Monday, August 03, 2009

Please ALLAH..Save her (I)

Tiada apa lagi yg aku harapkan kini cuma doa dari kalian untuk kesihatan Zahirah. Zahirah disahkan terdapat pendarahan di otak. Sejak dari hari Rabu lepas, malam tu dia dah mula muntah yang memancut. Dalam hati dah terdetik bahawa that was not a good sign. Something must be wrong with her tapi aku masih menafikan. Hati rasa lega bila sepanjang malam dia bangun utk menyusu dan tidak muntah.

Khamis: Masih lagi kami hantar ke nursery dan telah meminta pengasuh perhatikan sebab muntah2. Balik dari nursery adik nampak tak bermaya. Pengasuh kata setiap kali adik lepas menyusu dia akan muntah. Maghrib tu kami bawa adik ke klinik swasta dan doktor hanya mengatakan bahawa susu yang adik minum tak sesuai utk dia. Doktor hanya bagi ubat muntah dan sakit perut. Tapi aku was-was sebab sejak usia adik sebulan dah mula minum susu tersebut, kenapa baru sekarang tak sesuai. Balik rumah, setiap kali bagi BF adik masih lagi muntah.

Jumaat: Kebetulan kami suami isteri bercuti utk mengemas barang2 utk berpindah. Adik sengaja kami lewatkan ke nursery kerana nak memastikan yg dia tidak muntah lg. Alhamdulillah, sepanjang dia BF hingga pukul 10 pagi tak ada lagi muntah2. Jadi kami putuskan untuk hantar sekejap ke nursery bagi memudahkan kami mengemas semua barang. 45 minit selepas dihantar, pihak nursery telefon suruh segera ke sana sebab adik muntah. Berlari kami ke sana. Sampai saja tengok adik dah lembik. Mata dah separuh tertutup dan nafas pun sekejap2. Kepala, kaki, tangan semua dah terkulai. Pengasuh kata adik muntah sebaik saja selesai menyusu dan terus collapes. Masa tu berlari kami ke kereta. Aku panggil2 nama adik tapi tiada tindak balas. Sampai di hospital Serdang terus meluru masuk ke kecemasan. Gugur jantung bila doktor kata adik dah kritikal dan sekiranya kami lewat 5 minit, kami akan kehilangan adik. Adik diberi bantuan pernafasan. Sehingga jam 4.00 petang, adik telah dimasukkan ke ICU Hosp. Serdang. Masa tu baru kami tahu semuanya. Air mata kami dah tak dapat nak dihentikan bila doktor beritahu yg terdapat pendarahan di otak kiri. Semangat kami hilang entah ke mana masa tu. Sepanjang hari kami suami isteri hanya bertemankan air mata. Kami tak mampu lagi nak memberikan kekuatan pada satu sama lain. Kami juga dimaklumkan bahawa semasa di Kecemasan, adik mendapat sawan kesan dari pendarahan tersebut. Kes adik telah dirujuk ke pakar neuro di HKL...

Hingga ke hari ini, adik masih lagi di Wad ICU Paedeatrik HKL dan masih menggunakan bantuan pernafasan.

13 comments:

zainita said...

Nurul..sabar banyak2 yer..
kami kat caw antarabangsa moa ni pun doakan zahirah cepat sembuh..InsyaAllah..

Mona

iman_kirana said...

Ya Allah....Akak..sabar ek..
Mudah2an Auni tak ape2...
Akak n Abg Zaiful bersabar ek...
Sy dn kengkawan PSA Aras 14 doakan agar Auni sihat seperti sediakala..

Azwani Shaari said...

Take care kakak.. sy doakan zahirah cepat sembuh.. aminn

Anonymous said...

salam....
semoga selamat semuanya. Serahkan rasa kesusahan dan kesenangan kepada-Nya, insya Allah, Allah S.W.T sentiasa membantu hamba-hambaNya...

shafarina said...

Nurul, I wanted to call but I might burst into tears when I hear your voice.

I cried when I read ur 1st SMS. And this entry too. Lil Zahirah is so cute and active that no one suspected anything. Anything this serious.

Believe me, I know how you felt, the same emotion and concern and uncertainty when Fahim was admitted last March. Only, Zahirah's condition is much more serious.

Nurul, just pray and hope for Zahirah's health. If it don't get any better, pray for what is best for her, only God knows His plans.

Don't lose hope.

To Zahirah,
Auntie Wan belum jumpa Zahirah lagi. Auntie Wan dah janji nak bawa Abang Fahim jumpa Zahirah kan. Abang Fahim suka baby, nak pula baby girl macam Zahirah. Cepat sembuh ye sayang, jgn buat ummi dan walid risau. Jgn buat Abg Zakwan risau. Jgn buat kami semua risau. Kami semua sayang Zahirah.

mizz-siti said...

Salam...
Nurul, tabahkan hati ye..
Ini semua dugaan Allah, banyakkan bersabar dan berdoa..kami di sini pun mendoakan kesihatan zahirah..
semoga zahirah cepat sembuh...

shuzana said...

salam nurul..
maaf sbb aku baru n3 ko ni..aku bercuti..bila aku check blog aku..1st n3 yg aku baca..adalah n3 ko sbb aku tak sedap hati baca tajuk n3 ko...zahirah baya aqila kan..aku sebak baca n3 ko..

aku harap ko tabah nyer..sesungguh dugaan yg datang dariNya sbb dia tahu ko and hubby adalah org yg tabah..aku doakan bb zahirah cepat sembuh ye..dan ko kena kuatkan semangat ok..

keep on update blog..aku nak sangat tahu pasal condition zahirah..or u can sms me at +4407896720519

Fiza Apani said...

nurul..byk2 bersabar..fiza & family doakan zahirah cepat sembuh...x dapat tahan sebak baca blog nurul..

ya Allah..aku pohon padaMu, kembalikan kesihatan zahirah, kembalikan senyuman ibu & ayahnya..semoga semua kembali kepada sedia kala..Amin

puanrazma said...

moga bb zahirah sembuh..insyaAllah

cik_ah82 said...

salam..
semoga bb zahirah cepat sembuh..
saya doakan yg terbaik untuk zahirah..
semoga si kecil itu kuat dan akak jugak kuat..

arnirina said...

ya allah..sy sgt memahami perasaan awak..sy harap awak berdua tabah dan byk2 la berdoa..

CuppyCakeMommy said...

saya doakan semoga adik cepat sembuh ye

Nurul said...

Salam. Alhamdulillah..adik dah keluar wad namun pendarahannya masih ada. Namun, harapnya agar terus hilang dan sihat sepenuhnya. terima kasih semua atas segala kata2 semangat dan doa buat si kecil ini. hanya ALLAH saja yg mampu membalasnya