Friday, January 15, 2010
Not a good begining for 2010..
Memulakan tahun baru di Putrajaya. Rumah sendiri akhirnya. Adik dan Along dihantar ke nursery baru. Seminggu di sini adik menunjukkan tanda-tanda tidak begitu sihat. Sebenarnya dah beberapa minggu adik batuk selsema. Kahak memang dah banyak. Kami cuma bagi salbutamol dengan harapan batuk akan berkurangan. Pagi Ahad adik mula muntah-muntah. Dalam fikiran terbayang peristiwa tahun lepas. Kami bergegas ke hospital berdekatan. Terus ke Emergency. Dr cuma bagi nebulizer sebab kahak adik terlalu banyak. Katanya muntah2 adik disebabkan kahak. Kami balik selepas 2 kali ambil nebulizer. Oh, adik sungguh sopan semasa pakai gas tu. Di rumah adik makin kerap muntah disertai dengan cirit birit. Sekali lagi kami ke hospital tapi di tempat lain. Dr mengatakan bahawa it might me food poisening. Adik diberi air garam dan disuruh pulang. Sebelum itu doktor menyarankan agar kami membeli ubat lain di luar. Kami singgah ke KPJ untuk membeli Smecta tapi tak bagi pun pada adik selepas dinasihatkan oleh kak Alin. Sehingga hari Selasa, adik dah tak muntah cuma cirit birit masih berterusan. Adik semakin lemah, badan adik pun dah nampak semakin susut, maka kami ke klinik pula. Seperti yang sebelumnya adik hanya diberi air garam. Tengah malam tu adik berak 2 kali sebelum badannya betul-betul lemah. Aku dah mula menangis. Abang terus ajak ke hospital swasta pula. Kami ke Annur sebelum ke Azzahrah. Terus adik ditahan sebab doktor kata adik kena dimasukkan air. Doktor diagnos adik telah dijangkiti Rotavirus (right me if I spell it wrong). Tak pasti dari mana dapatnya. Anyway, setelah 2 botol air masuk, ambil nebulizer 6 jam sekali adik bertambah segar dan aktif. Alhamdulillah, lega rasanya. Semalam duduk di sana, bayarannya amat tidak boleh tahan. Ehehehe, time-time macam ni baru terasa bagusnya kalau ambil insurans. Tapi oranng kata, duit boleh dicari. Nyawa anak tiada galang ganti :) Terima kasih pada semua yang mendoakan dan menziarah adik. Harapnya selepas ini adik semakin sihat. Amiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ala baru tau... semoga adik bertambah ok.
cepat2 ambik insurans. nabil pun baru dapat medical card.
ya..makanya kami sdg menimbang which company to register :D
Siannye dengar citer nurul. Hope anak nurul cepat2 la sembuh. Kalau pasal anak nie memang takleh tak amik kisah. Cam qaseh baru2 nie, pegi klinik, doc bagi ubat demam biase. Tapi dia kejap demam kejap baik sampai seminggu, last2 bawak jumpe specialist kat azzahrah (doc lama dia)..baru doc kata ade bakteria..sebab dia baru baik campak hari tue. Now, baru la sihat sikit pas makan antibiotik. About insurance memang penting sgt2, alhamdulillah kitorang ade. Kalau nak, atun leh recomend sorang agent nie.. Prudential BSN.
atun, tuh la..pasal anak2 nih takleh nak amik mudah sebenarnya. oh, skang qaseh macam mana? Insurans nih husband kata nak try maybank.
Alhamdulillah..takde la pesen demam bagi ubat baik pastu demam balik lepas gi specialist. Kat azzahrah doc dia doc nik rose tue. Insurance tue tak kisah mane2, yang penting bleh cover ape yg kite nak..pastu claim senang dan paling penting spital mane yang diterima.
sama ler atun..zahirah pun ngan dr nik rose tuh gak..tuh aarr, byk nak kena pertimbangkan pasla insurans nih
Post a Comment