Monday, June 29, 2009
Syian ummi.. :D
Hujung minggu bebaru nih cadangnya nak tengok Pertandingan Kucing Antarabangsa di Mid Valley Mega Mall. Sampai sana dalam pukul 12.00 tghari lepas sesat mencari jalan pulang. Sampai-sampai makan dulu di McD sebab along lapar. Lepas makan pusing2 cari dewan pameran. ummi 'ter' rembat Stroller di Jusco untuk adik sebab tak larat nak pangku lama-lama. Orang punyalah ramai, pusing2 pulak cari kaunter tiket. Akhirnya kami hanya sempat tgk sign 'Ticket Counter" sbb dah kelam kabut dek kerana amukan adik yang nak tidur dan menyusu. uhuhuhu...Orang dah pandang-pandang menyebabkan Ummi amik keputusan untuk ajak walid balik. Kiciwa jer tak dpt tgk kucing-kucing tu...
p/s: Ummi muncung dalam keter sepanjang perjalanan balik.. :p
Wednesday, June 24, 2009
Along dan Adik
Bulan nih usia along setahun 7 bulan dah. Macam-macam ragamnya, nak-nak sejak ada adik nih. Ada je perkara yang dia buat utk menarik perhatian org lain. Nasib la ada mak anjang kat rumah nih, boleh jugak la melayan si along ni. Kadang-kadang bila kita pangku adik, dia pun sibuk nak duduk dekat kita. Along pun boleh tahan jugak kuat membebel nya dan dah banyak perkataan boleh disebut. Antaranya:A' U - Hello
Adek-adik
A id - walid
Mi - ummi
Itik
pish - fish
cit - sit
pong - kampung
pak pak pung - berkompang
antin - pengantin
awah - bawah
pet pet - kalau tengok wonder pets
vetui3 (sampai tersembur air liur) - citer upin dan ipin
Tekta - traktor
bang - kapal terbang
emot - remote astro
Along sekarang ada habit yang tak tau la nak kata kreatif atau tidak. Dia suka sangat tampal menampal. Bukan di atas kertas tapi di pipinya. Pantang ada kertas mesti nak tampal kat pipi. Baik kertas kecil ataupun sebesar A4. Tapi itu dulu, sekarang nih dah semakin byk benda yang boleh dia tampal, janji benda tu nak melekat di pipi dia. huhuhuhu...
Story of Adik..
Adik sekarang dah sebulan 20 hari. Semakin kuat menyusu. Suka sungguh berborak. Tapi paling suka menangis. Kadang-kadang bila nak tidurkan dia, mula la adik keluarkan bunyi uuu..aaa..sambil sengih-sengih. Tu cara adik nak ajak kiat berborak la tu. Tak sabar nak melihat adik membesar. Sehingga ke hari ini kami masih belum cuba lagi bawak adik pergi berjalan-jalan dan bershopping. kalau ada pun sekadar balik ke Beranang dan Gombak. Makanya tak tahu la samada Zahirah nih kaki jalan macam along atau tidak.Story of Me
Sejak dah ada anak dua nih semua kerja kena disispkan pagi. Memasak lauk pun dibuat diwaktu pagi. Bila tengahari hanya melayan these 2 angels of mine. Alamak, Along dah tuang bedak atas katil....
Wednesday, June 17, 2009
Thursday, June 11, 2009
Full Time Housewife..
Thursday, June 04, 2009
I'm one month oredi..

Tuesday, June 02, 2009
Along...
Umur along sekarang dah setahun setengah. Along pun semakin lasak sekarang ni. Kesian kat Atuk dan Nenek sebab nak mengejar along je. Nasib la sekarang cuti sekolah, boleh lah Maksu layang along. Along dah boleh sebut banyak perkataan dah. Tapi yang betul2 membanggakan ummi dan walid adalah along dah boleh sebut ummi dan walid. Walid disebut 'a id' dan ummi disebut 'mi'. Walaupun tak lengkap janji kami faham. Ehehehe..Mak Uda kata along nih nampak macam seorang abg yg akan menjaga adiknya. Amiin..harap2 benarlah. Ada masa along akan marah kalau orang luar dukung adiknya. Nenek kata, kalau along nampak org bawak baby di luar mesti along kejar sambil panggil 'adek'. Haru sungguh. Sekarang ummi dengan walid tengah pening kepala. Nak kekalkan along di nurseri lama atau tukar ke baru. Kalau ikutkan hati ummi, memang sayang kalau nak ditukarkan sbb dah percaya dgn penjagaan nurseri tu tapi walid taknak berpusing2 hantar along dengan adik nnt kemudian berpusing lg nak hantar ummi. Ummi pulak kalau di tempat tu mmg taknak bwk kereta sbb jem dan susah nak cari parking. Kita tgk mcm mana nnt ye along. Along pun mesti sedih kan nak tinggalkan teacher2 along nnt. Oh..along skrg pantang nmpk laptop, mesti dia nak tgk kompang sambil mulut bising sebut 'pak pung' dan tgn dok mengetuk besen kecil nenek.Tuesday, May 26, 2009
After 3 weeks..
Mata bulat, idung pun bulat..ehehe
Selama 3 minggu ni, aku rindu nak menjakan Zakwan. Walaupun Zakwan sentiasa di depan mataku. Dalam berpantang nih, tak boleh bawa benda2 berat. Sebab tu aku tak boleh nak mendukung Zakwan. Kadang22 kesian bila Zakwan dok depa2 tangannya minta aku dukung. Maafkan ummi sayang, bukan taknak tapi tak boleh. Bila sekali sekala aku beri perhatian pada Zakwan, nampak betapa seronoknya Zakwan. Dengan aku Zakwan kurang sikit cemburunya bila aku dengan Zahirah tapi kalau abang yg pegang Zahirah, mulalah Zakwan meragam. Hmm..minggu depan abang berkursus ke Melaka untuk 4 hari. Sian la Zakwan, takder walid nak tidurkan dia malam2. Hm..tak sabar nak balik ke sarang..2 minggu je lagi..sabar..sabar
Saturday, May 16, 2009
It's a baby girl..
Alhamdulillah. Pada 3.5.2009, tepat jam 10.18 malam aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Kecil jer orangnya. 2.6 kilo. jauh beza dengan jangkaan doktor sebelum ni. Apa-apa pun, alhamdulillah tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Seawal subuh tu aku dah mula terasa lain macam. Terasa macam ada air yang keluar tapi tidak lah banyak. Sedikit2 cumanya berterusan. Aku bgtau pada abang supaya bersiap sedia je sebab naluri ku mengatakan ianya air ketuban. Kebetulan emak mertuaku tiada di rumah sebab bermalam di rumah Pejal. Abang berapa kali pujuk pergi hospital tapi aku tak nak lagi sebab tak ada rasa sebarang rasa sakit. Akhirnya tengahari tu aku mengalah juga merelakan diri pergi ke hospital Kajang. Lepas check semua, aku pun warded. Petang tu dah mula terasa sakit2. Sempatlah makan sedikit utk menambah tenaga. Malam tu waalupun bukaan dan 5 cm tapi sakitnya masih tidak kuat. Air ketuban dah lama kering. Akhirnya kena paksa juga. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Dan tepat pada jam 10.18 Zahirah selamat dilahirkan. Tak terhingga rasa kesyukuran dan tak putus2 bibir aku mengucapkan Alhamdulillah. Bersyukur kerana ianya bayi perempuan, bersyukur kerana bayi itu sihat, bersyukur kerana aku dapat mendengar tangisannya sebaik saja dia dilahirkan (yang mana tidak dapat aku alamai sewaktu melahirkan Zakwan), bersyukur kerana aku dapat memeluk bayiku sebelum dia dibersihkan. Air mata tak berhenti2 mengalir. Bersyukur ya ALLAH di atas segala kebahagiaan ini. Semoga Auni Zahirah akan menjadi anak yang solehah. :-)
Thursday, April 23, 2009
I'm 38 weeks now..
Mabuk
Masa Zakwan:
Aku dah start mabuk masa usia kandungan 2 bulan dan berlarutan sehingga 5 bulan. Tahap kemabukan agak serius sehingga mana aku pernah warded selama 3 hari 2 malam. Macam2 bau aku tak boleh. Jalan terhentak sikit pun abih terkeluar semua isi perut. Series mmg aku tak larat sangat masa tu.
Second pregnancy:
Alhamdulillah, aku mabuk masa sepanjang bulan Ramadhan je. Kak alin kata, antara faktor yang menyebabkan aku mabuk teruk adalah sebab aku ada gastrik. Masa bulan puasa, yang mampu aku telan hanyalah air. Tapi alhamdulillah, habis je puasa aku dah kembali sihat. Makan dah macam biasa.
Cramp
Masa Zakwan:
Aku dah mula rasa cramp semasa usia kandunganku seawal 5 bulan. Boleh dikatakan hampir tiap2 malam kena. Sampai menangis2 aku dibuatnya. Dr kata biasanya org start cramp bila janin dah besar. Huhuhu..mungkin kurang kalsium tapi tiap2 hari minum susu. Lama-lama cramp berkurangan dan setiap malam aku memang tak berani nak meregangkan kaki terutamanya masa menggeliat. Hehehe..sakit woo..
Second pregnancy:
Alhamdulillah, jarang betul kena cramp. Sekarang nih kalo kena pun, aku cuba urut sendiri. Bila dah tak tahan jer baru menangis. Pernah aku terjerit masa kena cramp, kebetulan masa tuh aku terjaga dengar Zakwan menangis. Bila dgr aku menjerit sakit, terus Zakwan terdiam. Hehehehe...
Baby movement
Masa Zakwan:
Sungguh2lah aktifnya dia dalam perut aku. Pantang dipegang perut nih, mesti ditendang. Abg la paling suka bila Zakwan menendang2.
Second pregnancy:
Cukup kedekut dengan Abg. Tiap kali abg pegang perut aku, dia akan berhenti menendang. Ehehehe...Kadang2 masa tgh aktif bergerak, bila aku letakkan tgn abg di perutku terus dia senyap. Tensen abg..Zakwan pun jarang dapat rasa pergerakan adiknya ni.
Fuh! Mengah rasanya. Apa2 pun, semoga segala2nya selamat dan baby ini akan sihat. Agak2nya ikut muka siapalah nanti ye? ehehehehe...
Tuesday, April 21, 2009
Bila suami memilih pakaian anak..
Aku: abang, nnt mcm mana pun nak gak carikan baju baru utk bb dalam sepasang dua..
Abg: erm...
Kelmarin;
(Lepas kemas2kan baju baby dalam bakul..)
Abg: Ayang, jom kita cari baju utk bb. Dapat tambah dalam 5 pasang kira oklah tu..
Aku: Ok..
Endingnya lepas balik dari pasaraya, baju2 bb dibasuh, disidai, bila dikira2 rupanya dah rembat sampai 14 pasang. Huhuhu..itulah akibatnya apabila suamiku dibiarkan utk memilih baju2 baby...
Tuesday, April 14, 2009
Amukan Zakwan..
Pagi tadi pula, walid jirus sikit baki air zam-zam Zakwan semalam kat muka ummi. Bukan sebab ummi mengamuk, tapi sebab ummi masih terpisat2 ataih tilam...cait!
Monday, April 13, 2009
Wallawei...mengah..
Masuk minggu nih, usia kandunganku dah masuk 37 minggu. Bak kata kak alin, anytime boleh bersalin. Tak sabar pulak rasanya. Macam manalah rupa adik Zakwan ni nanti. Harap2 dipermudahkan lah. Zakwan sekarang nih semakin slim. Makan dah kurang, asyik melasak je. Risau jugak, sebabnya batuk berkahak dia tak hilang2 lagi. Kalau tengah2 malam tu, dia akan terjaga disebabkan batuk yang tak berhenti dan selalunya akan diikuti muntah berserta dengan kahak-kahaknya sekali. Takut ada asma je..
Adeh..adeh..mata ngantuk la pulak lepas dgr taklimat tadi..huhuhu
Thursday, April 09, 2009
Alhamdulillah..
Wednesday, March 25, 2009
Nak jawab tag la pula..
Aisy..Ni nak masak pun macam malas je, lgpun lauk semalam ada sikit lg. Ikan siakap 3 rasa, terung bakar dengan kuah asam, lobak putih tumis. Pagi tadi pula dah masak nasi goreng, pun ada berlebih lg tu. Setakat makan sorang takpe jer lagi. Sekarang tgh khusyuk tgk Madagascar 2: Escape To Africa. Oh..aku berhutang 2 tag dengan Cik Tulip. isy..rajin betul la dia tag orang. Huhuhu..
First Tag: Wajib jawab sbb Mama Nabil kata saya ensem.
Baru minggu lepas saya "hot" (suhu badan naik tinggi). Sampai merah pipi saya..
2. Upload gambar kegemaran anda.
Alaaa..gambar byk kat komputer len..kat sini tak byk..akceli pada saya sumer gambar saya adalah best sbb saya tau saya ensem..eheheh
Saya di Burger King..
3. Kenapa anda suka gambar ini?
Cos I'm the king in this photo.
4. Bila kali terakhir makan pizza?
Tak pernah pun. Ummi tak bagi sebab takut tercekik. Lagipun saya tak suka sgt kalau ada rasa pedas. Ummi ngan walid makan pizza bln lepas kot. Nanti bila saya dah byk gigi, saya nak suruh ummi buatkan pizza untuk saya. Orang kata pizza ummi masak sedap..huhuhu
5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Errr...lagu "satu, satu..saya sayang ALLAH. Dua, dua, sayang rasulullah. Tiga, tiga, sayang ummi walid. Satu dua tiga sayang semuanya." Bila ummi nyanyi lagu tu, jari saya akan cucuk2 langit. Ehehehe..tapi saya pandai buat jari satu je, dua dgn tiga susah nak buat.
6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Errr..saya tengah melasak kat nursery. Ummi tgh tgk cd..walid tgh ada lawatan kat UIA gombak..
7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Ammar. Bila orang sebut Ammar, saya pun akan sebut Ammar..Ammar..Ammar..
8. Tag lagi 6 orang :
Malas nak tag dah..sbb nnt kena jawab lagi soklan2 lain..ehehehe
Second Tag: About him (Ini pasal walid)
1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Berita (terutamanya politik), AF, Julia Juli
2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Just a Thousand Island Mayonaise.
3. What's one food he doesn't like?
Udang
4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Macam-macam. Nasi Ayam, tauhu bakar, nasi goreng kampung, blablabla
5. Where did he go to high school?
Sek. Agama Menengah Batu 10 (SAM10)
6. What size shoe does he wear?
9
7. If he was to collect anything, what would it be?
Katanya dulu2 rajin beli majalah dan buku2 novel.
8. What is his favorite type of sandwich?
Tuna
9. What would this person eat every day if he could?
Nothing specified
10. What is his favorite cereal?
None (bukan selera mat salleh)
11. What would he never wear?
baju pompuan la..sbb dia lelaki..
12. What is his favorite sports team?
Selangor (i guess..he's not into sport actually)
13. Who did he vote for?
politik or celebrity?
14. Who is his best friend?
Ayang n Zakwan (wajib). Sham (dari SAM10). Acap (dulu student, skang dah jd cam adik beradik).
15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Muncung sedepa..
16. What is his heritage?
Emak (Minang) + Abah (Sabah) = Dia (Minang tulen katanya)
17. What is his favourite colour?
Biru.
18. What is his habit?
Tgk TV sambil baring-baring. Mengusik Zakwan yang semakin kuat cemburunya..ehehe
19. What is he proud of?
This small family dan lulus PTK2 walaupun baru 7 tahun berkhidmat.
20. Lastly, do you think he will read this?
Dont think so. Dia lagi minat buka blog penganalisis politik. huhuhu
Monday, March 23, 2009
Zakwan Tak Sihat Lagi..
p/s: takziah utk Lutfi sekeluarga di atas pemergian anak mereka yang kedua. Baru berusia 4 bulan..al-fatihah
Wednesday, March 18, 2009
Adik abang long..
Monday, March 16, 2009
Rezeki Allah nak bagi..saper tau kan?
Tiba-tiba ALLAH murahkan rezeki aku. Aku menang satu pertandingan dengan ganjaran wang RM1,000,000. Oh..bersyukurnya tak terhingga. Semalam aku dha membuat congak-congak. Apa yang ingin aku buat dengan wang sebanyak itu. Hmmmm...
1. Selesaikan semua hutang aku dan abang supaya jumlah angka di sebelah kanan sama banyak dengan jumlah angka di sebelah kiri (dalam slip gaji).
2. Membeli rumah yang diidamkan selama ini.
3. Membeli kenderaan yang lebih besar sedikit (bila ahli kuarga dah bertambah nih, keter dah tak cukup space..huhuhu)
4. Bagi kat emak di Beranang untuk baik pulih rumah.
5. Bagi kat emak dan abah sebagai simpanan.
6. Buat simpanan untuk keluarga sendiri (abang dan anak-anak).
7. Sedekah pada yang memerlukan.
8. Selebihnya barulah aku simpan sebagai pelaburan.
Setelah aku congak-congak semalam, hampir RM500,00 akan digunakan bagi perkara-perkara yang tersebut di atas. Tapi takper, benda baik perlu dikongsi bersama kan? Hehehehe...aduh..sesungguhnya angan-angan itu memang indah. Entah bila la nak dapat yer?
Wednesday, March 11, 2009
Takziah..
Ohhhhhhhh Ohhhhhhhhhhh
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......
Hanya mampu sujud.....
Friday, March 06, 2009
Monday, March 02, 2009
Kemalangan..
Hari Ahad sepatutnya ada 2 kenduri kahwin. Tapinya abang decide untuk pergi satu majlis je. Majlis kahwin anak sepupu aku di Serdang. Sempatlah jumpa Anim dan Ce Ah kat situ sebab minggu ni diorg balik ke rumah mak, kami pula di Beranang. Dah besar dah anak dara si Anim ni. dah nak dapat adik tapi masih tak boleh berenggang dengan umminya. Anim pun dah semakin ok dari mabuk2 cumanya kata Anim loya masih tak hilang lagi. Takper, sabar yer Anim. 4 Bulan jer lagi..ehehehehe...
Owh..di kenduri inilah berlakunya satu kemalangan yang membuatkan aku hampir2 gugur jantung. Mana taknya, si Zakwan terjatuh (lagi sekali) di atas jalan tar. Kali ni agak teruk sebab Zakwan tersembam dengan teruk. Salah kami juga sebab terlepas pandang. Pada mulanya kami ingatkan Zakwan masih dengan Pak Tehnya, rupanya dia dah berlari entah kemana. Baru je beberapa saat aku bertanyakan Zakwan pada abang, tup-tup dengar suara dia meraung. Bila toleh tengok dah ada orang angkat Zakwan. Zakwan dah mula dok pegang dahi kanannya sambil meraung kuat. Bila dialihkan tangannya, tengok darah dah banyak. Panik aku. Kelam kabut dok cari ais batu. Masa tuh air mata dah bergenang dah. Lukanya tak besar, cumanya agak dalam sikit. Ada 3 luka yang berdarah. 2 di dahi dan satu lagi di kening. Kepala dengan bawah mata dah becalar. Aduhai Zakwan, maafkan ummi dengan walid ye..Bawak ke klinik, doktor kata yang kat dahi tu jer yang dalam sikit lukanya tapi tak sampai kena jahit. Alhamdulillah....lepas ni memang kena pastikan Zakwan sentiasa di sisi.
Nampak tak luka2 di kepalanya tu? Yang kat dahi tuh la yang byk darahnya..




