Thursday, September 30, 2010

Penghujung Syawal..

Dah nak masuk hujung Syawal dah. Pergi mana-mana blog mesti ada cerita tentang raya. Bukan tak mahu berkongsi cuma tak berapa rajin nak menaip. Kalau nak cerita tentang sambutan hari raya pun macam dah basi. Cumanya tahun ni beraya di Bt. Caves dulu sebelum balik ke Beranang. Seperti tahun-tahun yang sudah, rutinnya sama saja. Mandi, kemas-kemas rumah, panaskan segala neka yang perlu dipanaskan, tunggu orang balik dr masjid, salam-salam, sesi bergambar pastu pergi berjalan raya. Malam pula tunggu tetamu datang beraya. Cuma apa yang menariknya adalah malam raya dah kena sound dengan Abah. Bukan seorang tau, tapi satu family kena sound. Anak, bini, menantu, cucu..semua merasa. Ahahahaha...amik ko. Kelam kabut je masing-masing masa tu. Tapi kami dah biasa dah. Abah memang macam tu. Bila datang panik dia, mula la angin taufan datang melanda. Sedangkan kes kecil je. Kes kitorang tak readykan hidangan untuk orang takbir. Bukan tak nak siapkan awal-awal, tapi tahulah kalau bebudak kecil dah ramai kat rumah. Berlari ke sana, berlari ke sini. Nanti ada pulak yang mandi teh ke, kuah kacang ke. Lagi naya.

The rendang...

The satay

The anak-anak (3 takder dalam gambar)

The kami (red was our theme this year)

The Us
(Tak disengajakan, majoriti purple kebiruan..kami je dikategorikan sebagai rare species)

(3 ahli takder dalam gambar..Ain mbam mbam dan Caie sebab dah tidur, Abang Man masih di Aussie)

Sehingga ke hari ini (selagi belum habis Syawal), mood raya masih ada. Dengan open house, jamuan raya and so on. Seperti biasa, kami tak buat open house ye. Bila-bila masa boleh datang (kalau kami ada di rumah ler). Ada semingggu je lagi ni. Sempat lagi..

No comments: