Wednesday, December 28, 2005

New released album...

Image hosted by Photobucket.com



Terdapat 10 lagu baru dari mereka seperti :-
1. Jalan Sehala - Saujana
2. Inspirasi - Nowseeheart
3. Saujana - Saujana
4. Kita Serupa - Nowseeheart
5. Airmata Keinsafan - Saujana
6. Biarkan - Nowseeheart
7. Restu - Saujana
8. Pengorbanan - Nowseeheart
9. Sabar - Saujana
10. Kembali - Nowseeheart
Image hosted by Photobucket.com so, aper lagi...meh la dapatkan yang original..u wont regret when u hv it...it's sooo nice to listen...with a new concept in their songs...hv it or leave it...

Tuesday, December 20, 2005

UsAh SalAhKAn TaQDiR...

Jendela Hikmah: Usah buat tuduhan melulu terhadap mangsa musibah
Oleh Dr Suriyakhatun Osman

HIDUP manusia pasti akan mengalami masa suka dan duka. Ini adalah sunatullah. Pernahkah terfikir kenapa setiap yang hidup akan melalui liku duka, di samping saat-saat suka? Apakah hikmah di sebalik suka dan duka. Kalau ini sunnatullah, tentu ada sebab setiap perkara itu berlaku Setiap kali musibah besar berlaku, ada yang rugi dan dirundung malang. Kadang-kadang skala musibah itu tidak difikirkan dengan minda. Ada yang tidak dapat menerimanya walaupun berlaku di depan mata.

Memang ada kalanya bencana berlaku kepada orang yang jahat dan tidak ingatkan Allah, sebab manusia terlalu biadap hingga patut saja dimusnahkan? Namun bukan semua musibah akibat perangai manusia yang melampau batas. Ada juga musibah ditimpakan untuk menguji dan menduga keimanan dan ketabahan. Kadang kala kita belum tahu kehebatan seorang sehingga krisis melanda.

Pada saat itu, barulah kita tahu hati budi orang yang dilanda krisis dan orang di sekelilingnya. Sering kali kita terlalu mudah memperkatakan dan menghukum seseorang, sedangkan tidak berada dalam keadaan seperti itu. Maka, saya sendiri tidak tergamak hendak melakukan demikian iaitu menuduh orang yang ditimpa malang sebagai mencetuskan keadaan malang itu sendiri. Namun lihat pada firman Allah yang bermaksud:

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahanmu)." (Surah Asy Syuura, ayat 30)

Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa setiap musibah yang menimpa adalah akibat perbuatan kita sendiri dengan tidak ada kecualinya. Ayat ini juga diikuti dengan peringatan keampunan Allah terhadap sebahagian besar kesalahan kita. Bagaimana harus kita mengambil ayat ini, lebih-lebih lagi apabila malapetaka yang berlaku dalam skala gempa bumi dan tsunami serta ribut taufan dan banjir besar? Apatah lagi yang ditimpa bala adalah umat Islam yang kita rasakan umat yang patuh taat kepada Allah? Adakah tsunami dan gempa bumi itu, semuanya adalah akibat perbuatan diri ini?

Contohnya, seorang kanak-kanak lelaki umur lapan tahun mati kena kejutan elektrik setelah mencelup tangannya ke dalam air pancut. Adakah anak itu membuat dosa besar, sedangkan anak itu belum baligh?

Faktanya begini.

Anak itu mencelup tangannya ke dalam air. Ini perbuatannya sendiri. Salahkah perbuatannya itu?

Pada hakikatnya tidak salah. Air pancut itu mempunyai kebocoran kuasa elektriknya ke dalam air dalam kolam. Salah siapa? Kemungkinan besar salah pihak majlis yang tidak membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan keselamatan air pancut berkenaan.

Tiada yang tahu cara untuk menyelamatkan anak itu dengan tidak membahayakan diri sendiri. Salah siapa? Salah orang sekeliling sebab tidak tahu dan tidak mempelajari langkah keselamatan.

Melihat fakta di atas, maka fahamlah kita apa yang dimaksudkan dengan musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Kamu yang dimaksudkan bukan seorang manusia tetapi sekumpulan manusia yang masing-masing perlu mainkan peranannya untuk memastikan keselamatan.

Begitu juga memahami langkah yang patut diambil pada setiap krisis yang melanda. Kita boleh yakin bahawa walaupun malang yang menimpa adalah akibat keputusan yang kita buat, ini tidak bererti kita mungkin tidak berdosa dengan keputusan itu walaupun ia menyebabkan musibah menimpa diri.

Justeru, sikap yang diambil oleh orang yang terkena musibah adalah seperti yang disebutkan dalam firman Allah bermaksud: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:"Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun."(Surah al-Baqarah, ayat 155 dan 156)

Ramai juga yang sebelum diduga menjangka mereka manusia yang hebat dan gembira dan merasakan diri mereka disayangi Allah. Tetapi, apabila ditimpa musibah, amat kecewa dan sedih. Malah, ada yang memarahi Tuhan dengan mengatakan: "Inikah balasan-Mu Ya Allah dengan kesetiaan dan ketaatanku terhadap-Mu?"

Allah berfirman mengenai perkara ini bermaksud: "Dan apabila Kami rasakan suatu rahmat pada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa." (Surah ar-Ruum, ayat 36)

Ayat itu menegaskan ayat yang disebut awal tadi serta menyatakan sikap orang beriman yang tetap akan beruntung walaupun dirunding malang. "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah at-Taghaabun, ayat 11)

Firman Allah kepada mereka yang ditimpa malang, maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman." (Surah Ali Imran, ayat 139)

Ayat di atas ini diturunkan selepas peperangan Uhud. Umat Islam ditimpa kekalahan dan ramai yang syahid. Berikutan itu, Allah menasihatkan umat Islam yang ditimpa malang supaya jangan lemah semangat dan bersedih hati, sedangkan mereka sebagai orang yang beriman tinggi darjat jika benar-benar beriman. Ayat ini menunjukkan kecekalan dan keanjalan yang patut ada kepada orang yang benar-benar beriman dan menyerah diri bulat-bulat kepada Allah.

Penulis adalah seorang doktor perubatan

Monday, December 19, 2005

My WeeKeND...

Erm..weekend nih aku tak balik KL pun..bukannya ada program aper pun kat Putrajaya nih, tapi kekononnya aku nak dok sini nak teruskan ngan program excercise aku. Ehehehe..mana daknya, kalo aku balik KL, sah-sah mak aku masak. Aku nih tak kuat iman kalo mak aku masak. Aku boleh makan nasik sampai 5 kali sehari. Dari pagi sampai ler ke malam. Hakhakhak..Kalo dah gitu, camner nak diet. Tapi, seriously, aku mmg tak mampu la kalo nak kontrol-kontrol makan kalo nak kuruskan badan. So, aku kena lebihkan pada senaman. hmmmm...semalam aku habiskan seharian masa aku dengan member aku, Sue. Dah lama tak kuar jalan-jalan, shopping-shopping ngan Sue nih. Sonok kuar shopping nagn Sue sebab aku suker tgk dier membeli barang dan membelah dompet. Membuatkan aku pun akan membelahkan dompet aku. Pagi tuh sementara nak tunggu Sue datang umah nih, aku wat sedikit senaman. Memandangkan aku tak berani nak jogging sesorg, skang nih aku gunakan tangga sebagai salah satu alat tuk bersenam. Kalo biasanya balik dari kejer aku akan panjat tangga sampai tingkat 6, semalam aku just turun naik tangga dr tingkat 10 ke tingkat 11 berulang kali. Aku rasa ada dalam 20 kali kot aku turun naik tangga. Rasa-rasa cam kepala lutut nih dah nak tercabut, aku stop. Aku balik, pastu buat sit up pulak. Ehehehehe...pastu baru aku breakfast dan kemas rumah. Nearly kul 9 baru aku mandi.

Sue sampai umah aku dalam kul 10 lebih. Dekat-dekat kul 11. Dier lepak-lepak dulu, pastu kitorang ke alamanda jer. The nearest shopping mall from my place. Kitorg decide tuk jalan kaki sebab dekat sgt tuk naik keter. 5 minutes walking from my sis's house. Sekurang-kurangnya ada gak wat senaman kan?? ehehehe..aku dah gila bersenam dah skang nih. Sampai sana terus pi makan. Pada Sue, kira merangkap brunch la sebab dier tak brekpes lagi. Ehehehe..baper kali ntah alamanda tuh kitorg pusing. Lain yg aku niat nak beli, lain yg aku amik. Aku beli beg Kukumalu. Comel..ehehehe...memula cam berat hati nak beli, tp, Sue nih pandai menggoda diriku supaya beli benda tuh. So, sambar gak la satu. Atleast leh guna masa kuar jenjalan nnt. Takder ler aku nak angkut handbag ke hulu ke hilir. Pastu aku beli CD Polar Express ngan kaset Jalan Sehala (Saujana n Nowseeheart). Lama dah aku carik kaset nih, baru smalam berjumpa (ceewaahh..cam pantun lak..ehehe) Tapi baru sempat dengar 3 lagu jer. Nanti aku dengar bagi habis, pastu aku akan bagi komen..eheheh...I'm having such a good time with Sue yesterday. Tapi, pastu lenguh la kaki. Malam tuh rasa cam malas nak wat aper pun. TQ Sue sebab nak spend masa ngan kiter. Nanti kita kuar dating lagi eh?? ehehehe...

Masa kitorg balik dari Alamanda, kak alin lak kuar. Memula tak tau dier pergi mana. Rerupanya dier pun ke Alamanda gak..ceh..Aku tau pun pas kak alin balik umah, bawak byk plastik carefoure. Siap bawak balik pizza, kekonon nak jamu Sue tapi Sue dah balik dah time tuh. Kitorg jer la yg pulun. Ehehe..kak alin beli pasu tanpa bawak aku pi sama. huwaaa..takper, nnt nak pi beli lgi, aku nak tanam pokok cili. Ehehehe...Petang semalam gak aku ngan kak alin mengerjakan pokok-pokok bendi tuh. Masukkan lam pasu. Nampak la cacing-cacing lam tanah membuatkan aku lebih teruja ngan bercucuk tanam. Bila pegang tanah tuh, aku jd seronok. How much i love gardening walaupun sekadar lam pasu. hehehe..kak alin siap beli pagar plastik tuh...dier lak lebey-lebey dari aku... Comel jer..geram lak aku tengok. Skang ni, selain dr memerhatikan mak mok ngan mak lat, aku kena perhatikan pokok-pokok tuh pulak...so, byk la masa aku akan terisi nanti..

Berborak dengan Sue semalam, macam-macam citer keluar. Mendengar luahan suara hati Sue membuatkan aku berfikir, am i so lucky? Insyaallah, apa yg telah kuperolehi kini akan ku jaga sebaiknya sebab aku percaya, apa yang aku dapat, itulah yang terbaik buat ku. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang tersembunyi. Ada orang memerlukan masa yang lama tuk bertemu dengan apa yang dikatakan "JODOH". Ada orang pulak tak perlu tunggu lama-lama, terus dapat jodoh. Hmm...itu semuakan dah ditentukan oleh ALLAH. Adakah kita layak untuk mempersoalkannya? Sblom menemui apa yang terbaik buat kita, kita akan bertemu dengan banyak pilihan lain. Kita akan berdepan dengan banyak masalah lain. Kalo kita tak cukup kuat, mungkin kita boleh hanyut dari mengingati ALLAH. Perlu kita ingatkan pada diri kita, sesungguhnya dugaan yang ALLAH berikan pada kita menunjukkan betapa ALLAH menyayangi kita. Dugaan dan cubaan adalah satu landasan untuk kita meningkatkan keimanan kita dan kebergantungan kita kepada Pencipta kita. Jgn bila ada masalah baru nak ingat ALLAH. Tapi bila masalah tuh dah pergi, kita lupa pada ALLAH..nauzzubillah. Hmm..aku pun bukanlah baik sangat (memang tak baik pun) tuk menasihat kan orang, namun peringatan ini pun buat diri aku. Moga aku sentiasa mensyukuri dengan apa yang telah ALLAH anugerahkan padaku..Alhamdulillah...

Owh, semalam Zaiful bgtau jari dier telah diusik tanpa kerelaannya oleh mesin pemarut kelapa. uhuhuhuh...ini membuatkan aku lebih takut ngan mesin pemarut kelapa nih. Memang dari dulu lg aku ngeri tgk org dok parut kelapa sebab aku terbayangkan, camnerlah kalo diorg tersilap pegang, bukan kelapa yang diparut, tapi tgn kita...adoi...ngerinya. Ngilu biler membayangkannya. elok-elok kelapa tuh kaler putih, jadi kaler merah..isk..isk..leh wat citer seram nih..eheheh..takper ler awak eh?? nnt nak parut kelapa, gunalah garfu jer..hakhakhak..tak tu, kikislah isi kelapa tuh dengan sudu..selamat sikit..ehehe...

Well, td mak tepon. Katanya boring dok umah..ajak aku berjalan. Aku ajak diorg datang Putrajaya jer, leh aku blanjer makan. Eheheh..sonok mak dengar orang nak blanjer makan. So, aku nak mandi, nak kemas rumah sikit. Pastu tunggu mak ngan abah datang. Leh bawak diorg makan stim bot, insyaallah...Erm..nak try syampu Himalaya yang aku beli semalam masa kuar ngan Sue. Harap-harap syampu nih mampu tuk menyelesaikan masalah keguguran rambut aku yang makin serius nih..isk..kalo dak, kena carik la syampu lain lak..maybe syampu Seba Meb. Tengoklah macam mana dulu. Nantikan keputusannya eh?? eheheheh...

Friday, December 16, 2005

Ntah..

hmm..nothing much to share actually..tetiba aku rasa pening kepala..nak-nak tengok diorg dok promote credit card..adui, makin pening walaupun bukanlah diorg promote kat aku..tak tau kenapa terasa macam bingit jer..serba tak kena dok kat opis nih. Pagi td ada pengedaran percuma anak-anak pokok dan anak-anak benih sayur-sayuran dan herbs sempena dengan kempen Bumi Hijau. Aku pun join gak amik walaupun kat atas awan tuh bukannya ada tanah, tapi nak gak ambik. Banyak gak yang diorg bagi. Ada pokok terung, pokok daun kunyit, pegaga, bendi, limau, cili, serai, pandan, kecur. Yang aku ambik pokok bendi (my favourite) ngan pokok kaduk (aku tak makan, tapi kak alin makan). Pastu dapat benih cili, kacang buncis ngan kacang bendi..ehehe..aku rasa yg aku akan jaga kat atas awan tuh adalah kacang bendi dengan cili jer lah kot. Lepas nih aku kena la pergi cari pasu yang mampu nak menampung pokok-pokok aku nih dengan cari tanah. Tapi tak tau leh hidup dengan aman nyer ker atau tidak pokok-pokok tuh. Takper, aku cuba dulu. Eheheh..berkobar-kobar menyahut saranan Menteri Pertanian nih. Actually, i do love gardening. Nak-nak kalo pokok yang kita tanam tuh hidup sihat. Lagi satu aku suka aktiviti mencangkul, cuma sekarang nih dah lama tak mencangkul..tak tau la mampu lagi atau tak mengangkat cangkul. Larat tuh mungkin larat, tapi sekali angkat jer lah kot. Ehehehe..zaman aku bebudak dulu, dok umah kat atas tanah, belakang rumah ada laman..mmg kejer aku mencangkul jer. Bukan menanam sangat pun, cuma cari cacing tuk bagi ikan makan. Seronok sebenarnya bila ada kebun nih. Selain dari dapat makan sayur-sayur segar, kita pun dapat menyihatkan badan. Yer lah, berkebun nih kan byk kejernyer..nak gembur tanah la, nak kutip hasil.. eheheh..aku kalo masa bebudak, pi kebun bukan nak tgk hasil sangat..tapi dok cari ulat bulu dengan telur rama-rama. Agaknya memang aku nih berjiwa alam kot..green peace. Sebab tuh cita-cita (angan-angan) aku, satu hari nanti aku nak beli rumah yang ada laman. Supaya aku boleh bercucuk tanam.

Meh aku citer pasal kebun belakang rumah aku kat Sepang masa aku bebudak dulu. Kat belakang tuh ada pokok pandan, pokok serai, pokok limau (byk tul ulat bulu kat daun-daunnya), pokok pucuk manis, pokok tebu. Ehehehe..kalo masa mak masak tuh, kadang-kadang aku adik beradik nih kena pi cabut serai (sampai terduduk mencabut serai), pi amik daun pandan. Pastu kalo pokok tebu tuh dah rimbun, abah akan tebang, pastu antar ke satu gerai mesin tebu. Dapat lah kitorang minum air tebu segar. Tak tuh pun, tebu tuh makan macam tuh jer. Berebut-rebut kitorang adik beradik makan tebu. Potong kecik-kecik. Tapi aku lagi suka buang kulit tebu tuh guna gigi. ehehehe..sakit gigi dibuatnya. Tapi, seronok. Pernah gak aku cuba tanam pokok kentang dengan bawang (curi kentang ngan bawang emak). Ini idea aku dengan kak alin lah nih..Kitorang buat batas sendiri, kat tepi tempat buang sampah. Tapi kecewanya sebab tak tumbuh pokok kentang. Dah besar nih baru aku tau yang kentang tak tumbuh kat negara kita nih..ehehehe... Kalo masa kat Kuala Kubu Bahru, mak banyak tanam pokok ubi. Masa kat KKB tuh, petang-petang selalu ikut emak dengan abah pergi kebun. Sebab suka tengok abah bakar sampah. dalam erti kata lain, aku suka main api. Ehehehe..bila abah dah korek ubi, kadang-kadang abah bakar sekali ubi tuh dalam longgokan daun-daun kering tuh. Sedap makan ubi bakar. Lemak rasanya. Kalo banyak, abah bawak balik, pastu mak buat kerepek ubi pedas. Nyum..nyum...Yang paling aku ingat, pokok betik yang emak tanam. Buahnya lebat betul. Pastu manis sesangat. Agaknya sebab pokok tuh dekat dengan lubang kumbahan kot. Ahahaha..sekarang nih tak rasa dah benda-benda tuh, sebab takder kawasan nak berkebun. Depan belakang umah dah bersimen. Kalo nak tanam apa-apa, kena cari pasu la. Kira dah tak ada sangat aktiviti yang menyihatkan badan la. Harap dengan bersenam jer. Rindunya dengan kenangan lalu. Awak, nanti saya nak bercucuk tanam tau. Ehehehe..jgn gelakkan...

Tuesday, December 13, 2005

tRagIs..

Situasi 1:

Seorang jejaka yang bakal menamatkan zaman bujangnya lewat keluar dari rumah untuk ke lokasi pernikahan. Panggilan telefon yang diterima mengatakan bahawa tok imam dan sebahagian dari keluarga pihak lelaki telah pun menanti hampir setengah jam di lokasi yang dinyatakan.

Situasi 2:

Rombongan si jejaka untuk ke lokasi tersebut telah terpecah menyebabkan ada diantara mereka yang telah tersesat. Si jejaka sendiri lewat tiba di lokasi. Masing-masing keresahan kerana ibu da ayah si jejaka masih belum kelihatan walaupun sudah hampir 1 jam menanti.
Si jejaka terpaksa dinikahkan tanpa kehadiran ibu dan ayah.

Situasi 3:

Ibu dan ayah si jejaka telah tersesat jalan ke satu kawasan yang tidak mereka ketahui. Cincin perkahwinan dan wang hantaran berada bersama mereka. Dipercayai ibu dan ayah si jejaka
dikatakan tidak dapat melihat arah yang betul untuk ke lokasi pernikahan. Setelah hampir 1 jam mencari arah, akhirnya ibu dan ayah si jejaka tiba di lokasi apabila acara pernikahan hampir selesai.

Situasi 4:

Selesai acara pernikahan, sewaktu orang ramai sedang bersiap sedia untuk mengerjakan ibadah solat zohor di lokasi tersebut, mereka dikejutkan dengan berita bahawa seorang makcik kepada pengantin perempuan tumbang di dalam masjid. DIpercayai akibat serangan sakit jantung. Doktor yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan kecemasan kepada makcik tersebut. Makcik tersebut telah dikejarkan di hospital berhampiran oleh anaknya apabila ambulans lambat tiba. Pengantin perempuan mengiringi makcik tersebut.

Situasi 5:

Rombongan lelaki di bawa ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Namun rombongan tersebut terpecah kembali menyebabkan beberapa kereta telah memasuki lorong yang salah. Akhirnya, 2 kumpulan terus pulang apabila tidak menemui jalan untuk ke rumah pengantin perempuan. Setelah tiba di rumah pengantin perempuan, sekali lagi rombongan dikejutkan dengan berita bahawa makcik tadi telah pun meninggal dunia di hospital. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang solehah. Amien..


Tragis tak??? uhuhuh..apa-apa pun, semoga pasangan tersebut di redhai ALLAH dan berbahagia dunia akhirat..amien...

Friday, December 09, 2005

bUngA yAng cAntIk tIdAk sEmUAnyA wAngI

Assalammualaikum wbt..

Di sini ada satu artikel yang aku tak pernah boring membacanya sebab ada kebenaran di sebalik peringatan ini. Peringatan buat diriku yang sering lupa..

"Bunga yang kembang dan cantik tu jarang yang wangi ….Begitulah org yang cantik jarang berbudi…" (ana tak kata….artikel ni yg tulis macam tu..ana tolong taip jer..tapi ada kebenarannyakan )

Apabila si gadis di puji dengan kata-kata , "Awak cantiklah" , maka akan menguntumlah senyuman di bibir dan berbungalah hatinya . Tersipu-sipulah ia .Ah… siapa yg tak seronok bila di katakana cantik dan lawa ? Begitulah resam manusia , seronok bila di puji kecewa bila di keji. ( Alhamdulillah , nasib baik ana nie tak cantik , kalau tidak termasuklah sekali dalam kategori ni….he..he….he…)

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yg merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil bila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yg cantik selalu di timpa ‘perasaan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan .Kata org wanita cantik banyak mahunya . Diri rasa bangga , seisi dunia mahu di genggamnya . Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yg beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bagai merpati , senang di dekat di tangkap lari.

Jika ia seorg isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yg menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikkan isterinya . Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikan isterinya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya . Kemana diarah di situlah perginya , alangkah dayuskan dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuanya tidak tercapai , mengugut , merajuk hendak balik kampong atau minta dicerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi kecantikannya di gunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah , keutamaan dan nilai diri seorg wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri , ketaatnya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi , lebih-lebih lagi isteri yang cantik yg derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya tapi harumnya tiada . Sebalinya wanita yang tidak cantik tapi berakhlak mulia , taat pada suami , sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka .Tiada rupa tapi keharumannya memikat jiwa. Antara bunga cempaka dan bunga raya ,pastilah bunga cempaka di minati orang. Kasihan bunga raya tidak di di jual atau di pakai org. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yg berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.


Wanita yg tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata.Ibarat bunga yg tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. (part nie paling ana sokong…..) Tetapi marilah berlumba-lumba utk menjadi wanita yg bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.Bukan kerana takut luput kurnian Allah itu dari dirinya. Bukan jua kerana iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala yg tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yg bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-gira bagaimana nak meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yg di julang bagai mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangansetiap insane , cantik indah tetapi hina terdedah.Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukurlah dgn segala nikmat Tuhan.Baik buruk, cantik hodoh itu pemberianNya . Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba masa jua di mana yg berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacaing dan di timbusi tanah di liang lahad yg gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu di ucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian tuhan ? Baru sanggup berjuang berkorban apa saja demi mendapatkannya?


Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yg hina. Sehina itulah diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisqbqn .Segala pinjaman tuhan itu utk apa digunakan.

Lunakkan hati , tenangkan perasaan.Lihatlah ke seluruh penjuru alam .Dimana saja mata menjurus , disana ada keagungan . Dongakkan kepala ke langgit biru , tundukkan wajah ke bumi yg hijau. Saksikan kilauan mentari , percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yg di saksikannya tidak bertiang , gunung ganang tidak berpancang . Usah terlena dibuai keindahan , sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yg ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu di timpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53


Wallahu a’lam , semoga kita sentiasa di bimbingNya dalam bermujahadah menjadi org yg terbaik……

(p/s: ya ALLAH. Semoga KAU tidak membiarkan diriku yang lemah ini hanyut dengan nikmat dunia..amien)

Thursday, December 08, 2005

Khas Buat Teman-Teman Yang Kurindui..

SURATAN ATAU KEBETULAN

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurangan
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diri ku amat bererti
Tapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( Ulang Rangkap * )

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah satu suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

MiSSiNG...

Image hosted by Photobucket.com assalammualaikum wbt..

Semenjak 2 menjak nih, aku merasakan satu kerinduan. Kerinduan yang teramat..kepada teman-teman cyberku. Apa khabar kalian sekarang nih eh? Lama dah tak mendengar kabar berita. Aku sering teringat perbualan-perbualan maya kita, persahabatan kita. Ada orang mungkin akan rasa pelik, bagaimana dengan org cyber pun kita boleh menjadi rindu. Ntah la, persahabatan yg terjalin tidak mengenal alam cyber atau alam nyata. Sekiranya persahabatan itu ikhlas, mmg kita akan rasakan kerinduan bila lama tak berbual mesra. Di manakah kalian sekarang nih cuuza, naufalz03 dan ahfaz79. .how much i miss them all. Dindaaaa..di manakah kau berada..rindu hati ingin jumpaaaaa (lagu indon..saper ntah penyanyinyer..ehehe)

cuuza...teman yang ku kenali sekitar tahun 2003 dari room Malaysia. Dah dekat 2 tahun aku kenal dier. Budak Penang.Dia nih memang sporting.Tak pernah nak berkira ngan aku..rajin sms, rajin tepon..ehehe..sampai kakak aku kata " kalo si cuuza tuh lelaki, sah-sah ko dah tergoda ija"..ehehehe..bukan apa, aku suka melayan dier nih sebab dier jenis tak amik hati..cakap lah apa pun..dier memang selamba..sebab tuh dia selalu jadi mangsa bulian aku..ehehehe..kadang-kadang tgk dia macam tensen gak..tapi takper, dier nih kuat hati..skang nih dah kawen..tapi dari masa raya tuh dia dah menyepi..kenapa yer? nak telefon, tapi nombor dier dah tukar..aduhai..I MISS U MY PREN...huhuh..biler lah agaknya kita leh borak-borak macam dulu..aku wat lawak ko tolong gelakkan..isk..isk..isk..CUUUUUZAAAAAAAAAA (cam orang tgh bercinta lak..hakhakhak)

naufalz03..one of my best cyber friend ever..uhuhu...tempat aku berkongsi masalah..aku kenal dier awal tahun 2003 kot..kenal masa join room Selangor:1..ye ker nau?? if only u read my blogs nau..dengan nau nih ler aku dok citer masalah aku..dengan nau nih aku leh citer apa sajer..perihal keluarga, peribadi, kerja..macam-macam ada..sebab aku rasa selesa dengan dier nih..aku dok majuk..aku dok marah...pastu dier nih pun kira sabar gak la...sabar melayan otak senget aku nih..ehehehe..biler ingatkan dier, tringat lah kuih cincai, makcik pendek, kari mamak, katak angus aku, kucing-kucing, dan banyak benda lagi...beberapa tahun kenal dier nih, rasa macam aku dah betul tau saper dier..walaupun aku tak pernah tau nama betul dier, muka dier, no tepon (even public phone umah dier)..aku tak pernah tau sumer tuh..sebab dier mmg takkan bgtau..very secretive person..kalo nak citer pasal nau nih, mmg 2-3 posting takkan habis...yg sonoknya dier nih, biler dier pi mana-mana..tak pernah luper kat aku..ada jer benda dier nak bagi..eheh..pernah kitorg bertekak pasal barang-barang pemberian nih..dier suker bagi kat org tapi dier tak suker org bagi kat dier..ehehe..untung isteri dier..dan, dier adalah orang yang tak segan mengakui kelemahan diri..serta sentiasa nak perbaiki diri..i'll pray for ur happiness nau..may ALLAH bless u always..n ur family..how much i miss u..skang nih pengubat rindu aku adalah perbualan-perbualan aku ngan dier kat YM..

ahfaz..sahabat yang kukenali semenjak tahun 2001 lagi..sejak dier masih tahun pertama di Mesir..dah dekat 5 tahun aku kenal dier..aku kenal masa MIRC tgh pemes..dengan dier nih pun aku slalu berkongsi cerita..dulu kitorg rajin berhubungan..tapi sekarang nih dah kurang dah..skang nih dier dah ada kat Malaysia..dah habis pengajian..saya doakan Hafiz berjaya dalam mengejar cita-cita Hafiz..dengan dier nih pun aku slalu bertengkar...kadang-kadang sampai kecik-kecik hati..biler aku dah rapat dengen seseorang tuh, aku akan jadi seorang yang sensitif..mudah terasa bila aku rasa cam ada yang tak kena...ehehehe...itu yang terjadi pada aku biler berkawan dengan dier..dulu boleh dikatakan aku ngan dier agak rapat (mungkin perasaan aku jer) Sekarang nih dah terasa cam renggang sangat..sampai satu tahap aku dok teringat-ingatkan persahabatan yang dulu..betapa aku berharap yang aku leh kembali pada masa dulu...oh..i really miss that precious moment..


Di mana saja korang berada skang nih, aku doakan agar korang berbahagia..jangan luper pada kawan korang yang sorang nih..kawan yg sentiasa rindukan korang..kawan yang sentiasa nantikan korang kembali menghubunginya..dan kawan yang takkan lupakan korang, insyaALLAH..dunia dan akhirat..semua perbualan, semua perbincangan, suka dan duka..waktu bergelak ketawa, waktu kita bersedih..sumernyer akan ku simpan kemas di dalam kotak memori ku..dan moga ALLAH tidak mengambil kenangan itu dari diriku..I REALLY REALLY REALLY MISS U ALL...

Tuesday, December 06, 2005

HuJuNG MiNGGu Ku..

Image hosted by Photobucket.com


hehehe...Jumaat hari tuh, abg long jr dah jd "orang besar"..ehehe..tahniah lah eh dr mak andak..sebelum berkhatan tuh, diorang ada upacara bersiram kat Hospital Putrajaya..bebudak tuh kena jirus ngan air dr pili gomba..wah..tengok gambar kat enpon kak alin, melompat-lompat budak tuh..suker la main air..kalo nak wat camtuh kak rumah, jangan harap ler..mau kena balun ngan mak bapak diorg..ehehehe...mau daknya, buat perabih duit bayar bil air jer nanti..tapi, apa simboliknya main air ngan berkhatan eh?? Tgk bebudak sekarang nih pas baper hari berkhatan, dah start berjalan ke hulu ke hilir dah..kalo zaman dulu-dulu, seminggu la berikat kain..dok terbaring jer..makan pun berhidang..ehehe..spesel tul..tp, kesian lak tgk abg long jr terkulat-kulat biler pandang org lain makan sedap-sedap..yer la, kena berpantang..ayam tak leh..telur tak leh..benda-benda sejuk takleh..seksa tul hidup dier..yang aku pun "baik" sangat..lagi dier takleh mkn, lagi aku tayang kat depan dier..silap-silap, berdendam budak tuh ngan aku kang...ehehehe...sabar abg long jr..dah ok nnt, pulun la sumer sekali...

Hari Ahad tuh, abg long sr ngan kak aida wat kenduri...sekali ngan jiran sebelah..member baik abg long jr tuh..sebab diorg berkhatan bersama-sama..ehehe..dr tengah hari tuh sampai ke tengah malam aku kat umah abg long..buat aper yang patut dan tak patut..ehehe..yg patutnyer aku ke hulu ke hilir la macam orang bizi sedangkan bukan wat kejer pun..sajer berlakon..belah petang pas Asar org pompuan baca yassin kat umah abg long...so, kena la bertungkus lumus menolong..ehehe..yang tak patutnyer, aduhai..leh lak aku jatuh tangga..nasib baik la tetamu kat luar umah tengah mkn..kalo dak, mau aku lari dari rumah tuh..malu wei..ehehe...pastu, kakak kak aida trus datang urut kaki aku..kompius gak sebab rasanya aku tak terseliuh..tapak kaki jer yang sakit sebab dok kena bucu 3 anak tangga..kira ala-ala style tgh dok maik ski gayanya..mmg aksi stunt tul...tapi takper ler, dah orang nak urutkan..aku bg jer la kaki tuh..hehehehe..pastu aku terpikir, agaknya sebab aku tak solat Asar lagi kot..tuh yang leh jatuh tuh...trus aku pergi naik atas, aku solat Asar dulu..pastu aku turun balik wat muka tak bersalah..cam tak ada apa-apa yang berlaku la..hakhakhak...kontrol..kang jatuh saham...

Malam tuh aku masih kat umah abg long..sedara-sedara dah tak ramai dah..baik belah kak aida maupun belah kitorg...mlm tuh turn lelaki lak baca yassin..tapi akceli kat umah sebelah tuh..memandangkan ghamai, separuh dr diorg kat umah abg long...pastu masa diorg tgh baca yassin, Zaiful baru sampai..ehehe...memula segan nak masuk konon, pastu paksa dier ikut pintu dapur...sori ler awak...tak inform awal-awal yang pasal belah malam tuh punya aktiviti..anyway, thanks for coming walaupun tidak mendapat layang VVIP dari aku..ehehe..mana daknya, aku biarkan jer dier kat situ..borak la ngan saper-saper yang dier kenal..sib baik Iwan ngan abg long ada....nak idup, pandai-pandai lah berdikari kan?? Balik dr umah abg long smalam kul 11 lebih..sampai umah dah kul 12..mandi2 sumer pastu trus tidor..sib baik dah Isyak dulu kat umah abg long...

Aku skang nih dah nekad..nak kuruskan badan..ehehe...walaupun org len kata aku dah kurus..tp, aku takkan tertipu..hikhikhi..tp, tak tau lah baper lama leh bertahan nih...angan-angan jer lebih nih..takper, aku akan wat byk senaman..ceewah..Kang jd cam hari sabtu tuh..ye ye jer nak pi main badminton..last-last dok umah..menyental umah..ehehe..takper..kuar gak peluh..akan ku kuatkan hati ku ini...WAHAI DUNIA..NANTIKAN KEMUNCULAN KU..dalam version kecil..ahaks..doakan lah ek??

Friday, December 02, 2005

MeRaPu PaRT

Assalammualaikum wbt

huhuhuh..aku tak tau akceli aper nak citer...takder yg menarik berlaku dalam hidup aku sepanjang minggu nih..agaknya sebab tuh aku tak suka tulis diari kot...semangat "hot-hot chicken waste"..hehehe...awal2 jer cam berkobar-kobar..semua nak citer...tgh-tgh jalan dah mula la lemah longlai...tengok jer..cam la kalo tengok tuh dier leh kuar tulisan kat blog nih kan?? hikhikhik..kalo boleh la..mmg sonang yo kojo den ni haa...takyah si tulip dok bg alert..suh aku apdet blog..ehehe...tulip..meh la tolong apdetkan..

erm..Ahad hari tuh pi ke Pahang. Kenduri kawen irza (kawan anim)..jauh berjalan, sampai sesat2...tp, alhamdulillah..sampai gak..all the way to Felda Jengka tuh, rasa cam sejuk jer mata..sebab kiri kanan tuh pokok2 ijau jer..pastu ada sungai2..behnyer...tp, balik tuh dah tak selesa lak..sbb tak sangka akan tak sihat camtu..sian anim..sebab aku lam keter muka toyer jer....isy..sib baik adik aku tuh sabar..kalo dak, mau dier tendang aku kuar keter..sbb tgk muker cam tak siap jer..ehehe..nak senyum pun tak larat masa tuh..sore pun tak semerdu biasa..hehehe..

Isnin lak masuk-masuk opis jer dah kena pi miting..nih si tulip ler nih...huhuhu..masuk2 miting jer ghupernyer takder kaitan ngan kitorg..huhuh..dah masing2 terkebil2 dgr diorg bercakap..dah la yg attend miting tuh org-org besar (pangkat dan fizikal)..aku ngan tulip jer yg kecit dan comel lote...nak komen mmg takleh..nak jawab pun langsung takder kaitan..last2 kitorg wat citer sendiri..nak tau citer nyer, baca lah kat blog tulip tuh...siap ada bukti lg ke'tidak pahaman' kitorg pasal agenda miting tuh..hakhakhak...nak mkn sandwich tuh pun segan, sebab takder contributions lam miting..

Pastu, hari selasa lak aku memontengkan diri..sebab abg long ada kat umah..yer lah, takkan nak tinggalkan diorg sendiri-sendiri kat umah kan?? tuh hampehnyer tuan umah tuh..ehehe..tinggalkan tetamu kat umah..pastu wat la aper-aper suker..eheheh..tghari tuh diorg balik beranang..tinggal aku sesorg kat umah..mengadap komputer nih..sampai naik boring ler..kalo la komputer nih bernyawa, sah-sah gantung diri sebab tak sanggup asik ngadap muka aku yg cun abih nih..ehehehe..

Skang nih aku kat opis mmg dah boring tahap cipan..(sian cipan, yang tak baik jer sumer dier..ehehehe)nak main game, segan..nak chat pun, rasa cam dah takder modal nak berbual..ramai member chat aku yg aku tak layan skang nih..bukannya apa, nikmat chatting tuh tak mai lg..sori eh kengkawan..nnt biler keramahan ku dah kembali, pasti akan ku layan semuanya, sampai korang tak terlayan aku ler nnt..ehehe..

Ok la..dah lama dah rasanya aku tak tido awal sejak komputer nih dah ok dan dah start download game..leka dibuatnya..sedar-sedar dah kul 11 lebih..kul 12..hambik ko..esoknya bangun tuh pening-pening kepala..sebab tak cukup tdo (konon)..owh..esok anak buah aku nak berkhatan..ehehe..selamat menjadi org besar" eh baihaqi?? eheheh..

Wednesday, November 23, 2005

pening..pening...

Bermula lah episod kepeningan ku..pening sbb takder benda nak buat..nak buat bodoh pun dah tak larat..apatah lg nak buat2 pandai..nak buat2 bz pun penat dah...huhuhuhu..kalo ikutkan hati, tdo lg beh...tp, ngan keadaan partition terbuka nih..nak tdo, cam wat show la plak..sumer org leh nampak..hehehe...takper ler..gagahkan la mataku..huhuhu

la nih asal hujung minggu jer ada jemputan..tuh pun pening gak sbb tak tau nak pi yg mana satu..kalo ada transport sendiri ok ler gak..mmg satu dunia aku jelajahi..ceewaahh..berangan jer lebih..lesen tak gak amik2 lg..hakhakhak..erm..dia pun ajak pi kenduri kawen kat umah sedara dier...sogan la den..

Friday, November 18, 2005

EnSeT Ku SaYaNG

Assalammualaikum Wbt..

Semalam aku rasa cam satu kehilangan jer...hehehe...bukan rasa..tp, mmg hilang pun..akceli takder ler hilang..cuma takder bersama ngan diriku...hukhukhuk...Sebenarnyer, dah nak sampai umah semalam baru..biler check lam handbag..seseungguhnya aku tidak menemui jantung hatiku, ensetku..alahai...betapa sedihnya diri ini..maafkan aku enset kerana tertinggalkanmu di opis...biler takder enset nih rasa cam tak complete jer diri ini..cam ada lak cacatnya..rasanya masa nak balik tuh dah masukkan benda lam handbag..ghuper2nya bukan enset yg kusimpan..tp bedak...mlm tuh mmg tawakkal jer la..harap2 enset tuh masih setia menanti di atas mejaku..sampai2 opis pg nih, aku geledah dulu mejaku..mencari enset...sib baik la kak ma yg pegangkan..hakhakhak..muaaahh kak ma..mekacih..

Saturday, November 12, 2005

PeNtInG PeRsAhAbAtAn

"HIDUP bukan sekadar menunggu mati meskipun ajal dan maut tetap menanti". Hidup jangan terlalu memikirkan masa hadapan kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran. Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini. Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia. Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.

Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil. Siapakah orang bijak? Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang. Siapakah orang yang jahil? Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.

Justeru, janganlah kita lagukan lagi irama sendu. Nyanyikan lagu-lagu kejayaan.Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan SENYUMANMU yang paling manis sepanjang zaman.

JANGANLAH kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

DUA sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

TERLALU sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

TEMAN ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan TAPI sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

PERSAHABATAN yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Friday, November 11, 2005

Raya Ke-4..jeng jeng jeng




Raya ke-4..hehehe...dr bangun subuh sampai ke malam, bz memanjang...naper eh?? ehehe..sbb hari tuh, serombongan tetamu dr Beranang, Selangor akan bertandang ke rumahku...hmmm...merupakan antara hari yg berbahagia buat diriku.. ewaah..

Alhamdulillah..majlis berlangsung dengan lancarnya walaupun lauk pauk tiba agak lewat..ahaks..sian org2 surau...dpt mkn mihun, pulut ngan sambal ikan bilis ajer....pastu kuih muih..kira minum pagi ler lebih kurangnya... lauk pauk sampai masa rombongan belah lelaki dah tiba kat umah nih..masa tuh dah kul 12 lebih... ramai belah lelaki tuh...yg hr tuh dia kata 7 keter 1 van..tapi tak tau la jd ker dak 7-7 keter tuh dtg...rombongan belah lelaki bawak 9 dulang hantaran, pihak kami lak balas ngan 11 dulang hantaran.. setelah perjanjian dibuat..insyaallah, hari langsungnya adalah tahun depan..erm...pastu, diorg panggil turun sebab nak sarung cincin..ehehehe...dengan machonya (sbb pakai baju ala2 warna robocop) aku turun la...paksa sue ngan enny iring aku turun...last2 toleh belakang tgk2 aku jer turun sesorg..ampeh tul bebudak nih..masa tuh rasa cam tak nampak saper2 yg ada kat sekeliling....nak kata segan tuh, dak la jugak...tak segan tuh, nipu sgt lah kan...agaknya sbb mata dah fokus kat hantaran dia jer..ehehe...mmg lawa..serba hijau dier bg...rasa cam kat kawasan hutan simpan..(hehehe..jgn marah eh awak)..


Anyway, majlis sarung cincin sumer tuh selesai pada pukul 1 lebih (agak2nya la..sbb masa tuh tak pakai jam)..pergh..dah sudah tuh baru la terasa perutku menyanyi2 mintak diisi..nak mkn takleh lg..sbb tetamu masih ghamai dok amik2 gambor...pas rombongan pihak lelaki balik, memember lak sampai...ehehe..sori wan, haris, kas ngan nahdha...aku segan nak citer awal2 dulu...so, suprise!!thanks korang..nnt nak kawen nnt, aku bgtau awal2 eh..leh claim hadiah mahal2...ahaks..

Tung tang..tung tang..last2 aku mkn kul 6 lebih..masa tuh tinggl sedara2 dekat jer..

Kejer Balik..


Assalammualaikum wbt..

Selamat Kembali Bertugas pada yg baru nak mula bertugas..Selamat Menghadapi Peperiksaan pada yg nak periksa..dah lama sgt bercuti, rasa malas nak mula kejer...nak bgn tdo pun sikitnya seksa..eheheh..hmm..pas sebulan kita sumer menurunkan berat badan, masuk hari raya jer terus naik balik..hehehehe..

Tahun nih beraya tak berapa meriah sbb tinggal baper org jer kat umah masa sessi bersalam-salaman..namun, kesyahduan tetap dirasai..pasnih berderet-deretlah jemputan rumah terbuka akan sampai...isk..sediakan jer la space perut yg besar eh...kalo dak, rugi...hehehe...

Macam tahun-tahun yg sudah, pas solat raya jer terus sesi bersalam-salaman..pastuh sesi bergambar-gambaran..pastu memasing pakat dok depan TV...eheheh...tengah hari sikit baru pi berjalan..pi kat umah tok sedara tuh yg best sikit sebab masih dapat duit raya..hakhakhak...saper lah sangka kan?? Apa-apa pun, mekacih...

Masuk hari raya ke-2, dok umah nunggu orang dtg jer...dan aku seperti biasa amik tender goreng-menggoreng kat dalam dapur nun...

Biler dah raya ke-3 plak, mula la membzkan diri...start dah masak rendang lg..pastu nak siapkan benda2 yang tak siap..eheheh...jenuh gak...ngantuk2 dok nyiapkan benda2 tuh..tp, hasilnya..wahwahwah..amat membanggakan diri sendiri..ehehe

Friday, October 28, 2005

Pulang marilah Pulang...

Assalammualaikum wbt..


woo..wooo..wooo..balik kampung
...woo..woo.wooo..balik kampung
hati giranggggg...

eheheh..eventhough aku takder kampung, tp aku tetap akan balik ke umah mak abah...walaupun takyah nak booked2 tiket, tp..tetap akan balik..ehehehe..sonoknyer cuti lelama...pada mereka yg berada jauh diperantauan, bersabar lah ek?? insyaallah..panjang umur, ada rezeki..pasti akan kembali ke pangkuan ayah bonda jua...

Kadang2, tgk member2 balik jejauh naik bas ekspres, tringin gak nak rasa..yer laa...aku nih naik bas jer, baru dpt tiket..org lain, beli tiket dulu, baru leh naik bas..mesti sonokkan balik jejauh tuh...terasa cam berkobar2 hati nak jumper mak ayah..nak jumper member2 sekampung...hmmm..tak kisah la dimana saja kampung korang sumer, moga bergembira di hari raya...

Selamat Hari Raya...
Aidilfitri mulia...
ampun maaf dipinta,
mensuci hening muka...

setahun menghilang, sekarang menjelang...
hari yang bahagia..
Selamat Hari Raya..yeaaahhh!!!

Bacalah Alquran

Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Dari Abu Musa Al-Asy'ari ra yang berkata bahawa Rasulullah saw bersabda mafhumnya:
"Perumpamaan seorang Mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah limau, baunya wangi dan rasanya enak. Perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti kurma, tidak mempunyai bau, namun rasanya manis. Perumpamaan seorang munafik yang membaca Al-Quran bagaikan minyak wangi, baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan seorang munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti handhalah (sejenis labu), tidak mempunyai bau dan rasanya pahit." (HR Muttafaq Alaih).

"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alim lamm miim itu satu hurut tetap alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf." (HR Tirmidzi ari Ibnu Mas'ud).

Hujung2 Ramadhan..

Hmmm....normal lah..dah hujung2 ramadhan nih, kat mana2 opis (baik gomen atau pivate) org dok sibuk bercerita tentang planning hari raya...ehehe..mood nak bekerja pun makin berkurang..yg perempuan dok kira kuih baper jenis..yg lelaki dok citer pasal perjalanan tuk balik kg (ye ker?)..ehehehe....ada jugak yg dah plan tuk wat opis terbuka (termasuk ler aku)..hak hak hak..sabar jer la...kalo masa zaman bebudak dulu, skang nih sah2 tgh menghitung hari...tak cukup jari tgn, jari kaki pun wat kira..nak tgk, baper hari lg sblom sampainya raya..pastu, citer ler kat umah mak dah buat kuih apa...baju baper pasang...baper byk kad raya dah dpt..saper lg lom balas kad raya...kalo aku dedulu, siap berlumba ngan adik..saper paling byk dpt kad raya..biasanya aku ler menang...sampai ke besar nih, kad raya aku gak yg paling banyak...muahahaha..bangga sungguh diriku...mak pun geleng paler..ehehehehe...sonoknya la...

Skang nih dah besar2, dah agak berusia (tapi masih lom tua) kurang sikit dah feeling2 camtuh...kalo ada pun, tak sekuat masa zaman kanak2 dulu..sbb skang nih dok pikir, baper budget tuk beli kuih raya, baper budget nak bg duit raya...belen2 gaji mampu dak nak tampung belanja pas raya...hehehehe..silap2, sebulan raya tuh ada yg berpuasa..takper...puasa ganti (bg yg pompuan) + puasa sunat 6 tuh..cukup dah dekat sebulan..ehehehe

Pada mereke yg tgh seronok nak balik kg tuh, berhati2 di jalan raya noo....dont b to xcited...pandu dengan cermat...jln sekarang tak seselamat jalan zaman mak ayah kita dulu..heeee...mana2 yg tgh sonok nak sarung baju baru tuh, sabar2 lah ek...tak lari nyer baju lam lemari tuh dikejar....dan pada yg lelain...selamat berhari raya...raya jgn sampai lupa dunia lak...yg tetua tuh, takyah la berebut ngan bebudak nak kumpul duit raya..bughuk benar aih ghupernyer...

Wednesday, October 26, 2005

erk..aa...isk

Assalammualaikum wbt...

testing..testing..test...uhuhuh...nih first time aku membloggingkan diriku...tak tau aper yg behnyer..tgk bebudak lain dok sakan buat blog...aku nak try gak la..kot la leh menghilangkan keboringan ku yg dah sampai ke tahap gaban nih.. (tak rasa gaban pun pernah rasa boring camnih)...isk..aku dah ler jenis tak reti nak citer2 hal peribadi nih...ceeewahhhhh...kekononnyer la...dulik la...ghaser2 nak taip, aku taip..ghegaser cam malas,takder ler menaip..ehehehe...

smenjak duer menjak nih aku dok mkn gaji buta jer...silap2 mau kembung perut ku ini..kalo bebudak kecik, leh la pakai barut kalo tanak bg kembung...isk..kalo aku nih...isy...bahaya...kang kena timbang kat padang mahsyar..erk..

mmg tak dinafikan diriku ada sedikit (sikiiiiiiiiiit jer tau) kemalasan..tp, kalo dah sampai ke tahap camnih, tak larat dah nak malas...huwaaaaaaaaaa......berikan daku sedikit kerja...ngehehehe..bulan poser nih kena byk buat amal ibadat..kejer pun satu ibadat gak kan?? kan??

hmmm...ptg nnt berbuka kat luar aarr..tak larat nak mkn lauk2 beli..nak masak pun brg dapur tarak stok (alasan kukuh) ehehe...nak pekena roti nan..minum teh tarik panas..pergh...eh..poser..astaghafirullah..kurang pahala poser ku...jom..solat..sat lg nak pasang kuda2...ehehehe...