
Hari Ahad hari tu kami menyambut birthday Along yang ke-2. Kira ini baru official sambutan. Tahun lepas tak sempat nak cut cake. Kalau ikut perancangan aku dulu, aku nak buat di Putrajaya dan jemput famili serta kawan-kawan terdekat saja. Tapi, since kami berulang dari Beranang makanya sambutan dibuat di Beranang. Insyaallah, ada rezeki lebih nanti buat potong kek untuk keluarga sebelah aku pula. Just a simple celebration. Beli strawberry icecream cake yang sungguh yummy itu, goreng-goreng nugget, onion rings and some keropok lekor (bought from Kelantan). Lagipun yang meramaikan hanyalah sepupu abang yang kecil2 tu serta anak-anak BIL saja. Zakwan sungguh suka sebab kami menyanyikan lagu kegemarannya "Allah selamatkan kamu". Keterujaan Zakwan meniup lilin dan memotong kek terbawa-bawa sampai ke malam. Ketagih pula dah. Asyik suruh menyanyikan lagu selamat hari jadi dan asyik suruh nyalakan lilin saja. Sekali dua tak apa lagi, ini berkali-kali. Sampai tak larat nak menyanyi dah. Tahun depan kita nyanyi lagi ye Along..eheheKisah Adik
Menginjak ke usia 6 bulan, adik baru pandai meniarap. Agak lambat berbanding Along. Bila dah meniarap, mengamuk pula. Selagi tak diangkat, menjerit-jerit adik. Kadang-kadang saja je nak biarkan dia mengamuk lama sikit. :p Dah dua malam ni, bila aku terjaga dari tidur tengok adik tidur meniarap. Risau juga takut dia lemas. Cepat-cepat aku terlentangkan balik adik. Tapi lasak adik memang lebih dari Along. Pada usia 4 bulan adik dah asyik angkat kepala nak bangun saja. Hingga sekarang, janganlah letak kat bantal yang tinggi sikit. Mahu diangkatnya badan dia. Ehehehe. Alhamdulillah, eczema adik dah banyak kurang. Mustajab sungguh krim gamat yang dibeli di Langkawi tempoh hari. Seminggu pakai terus licin kulit adik. Sekarang aku dah mula ajar adik makan Nestum. Paling banyak adik akan makan adalah dalam 6 suap, lepas tu diluahkannya. Along pula tak boleh nampak aku buatkan Nestum adik, mesti dia pun nak tumpang sekaki. Kira dia tukang habiskan Nestum la. Tak sabar menanti perkembangan terbaru adik sebab perkembangan-perkembangan ini menunjukkan tiada kesan yang serius dari kes pendarahan otak tempohari.












.jpg)














