adik. Mula-mula Doktor R.Sunder check, kemudian Doktor Jamelia. Kali ini, kami tidak dibenarkan menunggu di bilik pemeriksaan. Dari luar bilik terdengar suara tangisan adik yang nyaring. Memang adik tak suka matanya diperiksa. Kami dipanggil masuk ke bilik doktor selepas adik diperiksa. Doktor kata pendarahan di mata kanan adik dah banyak berkurangan tetapi apa yang merisaukan adalah pendarahan di mata kiri. Pendarahan di mata kiri adik tidak banyak berkurang berbanding minggu lepas. Doktor akan bagi masa seminggu lagi, sekiranya masih tidak banyak berkurang, pembedahan terpaksa dijalankan bagi mengeluarkan darah tersebut. Doktor pun kata mata adik tidak begitu fokus disebabkan pendarahan tersebut. Doktor siap pesan supaya kami bersedia mental dan fizikal dalam hal ini. Aduh, rasa nak mengalir lagi air mata ni tapi aku tahan je. Aku kena kuat untuk adik. Untuk seminggu ni, dos ubat mata adik dilebihkan dengan harapan dapat membantu mengurangkan pendarahan di mata kiri. Yang pastinya, menantikan ketibaan Selasa depan adalah satu debaran yang amat kuat. Minggu depan akan berjumpa dengan Dr Joseph, Ketua Jabatan Oftalmologi kerana sekiranya pembedahan terpaksa dijalankan, ianya adalah ditentukan oleh Dr Joseph. Aku pasrah sekali lagi.

Wednesday, August 19, 2009

Please ALLAH..Save her (III)

Kisah Adik


Semalam appointment adik dengan doktor mata peadiatrik. Seawal pukul 9.00 pagi kami sampai (seperti yg terteera di kad appointment), pukul 12.00 tghari nama adik baru dipanggil. Alhamdulillah adik tak meragam sangat kecuali semasa matanya diperiksa. Alhamdulillah juga kerana pendarahan di belakang mata adik semakin berkurangan. Appointment seterusnya akan menyusul minggu depan. Ubat mata masih terus digunakan. Sekarang adik suka menangis lama-lama dan menjerit-jerit. Aku risau jika adik menangis kerana sakit. Aku lagi risau jika tangisan yg begitu kuat boleh menyebabkan kembali pendarahan kerana tekanan yang kuat kepada otak.


Kisah Along
Along di rumah nenek memang melasak saja. Minggu lepas along demam sebab nak tumbuh gigi lagi. Sekali nak naik gigi geraham dan gigi taringnya. Bengkak gusi sekali dengan ulser mulut. Disebabkan badan yang tidak sihat, Along menjadi mangsa bulian Ce Ah. Tapi bila Along dah sihat, dia pulak yang buli Ce Ah. Balas dendam. Sekarang Along demam balik. Harapnya biarlah demam biasa-biasa saja. Risau dengan penularan influenza H1N1 nih. Dah semakin ramai menjadi mangsa. Nauzzubillah.


Kisah Kami

Selamat Hari Jadi Walid! Tahun nih tak smpat nak sambut sama-sama memandangkan Ummi dan Adik di hospital waktu itu. Apa-apa pun, terima kasih ye walid. Insyaallah, jika adik dah sihat sepenuhnya, kita sambut birthday walid.

Thank you so much.. :D

Friday, August 14, 2009

Please ALLAH..Save her (II)

Doktor Johan, Dr. Faizah dan Dr Ziati mengatakan sekiranya pendarahannya serius, kemungkinan besar adik terpaksa dibedah bagi mengeluarkan darah tersebut. Doktor juga mengatakan bahawa melihat kepada fizikal adik, jatuh atau sebarang kecederaan fizikal bukanlah punca kepada pendarahan tersebut. Ianya adalah disebabkan goncangan atau gegaran yang kuat. Hancur luluh hati kami mendengarnya. Sebelum dihantar ke HKL, adik dimasukkan darah. Pendarahan di otak menyebabkan badan adik kekurangan darah. Memang badan adik nampak pucat sangat. Kami dah tidak memikirkan risiko pemindahan darah, yang penting pada masa itu adalah nyawa adik. Akhirnya pada pukul 1.45 pagi adik dipindahkan ke HKL dengan menaiki ambulans. Di HKL adik terus dimasukkan ke ICU Peadiatrik. Pukul 4.00 pagi baru kami pulang ke rumah emak bersama Kak Alin.

Sabtu: Pukul 9 kami bertolak ke HKL. Pagi itu Dr Lee, pakar Peads menerangkan kepada kami keadaan adik. Mereka menyatakan pada masa itu adik masih lagi kritikal. Dia juga mengatakan dalam kes adik ni, repot polis kena dibuat kerana kes adik dikelaskan sebagai kes penderaan memandangkan kecederaannya bukanlah disebabkan jatuh. Berbelah bagi hati kami. Sekiranya kami tidak membuat repot, pihak hospital yang akan buat repot polis. Pihak JKM juga akan dimaklumkan mengenai hal ini dan siasatan akan dibuat terhadap penjaga serta nursery. Betapa beratnya tanggungan yang di tanggung pada waktu itu kerana kami begitu yakin pendarahan adik bukan berpunca dari pihak nursery. Petang itu, pakar neuro dating melihat keadaan adik. Mereka mengatakan terdapat ceceir di ubun-ubun adik. Cecair tersebut terpaksa disedut keluar bagi mengurangkan tekanan di kepala adik. Sehingga pukul 12.00 malam kami menunggu adik di ICU.

Ahad: Aku telah dipanggil oleh Dr. Harjeet dari SCAN Team (kumpulan doktor yang menguruskan kes penderaan kanak-kanak). Sekali lagi aku ditanya tentang hal adik. Seboleh-bolehnya aku cuba mempertahankan pihak nursery. Sekali lagi juga aku diminta untuk membuat repot polis. Pada hari ini, CT scan dijalankan ke atas adik buat kali ke -2. Dr. Azmi, Dr . Azahari dan Dr Shah dari Neuro dating melihat result scan adik. Dr Azmi menjelaskan bahawa pendarahan yang berlaku pada adik adalah dari hadapan otak kiri hingga ke belakang namun tidak begitu serius. Buat masa ini, pembedahan tidak di syorkan. Cecair di ubun-ubun adik tepaksa disedut keluar buat kali ke -2 memandangkan ubun-ubun adik masih lagi mengeras. Ubat sawan dan anti biotik diberikan kepada adik. Adik masih menggunakan bantuan penafasan. Dr Lee kata malam Sabtu mereka cuba menghentikan ubat sawan, tapi tak lama lepas tuh adik kena tarik balik walaupun tak lama. Ubat sawan terpaksa dibagi semula dengan dos yang lebih. Setiap kali melihat adik, kami tidak putus2 membisikkan kata semangat, membacakan surah2 lazim. Hanya itu yang mampu dilakukan selain dari doa dan harapan. Aku pula mula merasa rindu hendak melihat adik tersenyum, rindu hendak memangku adik, rindu hendak susukan adik. Ada masanya dik membuka sebentar matanya namun tidur kembali. Mungkin kesan dari ubat anti biotic dan ubat sawan. Pada kami itu sudah cukup membahagiakan melihat adik mula membuka mata. Malam sebelum pulang, kami lihat kaki dan tangan kanan adik membengkak. Kebetulan kak Alin ada bersama, jadi dia meminta kebenaran untuk menukarkan line ubat di kaki adik.

Isnin: Perkara pertama yang aku menarik pandangan mataku adalah line di kepala adik. Disebabkan kaki dan tangannya sudah bengkak serta kesukaran nurse serta doctor mencari urat besar di kaki dan tangan adik, maka line dimasukkan di urat kepala adik. Ketika itu ingin rasanya aku menggantikan tempat adik. Perit rasanya. Satu perkembangan adik pada masa itu adalah tube oksigendi mulut adik telah dibuka. Ini bermakna adik sudah mampu bernafas sendiri. Hari ini, doctor mata dating untuk memeriksa mata adik. Sah, pendarahan turut berlaku di belakang mata. Ini lebih mengukuhkan fakta mengenai punca pendarahan otak berlaku. Doctor Fazlina mengatakan pendarahan mata itu tidak begitu serius namun ianya mampu memberi kesan kepada pandangan mata adik. Aduh, satu lagi berita buruk buat kami.

Selasa: Sebaik saja tiba di dalam kawasan HKL, PICU telefon mengatakan adik akan ditukarkan ke Wad neurologi. Ini bermakna keadaan adik beransur stabil dan aku boleh menjaga adik 24 jam. Aku terus ke Jabatan Kaji Saraf, menantikan adik di sana. Line di kepala adik masih ada, tube yang menyalurkan susu di hidung adik juga masih ada. Aku masih belum boleh menyusukan adik. Tengahari sekali lagi doctor mata datang memeriksa mata adik. Doktor memaklumkan yang pendarahan di mata adik telah menyebabkan pandangan mata adik agak gelap buat masa ini. Patutlah setiap kali adik membuka mata, adik tak pernah memandang ke arah kami.Doktor kata sekiranya pendarahan di belakang mata bertambah selepas tempoh masa seminggu, pembedahan terpaksa dibuat utk mengeluarkan darah tersebut. Jika tidak, adik tidak boleh melihat.

Setiap hari aku berdoa agar adik bertambah sihat dan sembuh sepenuhnya. Janganlah ada kesan2 sampingan yang kekal pada adik terutamanya sawan. Alhamdulillah, setiap hari adik menunjukkan perkembangan positif. Adik sudah boleh tersenyum bila diagah. Adik sudah boleh menyusu sendiri malah adik semakin kuat menyusu. Adik juga semakin aktif. Tangan dan kaki kanan yang pada mulanya begitu lemah kini semakin kuat. CT scan dijalankan sekali lagi. Masih terdapat pendarahan namun tidak serius. Adik dibenarkan keluar hospital dan beberapa temujanji ditetapkan Sehari selepas adik balik, pagi tu aku lihat mata adik hanya memandang ke atas. Bila dipanggil hanya kelopak mata saja berkedip2 sedangkan anak matanya tidak bergerak. Air mata aku mengalir lagi. Aku panggil2 nama adik tapi tiada respon. Emak cepat2 menyapukan air di kepala air berserta selawat. Sejurus selepas itu adik seperti tersedar. Ya ALLAh, aku masih belum kuat utk menghadapinya sekali lagi. Ya Allah, semoga adik terus sembuh.

Monday, August 03, 2009

Please ALLAH..Save her (I)

Tiada apa lagi yg aku harapkan kini cuma doa dari kalian untuk kesihatan Zahirah. Zahirah disahkan terdapat pendarahan di otak. Sejak dari hari Rabu lepas, malam tu dia dah mula muntah yang memancut. Dalam hati dah terdetik bahawa that was not a good sign. Something must be wrong with her tapi aku masih menafikan. Hati rasa lega bila sepanjang malam dia bangun utk menyusu dan tidak muntah.

Khamis: Masih lagi kami hantar ke nursery dan telah meminta pengasuh perhatikan sebab muntah2. Balik dari nursery adik nampak tak bermaya. Pengasuh kata setiap kali adik lepas menyusu dia akan muntah. Maghrib tu kami bawa adik ke klinik swasta dan doktor hanya mengatakan bahawa susu yang adik minum tak sesuai utk dia. Doktor hanya bagi ubat muntah dan sakit perut. Tapi aku was-was sebab sejak usia adik sebulan dah mula minum susu tersebut, kenapa baru sekarang tak sesuai. Balik rumah, setiap kali bagi BF adik masih lagi muntah.

Jumaat: Kebetulan kami suami isteri bercuti utk mengemas barang2 utk berpindah. Adik sengaja kami lewatkan ke nursery kerana nak memastikan yg dia tidak muntah lg. Alhamdulillah, sepanjang dia BF hingga pukul 10 pagi tak ada lagi muntah2. Jadi kami putuskan untuk hantar sekejap ke nursery bagi memudahkan kami mengemas semua barang. 45 minit selepas dihantar, pihak nursery telefon suruh segera ke sana sebab adik muntah. Berlari kami ke sana. Sampai saja tengok adik dah lembik. Mata dah separuh tertutup dan nafas pun sekejap2. Kepala, kaki, tangan semua dah terkulai. Pengasuh kata adik muntah sebaik saja selesai menyusu dan terus collapes. Masa tu berlari kami ke kereta. Aku panggil2 nama adik tapi tiada tindak balas. Sampai di hospital Serdang terus meluru masuk ke kecemasan. Gugur jantung bila doktor kata adik dah kritikal dan sekiranya kami lewat 5 minit, kami akan kehilangan adik. Adik diberi bantuan pernafasan. Sehingga jam 4.00 petang, adik telah dimasukkan ke ICU Hosp. Serdang. Masa tu baru kami tahu semuanya. Air mata kami dah tak dapat nak dihentikan bila doktor beritahu yg terdapat pendarahan di otak kiri. Semangat kami hilang entah ke mana masa tu. Sepanjang hari kami suami isteri hanya bertemankan air mata. Kami tak mampu lagi nak memberikan kekuatan pada satu sama lain. Kami juga dimaklumkan bahawa semasa di Kecemasan, adik mendapat sawan kesan dari pendarahan tersebut. Kes adik telah dirujuk ke pakar neuro di HKL...

Hingga ke hari ini, adik masih lagi di Wad ICU Paedeatrik HKL dan masih menggunakan bantuan pernafasan.

Wednesday, July 29, 2009

Lasaknya dia

Kisah Adik



Pagi tadi, celik saja mataku yang rabun dalam keadaan bilik yang masih gelap gelita, bila kutoleh ke kiri, aku tengok bantal adik kosong. Berderau darah aku masa tu. Aih..mana pula adik pergi ni? Buka saja kelambu adik, rupa-rupanya adik dah berpusing 90 darjah dari posisi asal tidurnya. Alahai..lasaknya dia tidur. Umur belum masuk 3 bulan, tidur dah macam budak 6 bulan. Kepala pun dah turun dari tilam. Nasib lah tidur atas katil, kalau tidur di lantai mau sakit kepala si kecik ni.


Kisah Along

Along di nursery baru ni begitu kerap kena gigit. Selalunya di lengan lah. Balik je mesti berbekas. Nak salahkan anak orang lain pun tak boleh. Along pun memang dah semakin lasak. Dia masih belum pandai nak berkongsi barang permainan. Takpe, semakin besar nanti semakin ok lah harapnya.


Kisah Kami

Abang, Ija doakan abang dapat mencapai apa yang abang angan-angankan sekarang ni supaya abang dapat mencapaikan apa yang Ija angan-angankan. Hehehe. Go go Abang!

Friday, July 24, 2009

Demam

Hari ini aku meng"EL" kan diri. Kalau ikutkan memang tak boleh cuti tapi kasihan pula pada Along. Pagi-pagi buta dia bangun menangis. Rupanya nak poo poo. Cair pula tu. Abang yang uruskan. Lepas tu abang rasa badan Along panas. Bagi makan ubat terus dia muntah. Menangis lagi dan terus minta aku dukung bila nampak aku. Nasib la adik tak meragam sangat. Pagi tadi Abang hantar Adik ke nursery supaya aku boleh tengokkan Along sahaja. Alhamdulillah, sekarang dah sejuk dah badan Along. Dua hari lepas ambil Along di nursery, tengok muka dia bercalar balar. Dah macam Pirate of The Carribean je. Banyak sungguh calarnya. Kata teacher, ada budak mencakar muka Along masa dia tidur. Alahai..adatlah kan kalau duduk di nursery.

Seminggu je lagi sebelum kami berpindah, insyaallah. Beberapa perkara dah diselesaikan. Cuma kemas mengemas je lagi yang agak memeningkan kepala. Masing-masing balik dari kerja dah kepenatan. Hujung minggu ada saja aktivitinya. Aish..macam mana ni?

Monday, July 20, 2009

Penat..penat..

Pindah

Aduh..Penat bila difikirkan tentang pindah rumah ini. Penat mengemas + melayan karenah Along dan Adik. Sebenarnya yang penat adalah abang. Keterujaannya untuk berpindah menyebabkan dia begitu berkobar-kobar mengemas. Aku hanya melayan Adik yang asyik hendak melekat dan Along yang asyik hendak memunggah. Segala urusan berkenaan rumah baru telah selesai termasuk tentang salur air bawah tanah yang bocor. Alhamdulillah. Insyaallah, raya tahun ini di rumah baru. :D

Kerja

Isk..susahnya hendak bekerja dengan orang atas yang agak pasif. Terlalu pasif sehingga kita terpaksa bawa diri sendiri. Terpaksa ambil tindakan sendiri. Tapi kalau asyik buat tindakan sendiri nanti dikatakan gila kuasa pula. Pening kepala orang unit ini. Rasa macam tidak ada 'kepala' pula.

Wednesday, July 08, 2009

Lawak Along dan Serak Adik

Story of Along

Along buat lawak sungguh kelmarin. Sememangnya setiap hari bila di depan pintu nursery dia akan menangis hendak mengikut kami. Alkisahnya kelmarin bila nampak saja pintu nursery dia sudah mula melalak seperti biasa tetapi apa yang tidak biasanya adalah sambil melalak sambil menarik beg dan menolak seorang budak di depan pintu sebab dia hendak masuk. Di dalam nursery, masih lagi melalak sambil menarik beg masuk ke dalam bilik toddler dengan laju tanpa menoleh ke arah kami. Dan sambil melalak dia meletakkan begnya dan mengambil botol susunya terus cari port untuk baring. Kami memang tidak boleh tahan hendak tergelak. Anak hai anak..macam-macam peelnya :D Sekarang Along sudah mula batuk dan selsema.

Oh, memandangkan Mak Anjang akan pulang ke U selepas tamat praktikalnya semalam, Along akan kehilangan tempat untuk memujuk jika dimarahi oleh ummi dan walid. Kasihan anak yang seorang ini. Sejak kehadiran adik, Along sering cuba menarik perhatian ummi dan walid. Sememangnya kanak-kanak seusianya masih belum puas bermanja dengan orang tua. Ada kalanya tidak sabar juga melayan karenah Along ini. Tapi bila tengok Along menangis beria-ia, sayu pula rasanya hati. Aduhai, maafkan ummi sayang. Ummi cuba menjadi ibu yang terbaik pada Along dan Adik. Ya ALLAH, kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak ini.

Story of Adik

Baru 5 hari Adik di nursery sudah mula batuk dan selsema. Selsemanya tidaklah begitu serius cuma batuk yang baru mula kelmarin yang merisaukan hati. Semalam balik dari nursery, suara Adik sudah serak. Bukan sedikit seraknya tetapi sehingga suara adik tidak kedengaran. Risau sungguh kami. Kasihan bila dengar adik menangis. Sayup saja suaranya dek kerana batuknya. Dulu masa Along mula-mula masuk nursery pun ada juga kena batuk dan selsema tetapi itu disebabkan aircond nursery yang tidak terkawal. Sekarang tinggal di nursery yang menggunakan kipas. Sebelum masukkan mereka ke nursery baru ini kami mengandaikan kebarangkalian untuk mendapat batuk dan selsema adalah rendah. Nampaknya jangkaan kami salah :( Harapnya batuk Adik dan Along tidak berlarutan (terutamanya adik). Tidak sanggup lagi melihat anak kecil dimasukkan ke wad disebabkan pneumonia.

Story of Me

Huwaaaa...speaker hp rosaklah pula. Aduh, mahu lari juga budget tahun ini. Sudahlah keadaan ekonomi yang melecet sekarang :(


p/s: aku masih bergoyang-goyang kaki di tempat baru :) Susah juga menaip menggunakan ayat-ayat skema.

Monday, July 06, 2009

New day at a new place..semuanya OK

Hari nih secara rasminya aku menjadi 'penghuni' C6. Dan secara rasminya aku tidak bfkan Zahirah di tengahari. So far tempat baru ni macam ok. Tengok yg lelain lebih kurang mcm spesis Wisma T*N* jer. Komputer pun ok (sila jgn jeles yer adeq). My second boss pun mcm ok. Bos besar belum dapat jumpa lg memandangkan beliau sedang bercuti sakit. Oh..unit yg aku masuk nih pun macam ok jer. Tgk gambar2 diorg pergi kerja luar, kebanyakannya ke pulau2 dan tmn2 hutan simpan. Pergh..membuatkan aku berkobar2 duduk di sini. Hmm..beban kerja belum tahu macam mana lagi. Dengan 'nombor' yang baru nih, harapnya aku dapatlah memikul amanah yg diberi, insyaallah.

Thursday, July 02, 2009

Along dan Adik Back to School.

Hari nih masuk hari ke-2 Zakwan dan Zahirah ke Nursery De Sayang. Nampak gayanya mmg Along akan terus menetap di situ lah. Selamat tinggal Taska Si Comel..sob sob sob..(sedih sbb bayaran kat TSK jauh lebih murah n conditionnya pun quite ok). Anyway, nursery kat sini pun macam ok. Tak adalah ber aircond macam TSC (makanya insyaallah kuranglah demam, selsema n batuk). Semalam masuk untuk susukan adik, tgk kebersihannya pun ok. Teacher kat sana ada dalam 10 orang, yang menjaga baby je ada 3 orang. Seperti yang ditetapkan oleh JKM, seorang Teacher akan menjaga maksimum 5 orang baby. Baby yang sebaya dengan Zahirah je ada dalam 4 orang. Ok lah tu. Budak-budak yang sebaya dengan Along ada dalam 16 orang. Achik (penyelia) cerita, pagi2 Along merajuk tapi taklah lama sgt. Lepas tu senyap la dia. Tapi memang dah 2 hari ni, bila sampai di pintu nursery je Along meraung taknak masuk. Yelah, 2 bulan duduk dengan ummi je. Yang kelakarnya, dari rumah nak ke nursery tuh bukan main excited dia menarik beg. Macam orang seronok nak pergi sekolah je. Jawabnya pagi nih sure merajuk lagi :p. Adik pulak aku tengok Alhamdulillah ok je. Katanya adik lepas mandi, susukan dia pastu dibedung terus tidur. Takder la meragam sgt. Alhamdulillah. Semalam selepas susukan adik, masa berborak dengan Achik, ternampak pulak kelibat Along keluar dari bilik bersama dengan beberapa orang budak yang lain, Tengok semuanya pakai pampers je. Rupa-rupanya diorang nak dibersihkan selepas makan tengahari. Nasib baik la aku sempat melarikan diri n berdiri sebalik pintu masuk. Kalau nampak dek Along masa tuh, mau dia meraung nak ikut balik. Ehehehe...

Monday, June 29, 2009

Syian ummi.. :D

Finally people won't ask me whether I'm a girl or a boy..ehehehe...cute eh?

Hujung minggu bebaru nih cadangnya nak tengok Pertandingan Kucing Antarabangsa di Mid Valley Mega Mall. Sampai sana dalam pukul 12.00 tghari lepas sesat mencari jalan pulang. Sampai-sampai makan dulu di McD sebab along lapar. Lepas makan pusing2 cari dewan pameran. ummi 'ter' rembat Stroller di Jusco untuk adik sebab tak larat nak pangku lama-lama. Orang punyalah ramai, pusing2 pulak cari kaunter tiket. Akhirnya kami hanya sempat tgk sign 'Ticket Counter" sbb dah kelam kabut dek kerana amukan adik yang nak tidur dan menyusu. uhuhuhu...Orang dah pandang-pandang menyebabkan Ummi amik keputusan untuk ajak walid balik. Kiciwa jer tak dpt tgk kucing-kucing tu...

p/s: Ummi muncung dalam keter sepanjang perjalanan balik.. :p

Wednesday, June 24, 2009

Along dan Adik

Story of Along

Bulan nih usia along setahun 7 bulan dah. Macam-macam ragamnya, nak-nak sejak ada adik nih. Ada je perkara yang dia buat utk menarik perhatian org lain. Nasib la ada mak anjang kat rumah nih, boleh jugak la melayan si along ni. Kadang-kadang bila kita pangku adik, dia pun sibuk nak duduk dekat kita. Along pun boleh tahan jugak kuat membebel nya dan dah banyak perkataan boleh disebut. Antaranya:

A' U - Hello
Adek-adik
A id - walid
Mi - ummi
Itik
pish - fish
cit - sit
pong - kampung
pak pak pung - berkompang
antin - pengantin
awah - bawah
pet pet - kalau tengok wonder pets
vetui3 (sampai tersembur air liur) - citer upin dan ipin
Tekta - traktor
bang - kapal terbang
emot - remote astro

Along sekarang ada habit yang tak tau la nak kata kreatif atau tidak. Dia suka sangat tampal menampal. Bukan di atas kertas tapi di pipinya. Pantang ada kertas mesti nak tampal kat pipi. Baik kertas kecil ataupun sebesar A4. Tapi itu dulu, sekarang nih dah semakin byk benda yang boleh dia tampal, janji benda tu nak melekat di pipi dia. huhuhuhu...


See, cereal milo pun boleh jugak... :D


Story of Adik..

Adik sekarang dah sebulan 20 hari. Semakin kuat menyusu. Suka sungguh berborak. Tapi paling suka menangis. Kadang-kadang bila nak tidurkan dia, mula la adik keluarkan bunyi uuu..aaa..sambil sengih-sengih. Tu cara adik nak ajak kiat berborak la tu. Tak sabar nak melihat adik membesar. Sehingga ke hari ini kami masih belum cuba lagi bawak adik pergi berjalan-jalan dan bershopping. kalau ada pun sekadar balik ke Beranang dan Gombak. Makanya tak tahu la samada Zahirah nih kaki jalan macam along atau tidak.

Story of Me

Sejak dah ada anak dua nih semua kerja kena disispkan pagi. Memasak lauk pun dibuat diwaktu pagi. Bila tengahari hanya melayan these 2 angels of mine. Alamak, Along dah tuang bedak atas katil....

Wednesday, June 17, 2009

Arghh..

DAH TAIP PANJANG2 PASTU TERSALAH TEKAN KEYBOARD. ABIH SEMUANYA..ARGHHHHHHHHHHHH!

Thursday, June 11, 2009

Full Time Housewife..

Alhamdulillah, dah 4 hari aku kat sarang nih. Dari hari Isnin sampai semalam mak ngan Aida ada kat sini sebab nak tlg jagakan adik sementara aku ke ofis mengemas barang. Last day aku kemas barang aku bawak sekali Along. Alhamdulillah la dia tak melasak sangat. Siap tdo lagi kat opis tu. Hari Isnin adalah pertama kali aku meninggalkan adik lama sikit. Balik je dari opis adik dah meragam sebab taknak minum susu botol lagi dah. Bagi je BF terus dia tido. Ehehehe..Hari nih aku bertiga je dgn along dan adik. Menjaga adik memang dah tak susah tapi nak kena perhatikan along ni sebab takut diusik adiknya. Makanya kemana saja aku pergi aku kena bawak along sekali. Kalau nak masuk bilik air, kena bawak along masuk bilik sekali dan terpaksa tutup pintu bilik. Masuk dapur pun kena bawak along jugak. Macam mana ye emak boleh menguruskan anak2 sampai 9 orang. Aku baru yang 2 orang nih pun pening2 kepala. Ehehehehe..Sebenarnya menjaga along pun tak susah sbb dia dah besar dah. Dah boleh dengar kata. Cuma bila masuk part dia nak mengacau adik tuh jer yang kena berhati2. Dah berapa kali along dok goyangkan craddle adik sekuat hatinya. Ok lah, kita tengok ye macam mana performance aku sbg suri rumahtangga sepenuh masa untuk sehari nih...adik tak mandi lagi nih.

Thursday, June 04, 2009

I'm one month oredi..


Salam. Saya Auni Zahirah. Umur saya dah masuk sebulan dah semalam. Rasanya sekarang berat saya dah 3 kilo lebih. Saya dah semakin montel. Semua org dalam rumah nih geram dgn pipi saya. Sekarang saya dah tak meragam di malam hari, saya dah ubah jadual ke hari siang. Makanya ummi saya tak dpt berehat di siang hari. Saya suka dipeluk, didodoi dan dipangku. Saya juga kuat menyusu. Lepas dapat susu ummi saya masih lagi nak susu tambahan. Selang sejam mesti saya akan minta susu. Kesian kat ummi saya kan? Ehehe..Oh..along saya sgt sayangkan saya..dia selalu nak kiss saya masa saya tidur tapi say kompius kenapa yer along marah kalau walid nak dukung saya? Kitakan adik beradik, kenalah kongsi2 ummi dgn walid kan along kan..huhuhu...

Tuesday, June 02, 2009

Along...

Umur along sekarang dah setahun setengah. Along pun semakin lasak sekarang ni. Kesian kat Atuk dan Nenek sebab nak mengejar along je. Nasib la sekarang cuti sekolah, boleh lah Maksu layang along. Along dah boleh sebut banyak perkataan dah. Tapi yang betul2 membanggakan ummi dan walid adalah along dah boleh sebut ummi dan walid. Walid disebut 'a id' dan ummi disebut 'mi'. Walaupun tak lengkap janji kami faham. Ehehehe..Mak Uda kata along nih nampak macam seorang abg yg akan menjaga adiknya. Amiin..harap2 benarlah. Ada masa along akan marah kalau orang luar dukung adiknya. Nenek kata, kalau along nampak org bawak baby di luar mesti along kejar sambil panggil 'adek'. Haru sungguh. Sekarang ummi dengan walid tengah pening kepala. Nak kekalkan along di nurseri lama atau tukar ke baru. Kalau ikutkan hati ummi, memang sayang kalau nak ditukarkan sbb dah percaya dgn penjagaan nurseri tu tapi walid taknak berpusing2 hantar along dengan adik nnt kemudian berpusing lg nak hantar ummi. Ummi pulak kalau di tempat tu mmg taknak bwk kereta sbb jem dan susah nak cari parking. Kita tgk mcm mana nnt ye along. Along pun mesti sedih kan nak tinggalkan teacher2 along nnt. Oh..along skrg pantang nmpk laptop, mesti dia nak tgk kompang sambil mulut bising sebut 'pak pung' dan tgn dok mengetuk besen kecil nenek.

Tuesday, May 26, 2009

After 3 weeks..


Mata bulat, idung pun bulat..ehehe

Alhamdulillah..lepas 3 minggu aku sihat seperti biasa. Zahirah pun semakin sihat (dari kuning yg agak tinggi). Oh, Zahirah pernah kena kuning yang amat tinggi sehingga dia terpaksa menggunakan lampu atas dan bawah. Menyusu pun tak dibenarkan masa tu. Risau dibuatnya. Sekarang kulit Zahirah dah tak kuning tapi merah. Kalau dia mengamuk, boleh sampai jd merah kebiruan. Isk..3 minggu menjaga Zahirah memang mencabar sungguh. Tak seperti masa Zakwan kecil. Dalam seminggu hanya satu malam je yg aku boleh katakan tidur malam. Selebihnya aku dan Zahirah lebih byk menjadi burung hantu. Bila dipangku dia tidur tapi bila diletakkan je terus buka mata n buka mulut. Aduh..tercabar iman dan kesabaranku. Pernah sampai satu tahap aku menangis sebab aku tak tahu apa lagi nak dibuat. Zahirah menangis seperti org lapar walaupun sudah disusukan. Aku pula masa tuh menahan kesakitan je setiap kali menyusukan Zahirah. Biasanya Zahirah akan start tidur lena bila dah masuk Subuh.

Selama 3 minggu ni, aku rindu nak menjakan Zakwan. Walaupun Zakwan sentiasa di depan mataku. Dalam berpantang nih, tak boleh bawa benda2 berat. Sebab tu aku tak boleh nak mendukung Zakwan. Kadang22 kesian bila Zakwan dok depa2 tangannya minta aku dukung. Maafkan ummi sayang, bukan taknak tapi tak boleh. Bila sekali sekala aku beri perhatian pada Zakwan, nampak betapa seronoknya Zakwan. Dengan aku Zakwan kurang sikit cemburunya bila aku dengan Zahirah tapi kalau abang yg pegang Zahirah, mulalah Zakwan meragam. Hmm..minggu depan abang berkursus ke Melaka untuk 4 hari. Sian la Zakwan, takder walid nak tidurkan dia malam2. Hm..tak sabar nak balik ke sarang..2 minggu je lagi..sabar..sabar

Saturday, May 16, 2009

It's a baby girl..

Alhamdulillah. Pada 3.5.2009, tepat jam 10.18 malam aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kecil jer orangnya. 2.6 kilo. jauh beza dengan jangkaan doktor sebelum ni. Apa-apa pun, alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Seawal subuh tu aku dah mula terasa lain macam. Terasa macam ada air yang keluar tapi tidak lah banyak. Sedikit2 cumanya berterusan. Aku bgtau pada abang supaya bersiap sedia je sebab naluri ku mengatakan ianya air ketuban. Kebetulan emak mertuaku tiada di rumah sebab bermalam di rumah Pejal. Abang berapa kali pujuk pergi hospital tapi aku tak nak lagi sebab tak ada rasa sebarang rasa sakit. Akhirnya tengahari tu aku mengalah juga merelakan diri pergi ke hospital Kajang. Lepas check semua, aku pun warded. Petang tu dah mula terasa sakit2. Sempatlah makan sedikit utk menambah tenaga. Malam tu waalupun bukaan dan 5 cm tapi sakitnya masih tidak kuat. Air ketuban dah lama kering. Akhirnya kena paksa juga. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Dan tepat pada jam 10.18 Zahirah selamat dilahirkan. Tak terhingga rasa kesyukuran dan tak putus2 bibir aku mengucapkan Alhamdulillah. Bersyukur kerana ianya bayi perempuan, bersyukur kerana bayi itu sihat, bersyukur kerana aku dapat mendengar tangisannya sebaik saja dia dilahirkan (yang mana tidak dapat aku alamai sewaktu melahirkan Zakwan), bersyukur kerana aku dapat memeluk bayiku sebelum dia dibersihkan. Air mata tak berhenti2 mengalir. Bersyukur ya ALLAH di atas segala kebahagiaan ini. Semoga Auni Zahirah akan menjadi anak yang solehah. :-)

Thursday, April 23, 2009

I'm 38 weeks now..

Alhamdulillah..i'm 38 weeks now..dah 9 bulan lebih aku mengharungi susah senangnya pregnancy ni. So, anywhere, anytime aku boleh bersalin. Hehehe..Dr td pun tny, belum ada rasa tanda apa2 lg ke? N my answer is, not yet. Sekadar sakit2 pinggang biasa sebab baby dah semakin membesar. Dan baby dah semakin menekan2 menyebabkan aku semakin kerap ke bilik air. Dah la seat kat opis nih di hujung dunia dan toilet di hujung dunia yang lagi satu. Jauhlah berjalannya tapi tak apa, sebab semakin byk berjalan semakin senang dan cepat nak bersalin nnt. Aku pun dah tak sabar rasanya walaupun dalam hati berdebar2, seriau. Alhamdulillah, bila diimbas2 kembali, my second pregnancy ini tidak lah sesukar masa mengandungkan Zakwan dulu. Mungkin sebab kita dh ada pengalaman dan kita tahu bagaimana nak menguruskan kesihatan kita. Ok, meh aku comparekan my first n second pregnancy.

Mabuk

Masa Zakwan:
Aku dah start mabuk masa usia kandungan 2 bulan dan berlarutan sehingga 5 bulan. Tahap kemabukan agak serius sehingga mana aku pernah warded selama 3 hari 2 malam. Macam2 bau aku tak boleh. Jalan terhentak sikit pun abih terkeluar semua isi perut. Series mmg aku tak larat sangat masa tu.

Second pregnancy:
Alhamdulillah, aku mabuk masa sepanjang bulan Ramadhan je. Kak alin kata, antara faktor yang menyebabkan aku mabuk teruk adalah sebab aku ada gastrik. Masa bulan puasa, yang mampu aku telan hanyalah air. Tapi alhamdulillah, habis je puasa aku dah kembali sihat. Makan dah macam biasa.

Cramp

Masa Zakwan:
Aku dah mula rasa cramp semasa usia kandunganku seawal 5 bulan. Boleh dikatakan hampir tiap2 malam kena. Sampai menangis2 aku dibuatnya. Dr kata biasanya org start cramp bila janin dah besar. Huhuhu..mungkin kurang kalsium tapi tiap2 hari minum susu. Lama-lama cramp berkurangan dan setiap malam aku memang tak berani nak meregangkan kaki terutamanya masa menggeliat. Hehehe..sakit woo..

Second pregnancy:
Alhamdulillah, jarang betul kena cramp. Sekarang nih kalo kena pun, aku cuba urut sendiri. Bila dah tak tahan jer baru menangis. Pernah aku terjerit masa kena cramp, kebetulan masa tuh aku terjaga dengar Zakwan menangis. Bila dgr aku menjerit sakit, terus Zakwan terdiam. Hehehehe...

Baby movement

Masa Zakwan:
Sungguh2lah aktifnya dia dalam perut aku. Pantang dipegang perut nih, mesti ditendang. Abg la paling suka bila Zakwan menendang2.

Second pregnancy:
Cukup kedekut dengan Abg. Tiap kali abg pegang perut aku, dia akan berhenti menendang. Ehehehe...Kadang2 masa tgh aktif bergerak, bila aku letakkan tgn abg di perutku terus dia senyap. Tensen abg..Zakwan pun jarang dapat rasa pergerakan adiknya ni.

Fuh! Mengah rasanya. Apa2 pun, semoga segala2nya selamat dan baby ini akan sihat. Agak2nya ikut muka siapalah nanti ye? ehehehehe...

Tuesday, April 21, 2009

Bila suami memilih pakaian anak..

Hari tu;

Aku: abang, nnt mcm mana pun nak gak carikan baju baru utk bb dalam sepasang dua..
Abg: erm...


Kelmarin;

(Lepas kemas2kan baju baby dalam bakul..)
Abg: Ayang, jom kita cari baju utk bb. Dapat tambah dalam 5 pasang kira oklah tu..
Aku: Ok..

Endingnya lepas balik dari pasaraya, baju2 bb dibasuh, disidai, bila dikira2 rupanya dah rembat sampai 14 pasang. Huhuhu..itulah akibatnya apabila suamiku dibiarkan utk memilih baju2 baby...

Tuesday, April 14, 2009

Amukan Zakwan..

Tengah malam tadi, Zakwan tetiba je mengamuk. Mula-mula batuk, bila dibagi susu tiba-tiba je dia menangis sekuat hati..siap hentak2 kaki lagi. Ummi peluk Zakwan, pujuk2 pun dia tak nak. Ummi paksa walid buat2 tidur, kot lah Zakwan mengamuk kat walid ke. Rendah sekejap bunyi tangisan, lepas tu mengamuk balik. Kemudian walid ambil Zakwan. Dukung bawak jalan2 keliling rumah. Botol susu dengan bantal busuk tak lepas dari tgn dia. Tapi tangisan masih belum reda. Tak tahulah apa yang diamukkan. Serba serbi tak kena. Bila dibaringkan, lagi kuat mengamuknya. Last2, walid ambil sedikit air zam-zam yang abah bagi hari tu, walid salawat sikit lepas tu sapukan ke kepala Zakwan, sapu sikit kat tangan dan kaki. Baru Zakwan senyap. Lama-lama terus kuyu mata Zakwan, penat mengamuk. Minum susu pun sikit je. Dan Zakwan tidur dengan tenang sampai ke pagi.

Pagi tadi pula, walid jirus sikit baki air zam-zam Zakwan semalam kat muka ummi. Bukan sebab ummi mengamuk, tapi sebab ummi masih terpisat2 ataih tilam...cait!

Monday, April 13, 2009

Wallawei...mengah..

Aduh..apalah diperd*j*lkan di pagi hari ini. Mengah kami anak beranak (excluding Zakwan). Boleh pula 3-3 lif rosak. Dari tingkat 16 kami mengira anak tangga. Bayangkan seorang wanita ayu yang sedang sarat mengandung yang mana usia kandungannya telah pun mencecah 9 bulan terkial2 turun tangga. Hehehehehe..sakit pulak pinggang nih rasanya. Tuh alhamdulillah la kena turun tangga jer, dibuatnya kena naik tangga..sampai tingkat 4 jer mesti bersalin. Fuhh..harap2 eloklah lif ptg nih. Kalau tidak, kompem la tak balik rumah.. :D

Masuk minggu nih, usia kandunganku dah masuk 37 minggu. Bak kata kak alin, anytime boleh bersalin. Tak sabar pulak rasanya. Macam manalah rupa adik Zakwan ni nanti. Harap2 dipermudahkan lah. Zakwan sekarang nih semakin slim. Makan dah kurang, asyik melasak je. Risau jugak, sebabnya batuk berkahak dia tak hilang2 lagi. Kalau tengah2 malam tu, dia akan terjaga disebabkan batuk yang tak berhenti dan selalunya akan diikuti muntah berserta dengan kahak-kahaknya sekali. Takut ada asma je..

Adeh..adeh..mata ngantuk la pulak lepas dgr taklimat tadi..huhuhu

Thursday, April 09, 2009

Alhamdulillah..

Semalam di TV tetiba kuar berita mengatakan berlaku kemalangan yang melibatkan rombongan umrah di Bir Ali yang menyebabkan 2 kematian dan 4 parah. Bila dengar je, terus aku kuatkan TV kot2 dibagitahu nama-nama jemaah itu. Walaupun di dalam hati begitu yakin ianya tidak melibatkan rombongan yang Abah sertai, tapi masih tetap ada timbul kerisauan. Mak kat rumah dah risau. Yelah, tghari semalam abah ada telefon mak kata akan pulang. Petang 7.30 tuh ada telefon lagi, tapi tak sempat nak cakap apa sbb mungkin credit abah dah nak habis. Try telefon org yang menguruskan pakej umrah abah, tapi masuk mailbox je. Cuba telefon abah pun sama juga. Masuk dalam mailbox. Penat dah jari dok tekan no yang sama je. Kak Alin sampai nak telefon ke Jeddah. Last2 telefon ke Wisma Putra dan Alhamdulillah, katanya bukan rombongan Abah. Lega sikit. Apa2 pun, takziah diucapkan kepada ahli keluarga jemaah Malaysia yang terkorban semalam. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba2NYA yang beriman. Amiin..Dan semoga Abah selamat sampai ke tanah air tengahari ni.