Monday, July 23, 2012

Catatan puasa along

Alhamdulillah...dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Tahun nih dah mula ajar Along berpuasa. Cikgu pun dah pesan minggu lepas, tahun nih pelajar2 5-6 tahun kena belajar puasa. Along beria2 pulak cerita katanya cikgu suruh makan nasi dengan minum susu supaya ada tenaga.Ok, semangat dah ada..harapnya tak susah la..

Hari pertama:
Kejutkan Along pukul 5 pagi. Waaahhh..senang sungguh nak bangunkan. Mungkin sebab dah terbiasa bangun pagi masa hari sekolah. Suruh basuh muka, kumur-kumur. Duduk kat meja makan. Dah siap2 keluarkan milo kotak dan goreng telur sebagai lauk. Agaknya saki baki mengantuk tuh ada lagi, so makannya tak  banyak. Minum milo pun sikit jer. Lepas makan dah pesan dengan Along suruh sambung tidur tapi mata dah segar, dengan TV dah terpasang, langsung tak nak tidur. Pagi tu kami balik ke Beranang. Sebelum balik Beranang pesan dekat ummi suh masakkan sambal ikan bilis dengan telur goreng. Sampai Beranang tengok mood Along dah tak berapa baik. Pesan awal-awal supaya jangan lasak-lasak sangat. Nanti tak larat. Balik dari bawa mak pergi beli barang-barang dapur, Along dah mula merengek2. Katanya tak tahan walhal baru pukul 11.00. Pujuk-pujuk suruh bertahan. Suruh tidur, tapi minta susu. Last-last, pukul 12.00 Along dah buka puasa. Heheh..takper la. Baru 5 tahun. Taknak paksa-paksa. Atleast dia dah cuba kan?

Hari kedua:
Along masih senang dikejutkan. Kali nih bersahur di Beranang. Banyak pula makan nasi berlaukkan telur kicap dan kuah sayur. So, yakin Along boleh bertahan lama kali ni. Lepas sahur seperti biasa Along tak boleh tidur balik. Mata dah segar. Ummi dengan walid lak yang layan ngantuk. Pagi-pagi pukul 8.00 dengar suara Along dok main dengan Rayyan. Main bola pulak tuh. Dalam hati dah terdetik, kompem nanti minta makan. Dari pukul 10.00 dah mula merengek tak larat. Nasib ada ipad maksu, bantai layan ipad. Lupa sikit nak berbuka walaupun ada 'ter'makan fries seketul..ehehe..pukul 12.00 dah tidur sampai ke pukul 3.00 petang. Bangun tidur ngadu tak larat. Last-last kul 4.00 minum air milo. Huhuhu. Itupun kata kat Along, minum jer boleh, makan tak boleh.

Hari ketiga:
Bangun sahur tapi taknak makan, taknak minum. Adoi, tak tau la baper lama lak leh bertahan kat sekolah nih..huhu

5 comments:

izz said...

tkpe.. jgn jemu bg sokongan.. syahmi last yr time 5 tahun pon asyik halfday jer.. siap bagi alasan 'nnt syahmi lapar tk kesian ke?' hahaha thn ni alhamdulillah penuh puasa dia so far.. cuma first day drama mengesat airmata jela kan... hehe

Nurul said...

ehehe..kitorg pun tanak push dier. Tadi aku siap bisik ngan suami aku, bg kelonggaran utk dier minum susu sebelum gi sekolah (lepas imsak)..ngehehe...

shafarina said...

Fahim first day sampai pukul 3+ petang. Bukan sebab apa, dia leka main game n jalan2. Dan petang tido then bila bangun baru kata lapar..

Hahaha

Nurul said...

ahaha..si along first day tuh takder benda nak buat..tuh yg cepat berbukanya..dah la kat umah nenek Beranangnya astro ada prob masa tuh...

Anonymous said...

[p]There is no substitution for [url=http://www.uggbootclearanceuk.co.uk]ugg boots clearance sale[/url] an authentic sheepskin Ugg boot . Due to the fact is going to be happily produced with the well established [url=http://www.salecheapuggssbootsuk.co.uk]cheap ugg boots uk[/url] sheepskin . But you [url=http://www.genuinecheapuggss.co.uk]genuine ugg boots uk[/url] require to know how to match them appropriately . The Uggs personally look elusive and chic on any [url=http://www.genuinecheapuggss.co.uk]genuine cheap ugg boots[/url] type of jeans . Please come and take a look around, and you will have a surprise!Do you want to become the envy [url=http://www.uggbootsclearancesales.co.uk]ugg boots clearance outlet[/url] of every girl facing public? Then you can do not miss any one of discountcheap UGGs boots . Just make some quick research using [url=http://www.uggbootclearanceuk.co.uk]ugg boots clearance sale uk[/url] Google . How to find cheap UGGs onlineSo, how do you trawl all the many websites selling UGGs and find the best deal without too many hours on your computer?• Perform a Google search [url=http://www.ukgenuineuggbootss.co.uk]genuine ugg boots outlet[/url] on Cheap UGGs and browse the results, this is a great way to compare the best prices . 6 using sodium bicarbonate and [url=http://www.salecheapuggssbootsuk.co.uk]cheap ugg boots uk sale[/url] heating the skins to between 35-40 degrees Celsius.[/p]