Thursday, June 26, 2008

Kisah bulan Mei

Ah..lama sudah aku tidak mengupdatekan apa2 dalam blog ni. Terasa macam sibuk sgt sekarang nih. Ye lah, sepanjang bulan Mei, dengan Zakwan demam hingga masuk hospital disebabkan pneumonia nya. 4 hari 3 mlm aku temankan Zakwan di Hospital Kajang. Mula2 demam, aku dah cuba bagi ubat demam yg begitu byk stok dalam peti ais, tapi asal malam je panas badan Zakwan makin tinggi. Pergi klinik pun doktor bagi ubat demam biasa. Sampai satu malam tu, aku dan abg berkejar ke Unit Kecemasan sebab badan Zakwan makin panas. Susu yg diminum pun keluar balik dengan ubat demam. Tapi, sungguh aku kecewa dengan servis di Unit Kecemasan hospital tu. Dari pukul 2 pagi hingga 5 pagi, kami masih tak dipanggil masuk. Sepatutnya keutamaan kena diberi pada baby sebab daya tahan tubuh baby tak seperti kita orang dewasa ni. Bila panas badan Zakwan dah turun, kitorang decide utk pulang ke rumah je. Dalam hati mmg membara sgt. Bila Zakwan kena balik demam malam seterusnya, kitorang buat keputusan utk pergi ke Hospital Kajang memandangkan Zakwan mmg ada rekod di sana masa lahir dulu. Servis di Hospital Kajang mmg tip top. Sampai2 je terus diorg bawak Zakwan masuk Wad Kecemasan sbb diorg kata baby tak boleh biar demam lama-lama.Hari tuh jugak Zakwan masuk Wad Peadiatrik Hospital Kajang. Kalau tak disebabkan pneumonia, sepatutnya 2 hari je dalam wad. Lepas keluar wad, ada sekali tu Zakwan jatuh dari buaian masa tidur. Hampir jatuh juga jantung aku tgk dia menangis terlentang dengan bantal busuk masih dipeluk erat. Lepas tu serik dah aku nak tidurkan Zakwan dalam buaian. Tapi kalau Zakwan dijaga oleh nenek-neneknya, mmg confirm budak tu akan dibuai.

Masa hari pertama masuk spital..


Hujung bulan Mei, aku ada kajian rintis di Sg. Besar. 2 hari 1 malam aku kat sana. Bermalam kat D’ Muara Marine Park, Sg Hj. Dorani. Seronok tempat penginapan nya. Aku pilih chalet atas air. Chalet kitorg hujung sekali, makanya dapat lah aku tgk matahari terbenam. Malam tu, bilik kitorg diserang oleh sejenis makhluk halus a.k.a serangga kecil. Aku pun tak tau namanya tapi serangga tuh mmg mencari tempat panas. Siling chalet kitorg penuh dengan binatang tuh. Masuk bilik air, dengan sinki2 dah takder rupa sinki. Malam tuh aku dgn kak ma alihkan katil ke ruang tamu chalet dan tidur dengan keadaan berjaga2. Takut makhluk tuh masuk telinga pulak. Kata pekerja chalet, serangga tuh datang bermusim. Bila masa bulan mengamban je, mmg serangga tuh akan banyak. Dinasihatkan agar jgnlah buka tingkap bilik di waktu malam.

Dari katil nampak laut terbentang luas

Pada pagi aku ke Sg. Besar tuh, cermin mata aku pula patah 2. Aduh..kelam kabut nak membuat cermin baru. Memula expect boleh siap dalam setengah hari, rupanya semua kedai cermin mata aku pergi mmg tak dpt nak siapkan dalam sehari memandangkan power dan jenis cermin aku nih kena tempah dulu. Aduh, terpaksa pakai disposable contact lense sementara. Sengsara hidup aku sebab power tak sama, sakit kepala dibuatnya. Melayang duit aku....

Oh, bulan Mei juga telah menemukan aku kembali pada seorang teman lama pada zaman persekolahanku, Izzarina. Aku mula rapat dengan dia masa aku form 2 hingga form 3. Memang selalu lah pergi ke rumah dia malah dia juga selalu ke rumah aku. Kadang-kadang nak skip kelas pun bersama-sama (biasanya alasan yg diberi sebab tak sihat kan izza kan? Ehehe). Lepas PMR, dia dapat tawaran masuk sekolah vokasional di Klang, dan aku meneruskan pelajaran kat SMJB. Sikit demi sikit persahabatan kami mula dingin. Masing2 dah mula jarang berhubung. Agaknya masing-masing sibuk dengan dunia masing-masing. Lama kelamaan kitorg terus senyap. Dah tak tau apa yg terjadi. Aku jumpa balik dia masa temankan Iwan mendaftar di Politeknik Ungku Omar. Rupanya Izza pun ada kat sana dan kebetulan dia jadi urus setia utk pendaftaran student2 baru. Lepas tu senyap balik dan last aku jumpa dia adalah pada tahun 2004. Terserempak di SOGO. Aku baru je dapat kerja tetap masa tu. Dia ada bg no telefon dan bgtau dia dah nak kawen. Agaknya dia dah tukar no selepas tuh, senyap lg. Dan bulan lepas dia terserempak dengan mak aku di Nagoya. Rupa-rupanya dah ada 2 orang anak dah dia. Bila kenang-kenang balik zaman kenakalan kitorg dulu, mmg kelakar. Tak sangka yg masing2 dah berkerjaya dan berkeluarga. Harap-harap lepas nih takde la nak senyap lagi yer Izza.




5 comments:

tulip said...

kesiannya zakwan.. hospital putrajaya ke yg kak nurul pergi tu?

Nurul said...

ya..tepat sekali!!

FareeNi said...

camana keadaan zakwan skrg ni? semoga beransur sihat k.. amin. apesal la diorang x bagi baby dulu? teruk betul service hospital kerajaan ni. ntah² dari jam 2-5 tu doktor tido kot! sabar je la..

mahluk halus tu serangga ape? bulan mengambang je dia datang? huhuh.. bikin takut! kalau terjumpa lagi binatang tu, masa tido tutup tinge ngan kapas. bahaya tau.. arwah nenek aku sampai pekak sebab binatang kecik.. ish..

mmg best jumpa teman lama.. nak² kawan masa sekolah. tapi x semeriah dan seceria dulu ar. ada malu² sikit. cakap pun control². hehe.. lama dah x jumpa kawan² aku. apa kabar la diorang sekarang.. semoga semua berbahagia hendaknya..

Nurul said...

zakwan baru nak baik dr demam la laini..tapi meragamnyer, Ya Allah..tak boleh ummi ilang dari pandanganga mata dier langsung..meraung sekuat hati..

tak dpt nak pastikan nama makhluk tuh, lgpun first time jumper makhluk tuh..member sebilik ku balik dr Sg Besar, biler korek tinger nampak ijau jer putik kapas tuh, rupernyer makhluk tuh dah masuk lam tinger dier..ehehe..

member lama tuh tak sempat nak jumper lg..baru berbual secara cyber jer..ehehe..tak tau la biler nak jumper.

shafarina said...

dah besar dah zakwan yek... comel!!

pasal serangga tu, eii takut lah klu ada minta tukar chalet je lenkali.

izzarina tu yg mane ek? tinggi2 tu ker?

lupa la.. hari tu zuraimi kawen awak gi tak?