Sunday, December 20, 2009

2 minggu..pergi balik...Perak - Penang - Kedah - balik - Terengganu - Kelantan...Along dah biasa, tapi adik la yang kesian. Masuk minggu kedua dah mula meragam. As usual, mana saja negeri yang aku pergi mesti ada benda yang dibeli. Mentang lah YES. memang YES sungguh. nak2 di Terengganu dan Kelantan. Kain sutera batik yang murah-murah. English Cotton yang memang aku takkan lepaskan peluang. Balik rasa macam dah bengkok. Jauh lagi perjalanan ni. Hujung minggu akan ke Kelantan lg. Aisy, sakit mak macam nih nyah..auwww..

Adik sekarang semakin lasak. Belum merangkak dan belum menyusur ke depan lagi. Bila meniarap asyik reverse ke belakang. Lepas tu pusing-pusing ala filem hindustan. Bila dipegang asyik nak melompat. Bila tak dapat kompem menjerit sakan. Apa-apa pun aku bangga dengan perkembangan ini. Maknanya perkembangan adik tidak jauh lari dari perkembangan bayi-bayi yang sihat walafiat sejak dari lahir. Alhamdulillah. Insyaallah, bulan 1 adik akan dihantar ke Nursery. Jumpa nursery yang secara kebetulan ada doktor perunding. Nursery pun tak jauh dari hospital. Harapnya adik tak ada masalah duduk di nursery ni. Mulanya owner nursery macam takut nak terima adik, tapi setelah ditemukan dengan adik, melihat lasaknya adik, Pn. Husna ambil keputusan untuk terima adik.

Along pula abang nak letakkan di nursery di UKM. Kawan abang kata Along dapat nursery tu tapi surat rasminya belum keluar (memang susah nak dpt nursery ni. Q memang panjang). Kami dah bagitahu pada penyelia nursery adik untuk reservekan tempat bagi Along incase tak dapat yang di UKM. Harapnya semua akan berjalan lancar.

3 comments:

izza-ibu syahmi syaqira syabil said...

uik.. ko jenjalan sakan no... coti2 mesia ka??? hehehe... ammar dh masuk kindy ke nurul?? syabas.. dia baru 3 yo kan?

tulip said...

auni nak hantar nursery mana?

Nurul said...

Izza: haha..sakan teramat..sampai kempis purse..ahaks :P Ammar mmg sejak baby aku antar nursery. Nih nak tukar nursery lain yg ada lebih byk aktiviti.

zt: Antar kat Taska Generasi kat P8. yang kat P9 dah penuh..