hmm..nothing much to share actually..tetiba aku rasa pening kepala..nak-nak tengok diorg dok promote credit card..adui, makin pening walaupun bukanlah diorg promote kat aku..tak tau kenapa terasa macam bingit jer..serba tak kena dok kat opis nih. Pagi td ada pengedaran percuma anak-anak pokok dan anak-anak benih sayur-sayuran dan herbs sempena dengan kempen Bumi Hijau. Aku pun join gak amik walaupun kat atas awan tuh bukannya ada tanah, tapi nak gak ambik. Banyak gak yang diorg bagi. Ada pokok terung, pokok daun kunyit, pegaga, bendi, limau, cili, serai, pandan, kecur. Yang aku ambik pokok bendi (my favourite) ngan pokok kaduk (aku tak makan, tapi kak alin makan). Pastu dapat benih cili, kacang buncis ngan kacang bendi..ehehe..aku rasa yg aku akan jaga kat atas awan tuh adalah kacang bendi dengan cili jer lah kot. Lepas nih aku kena la pergi cari pasu yang mampu nak menampung pokok-pokok aku nih dengan cari tanah. Tapi tak tau leh hidup dengan aman nyer ker atau tidak pokok-pokok tuh. Takper, aku cuba dulu. Eheheh..berkobar-kobar menyahut saranan Menteri Pertanian nih. Actually, i do love gardening. Nak-nak kalo pokok yang kita tanam tuh hidup sihat. Lagi satu aku suka aktiviti mencangkul, cuma sekarang nih dah lama tak mencangkul..tak tau la mampu lagi atau tak mengangkat cangkul. Larat tuh mungkin larat, tapi sekali angkat jer lah kot. Ehehehe..zaman aku bebudak dulu, dok umah kat atas tanah, belakang rumah ada laman..mmg kejer aku mencangkul jer. Bukan menanam sangat pun, cuma cari cacing tuk bagi ikan makan. Seronok sebenarnya bila ada kebun nih. Selain dari dapat makan sayur-sayur segar, kita pun dapat menyihatkan badan. Yer lah, berkebun nih kan byk kejernyer..nak gembur tanah la, nak kutip hasil.. eheheh..aku kalo masa bebudak, pi kebun bukan nak tgk hasil sangat..tapi dok cari ulat bulu dengan telur rama-rama. Agaknya memang aku nih berjiwa alam kot..green peace. Sebab tuh cita-cita (angan-angan) aku, satu hari nanti aku nak beli rumah yang ada laman. Supaya aku boleh bercucuk tanam.
Meh aku citer pasal kebun belakang rumah aku kat Sepang masa aku bebudak dulu. Kat belakang tuh ada pokok pandan, pokok serai, pokok limau (byk tul ulat bulu kat daun-daunnya), pokok pucuk manis, pokok tebu. Ehehehe..kalo masa mak masak tuh, kadang-kadang aku adik beradik nih kena pi cabut serai (sampai terduduk mencabut serai), pi amik daun pandan. Pastu kalo pokok tebu tuh dah rimbun, abah akan tebang, pastu antar ke satu gerai mesin tebu. Dapat lah kitorang minum air tebu segar. Tak tuh pun, tebu tuh makan macam tuh jer. Berebut-rebut kitorang adik beradik makan tebu. Potong kecik-kecik. Tapi aku lagi suka buang kulit tebu tuh guna gigi. ehehehe..sakit gigi dibuatnya. Tapi, seronok. Pernah gak aku cuba tanam pokok kentang dengan bawang (curi kentang ngan bawang emak). Ini idea aku dengan kak alin lah nih..Kitorang buat batas sendiri, kat tepi tempat buang sampah. Tapi kecewanya sebab tak tumbuh pokok kentang. Dah besar nih baru aku tau yang kentang tak tumbuh kat negara kita nih..ehehehe... Kalo masa kat Kuala Kubu Bahru, mak banyak tanam pokok ubi. Masa kat KKB tuh, petang-petang selalu ikut emak dengan abah pergi kebun. Sebab suka tengok abah bakar sampah. dalam erti kata lain, aku suka main api. Ehehehe..bila abah dah korek ubi, kadang-kadang abah bakar sekali ubi tuh dalam longgokan daun-daun kering tuh. Sedap makan ubi bakar. Lemak rasanya. Kalo banyak, abah bawak balik, pastu mak buat kerepek ubi pedas. Nyum..nyum...Yang paling aku ingat, pokok betik yang emak tanam. Buahnya lebat betul. Pastu manis sesangat. Agaknya sebab pokok tuh dekat dengan lubang kumbahan kot. Ahahaha..sekarang nih tak rasa dah benda-benda tuh, sebab takder kawasan nak berkebun. Depan belakang umah dah bersimen. Kalo nak tanam apa-apa, kena cari pasu la. Kira dah tak ada sangat aktiviti yang menyihatkan badan la. Harap dengan bersenam jer. Rindunya dengan kenangan lalu. Awak, nanti saya nak bercucuk tanam tau. Ehehehe..jgn gelakkan...
3 comments:
[quote]Awak, nanti saya nak bercucuk tanam tau. Ehehehe..jgn gelakkan... [/quote]
bole je yang.... wakakaka..
kak nurul, kat atas awan tu nanti cukup ke tanah nak bercucuk tanam. hehehe.. tak pe.. kat presint 16 byk lagi tanah kosong.. hehe..
ewah ewah..si comel sayang sorang nih...ahahah...jgn tulip..kang teruk tulip kena kan :p
hakhakhak...
Post a Comment