Saturday, December 23, 2006
Ferrero Rocher..
It was so sweet of him last night...abang bagi aku 3 biji Ferrero Rocher..walaupun hanya 3 biji, tapi bagi aku ianya cukup bermakna sebab dia bagi tanpa diminta dan tanpa disangka sebab hari itu bukanlah hari jadiku atau hari ulang tahun perkahwinan kami dan bukan juga hari jadi abang..I do love this kind of surprises..it really touched my heart..
Pada orang lain, mungkin mereka hanya tersenyum sinis bila dgr cerita sebegini..terpulanglah pada mereka..Pemberian dari orang yang kita sayang mmg sungguh bermakna walaupun ianya tidaklah semahal mana..pada aku, untuk menghargai apa sesuatu pemberian itu bukanlah dinilai dari harga sesuatu barang, tetapi pada tanda ingatan si pemberi..dan Ferrero Rocher 3 biji nih sungguh mahal harganya buat diriku...bukan saja kerana coklat ini merupakan coklat kegemaranku malah kerana ia pemberian daripada suami tercinta...
Wednesday, December 20, 2006
Rompong
Aku tak tahu la apa nak jd dengan org sekarang nih..suka mencari duit dengan cara yang mudah..mengaut keuntungan dari kesusahan orang lain...nak dimaki pun, bukan cara aku..nak dimarah pun, bukan aku nampak orangnya (kalo nampak, jgnkan marah, siap aku baling2 lg ngan selipar)..lepas geram dalam hati ajer la...
Hujung minggu bebaru nih, mmg aku ngan abang tak duduk kat umah..dari Beranang, balik ke Bt. Caves..berhujung minggu ngan mak abah..hari Ahad tuh, balik ajer dr kenduri kawen kat Cheras, abang dapat call dr jiran kami. Katanya tingkap umah dah ilang..adoi, tak sempat nak berehat dah kena berkejar ke Rinching. Sampai umah ajer, tgk pagar dah bergunting..tingkap umah sebelah kanan abih diorg kerjakan..cermin diorg susun dengan baik jer kat tepi rumah, tapi frame tingkap diorg kebas..16 frame tingkap hilang..sakitnya hati tengok..baru jer 2 minggu frame2 tuh dipasang oleh tuan rumah..nih hilang balik...biler cerita kat member2 opis, ada yg bg idea suruh simpan "penjaga"..tak kuasa aku..kang bukan pencuri jer takut masuk rumah, dengan tuan2 rumah tak berani masuk sebab ada makhluk lain..lagipun, buat apa kita nak bergantung dengan jin dan syaitan kan? kang tak pasal2 jd syirik..nauzzubillah..tapi bila jadi macam nih, aku kadang2 mula la dok mengarut..berangan kalo2 aku ada magic, lama dah aku sumpah org yg mencuri tuh jd frame tingkap..aduh..sungguh la beranimasinya la imaginasiku ini..sungguh penuh dengan mitos dan lagenda..tuh semalam kami amik cuti (abang apply mc..huhuhu) uruskan pasal tingkap tuh..pastu amik kesempatan merembat tv kat kedai tv bersama dengan astro..melayang sudah bonus hujung tahun ku..takper, janji malam kami tidak kesunyian..ehehe...
Sekarang kami dok pikir, macam mana lah nak tinggalkan rumah nih kalo bercuti panjang? nih Raya Haji dah dekat nih..kang tinggal lama, kena curi lagi..kesian pulak kat tuan rumah yg dah byk berabih kat tingkap jer..tapi takkan la kami nak dok jer berhujung minggu kat umah tuh..kalo dah ada anak2 ker, ok la jugak (angan2 menggunung)...pusing2 sudah kepalaku....sehingga pagi tadi (masa nak gi kejer), tingkap umah kami masih rompong..yg ada hanyalah grill tingkap dan langsir sahaja..
Tuesday, December 12, 2006
Blank..
sebulan lebih dah aku bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama suami..errrr..tetiba aku hilang idea nak citer aper..isk..isk...nnt2 la aku sambung balik...tgh pening nih..bos aku gi Bangkok tuk 2 minggu, pastu terus sambung cuti hingga ke tahun baru..aku ditinggalkan bersama dgn urusan tender yg belum selesai..aiyark...
Monday, December 04, 2006
Sebulan sudah...
sebulan sudah masa berlalu..segalanya merubah hidupku..ya, aku rasakan perubahannya..tersenyum kadang kala bila memikirkannya..bersyukur padaMU Tuhan..atas segala nikmat yg telah diberikan..semoga sinar ini kan terus terang...
Wednesday, November 01, 2006
Segalanya Bermula Di Sini...
Credit to sayangmama
Maka terbinalah sebuah ikatan,
Termeterai sebuah perjanjian,
Berlandaskan kepada kejujuran dan kasih sayang,
Di bawah lembayung rahmatnya TUHAN,
Semoga doa yang dirafa'kan,
Bisa menjadi dinding kesejahteraan,
Dalam melayari permulaan kehidupan ini..
Thursday, October 19, 2006
MeNGhITuNg HaRI....
menghitung hariiiiiiii.....
Tuesday, October 10, 2006
Alkisahnya....
Pandanganku semakin samar,
semakin pudar...
di dalam terang, aku masih teraba-raba...
mencari arah yang sebenar..
nafasku semakin pendek..
terasa sesak menekan ke dada..
bantulah aku..
bantulah aku dalam meneruskan perjalanan ini..
bantulah aku dalam mencari arah ini..
bantulah aku dalam menerangi pandangan ini..
sesungguhnya....
JEREBU SEMAKIN TERUK KAT SINI.....huwaaaaa....
biler lah agaknya diorg nak bg cuti nih..ehehehehe...
*****************************
Niat kat hati nak pergi berjalan-jalan sambil membelek-belek baju2 baru di Jalan Masjid India. Akhirnya aku hanya berjalan-jalan di dalam stesen LRT sambil menjenguk-jenguk orang yg lalu lalang. Mata bertemu mata, aku hanya mempu memalingkan muka. Malu wei sebab sama-sama mencangkung di bawah tangga stesen LRT. Tu lah, lain kali jgn derhaka bila orang suruh mkn ubat....jadilah perjalanan kami sebagai "mencuba-cuba menaiki LRT"...
******************************
HO HO HO...HEPI BIRTHDAY AHFAZ...!!!!
Friday, September 22, 2006
Seksi...
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Rahimin Bani, berkata pihaknya mengesahkan wanita itu adalah seorang artis tempatan selepas dia hadir ke pejabat Jaim, di sini, semalam.
Katanya, dia hadir kira-kira jam 4.15 petang semalam untuk diambil keterangan.
“Berdasarkan keterangan diberikanya, dia menyanyi bersama sebuah kumpulan muzik di pusat hiburan berkenaan secara kontrak selama enam bulan sejak Mac lalu.
“Dia mendakwa tidak mengetahui memakai skirt serta baju berlengan pendek itu dikategorikan sebagai berpakaian menjolok mata.
“Dia mempersoalkan mengapa dia ditahan sedangkan sebelum ini dia pernah membuat persembahan di pusat hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya.
Petikan nih di cut paste kan dari akhbar Harian Metro hr nih. Gamaknya, macam mana yg dikatakan menjolok mata oleh diorg nih ek? Selagi tak tersembul mata org yg memandang, selagi tuh masih dikatakan sopan kot..Hmm..teringat kes di tahun lewat 90-an, di mana mulanya wanita melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik. Ramai pulak yg mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam kerana menahan peserta Melayu pertandingan ratu cantik. Malah ada pulak yg mempersoalkan kenapa orang Melayu tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut....Sedih..Amat-amat menyedihkan..
Allah Swt. berfirman:
Katakanlah kepada para wanita Mukmin, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak padanya." (QS an-Nur [24]: 31).
Thursday, September 21, 2006
Maafkan aku teman....
Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kalian....
Saturday, August 26, 2006
Salam Merdeka....
Salam sejahtera, Salam merdeka buat semua. Salam bulan kemerdekaan. Merdeka!! Merdeka!! Sumer skang nih pasal merdeka..senamrobik merdeka..kembara merdeka..ambang merdeka..sumer-sumer merdeka..Apakah itu merdeka? ceewaahh..dah macam cikgu tny kat anak-anak murid plak..yer la, semerdeka manakah merdeka kita nih? Kalo dilihat pada fizikal, pada lahiriah...memang kita merdeka...tapi kalau dilihat dgn lebih mendalam, kita belum merdeka..kita masih dijajah..dari segi pemikiran..dari segi minda..dari segi budaya hidup..dari segi pegangan...takder la, bukan sesuka hati nak dok membebel. Semalam aku tgk satu siaran kat Channel 9, kira masuk minggu nih minggu ke-2 aku tgk siaran tuh. Tajuknya Sahabat kot..tuk 2 minggu tuh, isunya tentang remaja rosak akhlak nih. Semalam tentang student2 IPTA yg buat "kerja partime" nih...student tuh siap cerita tanpa ada sebarang intonasi kekesalan atau takut tentang kerja dia tuh..last week tentang seorang remaja yg berhenti sekolah seawal usia 16 tahun, lari dr rumah dan kerja sbg GRO...sekarang mengandung, dan dengan bangga bgtau bahawa itu adalah kandungan yg ke-2. Sumua nih anak Melayu kita. Aku pelik, diorg tak pernah ker memikirkan tentang masa depan sendiri, memikirkan tentang ibu bapa mereka, memikirkan tentang keluarga mereka dan paling penting memikirkan tentang balasan ALLAH pada setiap dosa dan noda yg telah kita lakukan? Tidakkah mereka2 ini mempunyai perasaan? Inikah yg kita dengan bangga menggelar anak-anak merdeka? Apa dah jadi dengan segala ilmu agama yg telah diajarkan kepada mereka sejak dari bangku sekolah lg? Sesungguhnya kita mmg belum merdeka...Penjajah telah keluar meninggalkan Tanah Melayu, tetapi mereka juga meninggalkan budaya, cara hidup, pemikiran mereka di sini sebagai tanda cenderamata meraka...lemahnya kita..
SALAM MERDEKA BUAT SEMUA!!!
Monday, August 14, 2006
SaBaR......
ke tanah dawas bergelimpangan tulang
kau perlukan air hujan
sedang terik membakar ..
begitu hidup dalam berjuang
mencari harta benda miliki di tangan orang
janganlah putus asa cari rezeki kita
setitik air di hujung jarum
jadi rezeki seluruh umat ..
diberikan kita sama rata semua
hanya yang tamak mendapat untung laba
jangan jemu berusaha
semangat menjadi lamina
bermusuh jgn sekali
sahabat harta peribadi
selaut kasih di alam
kekal jadi kurnia
balasan sabar....
p/s: terima kasih akhie...
Tuesday, August 08, 2006
28 vs 40..
Hari yang indah dan penuh ketenangan (bos gi obersi for 2 weeks..ehehehe). Sebenarnya hari nih aku kehilangan kata-kata tuk ditaipkan ke dalam blogs nih..tak tahu lah kenapa..ok la, hari nih entry aku berkisar tentang angka 28 dan 40 sahaja. Bukan aku tak berminat tuk membicarakan tentang isu-isu semasa sekarang nih..apatah lg tentang penderitaan rakyat Lebanon dan Palestin..cumanya, usahkan untuk membicarakan tentangnya..melihat kepada berita2 di akhbar dan TV sudah cukup untuk membuatkan aku mengeluarkan bahasa-bahasa yg kurang sopan. Di dalam hati aku cukup penuh dengan perasaan benci, marah yang membuak2 pada sikap golongan mereka yang menggelarkan diri sebagai penegak kebenaran, pelindung hak asasi manusia, manusia yang terpilih. Aku cukup benci kepada mereka..sehinggakan padaku mereka tidak layak untuk dimaafkan... Semoga ALLAH memberikan kemenangan kepada Umat Islam dan hancurkanlah mereka yg berpaling dariMU. Biarlah mereka hilang bersama-sama dengan perasaan bongkak dan zalim mereka itu. Amiin ya Rabb..
erk..ok..back to 28 n 40 nih...sebenarnya pada tarikh ini, hari ini aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 28 buat tunangku yang tersayang..genap 28 tahun dia hidup di bumi ALLAH ini..so, hari nih awak dah jd lebih tua dari saya lah yer...ehehe..meh la aku ceritakan macam mana aku leh kenal dengan dia hingga sampai ke tahap ini. Sesungguhnya sekarang nih org selalu kata, dunia sudah tiada batasan. Bila-bila masa, di mana-mana aja kita boleh mengenali insan-insan lain..melihat dunia-dunia lain dengan hanya 1 butang..yer la, dengan kemodenan dari segi telekomunikasi kita boleh berinteraksi dengan sesiapa saja. Laman-laman sarang lelabah membolehkan kita mengenali negara org lain..eh, apa aku citer nih? ok la..aku kenal tunang aku nih melalui cyber akceli. Perkenalan dari laman forum TelagaBiru Fan pada akhir tahun 2004. Memula aku kenal dier, takder la aku berminat sgt nak amik tahu tentang dier. Lagipun, dier nih dalam forum tuh ramai sgt budak pompuan yg ambil berat..masa bulan puasa 2004 aku dgn dier start berchatting. Tp, sekadar chatting biasa jer la..tak melibatkan sebarang perasaan. Kali pertama kitorg jumper masa bulan Disember 2004. Masa tuh aku temankan anim cr cincin tunang, dan dier dtg bawak adik angkat dier (temankan cr kain nak buat baju katanya). Kitorg jumper sekejap jer..takder pergi mkn, takder kenal2kan diri sgt, takder duduk2 berborak..sekadar jumper nak tgk bagaimana orgnya saja. Lepas tuh terus-terusan berhubung. Bulan Januari 2005 baru aku pertimbangkan tuk terima dia, bulan Ogos keluarga dia dtg merisik, bulan November kitorg bertunang. Tak sampai setahun pun kan? Satu yang meyakinkan aku tentang dia adalah sikap kesungguhan dia dalam menjalinkan perhubungan ini. Yer la, sebaik saja aku terima dia, terus dia buat plan tuk masuk meminang. Alhamdulillah, hubungan kami tak byk menghadapi rintangan atau halangan. Tidak pada pihak dia..biasanya yg wat masalah dalam hubungan nih disebabkan sikap aku..ehehe..terima kasih awak kerana sanggup bersabar dengan saya nih...ramai yang pelik kenapa aku boleh terima dia sepantas itu sedangkan sebelum-sebelum ini, aku begitu byk berdalih..tapi, mungkin ini yg dikatakan jodoh. Semoga ALLAH permudahkan bagi kami untuk kami gapai impian dan janji yg telah kami bina setahun ini. SELAMAT HARI LAHIR AWAK..semoga ALLAH memurahkan rezeki awak, ALLAH meredhai hidup awak..dan doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak..
ok..sekarang masuk pula ke no 40 pulak..Angka 40 nih pulak adalah angka untuk ulangtahun perkahwinan mak dengan abah...40 tahun dah mereka hidup bersama..alhamdulillah. Semoga impian abah untuk membawa emak menunaikan haji akan termakbul. YA ALLAH..berikanlah kesihatan yang baik kepada ibu bapaku, murahkanlah rezeki mereka..dan lapangkanlah dada mereka dari segala kemaslahatan dunia..YA ALLAH..sesungguhnya tidak terbalas segala kasih sayang yang telah mereka curahkan kepada ku dan adik beradikku, maka YA ALLAH, KAU kasihanilah ibu bapaku sebagaimana mereka telah mengasihaniku sejak aku dari kecil sehingga dewasa ini. Amiin ya RAbb..kalau kita lihat dari angka 40 nih, bukanlah satu tempoh yang singkat. Satu tempoh yg cukup lama...semoga mak dan abah berkekalan bersama di dunia dan akhirat..Ija sayang mak dan abah...huhuhuhu..sedih la pulak.....
Pada hari nih, tarikh ini..angka 28 dan 40 sungguh memberi makna dalam hidup aku..kerana aku sungguh menyayangi mereka...
Wednesday, August 02, 2006
Birthday ep. 1
Ehehehehe..enty-entry bulan nih nampaknya bakal menjadi entry besday ajer.. sebanyak mana entry birthday yg korang akan nampak, lebih banyak lagi duit yg aku akan kuarkan tuk beli hadiah2..huhuhuhu..nampak gayanya, aku dan dompetku akan menjadi kurus diakibatkan oleh diet melampau...isk, org kata kalo nak bagi tak elok ungkit2 kan? ok..ok..ikhlas la...
First bithday entry nih adalah untuk adik aku, siti. Bukan siti nurhaliza, bukan jugak siti sarah..tp siti nazariah..hr nih masuk umur dier 20 tahun. Besar dah walaupun takleh mengundi lg..ehehe..besar umur, besar badan..biarla besar jugak cita2 eh adik? Selamat hari lahir yg ke 20. Semoga diredhai ALLAH selalu dan menjadi anak yg solehah dan muslimah yg berjaya. Adik aku nih skang nih tgh study kat UIA gombak..bakal dicampakkan ke Kuantan pulak..ehehe..abih la, takleh dah nak balik2 rumah selalu. Adik aku nih, perangai dier pelik sikit. Orangnya agak degil, kalo bab bergaya, nombor satu, bab makan pun nombor satu..tapi bab masak, nombor last..pebret dier sushi..pantang nampak sushi, sengeh2 dier...ahahahaha..dik, asik akak jer yg bg mkn kek..apa kata tahun ni ko sponsor sendirik...kuang kuang kuang...anyway, akak sentiasa doakan yg terbaik buat ko. Akak nak tgk ko berjaya..akak nak tgk ko gembira..walau apa pun yang terjadi, bare in mind yg kitorg semua sayang kat ko...ambil lah teguran2 kitorg sebagai nasihat yg berguna dan jdkan sebagai panduan. Senangilah hati emak dan abah, kerana mereka sentiasa ingin melihat hidup ko senang jugak. Semoga peningkatan umur ko selari dengan kematangan diri ko. Jaga diri bebaik..jaga akhlak kita sebagai muslimah.. Happy Birthday to u my sis.....
Thursday, July 27, 2006
erm........
alahai..bersawang dah blog aku nih..sebulan tak berjenguk..takder apa nak diceritakan..sebab segala2 dalam hidup aku adalah biasa..kerja aku berjalan seperti biasa..my love life story aku pun macam biasa...hidup aku bergerak seperti biasa...semuanya adalah biasa..tiada yg luar biasa melainkan yg biasa...ehehehe..
owh...awal bulan hari tuh, kakak aku bertunang..alhamdulillah..seriously, sekarang aku rasa bersyukur sangat dan kerisauan aku pun dah berkurangan..sebelum-sebelum ini, aku asyik memikirkan tentang kakak aku jika aku berkahwin nnt..yer la..selama nih, mmg kami rapat..tak dpt aku bayangkan betapa dia akan rasa bosan bila adik2 dia dah berkahwin...perasaan aku jadi serba salah..aku selalu berdoa agar kakak aku dipertemukan dengan insan yg baik sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga..Alhamdulillah, termakbul gak..ehehe..bukan ngan org lain..kawan cyber aku sendiri bakal menjadi abang ipar aku..kak alin..moga awak berbahagia ngan pakcik tuh ek? Tapi tuh la, menyiapkan persiapan pertunangan kakak aku tuh memang memenatkan..mana taknya, pakcik tuh bgtau nak bertunang 2 minggu sebelum tarikh pertunangan..memang lepas majlis tuh, satu famili sakit2 badan...nih yg org katakan bertunang ala cowboy..insyaallah, jika tak ada aral melintang, pertengahan thn depan majlis diorg plak..mak mesti rasa seronok sangat, sebab sekali tiga-tiga anak perempuan dia akan berkeluarga...tulah rejeki namanya..kan? kan?
Yang seronoknya, mungkin secara kebetulan jer, bila aku, kakak aku ngan anim kawen nnt secara automatik kami akan menjadi mak ngah...tiga-tiga kami nih dapat bakal suami anak ke dua..what a coincidence..dah la tarikh bertunang pun selang beberapa bulan bagi setiap org..kawen pun selang beberapa bulan jer..isk..isk...tetiba plak rasa terharu..ya ALLAH, moga hati kami adik beradik sentiasa bersatu..dan moga kasih sayang kami semakin utuh biarpun jarak dan masa memisahkan kami..alaaa..sedih la plak bila dipikirkan yg nnt diorg dok jauh2..
hmmm..dengan tempoh masa yg tinggal hanya beberapa bulan jer, aku skang nih kena bijak berbelanja (silap-silap mmg tak belanja langsung..huhuhu)..yer la, byk pulak modal nak buat persiapan majlis nih..tgh berusaha sedaya mampu untuk membeli barang-barang berkualiti dengan harga murah..ehehehe...ada ker eh? ada kot..skang nih kan mega sales..mmg sakan ler hujung2 minggu aku shopping...asal nampak banner2 ngan iklan2 mega sales, rasanya mata aku jd bersinar2..ehehe...kalo dah perempuan tuh, perempuan gakkan? ya ALLAH, tabahkan hatiku dan jauhkan diriku dari godaan-godaan mega sales nih..amiin..
p/s: huhuhuhu..saper2 yg masih tak berpuas hati dengan perkahwinan ct dan dato' k tuh, udah2 la mengutuk..takder pekdahnya..dah jodoh diorg..marah dengan perkawinan diorg sama dengan marah ngan ketetapan yg ALLAH telah tentukan...so, bewareeeee (uh..apa kena mengena nih? )
Saturday, June 24, 2006
Tuesday, June 13, 2006
Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan
KENAL
Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar
"Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut.
Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu ke mana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya"
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya. Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.
Merujuk kepada sebuah hadis:- "Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:- "Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu" Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga..
Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:- "Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka. "Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:- "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik" Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ...
Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga... .
p/s: perkahwinan bukan untuk sehari..sekiranya boleh, biarlah kekal dunia akhirat...Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berbahagia buat semua yg baru melangkah ke alam rumah tangga..kepada yg bakal, semoga diberikan kesabaran dan ketenangan dalam mengharungi hari2 yg bakal menjelang...
Friday, June 09, 2006
Tribute to ABAH......
Sumer orang ada abah..tak kisah apa pun bangsa, apa pun keturunan..sumer ada abah...yang aku tau tak ada ayah hanyalah Nabi Isa a.s dan Nabi Adam a.s ....tahun nih, pada tarikh semalam (7.6) genap umur abah 65 tahun..65 tahun di muka bumi ALLAH ini.. meh nak citer pasal abah plak..abah dulu kejernya polis...jd, biler org sebut polis jer secara automatik orang akan kata garang..yup..abah memang garang..memang tegas ngan anak-anak dier...tp, itu dulu la..skang nih dah tak garang dah..mungkin sebab anak-anak dier pun dah besar..dier pun dah semakin dimamah usia..tak larat dah nak marah-marah..masa kecik-kecik dulu, aku cukup takut ngan abah...sekali abah bersuara..menikus jer kitorg...kalo ngan anak2 lelaki dier, takder saper yg tak pernah kena penangan ngan abah tuh (saku satu-satunya anak pompuan yg pernah kena tangan ngan abah)..tp, dalam garang-garang abah tuh..dier sebenarnya lembut hati..mak pernah citer, pas dier tangankan abang aku masa kecik-kecik dulu, pastu dier mengalir air mata..yer la, tgk anak dier sakit2 kena ngan die maunya tak pedih hati....abah cukup menitik beratkan pelajaran anak-anak dier...mmg dier akan pastikan kami dpt pendidikan yang secukupnya..dier sanggup bersusah payah untuk memastikan kami dpt pergi setinggi yang boleh..alhamdulillah, kami semua berjaya..berjaya dalam bidang masing-masing..yer la, dier sendiri susah nak dptkan pendidikan masa kecik-kecik dulu sebab dier anak yatim piatu..aku dpt tgk kepuasan pada diri abah biler setiap kali menghadiri majlis konvokesyen anak-anak dier...kebanyakan dr kami mewarisi sikap2 abah..abah pandai melukis, kami pun pandai melukis (walaupun org lidi)..abah aktif sukan, kebanyakan anak2 abah aktif sukan gak (termasuk aku)..tulisan abah cantik, yang nih satu pun takder ikut (ehehehe)..abah mmg pengemas, sorang jer yang ngikut bab nih (yg lain sumer selekeh)....byk la lagi...walaupun abah garang, abah tegas, kami tetap sayangkan abah..sebab abah adalah abah kami...Selamat Hari Lahir abah...setiap kesedihan yang abah tempuhi zaman dulu, harapnya telah tertebus di zaman sekarang..kasih sayang abah sungguh suci pada kami...semoga impian abah akan dimakbulkan ALLAH...amiinn...
Saturday, June 03, 2006
Hepi Besday Again..
Friday, June 02, 2006
Janji Bahagia?
hmm...lama dah aku tak update blog aku nih yg dah nak bersawang pun..aku tak tau apa nak ceritakan..lgpun, suasana disekeliling ku berjalan seperti biasa..tak ada apa yg istimewa dpt aku coretkan kat sini..tuh yg aku biarkan aja blog nih..sebenarnya, aku nak ceritakan apa yg aku perbualkan dengan seorang kawan cyberku..aku pun dah lama tak berbual dengannya..dier pun dah lama tam chat dgnku di YM..mungkin disebabkan dier pun sibuk dengan urusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini..sebelum ini dier pernah kecewa..kalau dilihat dr mata kasar, memang keadaannya amat teruk seolah-olah ujian kasih tak kesampaian ini merupakan satu ujian yg amat besar yang diturunkan ALLAH..perpisahan itu memberikan impak yg besar pada dirinya dan juga pasangannya..setiap kata-kata yg diluahkannya menunjukkan betapa hancur hatinya..aahh..aku bukan hendak bercerita tentang kisah cinta kawan ku ini..tidak sama sekali...cumanya ingin ceritakan rasa pelik aku dalam perbualan kami...sekarang dia bakal bergelar SUAMI kepada pasangan lamanya itu (panjang sungguh jodoh mereka..)
aku: hrp2, andai ALLAH turunkan lg ujian..jgn lah sampai lupa tujuan ALLAH menciptakan manusia nih yer
Dier: kata la nak kata apa pun..janji bahagia
janji bahagia? diriku atau dirinya?
Thursday, May 11, 2006
hip hip hurray....
Hijjaz (Manan Ngah / Pahrol Md Juoi)
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar...
hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang...
awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengaharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu
Kenapa aku letak lirik lagu ni? sebab aku gembira...kenapa aku gembira? sebab ada perkara yg membuatkan aku gembira..perkara yg menjadi salah satu dari impian aku..tapi, apa kena mengena dengan lagu nih kan? ada jer kena mengena..sebab aku tak tahu, sampai bila kegembiraan aku ini akan berpanjangan..pastinya ada kemungkinan untuk impian berkecai di tengah jalan...harap ku, kegembiraan ini berterusan..andai impian itu tercapai... *wink* tak dapat lg cari perkaitan? eheheh..biarlah..hanya Tuhan yang tahu.. *grin*
Saturday, April 29, 2006
Bomba Yang Multi Purpose..
1. Memadamkan kebakaran
2. Membantu mangsa kebakaran
3. Menyelamatkan mangsa di tempat tinggi
4. Menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa kemalangan
5. Menangkap ular dan haiwan2 yang sewaktu dengannya
6. Membantu mangsa dalam kejadian tanah runtuh, bangunan runtuh etc.
7. Mencari mangsa yang dipercayai lemas (menyelam, etc)
8. Menjirus air dalam kebakaran hutan atau kawasan pengumpulan sampah.
9. Membantu syarikat perfileman membuat hujan tiruan di waktu cuaca cerah... (hahahaha..nih yg aku tgk semalam berhadapan ngan opis aku...buat perabih air jer)
Bagus abang2 bomba nih..serba serbi buleh buat..multi purpose diorg nih...ehehehe
Wednesday, April 19, 2006
Sepi.....
menggamit rasa kerinduan pada semalam..
kadang kala ianya membangkitkan rasa kepedihan..
kerana semalam itu tidak mungkin kan berulang..
manusia berbicara..
bercerita tentang apa saja..
gelak dan tawa mengiringi mereka..
namun..
kekosongan di dalam jiwa..
kehilangan yang amat terasa..
jasad hanya memerhati..
fikiran telah pergi...
duhai hati..
tabah lah dalam mengharungi hari-hari..
usah dibiarkan kesepian terus membebankan diri..
ketahuilah..ALLAH sentiasa di sisi..
biar beribu teman datang dan pergi...
Monday, April 17, 2006
Untukmu IBU....
Ibu..ibu...
engkaulah ratu hatiku...
bila ku berduka...
engkau hiburkan selalu...
Ibu..ibu..
engkaulah ratu hatiku...
(rangkap seterusnya nyanyi sendirik)
Ibu, Ummi, Mummy, Mama, Mother, Mom, Emak..semuanya memberikan makna yg sama..apa jua panggilan yg kita panggil pada org yg melahirkan kita, maknanya tetap satu..entry kali nih aku dedicatekan khas buat emak yang aku sayang sesangat..tak lain dan tak bukan emak aku sendiri..Rohana Haji Alias..emak yang telah melahirkan aku ngan susah payahnya..yang telah mengandungkan ku selama 9 bulan lebih..dan membesarkan aku..mendidik aku hingga aku jd camnih sekarang nih (alhamdulillah)..mak yg sabar ngan perangai aku..tak dinafikan, dalam adik bradik perempuan aku, aku la yang paling lasak..yang paling nakal..yg paling aktif...ehehe..tp, mak tetap sabar..sabar mengejar aku suh balik umah, sabar marahkan aku, mak gak la yang tolong sapukan ubat kat perut aku kalo aku sakit perut (penyakit turun temurun)..tiada kata yang dpt aku taipkan kat sini tuk gambarkan segala apa yg telah mak lakukan tuk aku...dan tuk adik bradik aku..terlalu besar pengorbanan emak buat kami..hanya ALLAH saja yg dapat membalasnya..apa yg aku lakukan skang nih pada mak, hnylah sekelumit balasan dr pengorbanan mak yang amat besar tuh...semoga mak sentiasa di bawah rahmat ALLAH..di bawah perlindungan ALLAH...Selamat hari lahir yang ke 59 emak...semoga cita-cita dan impian mak akan dimakbulkan ALLAH..amiin...ija saaaayang mak....muahh...
Friday, April 07, 2006
Duuh~
hmmm..rasanya dah dekat setengah bulan aku tak updet aper2 dalam blog nih..nothing much to share actually..sebenarnya aku yg tak pandai berkongsikan kisah2 dan masalah2 yang berlaku dalam hidup aku..walaupun hakikatnya banyak benda yang aku pikirkan....bukan pasal aku jer, malah pasal orang2 yang berada hampir dengan aku...banyak benda yang aku nak luahka, kongsikan dan ceritakan..but i just dunno where to start..n how to start it..ntah la...
anyway..akhirnya aku berjaya mendapat lesen memandu..seronok? semestinya..aku dah abihkan banyak masa weekend aku kat driving school sampai satu tahap aku rasa cam penat sgt..yer la, sebab driving nih ajer, aku jd jarang balik rumah emak..sampai abah berkecil hati..akhirnya, alhamdulillah..mendatangkan hasil..lepas dah satu beban pada aku...congrats to me..ehehehe..
aku pun dah lulus kursus induksi..alhamdulillah..sekarang hny tunggu tuk pengesahan dalam jawatan saja..semoga segala-galanya berjalan dengan lancar..insyaallah..congrats to those yang sama2 berinduksi dengan aku...ehehe..KEJAYAAN MILIK KITA BERSAMA...yeeaahhh!!
Friday, March 17, 2006
SaLaHKaH??
~salahkah jika aku mengharapkan yang terbaik buat org yg aku sayang?~
~salahkah andai satu perhubungan diputuskan kerana hilang kepercayaan?~
~salahkah jika aku membisu tanpa memberi sebarang penjelasan?~
~salahkah andai aku menghalang satu perhubungan kerana ketidakyakinan ku pada nya?~
~salahkah jika aku membenci seseorang kerana ketidak jujurannya?~
~salahkah andai aku tidak mampu memaafkan kesalahan seseorang?~
SALAHKAH???????
aku cuma berdoa...semoga insan yang kusayang akan sentiasa di dalam redha Nya ALLAH..dan semoga dia memperolehi yang terbaik..kerana semamangnya dia layak untuknya..dan ketahuilah, kesedihanmu adalah kesedihanku jua..kegembiraanmu adalah kegembiraanku jua..setiap kali apabila aku mengenangkan apa yg menimpamu selama nih, hatiku menjadi pedih..air mataku hampir mengalir...betapa aku harap dirimu sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan ini..namun, maafkan aku andai sikapku di hari muka mengguriskan hatimu..andai itulah keputusan yg kau pilih..andai itulah jalan yang ingin kau tempuhi..kerana padaku, bukan itu selayaknya buatmu..moga kebahagiaan bersamamu dunia dan akhirat..u r the best that i ever had..ever n ever...
aaaaaaaaaaaarggghhhhh...jom kita cuti-cuti Malaysia......
p/s: sememangnya dunia ini hanya pentas lakonan..namun aku tidak mampu menjadi pelakon yang terbaik...
Friday, March 10, 2006
Derma Darah....
so, pada saper-saper yg sihat tubuh badan..berusia 18thn ke atas dan berat melebihi 45kg (wanita) atau 50kg (lelaki), sila2 lah menderma darah...membantu mereka yang memerlukan..takder rugi apanya..untung lg ada lah..sebab byk benefit yg donor dapat kalo derma darah nih (slain dr mkn free pas derma..eheheh)
tp, macam aku nih...benefit lebih sikit la..sebab pastuh nama naik tuk menangi hamper sempena kempen derma darah nih..hahahah..bangganya..kalo gini, hari2 pun aku sanggup derma darah...
kakak aku kata slain dr darah merah kita nih, darah putih pun boleh didermakan..kalo darah merah, kita boleh derma selang 3 bulan, tapi darah putih nih, sebulan sekali tempoh masanya. Tapi aku tak pernah lak dengar ada kempen menderma darah putih..tringin gak aku nak derma...tgk, adakah darah putih ku sama kaler ngan darah putih mahsuri...ehehehe..anyway, pada mereka yg diluar sana yg byk dengar mitos tentang derma darah nih (sumer citer2 buruk), takyah la cayer....meh derma dulu, baru tau kesannya...
Tuesday, March 07, 2006
My Trip To Johor...
Hari Jumaat lepas (3.3.2006) aku ngan kakak aku telah menjejakkan tayar keter kancil dier ke Johor..kitorg kat sana sampai hari Ahad..akceli gi sana sebab ada jemputan kawen, member opis aku..so, kitorg amik kesempatan tuk bercuti ler...anyway, kitorg gerak sebenarnya dr pagi lg..tp, gi ke Cheras dulu..pastu gi Shah Alam, pastu baru gerak ke Johor..sampai sana dalam kul 5.00 ptg ler..pastuh Anim jemput kitorg kat tol Ayer keroh trus gi ke umah sewa dier kat Parit Raja..Maghrib tuh, Anim trus bawak kitorg gi makan kat Parit Jawa..perjalanan ke sana jer amik masa sejam lebih..dr lapar jd kenyang pastu lapar balik..ehehehe..tp, berbaloi la sebab kitorg mkn kat tempat femes kat Parit Jawa tuh..gerai asam pedas..pernah masuk TV3 tau..kitorg order asam pedas ikan pari 2 ketul, pastu asam pedas ikan semilang 2 ekor..n then, tambah ngan lokan bakar..pastu ada timun ngan sambal belacan..air sirap limau ngan teh ais limau..mkn tuk 4 org..sumer skali RM20.00 jer..murah tuh...dah la ikan dier besar2..
masa balik dr mkn tuh, ntah camner aku leh terkorban di lobang..huwaaa..terpelecok lg kaki aku..adoi...hobi tul la...kelam kabut la nak cr bandage tgh2 mlm tuh, tp mana ada farmasi buka..last2, aku balut kaki guna kain lama yg tak guna..ehehe..dhaif nyer la rasanya...sib baik la tak bengkak kaki..kalo dak, tak tercapai la matlamat nak gi kenduri kawen..tuh aarr..mabuk mkn lokan kot..ehehe
pastu, hari Sabtu tuh..kitorg gi umah kenduri member aku tuh..sampai sana sblom kul 12..dah la pengantin bersanding kul 3..isy..aku tunggu sampai kul 1 lebih jer sebab byk destinasi lain yg nak gi..lepas amik gambar sekeping duer ngan pengantin, kitorg pu gi meronda kawasan sekitar..Ayer Itam to Tanjung Emas..balik umah mlm..dah ler masa tuh Parit Raja takder air..so, kitorg solat kat masjid jer...
hari Ahad tuh, air masih takder..adoi..berpusing2 kitorg cr masjid tuk mandi...3 masjid kitorg masuk, baru la leh mandi..1st masjid tuh dah tutup bekalan air dier..sebab nak simpan tuk org yg dtg solat...2nd masjid tuh, tak berani ler...buka pintu toilet jer trus nampak kubur2 lama..uhuhuh...3rd masjid baru ok sikit..pas mandi2 tuh, balik umah Anim trus siap2 tuk balik KL..on the way balik KL tuh singgah jap ke Ayer Keroh..gi Zoo Melaka..beh masuk sana..sebab leh pegang binatang2 dier..ehehe..pastu, rasanya binatang dier lg byk berbanding Zoo Negara...
yg ataih nih merupakan monyet paling kecik...pygmy marmoset..dekat kul 2 kitorg kuar dr zoo..memang penat berjalan...kitorg balik umah mak dulu kat KL..mlm baru balik Putrajaya..sampai umah, trus syahid....ehehehe...Anim, nnt bawak kitorg mkn otak-otak ngan mi bandung muar lak eh?? anyway, tq Anim for a great vacations...n tahniah Rozi dan suami..
Tuesday, February 28, 2006
PeNiNG
hari sabtu bebaru nih aku kuar ngan mak dan kak alin..gi shopping apa yg patut dan tak patut..ehehehe...anyway, masa aku kat SOGO ada sorg kakak nih mai tegur aku..masa tuh aku tgh tunggu kak alin ngan mak..dier dok punya la rapat kat muker aku nih..dok bisik2 bagai..tgk dr gaya, aku ingatkan warga asing..ngan baju tak kancing butang ataih, baju ketat lak tuh..pastu mekap kan main tebal..tapi baser malaysia nyer fasih..pastu dok kata kat aku, kad ATM dier sangkut kat ATM mesin..dier nak balik kampung..duit takder, tinggal 3 hinggit jer..pastu dier dok rayu2 bg duit..tak dpt byk, sikit pun jd la..kompius gak aku..kg mana dier nak pi ngan tambang tak sampai 10 hinggit tuh? Tgh dok memujuk rayu, kak alin ngan mak aku melintas..mak aku dok pandang aku...mak aku tny naper..biler dier dgr aku sebut "mak", trus dier blah..kalo korang la kan, org camtuh korang nak cayer ker??
Wednesday, February 22, 2006
Teman Yang Sempurna
Sebenarnya dulu aku pernah berjumpa dengan seorang wanita yang cerdik dan berpengetahuan tinggi....kami saling suka sama suka, tapi selepas beberapa lama aku dapati kelemahannya, dia agak sombong dan bongkak rupa2nyer...hubungan kami sampai di situ sahaja.
Beberapa lama selepas itu, aku bertemu pula dengan seorang wanita yang sangat cantik dan menawan. Aku tertarik dengan senyumannya, hatiku berdebar dan kurasakan mungkin inilah dia wanita yang kucari-cari selama ini. Tetapi semakin aku mengenali dia aku mendapati bahawa dia tidak bertanggungjawab dalam banyak perkara dan suka buat perangai. Lalu aku meninggalkan dia...
Aku terus mencari teman hidupku, sehingga aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik, rajin bersedekah, bijaksana, kelakar, baik hati. Aku merasakan bahawa dialah teman hidup yang diturunkan oleh Tuhan...."
Lalu, apa yang terjadi?" kawan lamaku bertanya apabila aku terdiam....
Aku dapat tahu bahawa dia pun sedang mencari teman hidup yang sempurna...
Saturday, February 18, 2006
aNother Besday Wishes...
huhuhuh...skang nih aku nak wish kat sorg lg..tp yg nih minah sengat..ahaks..ampun anim..ehehe...epi besday to u anim..dah masuk suku abad dah..nih lah adik aku yg senget..sesenget2 manusia...ahahaha...camner lah agaknyer kalo dier dah kawen nnt ek? tak terbayang dek aku..muahahaha...takder ler..adik aku nih baik orgnyer (ehem..biler nak blanjer akak?)..budak pandai sejak dr sekolah lagi...budak yg slalu ngadu dier gemuk..budak yg slalu ngadu muka dier byk jerawat (padahal ruam jer)..budak yg suker ikut cara shin can bercakap...budak yg suker gelak walaupun org buat citer seriyes..tp, kalo wat lawak..tanak lak dier gelak..org dah buka citer lain baru dier nak gelakkan lawak yg memula tuh..ahahaha..pendek kata, dier nih memang serba serbi rasa tak sempurna...anyway..akak doakan moga ko berbahagia dunia akhirat...moga diredhai ALLAH selalu...hargailah apa yg ada disekeliling...sebab ianya memang berharga dalam hidup kita...Selamat Hari Lahir Anim....
Thursday, February 16, 2006
First Besday Wishes
Owh..tak luper gak Selamat Hari Jadi buat cik Tulip...n my boss, veron...ehehe..moga korang sumer cepat dpt jodoh..ahaks..may all ur dreams come true...
Tuesday, February 07, 2006
Campur2...Gaul2...
Saturday, January 28, 2006
Salam 1427 H
Friday, January 20, 2006
Should b like dis...
Your Blog Should Be Blue |
Your blog is a peaceful, calming force in the blogosphere. You tend to avoid conflict - you're more likely to share than rant. From your social causes to cute pet photos, your life is a (mostly) open book. |
ngehngehngeh..blue..my all time fav colour...tp, blog aku kaler itam kan?? aku nak cr dark blue..atau blue black...biar nampak gelap ckit...ehehe...penat dah ngan kaler2 lembut nih...anyway, blue is always in my heart......
Thursday, January 19, 2006
BUHSAN...
petang nih aku boring..nak jogging, td hari hujan...tp, la nih dah tak hujan..cuma tak berani...timbul lak rasa was-was..bukan apa, skang nih kan tgh heboh tentang kes seorang wanita dijumpai mati selepas hilang sewaktu berjogging. Walaupun area tempat aku jogging nih betul2 kat depan rumah nih, memang leh nampak dari sini, tapi ada gak sekelumit rasa tak berapa berani. Yer la, tgk kosong jer trek biasa aku jogging tuh..nak-nak kakak aku pun dok takut2kan aku semalam...eheheh...so, hari nih rehat kejap daripada jogging..mungkin wat senaman kat rumah jer..siapa sangka kan, tempat yg kita biasa pergi, yang kita rasa selamat jd tempat yg paling merbahayakan bagi diri kita. Bukan jer trek jogging, tapi kat umah gak..tgk la, baper byk kes yang kita baca kat paper, dengar kat berita tentang kes-kes yang melibatkan nyawa2 orang yg berada di rumah sendiri..isy, moga-moga dijauhkan...
erm..hari tuh ada satu sessi perbualan yang aku dengar lah..kitorang bukanlah ramai masa tuh, ada 5 orang jer..termasuk seorang non-muslim, Raven (bukan nama sebenar)..yg aku sedih tuh, apabila yang lelain nih menceritakan kelemahan pelajar-pelajar lepasan sekolah agama..serta kelemahan-kelemahan silibus sekolah agama tuh depan Raven (bukan nama sebenar) nih..mmg ada betul apa yang diorg katakan tuh..sebab aku pun nampak gak depan mata aku, cuma tak patut la cakap depan si Raven nih...sebab ianya menjatuhkan imej Islam tuh sendiri..seolah-olah diorang menunjukkan betapa susahnya Islam nih..begitu tertutup dan mengongkong..aduihh..pedih gak..macam mana Islam nak berkembang jika kita menyogokkan keburukan pada yang non-muslim..tp, takleh gak nak salahkan yang mengata nih, mereka yang mengaku Islam pun kena tunjukkan sikap dan peribadi yang baikkan? Sama macam kalo kita nak beli barang..perkara pertama yang menarik perhatian kita adalah sarung luar atau cara balutan dan cara penjual mempamirkan barang mereka. Pastu baru kita tengok ingredient..pastu baru kita rasa..korang nak ker rasa atau beli barang2 yang mana luarannya kotor, kemek, berhabuk? Camtuh jugak kalo kita nak orang lain mendekati Islam..tunjukkan peribadi yang baik, baru org berminat nak mengetahui tentang Islam...sebab skang nih takder dah org guna istilah "dont judge a book by it's cover"...tul dak?
Tuesday, January 17, 2006
ShORT n sWeeT...
salam aidiladha..dah lewat ker?? ehehehe..takper ler...semoga Hari raya Korban memberikan seribu makna pada kita...insyaallah..pada mereka yang pulang dari mengerjakan haji, selamat kembali dari menjadi tetamu ALLAH..smoga memperolehi haji yang mabrur..insyaallah..dan pada mereka yang terkorban sewaktu ingin mengerjakan haji, smoga ALLAH mencucuri roh mereka..dan tergolong dalam golongan hamba-hambaNYA yang soleh dan solehah..amiin..al fatihah buat mereka yang telah kembali buat selamanya...
bercakap tentang raya korban nih, tahun nih surau kat taman aku mengorbankan 14 ekor lembu..alhamdulilllah..ramai org yang berkemampuan sekarang nih..moga ALLAH menerima korban-korban ini..tp, dalam keseronokan org dok dapatkan daging korban, terbayang nasib-nasib saudara-saudara kita yang tak berkemampuan di tempat-tempat lain..di Acheh..di Bam, di Afghanistan, di Palestin...rasanya lagi berkat kalo daging-daging korban nih di sedekahkan kepada mereka kan?? Pada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan makanan...
erm..apa aku nak citer sbenarnya nih?? bukan tentang korban akceli..yup..tentang seorang sahabatku. Sahabat yang cukup baik..cukup memahami..yang mana aku telah bersahabat dengannya lebih dari 10 tahun..lama tuh kan? we've been hangin' out together for a long time walaupun sekarang nih dah jarang berjumpa disebabkan kesibukan masing-masing dengan tugas..dia sebagai pendidik di Klang..aku lak kat Putrajaya nih...bebaru nih, dier meluahkan rasa hati mengenai perubahan dalam hidupnya..perubahan yang melibatkan seorang sahabatnya (bukan aku)..aku pun tak reti nak citerkan masalah nih...kang tunggang terbalik ayat aku...aku cuma berharap, sahabat aku nih akan tabah mengharungi perubahan nih..menghadapi perasaan ini..dan kuat dalam menerima perubahan ini..bit by bit, u will recover from this shocked n sorrowfull coz i know that u r a strong lady...whatever u do, i'll always b here for u..n b ur friend no matter what..insyaallah..
owh..aku nak amik kesempatan kat blog sendiri nih..ehehe...kepada seorang temanku..yang juga tunangku..thanks 4 being patient with me...dan maaf kerana telah memeningkan kepala awak...what is life without a test, rite? may ALLAH bless u always.... n Hepi besday to my younger sis..AIDA..moga menjadi anak yang solehah..dan muslimah yang berjaya..belajar rerajin tuk PMR nih...ingat..mesti score..kalo dak, kak alin tuntut hutang kang..ehehehe...
Friday, January 06, 2006
Hepi Besday..
Genap umur aku 27 hari nih..tepat2 27 tahun...getting old but still cute (ayat aku tuk org2 yg wish aku hr nih) ehehehehe...Alhamdulillah..ALLAH panjangkan usia aku hingga 27 tahun nih...27 tahun aku menghirup udara di bumi ALLAH nih..27 tahun tuh bukan satu jangka masa yang pendek...lama tuh...kalo di pandang2, toleh2 ke belakang...baper byk sgt la amal yg aku dah buat sepanjang 27 tahun nih..dah macam2 peristiwa yang aku hadapi..macam2 kisah yang aku tgk..macam2 perangai yang aku dah buat..ehehehe..tapi ghamai yang kata 27 nih muda lagi..ye ker muda?? yer lah kot..kalo ikut style mat salleh, life begin at 40..itupun kalo sempat la nak capai 40 tuh..kalo dak, takder life lah ek?? apa la diorg nih...isk..isk..moga aku leh menjadi insan yang lebih baik dari semalam..amiinn...anyway, a bunch of thanks to all that had wish me thru sms or ym or frenster...zaiful, kak alin, abg ajam, anim, faizal, ein, acap, sue, tulip, adeq, kak ma, kak ani, mama opik, raizi, nahdha, kinah, syukur, naufal, sani, nadia, maya dan memember opis yang lain dan ramai lagi.. isk..mana2 yang nama tak disenaraikan tuh, mintak maaf la..bukan tak ingat..ingat..tapi ghamai sgt..ehehe..tak talok den nak naip.. tahun nih aku dapat kek (nyum nyum), bekas seramik berbunga-bunga yang comel, cekelat, bear ngan frame siap ngan gambar ehehehe...so cute...thanx alot...may ALLAH bless u all..always..
Sunday, January 01, 2006
2006 to Come..
huhuhuhu...good bye to 2005..beberapa jam jer lg maka kita akan melangkah masuk ke tahun baru..2006..2005 akan kita tinggalkan dengan seribu kenangan...ehehe...pada aku, 2005 nih mmg mencatit sejarah ler....dan tarikh2 tuh akan ku ingat sampai bila..insyaallah..selagi ALLAH tidak mengambil ingatan aku...apa yang berlaku yer sepanjang 2005 tuh?
Pada aku ler, bermula dari awal tahun hingga hujung tahun nih, takder ler kerja yang leh aku kategorikan sebagai mentensenkan aku..kejer aku on off..kekadang bizi..tp selalunya relax..ehehehe...cuma yang aku rasa seronok, tahun 2005 nih la permulaan bg aku memberi taklimat kepada pegawai-pegawai..bukan taraf2 aku jer, malah pegawai2 atasan sekali...ehehehe...dan aku mendapat keyakinan dari situ..sejak dari sesi taklimat tuh la, aku dah tak rasa gemuruh tuk ke depan..kalo dak..dup dap..dup dap jantung aku...sepantas kuda berlari..eheheh..
n then, dengan kajian yang tak abis2 nih..pening paler aku..ntah biler la nak release report kajian nih...dah nak masuk 2006 nih...pak menteri pun dah lupa kat isu nih kot..ehehehe...masa mula2 nak wat report, kan main lagi..pak meteri nak cepat ler...nak tuh la..nak nih la..sumer nak cepat..skali tuh..ehehehe...aku dah pernah mengalami situasi camnih dulu..so, paham sgt la..melainkan kalo kejer kat HQ, baru la kajian akan siap on time..kalo yg biasa2 nih, payah ler...
hmm...2005 kita menyaksikan pemergian isteri kepada pemimpin negara kita yang menghidap breast cancer..moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah..amiin..
2005 juga menemukan aku dengan seseorang..ye ker?? dak aih..aku jumper dier tahun 2004..itu pun ujung2 tahun..tapi, aku terima dier 2005..sekejap jer kan?? eheheh..aku pun pelik gak..adik bradik aku pun pelik gak...tapi, itukan semua urusan ALLAH..dah ALLAH gerakkan hati aku untuk terima..ye ker?? yer lah kot..
hujung 2005 juga menyaksikan banjir yang gah di belah utara dan pantai timur..moga ALLAH berikan kesabaran kepada mangsa-mangsa banjir..sesungguhnya itu semua cubaan yang ALLAH turunkan untuk melihat tahap keimanan kita kepada NYA..usah kita raungkan..usah kita kesalkan...pasti ada hikmahnya di sebalik musibah yang diterima kan?
anyway..smoga tahun 2006 yang bakal menjelma nih akan membawa seribu makna buat kita semua..dan semoga tahun itu juga akan menjadikan kita lebih baik dari yang lepas...insyaallah..andai panjang umur, ada rezeki, kita akan bersua lagi di tahun depan..GOOD BYE 2005...WELCOME TO 2006