Thursday, May 12, 2011

Depressed

Ihsan: Encit Gugel

Aku tak tahulah bagaimana keadaan diriku sekarang. Dengan bebanan kerja yang bertimbun, dengan persekitaran yg memeningkan, dengan kesihatan tubuh badan yang tak menentu. Badan aku terlalu penat rasanya. Ada ketika aku rasa aku nak bercuti. Bercuti dari melakukan semua perkara. Bercuti dari memikirkan kerja, bercuti dari melaksanakan apa saja. Aku nak lapangkan, selapang-lapang fikiran. Badan pun terasa semakin sakit. Otak pun rasa macam dah tepu untuk berfikir. Menyesal? Ada juga terasa. Menyesal kerana berada di dalam lapangan ini. Namun aku sedar, segala yang berlaku adalah ketentuan ALLAH. Telah ALLAH tentukan rezekiku disini, dengan jawatanku yang sebegini, dengan persekitaranku yang begini, dengan orang sekelilingku yang juga begini. Mungkin diriku yang tidak pandai menguruskannya. Dan salahku kerana tidak pandai meluahkan masalah, tidak pandai berkongsi rasa, lebih gemar memendam rasa. Umpama seorang badut. Cuba memuaskan hati orang lain. Membuatkan orang yang melihat gembira, tertawa sedang hati mungkin dirundung duka. Ya, aku mungkin seorang badut. Mendengar setiap masalah orang, cuba mengembalikan senyuman di wajah mereka sedangkan aku sendiri tidak pandai meluahkan rasaku. Dan akibatnya, badanku rasa tidak tertanggung. Hatiku cepat benar tersentuh, amarahku cepat benar membara. Namun masih tidak terluah oleh mulutku. Ya ALLAH, tenangkanlah hatiku ini. :((