Friday, January 21, 2011

Makaroni bakar pulak la

Segan sebanarnya nak letak nih tapi dah orang minta, aku taruk jer lah yer. Pagi tadi terajin lak nak buat makaroni bakar. Alaaa..buat yg bodo2 jer, bahan-bahan tak banyak. Sekadar apa yang ada. Kalau ikutkan kena guna cheddar dengan mozarella atau salah satu. Tapinya kat rumah tak ada keju, yang ada hanya sos keju prego. Bantai jer lah. Ehehe..buat yang ala2 boleh dimakan oleh bebudak kecik.


Makaroni bakar

1/2 bungkus (250g) makaroni
1/2 bungkus daging cincang
1 tin cendawan butang- potong nipis
sayur campur (optional)
3 ulas bawang putih- cincang
1 biji bawang besar- cincang
2 sudu besar tepung gandum
lada hitam
garam
stok ayam
4 biji telur
1 tin sos keju prego
* nak pedas lagi, campur la cili merah yang dipotong dadu.

Cara-caranya

1. Rebus makaroni dengan mencampurkan seidkit minyak atau butter. Tos dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak sedikit hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan stok ayam. Masak sehingga kering air.
4. Masukkan cendawan, sayur campur (kalau ada), lada hitam dan garam. Masak hingga kering air. *kalu nak masam2, masukkan tomato puree.
5. Campurkan daging tadi ke dalam makaroni. Campurkan tepung dan gaul sehingga sebati. Masukkan 2 sudu makan sos prego dan gaul lagi.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca. Pukul telur dan tuangkan ke dalam makaroni tadi.
7. Baki sos prego dituangkan di atas makaroni dan ratakan. Kalau guna keju, taburkan di atas makaroni.
8. Bakar pada suhu 190C selama 30 minit atau sehingga keju masak.
9. Bila dah masak, tunggu sejuk baru dipotong.

Kalau nak pedas, leh la campurkan cili ke dalam makaroni atau makan makaroni tuh dengan cili sos. Bahan-bahan nih ikut selera masing-masing. Ada banyak versi makaroni bakar nih. Ada yang masam2 tomato, ada yg pedas2 sikit. Ada yang plain jer. Ada yang guna sos putih. Hehehe. Apa2 pun, janji tekak lalu nak makan. Yang aku masak nih, Zakwan suka makan. Bertambah-tambah dia tadi. Agaknya sebab tak pedas.

Tuesday, January 18, 2011

Hospital ke Klinik

Seawal pagi pukul 6.40 kami dah bergerak keluar. 7.15 sampai dah ke HKL. Hari ni adik ada appointment di Jabatan ORL. Nak check lagi telinga dia. Test audio dijalankan. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat-sangat baik. Walaupun baru je selsema 4 hari lepas, tapi cecair di belakang gegendang telinga kiri dah takder. Ujian pendengaran dibuat pun, respon adik sungguh memberangsangkan. Kesimpulan yg dibuat adalah pendengaran adik NORMAL. Alhamdulillah. Lagi 8 bulan untuk ujian audio lagi dan 4 bulan untuk check telinga. Ingatkan dah boleh discharge, rupanya kena berulang lagi. Aisy.

Petang tadi, dua beradik nih sakan bergurau. Masa aku di bilik atas, dengar adik menangis. Walid pujuk pun tak jalan. Dah mandikan semua pun menangis. Aku turun nak pujuk, walid kata tangan kiri adik macam sakit. Bila gerakkan dia menangis. Nak memegang tak boleh. Tangan adik statik jer. Tak diluruskan dan tak dibengkokkan. Menangis berterusan. Terus aku ajak gi klinik, takut fracture atau terseliuh. Kat klinik tangisan dah tak ada. Elok di berjalan tapi tangan masih lagi tak digerakkan. Bila doktor check, tengok dia dah ok. Maybe terseliuh sikit masa bergurau. Risau betul akudibuatnya. Lepas tuh adik lasak balik. Melompatlah, memanjat lah. Aisy, kalo dah sihat memang takleh nak dilarang langsung.

Friday, January 07, 2011

Gitulah caranya

Hari tuh aku pernah bagitau nak tunjuk gambar adik memanjat tangga yang berpagar kan? Nih salah satu cara yang dapat ditangkap. Aduhai, pening kepala ummi tengok dia melasak..


Itulah celah tangga yang menjadi fevret Along dan Adik untuk seludup naik atas. Biasanya diorang akan masukkan kepala dulu kat celah pagar sebelum menolak badan naik ke atas. Masa nih adik tengah terkial-kial nak turun lepas kena marah dengan ummi.

Wednesday, January 05, 2011

Dia berkepak dan tiba-tiba rumah berbau wangi

Nih bukan kisah seram yer dan rumah aku juga tak berhantu. Alkisahnya, aku belikan 2 pasang kaftan untuk adik. Semalam pakaikan sepasang. Bila dipakai jer terus adik mengepak. Agaknya suka kot bila baju tuh boleh dijadikan kepak. Makin dipuji, makin laju lak dia. Ahaha..tapi cute jer tengok.

Punyalah seksa nak ambil gambar adik


Terpaksa dipegang untuk diambil gambar

Makin dipuji, makin laju lak mengepak

Tadi pula, aku tengah leka mengadap laptop. Abang kat luar menyidai kain. Bebudak tuh senyap je main dalam khemah. Tetiba aku terhidu bau yang amat wangi. Memang teramat wangi. Dalam hati kata macam kenal je bau nih. Bila aku check dalam khemah, masing-masing dah macam opera cina. Habis dilumur dengan bedak baby. Ya ALLAH. Nak marah pun serba salah bila tengok muka diorg. Sakit perut menahan gelak ada lah...adeh

Agak2 korang, sampai hati tak nak marah? huhuhu

Confirm 32


Alhamdulillah. Hari nih aku confirm 32. Semoga ALLAH memurahkan rezeki aku, merahmati hidupku sekeluarga, memberikan kesihatan yang baik kepada kami semua. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang bernafas di bumi ALLAH ini. Alhamdulillah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk aku menilai kembali perjalanan hidupku, segala amalku dan dosaku. Semoga aku tidak tersasar dari jalanMU. Alhamdulillah....

Monday, January 03, 2011

Perjalanan hidup kami

Wah..tajuk macam apa je. Alkisahnya, semalam bagi suggestion kat abang untuk ke rumah emak untuk menghantar ubat. Pagi-pagi tu ada taklimat nursery anak-anak. Balik dari nursery, dapat call dari emak minta carikan minyak masak. Mak dah panik kata minyak masak di KL dah habis. Ingatkan kat KL je, rupa-rupanya kat Putrajaya pun licin. Aisy, masing-masing dah pakat sorok minyak lah tu. Meniaya betullah tokey2 ni. Oh, kembali kepada perjalanan hidup kami. Semalam, kami telah pulang ke rumah emak dengan menaiki pengangkutan awam. Bukan bas tau. Dan bukan sebab kereta rosak tapi sebab abang nak bawak anak-anak naik keretapi. Makanya, dari Putrajaya kami menaiki ERL ke KL Sentral. Dari KL Sentral ke Batu Caves menaiki komuter. Tapi nak dijadikan cerita, sampai di stesen Kampung Batu, drebar tu kata ada masalah teknikal di stesen komuter. Terpaksalah kami turun di Kampung Batu. Dah lah stesen baru dan kami pun tak biasa dengan kawasan tu. Bayangkanlah dalam panas tengahari tuh kami 4 beranak terpacak menunggu teksi. Nasiblah tak perlu tunggu lama. Dari pukul 1.00 kami menaiki ERL, dekat pukul 3 baru kami sampai rumah emak. Walaupun sekejap je kat rumah emak, sempat jugak lepas gian buat kek. Tapi tak sempat nak ambil gambar sebabnya 5 minit keluar dari oven dah tinggal 1/3 loyang jer. Mentedarah betul lah bebudak kat rumah tu. Buat kek yogurt moist butter, ambil resepi dari cik mat gebu. Pukul 6 siap2 nak balik ke Putrajaya. Balik dari KL pulak naik Putra LRT ke KL Sentral pastu naik ERL ke Putrajaya. Kira puas lah Along naik semua keretapi. Sekianlah perjalanan hidup kami semalam.. :D