Alahai..dalam keadaan hidung yang tak berapa nak sihat nih, malas betul la nak menaip. Bukan tak ada cerita yang hendak dikongsikan, cumanya Vit M yang terlalu banyak. Lagipun cadang2 hari tu nak masukkkan gambar sekali, tapi malas pulak nak transfer kat dalam komputer. Hehehehe..hidup aku yang penuh dengan kemalasan sekarang ni. Aisy, tak baik sungguh utk kesihatan kan?
Ok, memula biar aku cerita tentang Birhtday Zakwan 2 minggu lepas. Kami tak ada lah buat celebration apa pun. Just celebrate gitu2 aje. Just the 3 of us di SR. Konon2 belikan satu slice kek utk Zakwan, tapi endingnya masuk perut ummi dah walid. Zakwan dok mengerjakan fries aku. Ehehehe..Di nursery Zakwan, kami distribute bermacam jenis jajan dan di ofis pulak aku order cuppies from kak Pnut. Nnt aku uploadkan gambar2 cuppies yang sungguh comel itu. Memandangkan ramai yang tak ada di ofis masa tuh, makanya dapat la cuppies itu diberikan pula kepada officemates abang. Rancangan utk beli big kek bagi upacara potong kek tak jadi sebabnya tak jumpa masa yang sesuai. Kemudian, sempena setahun umur Zakwan aku belikan Mr. Tolo utk dia. Memula Zakwan sungguh excited dengan benda alah tuh, tapi sekejap je. Kemudian dia menunjukkan ciri2 seorang lelaki sejati dengan menunggang terbalikkan binatang tu, siap buat gaya seorang rodeo lagi tuh. Alahai anak ummi nih.
Seminggu lepas tuh, kami balik ke Bt. Caves. On the way balik tuh sempat pulak kitorang singgah ke Muzium Negara (perancangan awal nak ke Aquaria, tapi sebab Anim kata nak ikut bawak ce ah, terpaksa la pergi hari Ahad). Sungguh la bosannya Muzium sekarang ye. Tak banyak barang lagi dah. Zakwan pun nampak bosan sbb sah2 lah kat situ barang2 nya static. Abang pun ajak pula ke Taman Burung sebab Zakwan suka tengok burung terbang. Kalau di Putrajaya nih, setiap pagi menghantar Zakwan ada jer kumpulan2 burung bangau yang berterbangan dan setiap kali Zakwan nampak bangau2 tuh, berpusing2 badan dia nak tengok sampai bangau2 tuh hilang dipandangan. First time tuh aku ke Taman Burung dan aku sungguh teruja melihat burung2 merak yang bersepah-sepahan sambil melintas2 di depan kami. Barulah nampak Zakwan sedikit aktif. Zakwan pulak baik jer nak duduk dalam stroller dia, tak meragam sgt minta di dukung. This Taman Burung aku highly recommendkan pada sesiapa yang ingin menguruskan badan kerana jalannya sungguh berbukit bukau. Kembang2 hidung kami laki bini menolak stroller Zakwan di tengahari buta. Hehehehe...
Keesokkan harinya aku sekeluarga bersama Anim sekeluarga serta askar2 kecik (Along, Humaira' n Pika) menuju ke Aquaria melihat ikan pulak. Di Aquaria nih bukannya penat jaga Zakwan or Ce Ah tapi penat nak mengejar Pika yang sungguh curious tuh. Tapi mahal yer harga tiket utk kanak2 sekarang nih. Kalau dulu rasanya RM18 jer tapi sekarang dah RM22. Aku bersyukur sebab mendapat anak2 buah yang tak pandai nak minta belanja bukan2 nih, selamat duit kami. Hehehe...
Owh, what Zakwan can do sejak beranjak ke usia setahun nih? Hmm...Zakwan dah mula berjalan-jalan jatuh. Dan dia semakin kuat merajuk. Kalau merajuk tuh, siap meniarap atas lantai sambil menangis sampailah kita dukung dia, baru dia senyap. Zakwan pun sekarang teramaaaaaaaaatlah manjanya. Menjadi2 manja dengan ummi pulak tuh. Aduh. Kalau dulu, pantang orang hulur tangan cepat jer dia depa suruh ambil. Tapi sekarang, bila orang hulur tangan, makin kuat dia peluk kita. Kadang-kadang dengan Walid pun dia tak nak. Susah lah Ummi nak buat kerja sekarang nih. Bila hantar ke Nursery, menjadi2 menangisnya bila cikgu dia ambil. Kadang-kadang kat rumah tuh aku saja jer melintas depan Zakwan masa dia tengah main. Bila Zakwan nampak jer aku buat tak tahu dengan dia, mula lah dia menangis. Ehehehehe..
Minggu depan dah Raya Haji. So, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Tahun nih aku beraya di Beranang dulu, insyaallah. Kemudian baru balik Bt. Caves. Naik dari cuti Raya Haji nih kena pergi ke Penang pulak. Ingatkan tak payah pergi sebab dalam keadaan yang sekarang ni aku teramatlah malasnya nak berjalan jauh nak-nak ke Penang tuh. Kembang kuncup tekak aku dibuatnya. Adoi. Sian Zakwan kena tinggal lagi. Sian aku jugak....huhuhu..
4 comments:
Ayomak preggy gitu ler kan kan
Comel sungguh la dengar cerita Zakwan nih. Sama cam Fahim, time hantar ke taska meraung. Kesian lah sangat kat dia.
Macam nak tukar taska tapi takde sebab lak sbb cikgu2 dia baik belaka.. tapi bila dia nangis hari2 tu suspicious lah jugak.
Hari tu kami gi tmn burung tapi budak kaunter tu tak kasi psl hari nak hujan. Nasib baik tak beli, mmg hujan pun tak lama lepas tu. Tapi dekat tourist pak arab tu dia jual lak.. hahahaha sbb tiket tourist mahal kot. Huhuhuhu
Nurul;
Salam Aidiladha untuk Nurul sekeluarga. Anak-anak begitulah, mereka tahu nak gembira saja tapi kita sebagai emak pula memang seronok melihat mereka bahagia... Semoga semangat Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S akan diambil teladan dan dihayati oleh anak-anak kita...
wan: tuh ler wan...skang nih sikit2 menjejer air mata...sensitif lain macam anak bujang yg sorang nih, tapi seronok ngusik dier..bagi dier meraung..pastu kelam kabut nak pujuk balik..ehehehe
kak sri: insyaallah kak..salam aidiladha utk akak sekeluarga jugak..
eheheh comelnya cite nih. rugi tak join skali hari tuh. nape ek? owh... lupa kena gi course. huhuhu...
Post a Comment