Tuesday, December 13, 2005

tRagIs..

Situasi 1:

Seorang jejaka yang bakal menamatkan zaman bujangnya lewat keluar dari rumah untuk ke lokasi pernikahan. Panggilan telefon yang diterima mengatakan bahawa tok imam dan sebahagian dari keluarga pihak lelaki telah pun menanti hampir setengah jam di lokasi yang dinyatakan.

Situasi 2:

Rombongan si jejaka untuk ke lokasi tersebut telah terpecah menyebabkan ada diantara mereka yang telah tersesat. Si jejaka sendiri lewat tiba di lokasi. Masing-masing keresahan kerana ibu da ayah si jejaka masih belum kelihatan walaupun sudah hampir 1 jam menanti.
Si jejaka terpaksa dinikahkan tanpa kehadiran ibu dan ayah.

Situasi 3:

Ibu dan ayah si jejaka telah tersesat jalan ke satu kawasan yang tidak mereka ketahui. Cincin perkahwinan dan wang hantaran berada bersama mereka. Dipercayai ibu dan ayah si jejaka
dikatakan tidak dapat melihat arah yang betul untuk ke lokasi pernikahan. Setelah hampir 1 jam mencari arah, akhirnya ibu dan ayah si jejaka tiba di lokasi apabila acara pernikahan hampir selesai.

Situasi 4:

Selesai acara pernikahan, sewaktu orang ramai sedang bersiap sedia untuk mengerjakan ibadah solat zohor di lokasi tersebut, mereka dikejutkan dengan berita bahawa seorang makcik kepada pengantin perempuan tumbang di dalam masjid. DIpercayai akibat serangan sakit jantung. Doktor yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan kecemasan kepada makcik tersebut. Makcik tersebut telah dikejarkan di hospital berhampiran oleh anaknya apabila ambulans lambat tiba. Pengantin perempuan mengiringi makcik tersebut.

Situasi 5:

Rombongan lelaki di bawa ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Namun rombongan tersebut terpecah kembali menyebabkan beberapa kereta telah memasuki lorong yang salah. Akhirnya, 2 kumpulan terus pulang apabila tidak menemui jalan untuk ke rumah pengantin perempuan. Setelah tiba di rumah pengantin perempuan, sekali lagi rombongan dikejutkan dengan berita bahawa makcik tadi telah pun meninggal dunia di hospital. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang solehah. Amien..


Tragis tak??? uhuhuh..apa-apa pun, semoga pasangan tersebut di redhai ALLAH dan berbahagia dunia akhirat..amien...

1 comment:

tulip said...

tragis.. tragis.. byk betul dugaan.