Baca kisah Aleesha anak kak Pnut yang suka memanjat, saling tak tumpah dengan perangai Adik yang teramatlah lasaknya. Tengoklah gaya dia memanjat motor tu. Siap berdiri lagi. Nasib la motor tak bergerak. Kalau tak, sebijik dah gaya akrobat PDRM..ala-ala Toto (ker TATU). Tuh belum lagi gaya dia nak panjat tangga tapi menyelinap ikut bawah pagar tangga. Nanti kalau sempat, aku tangkap gambarnya.
Hah..ini pulak muka adik selepas 3 kali digigit dan dicakar masa di nursery. Gila punya ganas bebudak tuh punya geram kat adik. Tapi aku tak marah lah, bebudak kan. Lagipun masa kejadian ni, adik tak menangis masa mula-mula ke a gigit dah dicakar tuh baru dia meraung. Masa tu la Teacher dia baru perasan. Alhamdulillah, terima kasih kepada krim gamat yang cepat menyembuhkan luka-luka adik. 3 hari je dah clear calar balarnya..
Oh, dengan bangganya aku nak bagitahu ini merupakan percubaan pertama aku masak kek gula hangus. Resepi nih aku dapat dari blog kak ummi. Memandangkan kek nih kegemaran suami, maka aku pun cuba-cuba buat. Alhamdulillah, menjadi lak. Berbaloi la berjaga sampai pukul 1.30 pagi. Hehehe..Lepas tu bawak balik Beranang, bagi orang sana rasa sorang sedikit. Hasilnya, aku dapat tempahan 3 biji kek ni untuk hujung minggu depan. Wahh..tetiba berangan nak buat bisnes lak..ahahaha
Nampak tak gambar yang bawah sekali ni. Itu gambar oven yang mak mertua ku bagi. Oven zaman silam nih. Walaupun masih menggunakan elektrik, tapi kira silam juga la. Ok rupanya oven ni. Elok masaknya kek yang aku buat tu. Lepas ni boleh lah lepaskan geram kat oven ni. Lama sangat dah mengidam nak bakar membakar.
8 comments:
siannya auni...
kak nurul.. kalau tak nak masukkan budak2 kat generasi.. tapi kelas nabil xde kosong.. nak pisahkan kesian pulak.. x dpt lamasuk generasi.
takder kosong ker? Tapi kat generasi tuh memang kena cepat. Takper la, kalo kat permata bonda tuh dah ok, teruskan jer la...maybe next time. Skang nih, bebudak yang 4 thn ke atas kelas diorg kat dewan komuniti presint 9, yg dekat kolam renang tuh. 3 thn ke bawah jer yg diletakkan kat rumah2 tuh
alahai... siannya princess tu.. sabo ko yer... kalo aku mau merah padam muka tnya mcm2 kt cekgu dia... mmg le budak tp kena la aware... sian dia...
Hehehe..masa zepul sampai2 jer Teacher dah minta maaf n terangkan pada zepul apa yg terjadi. Pada aku, kalo Teacher dah xplain, takper jer..Macam kita jugak la, sometimes terlepas pandang perangai anak2 walhal baru 2 orang..ehehe..
nak kek!
meh..meh dtg rumah, kita buatkan..ehehe
kita nak jugak! favourite tuh!!!!
shida..fevret ker? ok, ok..nanti leh order yer..ahahaha
Post a Comment