Zakwan yang sudah pandai memegang botol susu sendiri
huh..I just coming back from clinic. Bawak Zakwan pergi check. Dah sebulan hidung dia tersumbat dan batuk. Kalau tak sebab Rabu ni ada perbincangan KDS, mungkin aku dah ambil cuti hari nih. Sekarang nih, kalau malam jer batuk dia makin menjadi2. Risau jugak takut2 Zakwan kena lelah. Dahlah sebelah walidnya dan sebelah aku mmg ada yg kena lelah. JAdi risiko tuh agak tinggi. Alhamdulillah, MA yg check tu tak kata Zakwan lelah. So, after a week kalau ubat yg diberi tu tak mustajab juga, aku kena bawak lg Zakwan pergi check. Harap2nya mustajab la ubat2 yg dibagi tu. Kesian bila malam2 dia batuk mengongkong. Batuk berkahak pulak tuh. Sepanjang minggu ni, insyaallah Zakwan akan tinggal dengan mak kat Beranang. Sementara nak bagi elok batuk selsemanya tu. Lepas tu baru hantar balik ke nursery. Abang dah nampak cadang2 nak hantar ke rumah org je Zakwan tu tapi aku yg tak berapa yakin. Biarlah duduk kat nursery ni, sekurang2nya dekat dengan aku. Oh..sepanjang di klinik tadi Zakwan sungguhlah ramah. Habis semua orang dia tegur (sebelum mood dia bertukar akibat kemengantukan yang amat sgt). Agaknya dia pun bosan sebab menunggu untuk register jer dah lebih setengah jam. Itu belum tunggu nak panggil utk diperiksa. Siap 2 kali si Zakwan tu "poo poo". Tp itulah hakikat perkhidmatan klinik2 kerajaan. Nak tak nak kena tunggu je. Mungkin lain kali pergi panel pulak. Ok, aku nak siapkan "benda2" KDS nih. Oh wan, adakah Fahim sudah pandai membuka matanya? Hehehehe..
p/s: aku tak suka membicarakan tentang PRU12 sebab aku mmg tak suka pada politik serta kekotorannya..huhuhu..sungguh menjengkelkan.
2 comments:
buka mata? huhu menyusu pun mata tak bukak, harap mulut je gerak.. hehehhe
tunggu masuk 2 bulan kot :)
minta2 zakwan dah OK, budak kat nursey slalu sakit cam tu..
ahahaha...berat benar kelopak mata si fahim tuh yer wan? tuh nnt sekali dah buka, susah pulak nak tido...
Post a Comment