Monday, June 27, 2011

Orang lain lama dah, kami baru jer...

Hehe..orang lain lama dah pergi. Kami baru jer sampai. Itupun perjalanan yang tak dirancang. Sampai-sampai rumah emak jer terus ajak pergi. Memandangkan semua on, apa lagi..maghriblah kami di Shah Alam, lepas tu terus makan dan terus ke iCity. Sayangnya diorang tengah renovate kawasan tuh, so takder la nampak kemas sangat. Lagi satu, banyak juga la lampu2 yang dah tak menyala. Mentol terbakar gamaknya. Lepas nih diorang kena sediakan banyak la kerusi2 batu untuk orang2 tua yang tak berapa larat nak round semua tempat. Tapi bila tengok pokok2 yang berlampu tuh, terasa macam melancong kat obersi pulak. Ahaks.


Lepas tengok lampu, kitorang menuju ke matlamat utama iaitu Snowalk. Tiketnya mahal la juga. Dewasa RM25.00, kanak-kanak (3-12yrs) dan warga emas RM20.00. Diskaun RM10.00 hanya diberi kepada yang ada tiket parking je. Itupun bukan RM10.00 seorang, tapi sekeluarga punya tiket. Tapi pada aku, agak berbaloi juga la sebab ada slidings, jambatan. Cumanya kami tak lama dalam tu sebab masing2 pulun masuk Snowalk pakai selipar dan sandal. Tapi sempat juga kitorang (termasuk abah) main gelongsor salji. Terkekek2 Along tengok Atuknya menggelongsor atas ais. Ahaha..Kebas kaki masing-masing. Nak sewa boot, cash dalam tangan dah habis. Akibatnya, tak sampai sejam kami dalam tu, dan banyak lagi yang tak sempat kami nak tengok. Insyaallah, len kali datang lagi pakai kasut penuh dan stokin. Hehehe. Pukul 12.00 malam baru kami balik. Tahan pula mata Along dengan Adik kat situ. Tak ada meragam. Adik masuk kereta terus tidur. Selamat.....

bajet-bajet macam kat obersi

pink riding hood..
baju yang besar sampai tak nampak tangan

Tuesday, June 14, 2011

Gegar, gegarkan, gegar!


Lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi, kitorang dah kecoh2 bila ada yang menyampaikan blok depan bergegar. Bomba semua dah datang. Aku pula dok seloroh dengan jiran sebelah, kata "aku tunggu belah kita diorang annouce suruh turun pulak..ehehe". Tak sangka masin mulut ni bila tiba-tiba "Kepada semua anggota Jabatan **********. Diminta turun ke bawah atas arahan Jabatan Bomba". Hah engkau! Mencicit masing-masing capai beg, berkumpul di kawasan lapang. Sampai ke pukul 10.00, kitorang pakat naik balik opis sebab hujand ah mula turun. Kesian pula tengok bebudak nursery bertempiaran lari cari tempat teduh. Tak sampai sejam, sekali lagi diorang announce suruh turun. Bangunan kami pula yang bergegar sewaktu bomba membuat pemeriksaan. Turun naik tangga la separuh hari ni. Dengar-dengar ada blok lain di kawasan lain yang pecah tingkap. Aisy, kira kuat juga terasa gempa bumi dari Sumatera. Kenapalah tak ada yang umumkan hari ini cuti bagi kakitangan awam kat Putrajaya? Ehehe..alang-alang dah separuh hari tak buat kerjakan...

Monday, June 13, 2011

thadha=ummi?

Aduh. Bosannya. Rasa macam nak dok kat rumah, masak sampai ke sudah. Hehehe. Cuba resepi2 baru, pergh..nikmatnya hidup.



Sekarang adik dah banyak juga lah perkataan boleh disebut. Pada orang lain, mungkin agak lewat perkembangannya. Tapi kak alin kata normal je. Pada aku, yang penting adik ada perkembangan. Antara perkataan yang sering adik sbeut sekarang

apa tu
eyo..capertu - hello, saper tu?
wayid - walid
cik - nasi
cu - susu
air
tit - sakit
atuh - jatuh
cut - kasut
Ish- fish

tapi adik masih panggil aku "thadha..". Adoi, biler lah nak boleh sebut ummi ni adik? huhu..

Monday, June 06, 2011

Himpunan Sejuta Belia

First day lagi kami dah pergi. 3 kali kami berulang ke sana. Setiap kali pergi Along asyik nak tengok askar je. Makanya gambar2 askar la yang paling banyak. Mula-mula takut2 nak datang dekat, lama-lama habis semua kenderaan askar nak dipanjatnya. Huhuhu..layan jer lah. So, layankanlah gambar-gambar ini yer...Malas nak taip panjang-panjang. Yang pastinya, banyak lemak kami terbakar pada hari tersebut. Ngehehe...