Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Selamat Pengantin Baru Siti & Hafiz



 Alhamdulillah..selesai sudah majlisnya. Adoi, rasa macam nak sambung cuti lagi jer. Masih tak hilang penat. 19.2.2012, majlis perkahwinan adik aku yang second last dengan Incit Kapitannya. Majlis yang tersangatlah meriahnya. Apa-apa pun, semoga berbahagia lah yer pengantin baru. Jangan asyik nak merajuk2 jer..lama2 tak larat dah suami nak pujuk. Dah jadi bini orang, nanti mak orang pulak. Pandai-pandailah jaga diri dan jaga hati suami tuh. Semoga kerukunan rumah tangga akan berkekalan dunia akhirat walaupun korang PJJ...ehehehe..rasanya ini antara majlis yang ramai betul tetamunya. Sampai terpaksa pergi ke kedai kek semula, beli cupcake tambahan sebab door gift dah licin sedangkan tetamu masih ramai yang datang...huhuhu..So, bulan 9 nanti kita akan berpulun habis lagi sekali...fuhhhh....




Ini antara sumbangan kami adik beradik untuk pengantin baru..Hujung bulan akak bali resitnya yer dik..ehehehe

Wednesday, July 13, 2011

Floria 2011








Rugi kalo tak pergi wei...Sekian...

Monday, January 03, 2011

Perjalanan hidup kami

Wah..tajuk macam apa je. Alkisahnya, semalam bagi suggestion kat abang untuk ke rumah emak untuk menghantar ubat. Pagi-pagi tu ada taklimat nursery anak-anak. Balik dari nursery, dapat call dari emak minta carikan minyak masak. Mak dah panik kata minyak masak di KL dah habis. Ingatkan kat KL je, rupa-rupanya kat Putrajaya pun licin. Aisy, masing-masing dah pakat sorok minyak lah tu. Meniaya betullah tokey2 ni. Oh, kembali kepada perjalanan hidup kami. Semalam, kami telah pulang ke rumah emak dengan menaiki pengangkutan awam. Bukan bas tau. Dan bukan sebab kereta rosak tapi sebab abang nak bawak anak-anak naik keretapi. Makanya, dari Putrajaya kami menaiki ERL ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke Batu Caves menaiki komuter. Tapi nak dijadikan cerita, sampai di stesen Kampung Batu, drebar tu kata ada masalah teknikal di stesen komuter. Terpaksalah kami turun di Kampung Batu. Dah lah stesen baru dan kami pun tak biasa dengan kawasan tu. Bayangkanlah dalam panas tengahari tuh kami 4 beranak terpacak menunggu teksi. Nasiblah tak perlu tunggu lama. Dari pukul 1.00 kami menaiki ERL, dekat pukul 3 baru kami sampai rumah emak. Walaupun sekejap je kat rumah emak, sempat jugak lepas gian buat kek. Tapi tak sempat nak ambil gambar sebabnya 5 minit keluar dari oven dah tinggal 1/3 loyang jer. Mentedarah betul lah bebudak kat rumah tu. Buat kek yogurt moist butter, ambil resepi dari cik mat gebu. Pukul 6 siap2 nak balik ke Putrajaya. Balik dari KL pulak naik Putra LRT ke KL Sentral pastu naik ERL ke Putrajaya. Kira puas lah Along naik semua keretapi. Sekianlah perjalanan hidup kami semalam.. :D

Friday, December 31, 2010

Dia seorang pelindung

Suatu hari di JJ Setiawangsa selepas menghadiri kenduri kawen. Sementara menunggu Walid ke toilet, Adik dan Along dah mencicit lari ke playground (yang berbayar pulak tuh. Habis duit den..huhuhu).

Adik tengah main motor nih yang mana dia taknak turun langsung dan tak nak bagi org lain main langsung bila tiba-tiba...

seorang kanak-kanak lebih kurang sebaya adik nak juga motor tuh. Adik masih tak mahu mengalah...

Maka, Along pun datang untuk menyelamatkan keadaan (menyelamatkan adik akceli). Along tolak tangan budak tuh (perlahan-lahan tau..). Last-last budak tuh pergi main benda lain..Nampaknya Along menjadi pelindung kepada Adik..Alhamdulillah...

Sunday, April 11, 2010

Desa Water Park

Wohoooo..We were having so much fun today. Hari keluarga bahagian tahun nih buat di Desa Water Park. Aku takder la teruja sangat nak join hari keluarga, cuma seronok nak bawa bebudak ni main air. HAri kelurag berjalan seperti biasa yang program hari keluarga sepatutnya. Game bebudak, game orang dewasa. Along masuk kutip gula-gula. Nasib la dia berani kali ni. Awal-awal aku dengan Walid pesan, ambil banyak-banyak masuk dalam baju. And, he did it like we told him. Bila dia bangun terus mengadu "tatit aa..."(sakit la..sebab plastik-plastik gula-gula mencucuk perutnya). Sebelum sukan aku dah warm up mengejar along yang asyik lari ke kolam walaupun dia tak mahu masuk kolam. Anyway lepas habis aktiviti, walid terus tarik Along masuk kolam. Seperti biasa Along menjerit dan memeluk kuat Walid. Takut sesungguh. Dah macam anak koala gayanya. Lepas 30 minit dalam kolam (aku geram-geram nak terjun sama tapi adik tengah tidur), Along tak nak naik pula dari kolam. Aisy..jenuh juga. Aku pula bila adik bangun je terus tukar baju dia dan terjun masuk ke kolam. Ahaha..puas hati aku. Dalam cuaca yang panas membahang, duduk dalam kolam adalah satu nikmat yang tak terkata. Bila dah berendam sampai jadi asam kecut, kitorang pun bersiap balik. Itu pun Along masih lagi nak lari masuk kolam. Next time yer sayang. Sempat lah bertanda dahinya sebab terjatuh masa berlari sambil memakai tuala. Uh, kepenatan dah..tido..tido...


Adik dgn acik Su..belum masuk lagi ni


Ummi tolong pegang baju, Along masukkan gula-gula tau..


Adik pun ada gak kutip gula-gula, tapi lepas tu dia buang balik..ehehe


Ambil hadiah on behalf of Along


Adik pun dapat juga walau tak masuk sukan

Tuesday, April 06, 2010

My babies first Annual Sports Day

Pertama kali menghadiri sukan tahunan anak-anak rasa sungguh bangga. 4hb hari tuh bertempat di dewan Presint 9 Taksa Generasi mengadakan hari sukan tahunan. Hampir-hampir kami tak jadi pergi sebab tiba-tiba kereta tak boleh nak start. Bateri dah lemah rasanya. Dah terasa cuak dah masa tu. Alhamdulillah lepas few attemps, enjin kereta berjaya dihidupkan. Pukul 8.45 pagi sampai tengok parents dah ramai. Lepas daftar je terus Along meraung taknak pergi beratur. Adik dah dihantar ke bahagian baby. Jenuh nak lepaskan tangan Along dari memeluk aku. Lepas Along dipeluk oleh Teacher, aku pergi ke tempat baby perhatikan adik. Adik sungguh lah tak kisah tanpa aku. Sibuk main bola dan belon. Dah lama lepas tu barulah adik mula meragam. Agaknya dah bosan lama sangat menunggu. Makanya terpaksa la aku join ibu-ibu yang lain duduk menemankan baby masing-masing.


Adik dengan Teacher Yana..comelkan Teacher adik?

Dimulakan dengan perarakan, air mata aku tak semena-mena mengalir bila tengok bebudak ni berarak sambil mengibarkan bendera. Gembira, terharu, seronok, teruja..semua perasaan bercampur baur. Tengok Along berarak dengan selamba potong queue sampai Teacher terpaksa tarik balik Along ke belakang. Adik pula bila dengar lagu berkumandang mula la buat head banging. Kemudian anak-anak ini menyanyikan lagu negaraku, lagu Taska Generasi versi BM dan BI serta bacaan ikrar. Aku lak terlalu teruja sehingga masa bacaan ikrar aku turut mengangkat tangan (and I'm the only one did that..aiyooo..memang kena gelak dengan walid).

Acara bagi adik adalah mengutip bola atau merangkak mengambil bola. Mula-mula teacher letak saja adik di bawah, adik dengan laju merangkak nak kutip bola. Kira dapat tempat pertama lah. Lepas tu urusetia kata belum mula lagi. Kesian adik, bila Teacher tarik balik ke belakang mulalah adik meraung. Terus tak nak merangkak. Beria-ia dia menangis. Nak gelak pun ada juga bila tengok adik menangis. Last-last adik dapat no 4. Tak kisah la, apa pun nombornya hadiah tetap sama. Saja nak suka-suka.

Hadiah yang adik menangi

Along pula agaknya dah lama sangat tunggu mulalah menangis. Bila ada kawan dia pujuk, dia marahkan kawannya tu. Alahai anak bujang ummi ni. Agaknya dah lapar, Teacher pujuk pun tak jalan. Ye lah, sejak dari sampai hingga ke pukul 10 lebih tak makan-makan lagi. Nasiblah bawa susu. Bagi minum susu dulu baru lah diam. Itupun meraung balik masa walid nak ambil botol susu dari Along. Meraung nak ikut walid. So, sukan bagi kanak-kanak berusia 3 tahun adalah baling gelung masuk kon. Ala, jarak tempat baling ke kon tu hanya beberapa meter je. Tak perlu berlari-lari. Kalau ikut bilangan balingan, kelas Along paling banyak. Along berjaya menyumbangkan satu balingan yang berjaya dari 4 percubaan. Hehehe..jadilah kan? Lepas baling-baling terus ambil hadiah. Semua orang dapat medal. Tak ada tempat pertama, kedua and so on. Anyway, I'm so proud of my babies. Harapnya lepas ni anak-anak ummi akan terus aktif. Insyaallah, panjang umur tahun depan ada lagi. Aku suka bila anak-anak ada banyak aktiviti sebab aktiviti-aktiviti macam ni membantu membentuk anak-anak supaya berkeyakinan dan berani.

Beratur sebelum acara bermula..member depan tak abih nangis lagi

Acara bagi kanak-kanak 3 tahun..macam tak ada
perasaan je Along baling gelung tuh
. Tengok budak sebelah tu
penuh gaya membaling..



Beratur Ambil hadiah..he's the shortest..ahaha..comel jer


Received his medal

Dengan medal..

Sebab dewan bersebelahan dengan kolam kanak-kanak, makanya lepas sukan je Along ajak Pak Su dan Mak Su pergi kolam. Sakanlah budak tuh main air pancut. Suruh masuk dalam kolam tak nak. Takut benor. Macam manalah nak bawa pergi ke Desa Water Park nanti ni.

Monday, March 29, 2010

PIBG?

Pada hari Sabtu baru-baru ini, Nursery Generasi mengadakan perjumpaan ibu bapa dan guru. Bukan macam mesyuarat PIBG tau, tapi pertemuan untuk membincangkan perkembangan anak-anak di Nursery tersebut. Sungguh aku kagum dengan kesungguhan pihak pengurusan yang bersungguh-sungguh dalam mengadakan perjumpaan ini (berapa banyak sungguh la). Sebelum sampai ke dewan tu dalam kepala dok terbayangkan bagaimanalah perjumpaan tu nanti. Apalah yang akan dimaklumkan tentang Adik dan Along. Sampai-sampai saja kami jumpa teacher-teacher yang menjaga baby. Teacher bagi list perkembangan Auni Zahirah untuk kami tandakan. So, aku pun tanyalah macam mana adik di nursery. Teacher kata Auni suka buat hal sendiri. Maksudnya tak adalah main atau kacau kawan-kawannya sangat. Bila dibiar kat lantai, bukan main laju dia menyusur. Sangat suka mengejar bola (sukan adik nanti pun kejar bola.. :D). Suka pergi bahagian baby lain, lepas tu usik stokin baby, sarung tangan baby. Bila nak mandikan kena ada 2 teacher. Seorang tukang pegang, seorang tukang mandikan. So aku bagilah suggestion. Suruh letakkan adik dalam besen kecil untuk dia duduk, bagi main botol syampu. Masa tu senang nak mandikan. Teacher kata lagi, bila teacher kata pada adik "jangan" masa adik memanjat, adik akan menyahut "huh" tapi panjat tetap panjat. Hehehe...Rupa-rupanya teacher-teacher adik tak tahu yang adik pernah mengalami pendarahan otak. Serius aku ingatkan penyelia diorang dah cerita. Bila teacher-teacher dapat tahu semuanya terkejut sebab adik sungguh aktif. Alhamdulillah.

Lepas selesai di bahagian baby, kami ke teacher Along pula. Teacher Ila namanya. Teacher Ila bagi fail pada kami. Bila buka rupanya ada kertas peperiksaan Along. Kelakar pula bila tengok. Tak sangka untuk budak yang belum masuk 3 tahun pun dah ada periksa. Ada kerta BM, Matematik, Sains, BI dan Seni. Dalam banyak-banyak paper tu, seni je dapat C. Nanti aku masukkan gambar hasil seni Along. Ehehe..Anyway, Teacher Ila kata Zakwan masa mula-mula masuk so behave. Duduk diam, senyap. Sekarang ni, sekejap je diamnya. Lepas tu main kerusi, masuk bawah meja. Tapi Along tak la sampai mengusik kawan-kawannya. Bila teacher tanya, lambat nak jawab. Bila jawab, perlahan je suaranya. Sungguh berbeza kalau di rumah. Suara dia je yang dengar. Best friend Along adalah seorang pelajar perempuan. Humaira namanya. Teacher kata Humairah pun macam Along juga. Putih-putih, tak banyak cakap. Hehehe...pandai dah si Along mengurat yer? Kata teacher lagi, bila bermain dengan kawan-kawan Along akan berlari dengan laju tapi bila masa latihan sukan susah betul nak suruh lari. Silap haribulan dia akan berjalan jer. Aisy, macam mana nak sukan nih Along? Secara keseluruhannya, Zakwan bukan budak yang susah nak uruskan. Cuma biasalah budak-budak. Lama mana sangat boleh fokus dalam kelas. Nak-nak budak yang umur 3 tahun ni. Even doktor juga kata, budak-budak kecil nih paling lama boleh fokus pun 5 minit. Lepas tu mesti buat benda lain. Well, Along adalah budak yang normal. :D

Balik dari perjumpaan tu, kami ke Pameran Mamalia di Presint 15. Masuk adalah percuma ye. Cuma kena tulis nama dalam buku pelawat sebagai rekod. Ok lah pameran tu. Tengok binatang-binatang yang di awet. Siap ada rangka ikan paus lagi. Ada di satu bahagian tu, kita boleh lukis muka mengikut jenis-jenis haiwan. Haiwan-haiwan yang diawet yang terdapat di sana adalah seperti harimau, memerang, kambing gurun, rusa, monyet, badak, tapir, gajah, kelawar, rodens. Nak suruh Along bergambar dengan patung harimau sikit punya seksa. takut betul dia. Dengan binatang-binatang lain tak pula takut. Agaknya sebab selalu tengok dokumentari yang menunjukkan harimau itu ganas, makanya Along pun takutlah. Tapi memang aku perasan yang Along tak suka tengok apa-apa cerita yang agak ganas. Silap-silap dia suruh kita tukarkan channel lain. Tengok dokumentari buaya pun dia boleh jerit-jerit. Sabar jer la... Habis pusing-pusing di pameran tu, terus balik ke Bt. Caves. Jumpa Ain Mbam-mbam dan kak Ce Ah yang sudah kurus itu..ehehe

Monday, June 29, 2009

Syian ummi.. :D

Finally people won't ask me whether I'm a girl or a boy..ehehehe...cute eh?

Hujung minggu bebaru nih cadangnya nak tengok Pertandingan Kucing Antarabangsa di Mid Valley Mega Mall. Sampai sana dalam pukul 12.00 tghari lepas sesat mencari jalan pulang. Sampai-sampai makan dulu di McD sebab along lapar. Lepas makan pusing2 cari dewan pameran. ummi 'ter' rembat Stroller di Jusco untuk adik sebab tak larat nak pangku lama-lama. Orang punyalah ramai, pusing2 pulak cari kaunter tiket. Akhirnya kami hanya sempat tgk sign 'Ticket Counter" sbb dah kelam kabut dek kerana amukan adik yang nak tidur dan menyusu. uhuhuhu...Orang dah pandang-pandang menyebabkan Ummi amik keputusan untuk ajak walid balik. Kiciwa jer tak dpt tgk kucing-kucing tu...

p/s: Ummi muncung dalam keter sepanjang perjalanan balik.. :p

Tuesday, April 21, 2009

Bila suami memilih pakaian anak..

Hari tu;

Aku: abang, nnt mcm mana pun nak gak carikan baju baru utk bb dalam sepasang dua..
Abg: erm...


Kelmarin;

(Lepas kemas2kan baju baby dalam bakul..)
Abg: Ayang, jom kita cari baju utk bb. Dapat tambah dalam 5 pasang kira oklah tu..
Aku: Ok..

Endingnya lepas balik dari pasaraya, baju2 bb dibasuh, disidai, bila dikira2 rupanya dah rembat sampai 14 pasang. Huhuhu..itulah akibatnya apabila suamiku dibiarkan utk memilih baju2 baby...

Monday, March 16, 2009

Rezeki Allah nak bagi..saper tau kan?

Semalam, di satu pagi yang sungguh cerah dan tenang..angin begitu mendamaikan..aku duduk di depan rumah bersama nenek. Jauh pandanganku tertumpah pada pepohon pokok durian di seberang jalan sambil fikiranku menerawang..

Tiba-tiba ALLAH murahkan rezeki aku. Aku menang satu pertandingan dengan ganjaran wang RM1,000,000. Oh..bersyukurnya tak terhingga. Semalam aku dha membuat congak-congak. Apa yang ingin aku buat dengan wang sebanyak itu. Hmmmm...

1. Selesaikan semua hutang aku dan abang supaya jumlah angka di sebelah kanan sama banyak dengan jumlah angka di sebelah kiri (dalam slip gaji).

2. Membeli rumah yang diidamkan selama ini.

3. Membeli kenderaan yang lebih besar sedikit (bila ahli kuarga dah bertambah nih, keter dah tak cukup space..huhuhu)

4. Bagi kat emak di Beranang untuk baik pulih rumah.

5. Bagi kat emak dan abah sebagai simpanan.

6. Buat simpanan untuk keluarga sendiri (abang dan anak-anak).

7. Sedekah pada yang memerlukan.

8. Selebihnya barulah aku simpan sebagai pelaburan.

Setelah aku congak-congak semalam, hampir RM500,00 akan digunakan bagi perkara-perkara yang tersebut di atas. Tapi takper, benda baik perlu dikongsi bersama kan? Hehehehe...aduh..sesungguhnya angan-angan itu memang indah. Entah bila la nak dapat yer?

Monday, March 02, 2009

Kemalangan..

Hujung minggu kami kali ni di Beranang. Tapi tidaklah lama sangat duduk di rumah sebabnya hari Sabtu tu dah ke kenduri datuk saudara abang. Kenduri cukur jambul cucunya. Seperti biasa, Zakwan kalau di Beranang asyik dikerumun dek sepupu-sepupu abang yang kecik2 tu. Sampai tersandung budak tu dikerjakan. Tersembam sikit kat atas jalan tar. Alhamdulillah tak luka, cuma merah sikit jer dahinya.

Hari Ahad sepatutnya ada 2 kenduri kahwin. Tapinya abang decide untuk pergi satu majlis je. Majlis kahwin anak sepupu aku di Serdang. Sempatlah jumpa Anim dan Ce Ah kat situ sebab minggu ni diorg balik ke rumah mak, kami pula di Beranang. Dah besar dah anak dara si Anim ni. dah nak dapat adik tapi masih tak boleh berenggang dengan umminya. Anim pun dah semakin ok dari mabuk2 cumanya kata Anim loya masih tak hilang lagi. Takper, sabar yer Anim. 4 Bulan jer lagi..ehehehehe...
Anak dara Anim & Anak bujang aku..

Owh..di kenduri inilah berlakunya satu kemalangan yang membuatkan aku hampir2 gugur jantung. Mana taknya, si Zakwan terjatuh (lagi sekali) di atas jalan tar. Kali ni agak teruk sebab Zakwan tersembam dengan teruk. Salah kami juga sebab terlepas pandang. Pada mulanya kami ingatkan Zakwan masih dengan Pak Tehnya, rupanya dia dah berlari entah kemana. Baru je beberapa saat aku bertanyakan Zakwan pada abang, tup-tup dengar suara dia meraung. Bila toleh tengok dah ada orang angkat Zakwan. Zakwan dah mula dok pegang dahi kanannya sambil meraung kuat. Bila dialihkan tangannya, tengok darah dah banyak. Panik aku. Kelam kabut dok cari ais batu. Masa tuh air mata dah bergenang dah. Lukanya tak besar, cumanya agak dalam sikit. Ada 3 luka yang berdarah. 2 di dahi dan satu lagi di kening. Kepala dengan bawah mata dah becalar. Aduhai Zakwan, maafkan ummi dengan walid ye..Bawak ke klinik, doktor kata yang kat dahi tu jer yang dalam sikit lukanya tapi tak sampai kena jahit. Alhamdulillah....lepas ni memang kena pastikan Zakwan sentiasa di sisi.

Nampak tak luka2 di kepalanya tu? Yang kat dahi tuh la yang byk darahnya..

Hmm..sedikit perkembangan Zakwan. Sekarang ni pantang nampak masjid atau gambar masjid atau mendengar orang mengaji. Mula lah Zakwan menutup sebelah telinga dia. Konon-konon tengah azan zambil mulut dok bunyi "uuuuu..." dan "aaaaa.....". Alahai la anak ummi, dah besar nanti boleh jadi tukang azan ye. Dan juga Imam...amiin...

Wednesday, February 11, 2009

Zakwan...

Jarang sgt rasanya bercerita tentang Zakwan. Biarlah kali nih membicarakan tentang anak ummi yang sorang nih. Cuti hujung minggu baru-baru ni, kami bawa Zakwan ke PD. Inilah pertama kalinya Zakwan menjejakkan kaki ke pantai dan bakal direndamkan ke laut. Mula-mula masuk laut, menangis Zakwan. Kuat dipeluknya walid dia. Tapi selepas seketika, naik syeikh la pula. Siap kena belikan pelampung. Habis kulit anak ummi kena sunburn. Muka merah terbakar, lengan dah start gelap. Bila tak dipakaikan baju, berbelang jer kulitnya. Hehehe...Seronok memang seronok, tapi balik tu Zakwan demam pula. Demam terkejut kena rendam kot. Alhamdulillah, 2 hari dah kebah. Cuma tengah malam hari kedua tu je suhunya menjulang naik. Lepas bagi makan ubat, badan dilap dengan tuala basah baru kurang panasnya. Masa tu dah mula terbayangkan kes Zakwan yng kena sampai masuk wad tuh. Risau je. Owh..sayang masa ke PD terlupa nak bawak kamera. Tak ada lah gambar2 sebagai bukti..isk..ruginya la...

Zakwan bulan nih dah nak masuk 1 tahun 3 bulan usianya. Ada few words yang dia dah boleh sebutlah even tak clear sgt sebutannya. The latest words dia adalah tak ek (takder), atuh (jatuh), atuk, teter (turtle), dak (duck), ufff (wolf - sila sebut sambil menyembur2kan air liur yer :D ), aa bah (bas). Kalau dibagi buku ABC, bila buka gambar oren terus Zakwan sebut mamam. Sememangnya dia hantu oren. Satu tabiat baru Zakwan adalah bila masuk je kereta, cepat je tangan dia tarik seat belt. Wahh..sungguh tinggi kesedaran sivik anakku ini. Maknanya sekarang ni, satu seat belt dipakai oleh 2 orang..ehehe..agak-agak polis nak saman ke kalau pakai macam tuh?

Sekarang manja Zakwan dengan ummi bukan main lagi. Duduk pun nak berpangku. Agaknya dah terasa makin nak dapat adik kot. Tapi takper, ummi suka budak manja-manja nih walaupun kadang-kadang hangat gak hati sebab susah nak buat kerja lain. Terfikir juga kadang kala, macam mana lah nanti kalau dah ada adik nanti? Insyaallah, kasih sayang ummi dan walid tetap sama pada Zakwan :)

Zakwan sekarang dah ada sun glasses dia sendiri. Mula-mula dulu asyik mengerjakan sun glasses walid je. Kalau dah pakai sun glasses tuh, bukan main lagi eksyen nya. Sampai nenek Beranang pun tegur betapa seriusnya muka Zakwan. Perasan macho kot. Mula-mula dapat cermin mata tu, susah nak bg cermin mana tu dok lama-lama kat atas batang hidung Zakwan. Tapi sekarang, bila dah pakai susah pulak nak suruh buka...Hehehehe...

Alahai anak ummi..macho ke sayang?

Monday, February 02, 2009

Cuti di Putrajaya

Selamat bercuti kepada semua kakitangan di kawasan Wilayah Persekutuan. Tapi bila bercuti tanpa somi yang terchenta, macam bosan lah jugak. Aku dah siap memasak. Hari nih masak simple2 jer. Yerlah, makan utk 2 1/2 orang. Malas nak grand2 sangat. Lauk hari nih just gulai kacang kelo dan daging masak kicap. Sambal tumis semalam pun elok lagi, so panas kan ajer lah. Oh..finally, my new family member is here. Hensem serta comel sehingga menjilat jari. Ehehe..weekend kami agak sibuk. Hari Sabtu kami ke rumah Pn. Yam, majlis kawen anak dia. Itu pun dah tersilap tarikh. Mati2 aku ingatkan hari Ahad majlisnya. Nasib baik abang check kad jemputan. Panas telinga nih kena perli gan abg. Lepas makan2 kejap kat rumah Pn. Yam, kitorg terus ke rumah Izza. Ada jamuan hari jadi anak2 dia. After more than 10 years, akhirnya kitorg berjumpa balik. Masing-masing dah ada kerjaya dan kehidupan sendiri. nNk ke rumah si Izza tuh, ntah berapa kali kitorg berpusing kat Jalan Ampang Hilir n Jalan U-Thant. Rupanya pintu masuk nak ke Kuarters Kerajaan Jalan U-Thant tuh kat Jalan Desa Pandan. So, lepas makan2 n duduk2 dalam sejam kat situ kitorg terus gerak balik ke Putrajaya. on the way nak balik tuh, singgah rumah sepupu aku. Jari kakinya baru lepas kena potong. Pergilah ziarah sekejap.

Esoknya (i mean, semalam) kitorg ada jemputan di Seri Kembangan. Majlis cukur jambul cucu makcik aku. Ingatkan nak dok kejap jer, tapi masa kitorg sampai mknn tak sampai2 lagi. Sementara menunggu tuh, sempat la jumpa sedara mara yg lain termasuk mak n abah. Makanannya sungguhlah marbeles. dengan sambal tumis sotong kembang, dgn daging kambingnya..rasa macam nak tambah jer tapi lepas makan2 kat situ, kitorg nak ke majlis kawen kawan abang pulak. lepas majlis kawen tuh terus ke Beranang, nak amik charger hp yg tertinggal. Hp aku dah 3 hari takleh nak on..huhuhu..

Isk..Zakwan dah bangun lah. Nak melayan dia lah pulak. Nanti2 sambung balik lah...

Tuesday, December 23, 2008

Penatnya menjadi ibu tunggal..

Huh..penat yer menjadi seorang ibu tunggal nih. Nooo...bukan aku tak ada suami, tapi ditinggalkan suami sebab pergi berkursus di Melaka. Makanya secara rasmi aku menjadi ibu tunggal untuk 3 hari 2 malam. Dah lah hari Jumaat tuh perut aku meragam betul. Nak tinggalkan Zakwan main sesorg pun susah, sbb kalau dia tak nampak kelibat umminya, mulalah meraung sekuat hati. Adush..Nak solat pun kena bentang sejadah lain kat sebelah untuk dia baring2. Tapi endingnya dia tetap akan baring depan sejadah kita sambil memerhatikan kita solat. Ingatkan Aida akan di poskan petang tuh, rupanya malam dah dekat pukul 10 baru dia sampai bersama dgn Abg Long sekeluarga. Aku pulak untuk makan malam dengan Zakwan aku just masakkan mihun sup 'bodo-bodo' (sejenis mihun sup yg dimasak oleh org pemalas..ehehe). Malam tuh Abg Long tido di rumah aku. Zakwan sampai kena paksa tido sebab asyik nak main dengan kakak Humaira' n Abg Aki jer.

Hari Sabtu tuh senang sikitlah nak buat kerja sebab ada Aida utk melayan Zakwan. Boleh lah aku mengemas, basuh baju, buang sampah dan masak semua. Kain pulak dah menggunung tak dilipat. Pagi tu Abg Long balik, kemudian dah dekat tghari Kak Alin pulak datang. Lepak2 kat rumah sampai petang. Lepas habis masak, aku pulak melayan Zakwan. Bila petang, bawak Zakwan turun ke playground. Melayan dia main kat situ, mak pulak datang. Singgah ke rumah aku lepas balik dari kenduri. Cadang memula nak tido kat Putrajaya, tapi mak kata byk pulak urusan kat rumah..malam tuh jugak diorang balik. Tinggallah aku bertiga dengan Aida.

Hari Ahad tuh seharian Zakwan tak keluar. Dah macam cacing kepanasan dia kat dalam rumah. Kejap2 tunjuk arah pintu. Duduk depan pintu tunjuk pulak arah kunci. Aku tak larat sungguh nak melayan hari tu. Makanya terpaksalah Zakwan main dalam rumah aja. Aku lepas memasak semua tuh, rehatlah sekejap. Lepas tuh pi menyental baju2 suter yang dah terendaam dari pagi. Lepas menyidai semua, menggosok baju pulak untuk pakai 3 hari. Petang tuh abang balik. Abang pun dah kepenatan tapi dilayan jugak si Zakwan. Abang setakat bawak Zakwan berjalan depan rumah aje. Tak bawak pun pergi playground. Maghrib tuh mak datang nak bawak Aida balik. Seronok Zakwan sebab ramai yang melayan dia malam tuh. Oh, Zakwan dah pandai menendang bola. Kemudian dia tepuk tangan bila kita sebut 'yeay'. Malam tuh lepas mak balik baru Zakwan tido. Itupun lambat jugak. Dia asyik nak main jer. Kami pun tido awal jugak sebab dah kepenatan.