Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya...

Alhamdulillah..dah hampir tiba ke penghujung Ramadhan...dalam gembira nak sambut Syawal, aku sedikit terkilan sebab ada misi dan visi yang tak tercapai dek aku akibat dari kealpaan diri sendiri. Semoga aku dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang untuk menebus dan mencapai apa yang aku telah setkan. Allah, semoga segala amalanku di sepanjang Ramadhan diterimaMu dan semoga KAU panjangkan usia kami semua untuk bertemu dengan RamadhanMU sekali lagi.. :(

Alhamdulillah, Along berjaya berpuasa penuh untuk 7 hari (sehingga hari ini). Satu kejayaan yang besar pada kami. Dan Along juga dah mula menghafaz 5 ayat lazim. Harapnya Along akan membesar sebagai seorang Al-Hafiz.  Aku berapa kali pesan pada Along, jangan hafaz masa ada pertandingan je. Kena ingat selalu ayat-ayat tuh sebab akan digunakan terutamanya masa solat. Semoga pesanan itu akan sentiasa tersemat di dalam hati Along.

Tahun nih baru sempat menyiapkan 4 jenis kuih jer. Cadangnya sebelum balik raya nak buat tart nenas dulu, tapi tak tau lah sempat ke dak. Kuih yang dah buat Coklat Chips, Almond London, Dahlia a.k.a Samperit dan Popia Nestum. Ada satu hari tuh kekonon marathon buat kuih, aku bantai buat 2 jenis kuih dalam satu masa. Yang satu jenis tuh buat lak 3 adunan. Dari pukul 9.00 pagi sampai ke 5 petang, baru siap. Naik terkehel pinggang aku. Last2 tak masak. Nasib la walid, Along dan Adik kat Beranang. Aku suruh diorang berbuka dulu kat sana sebab aku tak larat nak masak juadah berbuka dah. Hehehehe...Aku pun just minum air jer sebab dah penat sangat. Serik rasanya. 

Alkisahnya, Along dan Adik dibekalkan dengan bunga api dari Beranang. Kalau korang ingat lah, kan ada bunga api yang kaler merah tuh. Sekarang nih diorang buat ntah apa-apa. Ada pulak belerang tuh letak suku jer. Tak sampai beberapa saat, dah habis. Ada pulak tuh, belerang letak sampai ke pemegang. Malang nasib adik masa tuh, dapat lak bunga api yang belerang penuh. Makanya terkena lah pada jari mulus dia. Dia punya menjerit lah, akit ummi..akitt....kesian aku tengok. Lepas kena tuh insaf dia nak main bunga api. Tapi esoknya balik ke Beranang, main jugak. Ceh, insaf sekejap jer..sabor jer la...


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat-sahabat. Semoga dimaafkan segala silap dan salah sepanjang mengenali diri ini. Berhati-hati sepanjang berhari raya nanti. Berhati-hati masa di jalan raya, berhati-hati masa makan juadah raya. Jangan nanti kena dok spital lak yer...ehehehe


3 comments:

Anonymous said...

I'm not sure exactly why but this web site is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll check back later and see if the problem still exists.


my page ... サングラスレイバン

Anonymous said...

For most recent information you have to pay a quick visit world-wide-web and
on web I found this website as a most excellent site for most recent updates.


My website; レイバン ゴーグル

Anonymous said...

Hi Dear, are you genuinely visiting this website daily, if so after that you will
without doubt obtain fastidious know-how.

my homepage :: オークリー サングラス