Hehe..orang lain lama dah pergi. Kami baru jer sampai. Itupun perjalanan yang tak dirancang. Sampai-sampai rumah emak jer terus ajak pergi. Memandangkan semua on, apa lagi..maghriblah kami di Shah Alam, lepas tu terus makan dan terus ke iCity. Sayangnya diorang tengah renovate kawasan tuh, so takder la nampak kemas sangat. Lagi satu, banyak juga la lampu2 yang dah tak menyala. Mentol terbakar gamaknya. Lepas nih diorang kena sediakan banyak la kerusi2 batu untuk orang2 tua yang tak berapa larat nak round semua tempat. Tapi bila tengok pokok2 yang berlampu tuh, terasa macam melancong kat obersi pulak. Ahaks.
Lepas tengok lampu, kitorang menuju ke matlamat utama iaitu Snowalk. Tiketnya mahal la juga. Dewasa RM25.00, kanak-kanak (3-12yrs) dan warga emas RM20.00. Diskaun RM10.00 hanya diberi kepada yang ada tiket parking je. Itupun bukan RM10.00 seorang, tapi sekeluarga punya tiket. Tapi pada aku, agak berbaloi juga la sebab ada slidings, jambatan. Cumanya kami tak lama dalam tu sebab masing2 pulun masuk Snowalk pakai selipar dan sandal. Tapi sempat juga kitorang (termasuk abah) main gelongsor salji. Terkekek2 Along tengok Atuknya menggelongsor atas ais. Ahaha..Kebas kaki masing-masing. Nak sewa boot, cash dalam tangan dah habis. Akibatnya, tak sampai sejam kami dalam tu, dan banyak lagi yang tak sempat kami nak tengok. Insyaallah, len kali datang lagi pakai kasut penuh dan stokin. Hehehe. Pukul 12.00 malam baru kami balik. Tahan pula mata Along dengan Adik kat situ. Tak ada meragam. Adik masuk kereta terus tidur. Selamat.....
3 comments:
kitorg pun tak penah sampai lg... huhuhu
saya pun tak pernah pi lai
tulip, mama adaman: pergi lah..bawak anak2 Seronok...
Post a Comment