Monday, December 31, 2012

Penghujung 2012...

Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun baru akan tiba..Penghujung 2012 yang memberikan kesan kepada keluarga aku. Seawal Disember, kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari kakak aku di Sarawak tentang emak yang dihantar ke hospital kerana muka kirinya menjadi herot. Kak Alin kata since aku yang paling dekat dan memandangkan adik beradik yang lain sedang bercuti, makanya aku diminta untuk balik tengokkan emak. Sebaik jer sampai ke Beranang (sebab enpon tertinggal masa pergi kenduri kawen) aku terus telefon adik beradik yang lain. Tak kisah dah samada tengah bercuti atau apa. Terus yang lelain pun menuju ke hospital. Kak Alin sampai dari Sarawak pukul 12 malam. Setelah di check, doktor kata emak kena minor stroke. Terdapat clog dan sekit bleeding di otak sebelah kanan menyebabkan emak lemah sebelah kiri. 3 hari jugak lah emak dok hospital sebelum dibenarkan keluar. Sekarang Alhamdulillah bertambah sihat. Setiap kali menziarah emak, aku menjadi rindu pada masakan emak. Pada keceriaan emak. Pada gelak tawa emak. Harapnya emak semakin sihat dan bertambah kuat..


Alhamdulillah, Siti pun dah selamat dapat baby boy. Bertambah lagi la ahli keluarga Acik Ana dan Pakcik Mat Noh. Seronok lak sebab dha 3 tahun tak ada baby dalam family. Masing2 excited jer. Harapnya Naufal besar jadi anak yang soleh yer.

Malas nak cerita pasal azam tahun baru..sebab banyak azam2 dolu tak tercapai lagi..ehehe..makanya, buat apa saja yang termampu.. :D

Tuesday, December 18, 2012

Bunga yang cantik...



Saja nak tanya..saper yang pernah tengok bunga nih? Tahu tak bunga apa ni? Hehehe..Sebenarnya ini first time aku jumpa bunga nih. Ini adalah bunga pokok kunyit. Aku rasa lawa pula rupanya. Aku perasan bunga nih masa tengah selak-selak pokok kunyit aku yang sedang rimbun. Rasanya dari setiap celahan bunga tuh, akan kembang bunga2 kecil berwarna kuning cair. Cumanya tak pasti adakah bunga ini boleh dimakan.

Tuesday, September 25, 2012

Selamat Pengantin Baru..


Alhamdulillah..akhirnya kawen gak adik aku yang sorang nih. Setelah menempuhi pelbagai rintangan. Putus cinta, putus tunang...menjadi kakak yang rapat kepada Iwan, aku adalah pendengar kepada setiap maslaah yang dihadapi. Segala kekecewaan yang terbuku. Apa-apa pun semoga berbahagia dunia dan akhirat buat Iwan dan Nisa...

Telah ALLAH hadirkan pelangi setelah diturunkan
hujan yang lebat dan ribut yang kuat.


Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya...

Alhamdulillah..dah hampir tiba ke penghujung Ramadhan...dalam gembira nak sambut Syawal, aku sedikit terkilan sebab ada misi dan visi yang tak tercapai dek aku akibat dari kealpaan diri sendiri. Semoga aku dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang untuk menebus dan mencapai apa yang aku telah setkan. Allah, semoga segala amalanku di sepanjang Ramadhan diterimaMu dan semoga KAU panjangkan usia kami semua untuk bertemu dengan RamadhanMU sekali lagi.. :(

Alhamdulillah, Along berjaya berpuasa penuh untuk 7 hari (sehingga hari ini). Satu kejayaan yang besar pada kami. Dan Along juga dah mula menghafaz 5 ayat lazim. Harapnya Along akan membesar sebagai seorang Al-Hafiz.  Aku berapa kali pesan pada Along, jangan hafaz masa ada pertandingan je. Kena ingat selalu ayat-ayat tuh sebab akan digunakan terutamanya masa solat. Semoga pesanan itu akan sentiasa tersemat di dalam hati Along.

Tahun nih baru sempat menyiapkan 4 jenis kuih jer. Cadangnya sebelum balik raya nak buat tart nenas dulu, tapi tak tau lah sempat ke dak. Kuih yang dah buat Coklat Chips, Almond London, Dahlia a.k.a Samperit dan Popia Nestum. Ada satu hari tuh kekonon marathon buat kuih, aku bantai buat 2 jenis kuih dalam satu masa. Yang satu jenis tuh buat lak 3 adunan. Dari pukul 9.00 pagi sampai ke 5 petang, baru siap. Naik terkehel pinggang aku. Last2 tak masak. Nasib la walid, Along dan Adik kat Beranang. Aku suruh diorang berbuka dulu kat sana sebab aku tak larat nak masak juadah berbuka dah. Hehehehe...Aku pun just minum air jer sebab dah penat sangat. Serik rasanya. 

Alkisahnya, Along dan Adik dibekalkan dengan bunga api dari Beranang. Kalau korang ingat lah, kan ada bunga api yang kaler merah tuh. Sekarang nih diorang buat ntah apa-apa. Ada pulak belerang tuh letak suku jer. Tak sampai beberapa saat, dah habis. Ada pulak tuh, belerang letak sampai ke pemegang. Malang nasib adik masa tuh, dapat lak bunga api yang belerang penuh. Makanya terkena lah pada jari mulus dia. Dia punya menjerit lah, akit ummi..akitt....kesian aku tengok. Lepas kena tuh insaf dia nak main bunga api. Tapi esoknya balik ke Beranang, main jugak. Ceh, insaf sekejap jer..sabor jer la...


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat-sahabat. Semoga dimaafkan segala silap dan salah sepanjang mengenali diri ini. Berhati-hati sepanjang berhari raya nanti. Berhati-hati masa di jalan raya, berhati-hati masa makan juadah raya. Jangan nanti kena dok spital lak yer...ehehehe


Monday, August 06, 2012

Catatan puasa Along ep.4

Along dah 3 hari berpuasa penuh. Alhamdulillah. Bangga ummi dengan Walid. Ada satu kejadian, masa di rumah Gombak, dengar jer azan Asar terus Along buka puasa. Katanya jarum panjang dah kat pukul 7. Hehehe...Sabor jer la..Rasanya Along lagi mudah disuruh puasa penuh kalau bersekolah. Kalau kat rumah, payah dia nak tahan godaan. Nak-nak si adik suka benar makan depan Along. Siap jemput Along makan sekali.

Along sekarang nih susah nak disuruh makan bila bersahur walaupun bila dikejutkan sahur senang jer nak bangun. Kadang-kadang, suruh minum air pun tak nak. Bila tengahari, mula la penat. Tak larat lah, macam-macam alasannya.

Sekarang dah masuk 17 Ramadhan. Sejak duduk Semenyih nih, tak dapat dah nak masakkan yang special-special untuk berbuka. Tak macam masa duduk di Putrajaya. Kalau keluar pukul 4.30 petang, pukul 6.00 baru sampai rumah. Masak yang mana dan jer. Tahun nih juga la kami paling kerap menyinggah ke Baazar Ramadhan. Itupun sampai satu tahap tak tahu dah nak beli apa. Yer la, kat Baazar sah-sah hari-hari sama jer masakannya. Dah la Baazarnya kecik jer...

Projek biskut rasa pun belum bermula lagi. Tapi dah macam-macam lest biskut ada dalam kepala ni. Sempat tak sempat nak buat jer. Hehehehe..harapnya biskut-biskut fevret tuh sempat lah dibuat..

Thursday, July 26, 2012

Catatan puasa Along ep.3

Hari keempat:
Perkara pertama yang Along cerita masa walid ambil along di sekolah adalah, cikgu suruh Along makan tengahari. Sedih jer muka Along masa bagitau tuh. Along kata kat cikgu, along tahan lagi tapi cikgu suruh makan juga. Rasanya cikgu dah trauma sejak kes along bertahan sampai muntah-muntah. Cikgu takut kalau Along muntah lagi. Saja je kami usik-usik Along, ,kata Along bagitau yang boleh tahan lagi tuh perlahan-lahan. Marah betul Along. Along kata, Along dah bagitau kat cikgu kuat-kuat tapi cikgu taknak dengar. Ehehehe..takper Along, ummi tau Along memang dah mencuba..

Hari kelima:
Along belum berjaya lagi puasa penuh. Tiap kali lepas waktu berbuka, Along akan kata Along dah taknak puasa. Katanya dia dah puasa banyak hari. Tapi esok lepas sahur, Along akan sambung puasa gak. Dalam kereta masa nak balik Along mengadu, katanya cikgu suruh batalkan puasa, tapi Along boleh tahan lagi. Tapi Along makan juga sebab cikgu dah suruh. Walid usik, walid kata janganlah makan kalau boleh tahan lagi. Upin Ipin pun sekolah tadika juga tapi boleh puasa penuh. Cikgu Upin Ipin pun makan masa kat sekolah tapi Upin Ipin boleh je tahan. Along balas balik, kat sekolah Upin Ipin mana ada tempat nak makan (dewan makan).
krdt: incet gugel

Tuesday, July 24, 2012

Catatan puasa Along ep.2

Hari ketiga:
Bahana tak makan masa sahur, petang tuh walid bagitau yang Along muntah.
Pagi tu dah pesan suruh bagtau kat cikgu kalau tak larat. Rupanya hanya Along sorang kelas 5 tahun yg puasa. Bangga Cikgu Mer. Tengahari tuh cikgu ajak makan takut Along tak larat, tapi along taknak. Along nak tidur. So, cikgu biarkan Along tidur. Sampai ke petang cikgu taknak kejutkan sebab tau Along tak larat. Kawan-kawan lain semua pergi dewan makan petang tuh. Bila walid sampai je sekolah, tengok Along baru bangun tidur. Along nampak Walid terus menangis. Rupanya Along dah tak larat sangat. Perut dah sakit. Cikgu Mer pun bawak la Along pergi makan donut dan minum susu. Lepas makan jer terus muntah. Kesiannya. Masa ambil ummi, Along lembik jer dalam kereta. Pujuk-pujuk tanya nak makan apa. Sekali dimintanya KFC. Dengan jalan jem nih, last-last beli ayam goreng kat baazar Ramadhan je. Malam tuh lepas berbuka, Along muntah balik. Aisy...Bila dah kosong balik perut tuh, pukul 9.00 dah lapar balik. Kali nih bagi makan nasi dengan lauk ayam goreng. Alhamdulillah, tak muntah. Pujuk-pujuk lagi supaya puasa balik esoknya. Nasiblah Along nih senang dipujuk. Syaratnya kena masakkan hotdog untuk bersahur..ehehe


Hari keempat:
Alhamdulillah, Along masih senang dikejutkan sahur. Ummi dah siap2 gorengkan hotdog 3 ketul. Nak juga la Along makan hotdog, nasi sikit (Walid suap) dan minum milo. Tapi sebelum pergi sekolah mintak lagi susu milo dalam botol sampai menangis. Hehehe...Pujuk-pujuk lagi sampai tertidur dalam kereta...

Monday, July 23, 2012

Catatan puasa along

Alhamdulillah...dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Tahun nih dah mula ajar Along berpuasa. Cikgu pun dah pesan minggu lepas, tahun nih pelajar2 5-6 tahun kena belajar puasa. Along beria2 pulak cerita katanya cikgu suruh makan nasi dengan minum susu supaya ada tenaga.Ok, semangat dah ada..harapnya tak susah la..

Hari pertama:
Kejutkan Along pukul 5 pagi. Waaahhh..senang sungguh nak bangunkan. Mungkin sebab dah terbiasa bangun pagi masa hari sekolah. Suruh basuh muka, kumur-kumur. Duduk kat meja makan. Dah siap2 keluarkan milo kotak dan goreng telur sebagai lauk. Agaknya saki baki mengantuk tuh ada lagi, so makannya tak  banyak. Minum milo pun sikit jer. Lepas makan dah pesan dengan Along suruh sambung tidur tapi mata dah segar, dengan TV dah terpasang, langsung tak nak tidur. Pagi tu kami balik ke Beranang. Sebelum balik Beranang pesan dekat ummi suh masakkan sambal ikan bilis dengan telur goreng. Sampai Beranang tengok mood Along dah tak berapa baik. Pesan awal-awal supaya jangan lasak-lasak sangat. Nanti tak larat. Balik dari bawa mak pergi beli barang-barang dapur, Along dah mula merengek2. Katanya tak tahan walhal baru pukul 11.00. Pujuk-pujuk suruh bertahan. Suruh tidur, tapi minta susu. Last-last, pukul 12.00 Along dah buka puasa. Heheh..takper la. Baru 5 tahun. Taknak paksa-paksa. Atleast dia dah cuba kan?

Hari kedua:
Along masih senang dikejutkan. Kali nih bersahur di Beranang. Banyak pula makan nasi berlaukkan telur kicap dan kuah sayur. So, yakin Along boleh bertahan lama kali ni. Lepas sahur seperti biasa Along tak boleh tidur balik. Mata dah segar. Ummi dengan walid lak yang layan ngantuk. Pagi-pagi pukul 8.00 dengar suara Along dok main dengan Rayyan. Main bola pulak tuh. Dalam hati dah terdetik, kompem nanti minta makan. Dari pukul 10.00 dah mula merengek tak larat. Nasib ada ipad maksu, bantai layan ipad. Lupa sikit nak berbuka walaupun ada 'ter'makan fries seketul..ehehe..pukul 12.00 dah tidur sampai ke pukul 3.00 petang. Bangun tidur ngadu tak larat. Last-last kul 4.00 minum air milo. Huhuhu. Itupun kata kat Along, minum jer boleh, makan tak boleh.

Hari ketiga:
Bangun sahur tapi taknak makan, taknak minum. Adoi, tak tau la baper lama lak leh bertahan kat sekolah nih..huhu

Tuesday, June 19, 2012

Cuti-cuti Melaka


Bulan lepas, lepas sukan Taska Along kami ke Melaka. Menumpang percutian ofis abang ipar. Destinasi adalah Shah Beach Resort, Tanjung Kling. Menarik gak resort nih sebab terletak di sebalah pantai. Sayangnya tak boleh nak mandi kat pandati tuh, sebab kawasan obor-obor. Tapi tak apa sebab ada kolam renang. Bebudak seronok le. Resort yang bertemakan rumah Melayu lama, so kereta boleh parking betul-betul kat belakang penginapan masing-masing. Bilik boleh tahan luasnya, cuma sayang bilik air macam tak berapa sangat lah. Tak banyak aktiviti kami buat kat sini, malam dinner di Medan ikan bakar Alai. Rasanya lagi sedap dari yang Umbai. Siang esoknya pula, lepas buat spa n facial treatment dengan Azah di resort, kami berjalan-jalan di Zoo Melaka tapi bukan berjalan sangat pun. Naik trem je...tak larat oo nak berjalan tengahari buta. Lepas tuh tak singgah ke mana-mana dah..terus balik..




Nih la resortnya...


Di tepi pantai yang indah..eheh

Dari cafe...makanan dier tak banyak pilihan

Sampai-sampai je, bebudak sumer terjun kolam..


Adik dengan maksu dan kakak Imah
 
The brave adik...

Along dan adik di zoo Melaka

Patung ular...macam real jer

Monday, June 18, 2012

Sukan Generasi Educare, Putrajaya

Bulan lepas Along sukan, bulan nih Taska adik pulak. Seperti yang kami jangka, drama air mata adik berlaku sepanjang acara..ehehe..dari pagi nak suruh pakai baju sukan sampai selesai acara yg dia masuk. Dibantainya meraung je. Sampai kena pujuk nak pergi Tesco lah, beli mainan lah. Adoi..Ummi, walid n along terpaksa meyorok bagi adik tak nampak..kalo dak, bertambah parah cikgu2 nak memujuk.. Tahun-tahun sebelum buat dalam dewan, tahun nih pula diorang buat kat padang. Tapi risau2 masa ni sebab jerebu tengah teruk..aisy..

 Setelah dekat sejam menangis, nasib senyap masa perbarisan.
Terpaksa ambil gambar dari belakang, takut adik nampak..

Along kekonon nak pujuk adik, tapi bertambah kuat adik meraung..

 Adik lepas acara lari bawak bola masuk dalam bakul selesai..
tak habis menangis lagi..

 Time amik hadiah baru senyap..adoi la

 Dapat medal, dapat tupperware..pengetua Generasi Educare..

 Seronok adik yer dah dapat hadiah..
rasanya hadiah acara paling lama meraung nih..ehehe

 With Along..

Dengan Teacher Mimi, guru kelas 3 Laksamana

Thursday, May 17, 2012

Sukan Tahunan Taska Permata U He Hem (UKM)

12.5.2012 hari tuh pertama kali kami ke hari Sukan Taska Permata UKM. Pertama kali juga Along bersukan di stadium terbuka. Selama nih dalam dewan je. 3 hari training di bawah terik mentari, dah gelap dah anak bujang kami yang sorang nih. Yang bezanya sukan kali ini adalah penyertaan hanya untuk pelajar 4, 5 dan 6 tahun saja..Apa-apa pun, lets the pictures do the story telling..ehehe


 
Acara pertama mula-mula sampai, bapa2 diminta membawa khemah ke kiri dan ke kanan..last-last 1 khmeah terpaksa diketepikan sebab ada tiang yg dah rosak..
 
 Sebelum mula sukan, kita senamroabik dulu yer ibu-ibu dan bapak-bapak..1,2,3..8 lagi..

 
 Ok..perarakan masuk 4 pasukan rumah: rumah merah, biru, hijau dan kuning..


Tu dia, anak bujang kami dalam rumah kuning..jadi mamat bunga matahari..bila budak2 tuh dah pakai matahari, nampak sama jer mukanya..ehehe..sampai ada kawan Zaiful yang kena tegur ngan Along sebab panggil budak lain Along..ahaks


Along standby untuk acara tarian 60an..agogo..cucuk2 langit katanya. Tapi disebabkan rimas dengan rambut afronya tuh, Along bantai tak menari sebab kepala dah gatal-gatal..


Acara pun bermula..Pak Pandir Moden (5 tahun)


Mencari Puzzle - bawak pundi kacang atas kepala, masuk bawah meja, lari zig zag, cari puzzle..


8 x 50 meter (bakal pelari pecut nih) nih 5 dan 6 tahun jer..
Ada 1 acara lagi yang Along masuk tapi tak dpt nak ambil gambar. Acara campuran 4,5 dan 6 tahun..



Semua acara dapat hadiah..so, Along dapat 4 hadiah..2 acara tempat pertama, 1 tempat kedua dan 1 tempat ke tiga..


Sedikit ralat sebab tak jumpa baju kuning. Tuh yang bantai baju purple..atleast tak sama dengan kaler pasukan lain..ehehe..


Sebenarnya ada acara untuk ibu bapa tapi kami tak join. Kang entah ke mana-mana pulak lari si Along dan Adik. Habis sukan tengahari tuh, petang dalam pukul 2 kami ke Melaka pulak. Cuti-cuti Malaysia di Tanjung Kling...Itu next story pulak yer..

p/s: U He Hem - cara adik sebut UKM..ehehe

Friday, May 04, 2012

Demam

Kredit to incit google

Hari tuh adik demam. Sekarang Adik demam lagi bila tengah malam. Doktor kata tonsil adik dah bengkak. Ummi pun dah berjangkit. Badan sakit, asik batuk sampai sakit kepala. Mata dah ngantuk sebab makan ubat. Tuh la, td doktor nak bagi MC tanak ambil. Sombong! Tanggung lah kesejukan kat opis nih..huhuhu..alangkah nikmatnya kalau ada tilam kat opis nih...leh landing..ehehe

Ini ada kaitan dengan perubahan iklim dan pemanasan global lah. Budak-budak mana nak tahan bila dah panas terik sangat. Errr..tapi kak alin kata, jgn salahkan cuaca. Hehehe...Dah tuh nak salahkan saper pula kan? Takkan nak kata antibodi sendiri dah tak kuat. Ok..ok..mari kita rehatkan badan pulak...

Thursday, May 03, 2012

Updated...at last..ehehe


Cupcake untuk kawan-kawan dan teacher adik

Pergh..last update bulan Feb hari tuh. Anyway, hari ni genap umur Adik 3 tahun. Alhamdulillah..ALLAH masih meminjamkan Adik pada kami untuk kami sayangi dan didik. Alhamdulillah..terus terang aku kata, peristiwa dulu tuh masih lagi bermain-main dalam kotak fikiran ku. Setiap kali nampak ambulans, setiap kali nampak emergency room, malah setiap kali baca paper tentang penderitaan kanak-kanak terus aku teringat balik peristiwa itu. Alhamdulillah, Adik semakin sihat. Siapa-siapa yang melihat adik sekarang, mesti tak menjangka yang peristiwa itu pernah berlaku pada adik. Ummi doakan adik akan terus sihat, menjadi anak yang solehah. Semoga setiap langkah perjalanan hidup Adik akan sentiasa dirahmati dan dilindungi ALLAH.



Semalam, alang-alang dah cuti sebab adik demam makanya aku pun masaklah kari ketam Sarawak style. Sebenarnya tak tau nama masakan nih, main bantai je since yang memperkenalkan masakan nih adalah abang iparku kat Sarawak nun. Rasanya, ini satu-satu masakan ketam yang suamiku makan. Tapi memang sedap, ada sikit-sikit rasa macam rendang. Nak try? Ini masak main agak-agak jer..

Bahan-bahan:

3 ekor ketam - belah dua
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*Seinci halia
*Seinci lengkuas
*2 batang serai
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili boh
asam jawa
kicap
garam
perasa

Cara-cara

Blend bahan-bahan *. Tumiskan bahan dah diblend hingga naik bau. Masukkan cili dan serbuk kari. Tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan air asam jawa dan kicap. Masukkan ketam. Tambah garam dan perasa. Tambah air sikit supaya ketam masak sempurna. Dengan api sederhana, biarkan kuah sedikit pekat. Padam api bila ketam dah masak dan kuah agak pekat.  

Tuesday, February 21, 2012

Selamat Pengantin Baru Siti & Hafiz



 Alhamdulillah..selesai sudah majlisnya. Adoi, rasa macam nak sambung cuti lagi jer. Masih tak hilang penat. 19.2.2012, majlis perkahwinan adik aku yang second last dengan Incit Kapitannya. Majlis yang tersangatlah meriahnya. Apa-apa pun, semoga berbahagia lah yer pengantin baru. Jangan asyik nak merajuk2 jer..lama2 tak larat dah suami nak pujuk. Dah jadi bini orang, nanti mak orang pulak. Pandai-pandailah jaga diri dan jaga hati suami tuh. Semoga kerukunan rumah tangga akan berkekalan dunia akhirat walaupun korang PJJ...ehehehe..rasanya ini antara majlis yang ramai betul tetamunya. Sampai terpaksa pergi ke kedai kek semula, beli cupcake tambahan sebab door gift dah licin sedangkan tetamu masih ramai yang datang...huhuhu..So, bulan 9 nanti kita akan berpulun habis lagi sekali...fuhhhh....




Ini antara sumbangan kami adik beradik untuk pengantin baru..Hujung bulan akak bali resitnya yer dik..ehehehe

Friday, January 20, 2012

Permulaan yang agak menyakitkan

Makin tak sempat nak update blog walau banyak perara telah berlaku. malas nak cerita lah yg pasal aku dah tak duduk di Putrajaya, pindah ke Semenyih akhir tahun lepas. Malas nak cerita yg masa nak pindah mohon cuti seminggu tapi diberi 2 hari jer..last2 aku bantai EL lagi sehari sebab urusan tak selesai. Malas nak cerita yang awal2 tahun usia ku menginjak 33 tahun. Semua malas nak cerita..ehehe..

Sekarang aku dalam situasi yang amat tertekan. Rasa ringan je tangan nak buat surat tukar Bahagian. 2 tahun lebih aku kat sini, 3 kali dapat manusia yang sungguh menjengkelkan. Yang bertindak seolah-olah hidup anggota nih hanyalah untuk bekerja di opis. Yang bertindak seolah-olah setiap manusia ini dilahirkan yatim piatu tanpa keluarga. Kacau betul jiwa ni. Yang menambahkan sakit hati, setiap cuti anggota dicatu atau tidak dibenarkan langsung sedangkan dia boleh pulak bercuti lama-lama untuk menghabiskan masa dengan keluarganya! Aku rasa, sejak duduk di sini banyak betul dosa aku sebab asyik menyumpah seranah je. Sungguh! Sungguh aku sakit hati. Bulan 2 ni adik aku nak kawen, dari awal aku dah plan cuti sebab beberapa urusan kenduri yang ditenderkan pada aku. Semalam dapat pulak berita manusia ni nak buat bengkel pada tarikh yang sama kenduri tu. Mula la membuak rasa geram ni. Dah la dengan sikap manusia ni yang tak terima apa-apa alasan. Paling best dia akan jawab "saya peduli apa". Arghhhhh!!! Sabar..sabar....