Assalammualaikum wbt..
Di sini ada satu artikel yang aku tak pernah boring membacanya sebab ada kebenaran di sebalik peringatan ini. Peringatan buat diriku yang sering lupa..
"Bunga yang kembang dan cantik tu jarang yang wangi ….Begitulah org yang cantik jarang berbudi…" (ana tak kata….artikel ni yg tulis macam tu..ana tolong taip jer..tapi ada kebenarannyakan )
Apabila si gadis di puji dengan kata-kata , "Awak cantiklah" , maka akan menguntumlah senyuman di bibir dan berbungalah hatinya . Tersipu-sipulah ia .Ah… siapa yg tak seronok bila di katakana cantik dan lawa ? Begitulah resam manusia , seronok bila di puji kecewa bila di keji. ( Alhamdulillah , nasib baik ana nie tak cantik , kalau tidak termasuklah sekali dalam kategori ni….he..he….he…)
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yg merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil bila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yg cantik selalu di timpa ‘perasaan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan .Kata org wanita cantik banyak mahunya . Diri rasa bangga , seisi dunia mahu di genggamnya . Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yg beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bagai merpati , senang di dekat di tangkap lari.
Jika ia seorg isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yg menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikkan isterinya . Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikan isterinya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya . Kemana diarah di situlah perginya , alangkah dayuskan dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuanya tidak tercapai , mengugut , merajuk hendak balik kampong atau minta dicerai. Alangkah indahnya jika si isteri tadi kecantikannya di gunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah , keutamaan dan nilai diri seorg wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri , ketaatnya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi , lebih-lebih lagi isteri yang cantik yg derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya tapi harumnya tiada . Sebalinya wanita yang tidak cantik tapi berakhlak mulia , taat pada suami , sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka .Tiada rupa tapi keharumannya memikat jiwa. Antara bunga cempaka dan bunga raya ,pastilah bunga cempaka di minati orang. Kasihan bunga raya tidak di di jual atau di pakai org. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yg berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
Wanita yg tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan menyakitkan hati dan mata.Ibarat bunga yg tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. (part nie paling ana sokong…..) Tetapi marilah berlumba-lumba utk menjadi wanita yg bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.Bukan kerana takut luput kurnian Allah itu dari dirinya. Bukan jua kerana iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala yg tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yg bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-gira bagaimana nak meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yg di julang bagai mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangansetiap insane , cantik indah tetapi hina terdedah.Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukurlah dgn segala nikmat Tuhan.Baik buruk, cantik hodoh itu pemberianNya . Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba masa jua di mana yg berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacaing dan di timbusi tanah di liang lahad yg gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu di ucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian tuhan ? Baru sanggup berjuang berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yg hina. Sehina itulah diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisqbqn .Segala pinjaman tuhan itu utk apa digunakan.
Lunakkan hati , tenangkan perasaan.Lihatlah ke seluruh penjuru alam .Dimana saja mata menjurus , disana ada keagungan . Dongakkan kepala ke langgit biru , tundukkan wajah ke bumi yg hijau. Saksikan kilauan mentari , percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yg di saksikannya tidak bertiang , gunung ganang tidak berpancang . Usah terlena dibuai keindahan , sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yg ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu di timpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53
Wallahu a’lam , semoga kita sentiasa di bimbingNya dalam bermujahadah menjadi org yg terbaik……
(p/s: ya ALLAH. Semoga KAU tidak membiarkan diriku yang lemah ini hanyut dengan nikmat dunia..amien)
No comments:
Post a Comment