
Sebenarnya dulu aku pernah berjumpa dengan seorang wanita yang cerdik dan berpengetahuan tinggi....kami saling suka sama suka, tapi selepas beberapa lama aku dapati kelemahannya, dia agak sombong dan bongkak rupa2nyer...hubungan kami sampai di situ sahaja.
Beberapa lama selepas itu, aku bertemu pula dengan seorang wanita yang sangat cantik dan menawan. Aku tertarik dengan senyumannya, hatiku berdebar dan kurasakan mungkin inilah dia wanita yang kucari-cari selama ini. Tetapi semakin aku mengenali dia aku mendapati bahawa dia tidak bertanggungjawab dalam banyak perkara dan suka buat perangai. Lalu aku meninggalkan dia...
Aku terus mencari teman hidupku, sehingga aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik, rajin bersedekah, bijaksana, kelakar, baik hati. Aku merasakan bahawa dialah teman hidup yang diturunkan oleh Tuhan...."
Lalu, apa yang terjadi?" kawan lamaku bertanya apabila aku terdiam....
Aku dapat tahu bahawa dia pun sedang mencari teman hidup yang sempurna...
No comments:
Post a Comment