Friday, October 29, 2010

4 tahun lalu..

4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
pagi-pagi ni mesti abang dah bangun awalkan?
kemas-kemas rumah,
orang dah ramai datang,
masak-masa kat dapur,
siapkan hidangan sebelum bergerak tengahari,
persalinan tu mesti dah digosok dari semalam,
siap tergantung dalam bilik kan?
Sebab di rumah emak di Batu Caves pun
kami tengah kalut-kalut menyiapkan hidangan
tengah sibuk kemas-kemas rumah
sebab tetamu akan datang..

4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
mesti tengahari tu
abang siap-siap mandi, pakai wangi-wangi
sarung persalinan di badan,
kemaskan ikatan samping,
betul-betulkan songkok
sebab tengahari tuh dah nak bergerak kan?
Sebab di rumah emak di Batu Caves pun,
Ija dah siap-siap mandi,
Kak Ila dan Kak Liza dah siap dengan alat mekap,
nak mekapkan Ija,
supaya nampak berseri,
di bawah dah dengar riuh rendah suara tetamu,
gincu belum pakai sebab Ija nak solat dulu,
lepas mekap, Ija sarungkan persalinan itu,
rasa bangga, rasa segan, rasa terharu,
semua ada,
tapi kenapa debar dan gugup tak kuncung tiba?
gamaknya sebab Ija ni selamba.. :D

4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
Abang sms Ija bagitau,
pukul 1 rombongan abang sampai dah
terus tunggu di Masjid Saidina Hamzah,
Masa tu Ija dah mula tak tentu arah,
bagitau emak, bagitau abah,
semua siap-siap, tak nak bagi abah marah,
lepas Zohor kami bergerak,
tengok dalam Masjid punyalah ramai umat,
masa tu Ija jalan pandang bawah je,
niat kat hati nak gak jeling tengok abang,
tapi I malu la abang...
bila dah duduk,
baru perasan kelibat abang..

4 tahun lalu,
Abang ingat lagi tak?
masa abah genggam tangan abang,
masa akad mula nak dilaksanakan,
masa imam tak jadi tanya macam-macam soalan kat abang,
masa Ija menjawab bila imam bertanya (malunya la)
masa tangan mula digoyang,
masa abah tersalah sebut nama ayah abang,
walaupun dialognya telah dibekalkan,
masa abang menyambut akad yang dilafazkan,
masa 3 cameraman asyik ambil gambar kita,
masa imam membaca doa,
selesai sudah acara nikah,
kita dah rasmi jadi suami isteri,
walaupun lepas 3 minggu baru tinggal bersama,
perasaan masa tu tak tahu apa nak kata,
tengok abah menangis, emak menangis,
hati mula dipagut rasa pilu,
terputus sudah tanggungjawab abah pada Ija,
Ija tahu, emak tahu, abah juga tahu,
Abang akan jaga Ija dengan sebaiknya..

4 tahun lalu,
kisah hidup ini bermula

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-4 yer Abang,
Semoga keluarga kita
sentiasa di bawah lembayung rahmatnya kasih sayang Ilahi
Amiin...

p/s: Kita nak sambut kat mana yer? ehehe

7 comments:

shafarina said...

congrats nurul

happy 4th anniversary :)

Nurul said...

wan: toche..toche...:D adiah takder ker? :p

tulip said...

hepi anniversarry...

mizz-siti said...

happy anniversary..terharu le baca..

Nurul said...

zt: mekasih

achu: mekasih. Tuh la, mengimbau kenangan lama..ehehe

izz said...

happy anniversary nurul.. sorry lambat wish.. moga makin bahagia sefamily... aminnn

Lianna Umar said...

Eppy belated anniversary k.nurul..moga bahagia n jodoh hingga ke syurga..amin..