Tuesday, October 06, 2009

Berkat Syawal..



Syawal tahun ini memberi begitu banyak makna kepada aku sekeluarga. Seminggu selepas raya, adik ada 2 appointment di HKL. 28.9.2009, appointment di Jabatan Neurology. Hari itu adik memang jadi tumpuan sebab dia seorang saja baby yang datang buat check up. Dengan mulut adik yang bising setiap kali doktor bersuara, meriah klinik neuro itu sekejap. Agaknya adik ingat doktor tu berbual dengan dia lah tu. Sepatutnya kena scan, tapi doktor kata scan banyak kali tak elok untuk otak baby. Alhamdulillah, melihat kepada keletah adik yang tak reti duduk diam doktor mengatakan adik semakin sihat. Appointment seterusnya adalah awal tahun depan. Pemberian ubat sawan juga diberhentikan. Esoknya tu appointment dengan Pakar Mata pula. Berdebar juga sebab takut pendarahan masih ada. Alhamdulillah, dah hilang sepenuhnya. Appoinment seterusnya lagi 6 bulan. Waaaahh..sungguh berkat Syawal kali ini. 8.10.2009 nih ada pertemuan dengan SCAN team. Harapnya masih lagi berita gembira...

4 comments:

tulip said...

tema kuning tgn ni ehh... mana baju kurung zahirah?

Nurul said...

kuning diraja tahun nih..ehehe..baju kurung zahirah kena tunggu thn depan baru leh pakai..sbb lebih kurang jer saiznya dgn baju melayu along..huhuhu..tragis betul

Nina said...

uyooo..kuning diraja. Ahamdulilah adik dah sihat...

Juwairiyah said...

anak akak kena ape ek?