Tuesday, July 24, 2012

Catatan puasa Along ep.2

Hari ketiga:
Bahana tak makan masa sahur, petang tuh walid bagitau yang Along muntah.
Pagi tu dah pesan suruh bagtau kat cikgu kalau tak larat. Rupanya hanya Along sorang kelas 5 tahun yg puasa. Bangga Cikgu Mer. Tengahari tuh cikgu ajak makan takut Along tak larat, tapi along taknak. Along nak tidur. So, cikgu biarkan Along tidur. Sampai ke petang cikgu taknak kejutkan sebab tau Along tak larat. Kawan-kawan lain semua pergi dewan makan petang tuh. Bila walid sampai je sekolah, tengok Along baru bangun tidur. Along nampak Walid terus menangis. Rupanya Along dah tak larat sangat. Perut dah sakit. Cikgu Mer pun bawak la Along pergi makan donut dan minum susu. Lepas makan jer terus muntah. Kesiannya. Masa ambil ummi, Along lembik jer dalam kereta. Pujuk-pujuk tanya nak makan apa. Sekali dimintanya KFC. Dengan jalan jem nih, last-last beli ayam goreng kat baazar Ramadhan je. Malam tuh lepas berbuka, Along muntah balik. Aisy...Bila dah kosong balik perut tuh, pukul 9.00 dah lapar balik. Kali nih bagi makan nasi dengan lauk ayam goreng. Alhamdulillah, tak muntah. Pujuk-pujuk lagi supaya puasa balik esoknya. Nasiblah Along nih senang dipujuk. Syaratnya kena masakkan hotdog untuk bersahur..ehehe


Hari keempat:
Alhamdulillah, Along masih senang dikejutkan sahur. Ummi dah siap2 gorengkan hotdog 3 ketul. Nak juga la Along makan hotdog, nasi sikit (Walid suap) dan minum milo. Tapi sebelum pergi sekolah mintak lagi susu milo dalam botol sampai menangis. Hehehe...Pujuk-pujuk lagi sampai tertidur dalam kereta...

4 comments:

tulip said...

good boy zakwan

Nurul said...

tuh ler...sepanjang puasa nih asik kena puji dier jer untuk naikkan semangat dier..

MakUda said...

Jgn push sgt. Baru 5 tahun. Imsak lajak waktu pun takpe, tapi untuk Along je, Umi ngan Walid takleh!

Nurul said...

cait! ummi ngan walid terlajak tak sahur mungkin boleh kot :p memang along kitorg tak push...pujuk bebaik jer..kalo tak larat sgt memang suh berbuka jer..imsak along selagi tak sampai sekolah..ahaha..mak uda, duit raya kasi lebih aaa...