Friday, December 31, 2010
Dia seorang pelindung
Suatu hari di JJ Setiawangsa selepas menghadiri kenduri kawen. Sementara menunggu Walid ke toilet, Adik dan Along dah mencicit lari ke playground (yang berbayar pulak tuh. Habis duit den..huhuhu).
Adik tengah main motor nih yang mana dia taknak turun langsung dan tak nak bagi org lain main langsung bila tiba-tiba...
seorang kanak-kanak lebih kurang sebaya adik nak juga motor tuh. Adik masih tak mahu mengalah...
Maka, Along pun datang untuk menyelamatkan keadaan (menyelamatkan adik akceli). Along tolak tangan budak tuh (perlahan-lahan tau..). Last-last budak tuh pergi main benda lain..Nampaknya Along menjadi pelindung kepada Adik..Alhamdulillah...
Wednesday, December 22, 2010
Kiss?
Hari tu, Along tengah leka tengok cerita kartun Tarzan, Adik dah tidur, Walid mengadap komputer dan aku tengah membaca. Tiba-tiba Along berlari ke Walid.
Along: Along nak kiss..
Walid: Kiss la (bagi pipi sambil pandang ummi)
Along: Taknak..Along nak kiss mulut..Macam tatun (kartun) tuh..
Walid: Mulut? mana boleh la..itu cerita kartun jer..
Along: Alaaa..along nak kiss (merengek2)
Walid: Haaa..meh la kiss..
Walid pandang ummi, ummi pandang walid. Kami pakat gelak besar.Bertuah punya anak..
Nampak tak kesan buruk TV ni. Walaupun cerita kartun, still ada part2 yang tidak sepatutnya ditonjolkan. Budak-budak ni diorg suka mengikut apa yg diorang tengok di TV. Kalau tiada pengawasan, tu yang jadi rosak akhlak tu. Nauzzubillah. Semoga Ummi dan Walid dapat mendidik Along dan Adik sebaiknya...

Saturday, December 18, 2010
Bila dah geram
Baca kisah Aleesha anak kak Pnut yang suka memanjat, saling tak tumpah dengan perangai Adik yang teramatlah lasaknya. Tengoklah gaya dia memanjat motor tu. Siap berdiri lagi. Nasib la motor tak bergerak. Kalau tak, sebijik dah gaya akrobat PDRM..ala-ala Toto (ker TATU). Tuh belum lagi gaya dia nak panjat tangga tapi menyelinap ikut bawah pagar tangga. Nanti kalau sempat, aku tangkap gambarnya.Oh, dengan bangganya aku nak bagitahu ini merupakan percubaan pertama aku masak kek gula hangus. Resepi nih aku dapat dari blog kak ummi. Memandangkan kek nih kegemaran suami, maka aku pun cuba-cuba buat. Alhamdulillah, menjadi lak. Berbaloi la berjaga sampai pukul 1.30 pagi. Hehehe..Lepas tu bawak balik Beranang, bagi orang sana rasa sorang sedikit. Hasilnya, aku dapat tempahan 3 biji kek ni untuk hujung minggu depan. Wahh..tetiba berangan nak buat bisnes lak..ahahaha
Nampak tak gambar yang bawah sekali ni. Itu gambar oven yang mak mertua ku bagi. Oven zaman silam nih. Walaupun masih menggunakan elektrik, tapi kira silam juga la. Ok rupanya oven ni. Elok masaknya kek yang aku buat tu. Lepas ni boleh lah lepaskan geram kat oven ni. Lama sangat dah mengidam nak bakar membakar.
Friday, December 10, 2010
First come first
Serius, hujung tahun nih aku rasa sungguh sibuk. Semua nak dikejar, lepas tu banyak la pula mesyuarat, bengkel. Rasa macam masa dengan keluarga banyak dah terlepas. Belum kira dengan balik malam lagi. Nasib tak kena masuk opis di hujung minggu. Mau aku mereng dibuatnya. Tak dapatlah bayangkan macam mana la orang lain boleh bekerja sampai lewat malam almost everyday. Balik rumah, anak-anak dah tidur. Sedih tau...
Mula dengan kena balik malam sebab mesyuarat start lepas waktu kerja. Lepas tu, kena jadi urusetia mesyuarat di Kelantan. Dalam sibuk-sibuk di Kelantan masih sempat la rembat pengukus. Balik dari Kelantan terus ada exam. Habis exam kena attend 2 bengkel dalam masa 2 hari. Masuk office dah berperang dengan SKT. Adoi! Minggu depannya terus gerak ke Sarawak untuk seminggu. Terbiar anak-anak dan suamiku. Isk. Sampai satu tahap rasa macam nak cuti panjang tapi kejer banyak pula nak settle kan. Bukanlah nak kata aku ni banyak sangat kerja, tapinya sebab tak pandai nak curi-curi masa utk buat kerja lain tu yang jadi kelam kabut ni.
Anyway, trip ke Sarawak sungguh menarik. Pergi ke Bintulu, tinggal di hotel yang sungguh mabeles. Masuk pula hutan Taman Negara Similajau yang sungguh menyeronokkan tu. If u are lucky enough, kita boleh tengok dolphin tau di kawasan Taman Negara ni. Masa kami di sana, kebetulan air agak berombak. So, takder lah nak nampak dolphins. Sempat beli belacan Bintulu yang sungguh femes di Sarawak (tapi belum try masak). Pergi pula ke Kuching untuk discussion. First time in my life aku masuk ke pusat pelupusan sampah. Sekarang ni, jangan pandang org yang kerja pusat pelupusan sampah ini sebelah mata tau. Diorang ramai yang hebat-hebat especially in term of engineering. Kalau dah sampai ke Kuching, tak sah jika tak bershopping. Hahaha..duit claim kompem tak dpt nak cover duit yang dah keluar ni. Dengan pasu, kek lapis Dayang Salhah yang sungguh yummy, souvenirs, terubuk masin. Pergh, lengkap lah. Alhamdulillah baggage tak melebihi had Air Asia (oh, kami sekarang kena travel guna Air Asia jer..no more MAS).
Oh, bulan lepas Along dah genap 3 tahun. Pada hari yang sama, Taska Generasi buat Hari Graduasi dan Aspirasi. Kelas Along buat persembahan lagu ingatlah ALLAH. Orang punyalah gelak sebab orang lain elok je menari pandang depan tapi dia menari sambil pandang skrin belakang. Ini gara-gara nampak muka sendiri di skrin lah ni. Adoi, senak perut tengok persembahan Along.

Sekian dulu rumusan kisah aku sekitar 2 bulan ni. Agak-agak rajin nanti baru cerita detail.

Monday, November 29, 2010
Saturday, October 30, 2010
Lack of knowledge?
dipetik daripada surat khabar Utusan MalaysiaTeruknya la pengetahuan am orang Malaysia nih. Walaupun bilangan sampelnya kecil (200 over 28.3 mill), tapi pada aku masih boleh dipakai keputusan ini. Ini baru soalan berkenaan dengan Malaysia. Ini semua soalan-soalan asas tentang negara Malaysia. Yang tak tahan tuh, nama lagu Malaysia pun ada yg salah jawab. Gamaknya orang tuh dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. Masa hari kajian ni dia baru sampai ke Malaysia kot. Tarikh merdeka pun ada yang salah tuh. Tiap2 tahun sambut, menjerit2 kat padang atau dataran merdeka tuh sebab apa? Saja lepas tension kot. Aiyo..sungguh sadis. Oh, responden yang dipilih ini adalah berusia diantara 15-55 tahun. Lepas tuh, yang paling teruk pengetahuan ini adalah responden yang berusia di bawah 30 tahun (aku dah lebih 30 tau). Salah siapa perkara sebegini berlaku? Fikir-fikir kan lah.
Agaknya kalo kita buat soal selidik dan tanya secara rawak pada orang ramai yang beragama Islam tentang sirah Rasulullah, entah macam mana pula keputusannya. Agak-agaknya, berapa ramai yang tahu @ masih ingat tentang kisah tentera bergajah? Pastu buat soalan basic macam siapakah ibu Rasulullah; ayah Rasulullah; datuk Rasulullah. Tanya tentang isteri pertama Rasulullah (biasanya orang ingat Rasulullah berkahwin dengan wanita yg lebih berusia daripada baginda..huhuhu). Pastu part Rasulullah kahwin ramai pun sure semua orang ingat kan?

Friday, October 29, 2010
4 tahun lalu..
4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
pagi-pagi ni mesti abang dah bangun awalkan?
kemas-kemas rumah,
orang dah ramai datang,
masak-masa kat dapur,
siapkan hidangan sebelum bergerak tengahari,
persalinan tu mesti dah digosok dari semalam,
siap tergantung dalam bilik kan?
Sebab di rumah emak di Batu Caves pun
kami tengah kalut-kalut menyiapkan hidangan
tengah sibuk kemas-kemas rumah
sebab tetamu akan datang..
4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
mesti tengahari tu
abang siap-siap mandi, pakai wangi-wangi
sarung persalinan di badan,
kemaskan ikatan samping,
betul-betulkan songkok
sebab tengahari tuh dah nak bergerak kan?
Sebab di rumah emak di Batu Caves pun,
Ija dah siap-siap mandi,
Kak Ila dan Kak Liza dah siap dengan alat mekap,
nak mekapkan Ija,
supaya nampak berseri,
di bawah dah dengar riuh rendah suara tetamu,
gincu belum pakai sebab Ija nak solat dulu,
lepas mekap, Ija sarungkan persalinan itu,
rasa bangga, rasa segan, rasa terharu,
semua ada,
tapi kenapa debar dan gugup tak kuncung tiba?
gamaknya sebab Ija ni selamba.. :D
4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
Abang sms Ija bagitau,
pukul 1 rombongan abang sampai dah
terus tunggu di Masjid Saidina Hamzah,
Masa tu Ija dah mula tak tentu arah,
bagitau emak, bagitau abah,
semua siap-siap, tak nak bagi abah marah,
lepas Zohor kami bergerak,
tengok dalam Masjid punyalah ramai umat,
masa tu Ija jalan pandang bawah je,
niat kat hati nak gak jeling tengok abang,
tapi I malu la abang...
bila dah duduk,
baru perasan kelibat abang..
4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
masa abah genggam tangan abang,
masa akad mula nak dilaksanakan,
masa imam tak jadi tanya macam-macam soalan kat abang,
masa Ija menjawab bila imam bertanya (malunya la)
masa tangan mula digoyang,
masa abah tersalah sebut nama ayah abang,
walaupun dialognya telah dibekalkan,
masa abang menyambut akad yang dilafazkan,
masa 3 cameraman asyik ambil gambar kita,
masa imam membaca doa,
selesai sudah acara nikah,
kita dah rasmi jadi suami isteri,
walaupun lepas 3 minggu baru tinggal bersama,
perasaan masa tu tak tahu apa nak kata,
tengok abah menangis, emak menangis,
hati mula dipagut rasa pilu,
terputus sudah tanggungjawab abah pada Ija,
Ija tahu, emak tahu, abah juga tahu,
Abang akan jaga Ija dengan sebaiknya..
4 tahun lalu,
kisah hidup ini bermula
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-4 yer Abang,
Semoga keluarga kita
sentiasa di bawah lembayung rahmatnya kasih sayang Ilahi
Amiin...
p/s: Kita nak sambut kat mana yer? ehehe

4 tahun lalu,kisah hidup ini bermula
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-4 yer Abang,
Semoga keluarga kita
sentiasa di bawah lembayung rahmatnya kasih sayang Ilahi
Amiin...
p/s: Kita nak sambut kat mana yer? ehehe
Tuesday, October 19, 2010
Takder takut ke?
Kekadang kan aku hairan dengan sikap sesetengah mak bapak ni. Alkisahnya, petang tadi sedang aku menunggu sang suami datang, ada la satu keter nih elok je berhenti tak jauh dari bus stop. Yang buat aku ngeri tu, dia parking agak ke tengah jalan sikit. Dah susah bas nak keluar dari hentian tu. Lepas tu aku tengok minah dalam kereta nih macam kelam kabut menukarkan seluar/baju budak. Anak dialah gamaknya. Dalam renyai-renyai hujan dia kelam kabut keluar dari kereta, lepas tu lock kereta tu, lepas tu gi ke bus stop. Anak dia biar dok dalam keter and then nampak dia tunjuk2 ke langit kat anaknya. Dia boleh suruh budak tu tunggu dalam kereta yang berkunci dengan kedudukan kereta yang agak ke tengah jalan tu. Bayangkan lah kalau ada bas yang terlaju sikit ker atau apa, tergesel kereta ker..isy..nauzzubillah...tak baca ker dalam surat khabar kes-kes budak yang ditinggalkan dalam kereta ni. Apalah yang difikirkannya ntah la... Kalau akulah, biarlah kena hujan dari terjadi perkara yang tidak diingini...
Thursday, September 30, 2010
Berapi kat musang berapi...
What is wrong with this musang? Aiya...ker internet aku yang bengong? Dah 3 hari aku tak boleh nak buka 2-3 tab dalam satu masa. Kalau aku add tab, sure page tu tak appear sampai aku closekan page yang lain. Jangankan tab, buka 2 window pun tak boleh. Contoh macam kalau aku nak komen entry orang, aku klik comment, keluar satu window tapiiiiiiii...kosong! Blank! Bukan error. Tapi Blank! Sampai aku close main window, barulah window komen tuh paparkan page dia. Bengong! Satu kerja pula nak open, close..open, close window.
Penghujung Syawal..
Dah nak masuk hujung Syawal dah. Pergi mana-mana blog mesti ada cerita tentang raya. Bukan tak mahu berkongsi cuma tak berapa rajin nak menaip. Kalau nak cerita tentang sambutan hari raya pun macam dah basi. Cumanya tahun ni beraya di Bt. Caves dulu sebelum balik ke Beranang. Seperti tahun-tahun yang sudah, rutinnya sama saja. Mandi, kemas-kemas rumah, panaskan segala neka yang perlu dipanaskan, tunggu orang balik dr masjid, salam-salam, sesi bergambar pastu pergi berjalan raya. Malam pula tunggu tetamu datang beraya. Cuma apa yang menariknya adalah malam raya dah kena sound dengan Abah. Bukan seorang tau, tapi satu family kena sound. Anak, bini, menantu, cucu..semua merasa. Ahahahaha...amik ko. Kelam kabut je masing-masing masa tu. Tapi kami dah biasa dah. Abah memang macam tu. Bila datang panik dia, mula la angin taufan datang melanda. Sedangkan kes kecil je. Kes kitorang tak readykan hidangan untuk orang takbir. Bukan tak nak siapkan awal-awal, tapi tahulah kalau bebudak kecil dah ramai kat rumah. Berlari ke sana, berlari ke sini. Nanti ada pulak yang mandi teh ke, kuah kacang ke. Lagi naya.
The satay
The anak-anak (3 takder dalam gambar)
The kami (red was our theme this year)
The Us
(Tak disengajakan, majoriti purple kebiruan..kami je dikategorikan sebagai rare species)
(3 ahli takder dalam gambar..Ain mbam mbam dan Caie sebab dah tidur, Abang Man masih di Aussie)
(Tak disengajakan, majoriti purple kebiruan..kami je dikategorikan sebagai rare species)
(3 ahli takder dalam gambar..Ain mbam mbam dan Caie sebab dah tidur, Abang Man masih di Aussie)
Sehingga ke hari ini (selagi belum habis Syawal), mood raya masih ada. Dengan open house, jamuan raya and so on. Seperti biasa, kami tak buat open house ye. Bila-bila masa boleh datang (kalau kami ada di rumah ler). Ada semingggu je lagi ni. Sempat lagi..
Saturday, September 04, 2010
Tak sempat nak hantar kad raya laa....
Wednesday, September 01, 2010
Melewati 31 Ogos, menghampiri 1 Syawal
Salam Merdeka buat rakyat Malaysia. So, semalam semua orang bercuti kan? Sempatlah aku mengemas sikit-sikit rumah di Putrajaya. Sebenarnya kemas almari perhiasan je dan almari solek. Hehehe..itupun jenuh nak siapkan sebab asik dikacau dek 2 beradik tu. Menyapu habuk bagai. Sambil tu dok mengomel kat abang nak mencari bunga. Terus terang aku katakan sebenarnya abang yang lebih dalam part-part mengemas ni. Nak dekat raya ni abang boleh lak sebut nak tukar bunga, alas meja etc. Makanya, demi menyahut seruan abang itu, aku pun meremindkan dia untuk mencari bunga baru. Destinasi kami adalah ke Nilai 3.
Bayangkan lah, dibulan puasa ke Nilai 3 dengan membawa 2 orang askar kecil dan berjalan ditengah panas terik mentari tengahari. Orang kat Nilai 3 tuh takyah nak kata lah, memang ramai. Dengan panas teriknya, lepas tuh tengok pula Along sedap menyedut air milo. Memang menduga iman sungguh la. Uisy, rasa macam nak masukkan diri dalam kategori mereka-mereka yang diharuskan berbuka je. Niat asal hanya nak cari bunga dan alas meja je. Mula-mula pergi kedai bunga. Tak banyak lak less nyer. Hanya 20% jer tapi sebab memang dah nekad kan, dapatlah rembat bunga kaler merah. Digabungkan dengan bunga daun getah kat rumah yang kaler kusam2 cream dan bunga2 halus kaler putih. Lawa dah kiranya tuh.
Keluar dari kedai bunga entah macam mana abang teruja pula melihat langsir. Terpaksalah mencari ready made punya langsir selepas membeli bunga.. . Lepas round 4-5 kedai langsir, last-last dapatlah langsir yang simple tapi comel dan murah. Maka tahun ini dengan rasminya raya kami bertemakan kaler merah. Alas meja je yang tak jumpa-jumpa. Tak larat dah nak round kedai lain. Along asyik bising ajak balik. Lepas ke Nilai 3, kami terus ke Beranang untuk menghantar 4 beg baju (baju raya, baju kerja). Tidur sekejap, lepas tu terus ke rumah Abang Long untuk makan free. Nilai 3 punya pasal, sampai 4 gelas air aku minum masa berbuka. Huhuhu..heavan je rasanya.
Dah hujung-hujung puasa ni, dah abis idea aku nak masak apa. Lagi-lagi bila cili dalam peti ais pun dah habis. Nak blend lain, rasa macam tak berbaloi sebab nanti 2 minggu nak meninggalkan rumah (alasan semata). Duduk opis pun pasang lagu raya je. Lepas tu dok kira diut nak selesaikan hutang piutang. Lepas tu dok mengira bajet untruk selepas raya pula. Alhamdulillah kerajaan bagi 500. Kalau dak, kompem lepas raya bawak bekal kuih raya pergi opis. Hehehe

Tuesday, August 17, 2010
Friday, August 13, 2010
3 Ramadhan
Alhamdulillah. Dah masuk hari ke tiga berpuasa. Buat masa ni kami masih belum menziarah bazar Ramadhan lagi. 2 hari lepas menu berbuka kami berkuah saja. Hari pertama bihun sup, semalam mi kari. Tapi mi kari semalam sungguhlah spoil disebabkan oleh kerang yang sudah lama dan agak berbau. Makanya kuah karinya menjadi agak tidak menyelerakan. Hari ni punya menu masih belum decide lagi. Sepanjang 3 kali bersahur, kami dapat makan dengan tenang sebab Along dan adik nyenyak dibuai mimpi cumanya ada sekali tu adik bangun lepas kami habis bersahur.
Hmm..Sebelum puasa hari tuh dah berapa hari abang dok mengadu sakit2 tapak kaki. Terasa bisa2 dan kebas je. Ingatkan sebab darah tinggi tapi abang macam dah teragak yg itu simptom gout. Sejak doktor kata kandungan asid urik dalam darah abang tinggi, makin pening kepala aku nak memikirkan lauk utk bersahur (tanak mengaku ada gout tuh). Dah sah2 banyak yang kena dipantangkan dan kebanyakkannya adalah feverat dia. Kalau ikutkan, abang memang tak makan seafood sepeti udang, sotong, ketam etc tapi feverat dia adalah sardin yang mengandungi kandungan purine yang tinggi. Lepas tuh ikan bilis, siap boleh ratah mentah lagi. Lepas ni kena makan ikan2 sungai je la ye. Tapi takkan hari2 nak makan ikan keli dan talapia? Huhuhu...
Sedikit info mengenai penyakit gout..
Gout terjadi bila kandungan asid urik di dalam darah meningkat (melebihi 7.5 mg/dL). Ini terjadi kerana dua sebab utama:
* Tubuh menghasilkan lebih asid urik.
* Asid urik di dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.
Serangan gout sering terjadi di kalangan :
* Lelaki yang berusia 30 tahun ke atas.
* Perempuan selepas putus haid .
* Orang yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap gout.
* Orang yang mengambil alkohol berlebihan.
* Orang yang mempunyai tekanan(stress) .
* Orang yang mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti leukimia.
Tanda-tanda yang selalu dirasai:-
* Sakit pada sendi terutamanya sendi ibu jari kaki.
* Sendi menjadi merah, bengkak dan panas.
* Demam
PENGURUSAN DIET SEMASA SERANGAN AKUT
* Ambil cecair sekurang-kurangnya 2 liter air (6-8 cawan) sehari.
* Hadkan pengambilan alkohol.
* Elakkan mengambil makanan tinggi purin.
* Elakkan mengambil terlalu banyak makanan daripada sumber protein ( 0.8g/kg berat badan)
* Tingkatkan pengambilan makanan daripada sumber karbohidrat. (55-60% daripad jumlah tenaga)
* Hadkan pengambilan makanan daipada sumber lemak. (lebih kurang 30% jumlah tenaga).
PENGURUSAN DIET SEMASA SERANGAN KRONIK.
* 8 cawan air sehari.
* Hadkan pengambilan alkohol.
* Berhati-hati dengan makanan yang tinggi purin.
MAKANAN TINGGI PURIN (150-825mg/100g)
* Pankreas/otok/ buah pinggang/hati.
* Ikan tenggiri/selar/kembong/sardin.
* Ikan bilis/budu.
* Kepah
* Telur Ikan
* Petai/jering
* alkohol
* Yis/ragi
* Ekstrak daging/kiub sup
* Angsa/kijang.
MAKANAN SEDERHANA PURIN (50 - 150 mg/100g)
* Daging lembu/ayam/kambing/ ikan/itik
* Udang/ketam/ tiram/kerang
* Asparagus/bungakobis/bayam/kulat/ cendawan
* Legum(dhal)/kekacang/ kacang pis/kacang panggang/petai/ bendi
* Produk bijirin penuh
MAKANAN RENDAH PURIN
* Bijirin/nasi/ mee/makaroni/ roti/biskut
* Susu/produk tenusu
* Telur
* Buah-buahan termasuk jus
* Sayur (kecuali di atas)
* Gula/sirap/ gula-gula/ madu/kastad
* Minuman berkarbonat
* Minyak/mentega/ marjerin
* Kopi/teh/kordial
* Keju
* Jem
* Yogurt
* Coklat
* Aiskrim
* Herba/rempah
* Cuka
RINGKASAN PENJAGAAN MAKANAN PESAKIT GOUT
* Elakkan mengambil makanan tinggi purin
* Hadkan makanan mengandungi sederhana kandungan purin
* Elakkan mengambil protein terlalu tinggi
* Kawal atau turunkan berat badan secara beransur-ansur kepada berat badan ideal
* Hadkan atau elakkan minuman beralkohol
* Minum banyak air (2-3 liter sehari) untuk membuang asid urik melalui air kencing
* Ambil lemak dalam kuantiti yang sederhana

* Elakkan makanan tinggi lemak (contohnya makanan bergoreng) kerana boleh mengurangkan pengeluaran air kencing
* Amalkan pengambilan makanan secara seimbang
* Lakukan senaman secara kerap.
Makanya, aku sekarang kena merangka apa yg boleh dan tak boleh beli setiap kali pergi ke pasar. Pening, pening....

Monday, August 09, 2010
1,2,3 sayang semuanya...
2 hari lepas genap dah umur dia 23 eh 32 tahun. Kebetulan pada tarikh tersebut kami ke UM sempena hari konvokesyen Acap, so aku mencapai sejambak Ros terus hulur kat dia. Romantik kan? Hakikatnya aku yang teringin sebenarnya. Anggap je lah itu pre-present. Kang dah ada idea bernas baru belikan yang lain. Ehehehe.... Apa-apa pun, kami (Ummi, Along n Adik) sayang sangat-sangat kat Walid. Happy birthday yer sayang.
Balik dari UM, niat nak ke SOGO dibatalkan lepas tengok jalan nak masuk KL jem. Abang terus drive pergi JJ Wangsa Maju untuk shopping fasa ke-3 baju2 raya budak-budak ni. Seperti kata kak Pnut , be kedekut ok. Cari yang less kaw-kaw untuk menjimatkan duit (kalau dah 3 fasa shopping baju raya budak, jimat aper nyer..huhuhu). Anyway, itulah tanda sayang kami kepada anak-anak. Duit baoleh cari, anak2 tiada galang ganti.
********

2 malam berturut-turut Along jatuh tangga. Mula-mula hari Jumaat, kemudian hari Sabtu. Aisy, berhantu sungguh tangga rumah emak tu. Mulanya aku nak mengejarkan Adik yang bermain di tepi tiang seri rumah bila dengar Aida dan emak menjerit serta Along menangis. Automatik aku kejarkan Along yang dah tersembam di tangga batu. Aduh, tengok muka sebelah kanan bercalar, mata kiri bengkak dan lebam. Bibir luka. Alhamdulillah semuanya hanya luka-luka luaran, tidak melibatkan sebarang kecederaan serius. Lepas tuam bengkak dengan ais, nampak ok sikit muka Along. 5 minit lepas jatuh, elok pulak di join Che Ah main siap berebut lagi. Sabar je la Along nih. Tak macam orang sakit langsung. Tengah malam tu terus Along demam sampai ke pagi tadi. Sejak dari tu, dengar orang berlari turun tangga pun aku dah ber dup dap dup dap. Risau je anak jatuh lagi.
Ni video yang Jajang captured masa Along dan Che Ah bercerita..hehehe..
Ni video yang Jajang captured masa Along dan Che Ah bercerita..hehehe..
Saturday, July 31, 2010
31 Julai

31 Julai 2010. Hmm..setahun sudah berlalu sejak daripada kejadian itu. Setiap detik, setiap saat tidak pernah aku lupakan. Setiap langkah, setiap gerakan pada waktu itu masih jelas lagi. Setiap kali memori itu datang menjengah, air mata pasti akan mengalir. Perasaan itu masih lagi dapat aku rasakan. Alhamdulillah, adik kini semakin sihat. Semakin cergas. Semakin lasak. Semakin cerdik. Bersyukur ya ALLAH kerana memberikan kami peluang kedua. Takkan kami sia-siakan amanah MU ini.
Tuesday, July 27, 2010
Ramadhan is on His way...
Tinggal lebih 2 minggu je lagi kita nak berpuasa balik. Alhamdulillah. Aku dah berapa tahun sejak kawen puasa memanjang penuh je. Tahun nih nampaknya ada yang kena qada' la nanti. Huhuhu..Bila masuk bulan puasa ni mula la teringat puasa zaman kanak-kanak ribena dulu. Seronokkan? Puasa macam mana pun masih lagi larat nak main kejar2. Yang part tuang puasa tu tak payah cakap la. Air paip pun rasa heaven je bila masuk tekak. Hehehe. Aku tak tahulah kalau zaman sekarang ni mak bapak masih amalkan budaya siapa tak puasa duduk jauh2 masa orang lain berbuka. Kalau dulu, terkulat2 la tengok orang lain makan sedap-sedap masa berbuka. Sedih je hati masa tu. Tapi idak la sampai diorg dah licin makan baru yang tak puasa ni boleh join. Seingat aku lah, pernah sekali tu emak masak maggie banyak-banyak sebagai juadah berbuka. Bukan nak kata tak ada makanan lain, tapi mungkin dah penat nak masak nasi goreng ke, mihun goreng ke, mee kari ke, mee goreng ke, kue tiaw goreng ke. Paling senang masak maggie la. Satu perkara lagi, memandangkan keluarga aku ni keluarga yang besar (9 beradik tu), makanya hidangan untuk berbuka pun melimpah ruah la. Air je dah 2-3 jenis. Belum dengan kuih muih, dengan nasi + lauk pauk, pastu ada pula yang goreng2, siap dengan buah lagi. Memang penuh la tikar tu. Makan pun berebut-rebut je. Tangan bersimpang siur ambil makanan. Meriah betul. Abang masa mula-mula berbuka puasa dengan keluarga aku, memang dia terkejut. Dah la rumah tak berapa nak luas, makanan banyak sampai sofa-sofa kena letak luar sebab tak muat dah nak duduk. Ye lah, masing2 dan besar dan berbadan besar. Mana ada yang simpuh sopan2, sekali bersila bertemu lutut dengan lutut. Silap2 lutus atas lutut lagi.
Aku bila dah terbiasa dengan suasana macam tu, bila dah kawen nih tak pandai pula nak sukat2 bila memasak. Makan untuk berdua, masak kekadang macam nak makan ramai je. Abang pula jenis yang masa berbuka tak makan nasi. Nak masak sikit2 rasa macam tak mencabar. Ceewah. Bila makan berdua ni, masuk air dengan kuih dah rasa kenyang. Takder dah nak ulang2 makan ke apa. Nih dah ada 2 orang askar nih, mungkin meriah la berbuka puasa nanti. Harapnya masa bersahur diorang tak memeriahkan suasana di hening subuh. Kalau tidak, jenuh wei....

Perkembangan adik
Sekarang umur adik dah hampir menjangkau setahun 3 bulan. Last week ada appointment dgn Bahagian Carakerja. Alhamdulillah, motor skill adik adalah normal. Selari dengan perkembangan baby2 yang lain. Sekarang dah mula nak berlari pula walaupun jalan masih ada terhoyong hayangnya. Cuma dari segi percakapan la yang mungkin agak perlahan. Sehingga kini the only word yang adik sebut jelas adalah "abuuuuu tak!". Selebihnya tak ada perkataan spesifik seperti mama, nak, mak. Bila nak sesuatu barang, adik akan tunjuk dengan tangan saja. Bila nak memanggil ummi, walid atau along adik akan sebut "ah". Bila nampak kucing, ayam, itik atau apa2 binatang adik akan sebut "shiih" sambil menghulur tangan. Bila main sorang2, all the baby words akan keluar "babababa","tatata","abuuuu". Tapi yang aku kagum, bila main kereta adik akan buat bunyi "buuuuuuu".
Oh, kembali kepada carakerja tadi. Mula-mula masuk bilik carakerja, tak ada pegawai yang menunggu di dalam bilik tu. So, aku lepaskan adik main semua mainan yang ada. Bila Puan Anita jenguk je muka di pintu, adik terus kejar minta dukung. Aisyyy, dah kenal ke adik? Sambil bermain untuk menguji kepekaan adik, Puan Anita boleh pula tanya apa lagi nak ditengok dari segi perkembangan pergerakan adik. Katanya adik adalah normal. Aku minta pandangan dia untuk stimulate percakapan adik. Puan Anita sarankan supaya banyakkan berbual dengan adik. Sebut perkataan yang mudah seperti "susu", "ummi" dan sebagainya. Kita juga boleh menyambungkan perkataan2 yang keluar dari mulut baby supaya menjadi perkataan yang lengkap. Contohnya jika baby sebut "bububu", kita sambungkan "ku" dan sebut berulang kali kepada baby. Televisyen juga banyak membantu dalam merangsang percakapan baby. Oh, teringat kak Alin cerita hari tu. Ada satu kes di mana seorang kanak-kanak sehingga berusia 2 tahun tidak bercakap sampai mak bapak nya risau sangat (Kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah dari segi percakapan apabila usia mereka menjangkau 2 tahun setengah masih lagi tidak boleh menyebut perkataan-perkataan mudah). Hingga satu hari apabila kanak-kanak tersebut bercakap, bahasa yang keluar adalah Bahasa Inggeris. Ternganga mak bapaknya. Rupanya sebab budak tu selalu menonton TV, dia belajar perkataan2 Inggeris dari rancangan TV. So, ada gak pekdahnya TV nih kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)