Tuesday, October 23, 2007

Raya oh Raya....Part 1

Assalammualaikum wbt..

Seminggu dah berhari raya. Orang pun dah mula ramai masuk opis. Takder lah opis selengang minggu lepas. Tahun nih first raya aku kat rumah mertua. Ok lah. Yer lah, kat mana pun kita berada raya tetap raya kan? Cuma ada perasaan lain jer pada hari tuh. Aku balik Beranang petang Khamis tuh sebab mak kata tak ada orang nak tolong dia merendang. Kalau sikit2 tak apa lah jugak, nih sampai 13 kilo daging. Macam org nak buat kenduri. Tapi rendang mak Beranang memang agak femes, tuh kira orang tempah menempah kat emak lah tuh. Mak punya rendang 5 kilo daging jer, lepas tuh 2 ekor ayam pencen direndang dengan pucuk ubi (rendang orang minang). Hari Khamis tuh, jalan menuju ke Semenyih dah start jem. Perjalanan yang sepatutnya ambil masa tak sampai sejam, jadi 2 jam. Aku, abang dgn Acik Timah berbuka dalam kereta jer. Terasa cam jauh sgt dah kampung tuh. Hehehehe..takper, pengalaman buat abang dan Acik Timah. Lepas berbuka kat rumah baru start merendang daging2 tuh. Buat dalam 2 kawah. Sib baik bahan2 nya mak dah selesaikan awal2 cuma kena tambah lagi sikit2 jer. Tukang-tukang kacau pun ada kat rumah tuh. Kira tahun nih aku tak merasa sgt la mengacau rendang. Kalau kat rumah mak sendiri, memang kitorang bergilir2 kacau. Saja nak menyibuk2. Baru terasa suasana raya. Lgpun, dalam keadaan tgh berbadan dua nih, kirim salam jer la org nak bg aku kacau2 rendang nih. Mau kena sergah dengan abang jer nnt. Rendang ayam pencen tuh pulak kitorang masak masa hari Jumaat tuh. Dengan rebus nasi himpit, buat kuah kacang dan kuah lodeh. Sebenarnya aku teringin nak menganyam ketupat macam kat Bt.Caves tuh, tapi mak tak nak pulak (mmg takder yg boleh menganyam kat rumah Beranang tuh). So, masak lah nasi himpit segera. Malam tuh pulak ada buat takbir rumah ke rumah. Aku cuma menyibukkan diri di dapur ajer. Mmg tengah kepenatan masa tuh.

Kesayuan berhari raya mula aku rasakan pada pagi raya tuh. Sesudah aku solat subuh, hati mula terasa sayu sesangat. Air mata mulalah mengalir. Tapi cepat2 aku lap sebab tanak bagi abang nampak. Aturcara pagi raya kat Beranang memang lain dari Bt.Caves. Pagi2 raya sebelum solat raya, mamak bahar dan Acik Piah dtg anak beranak, bertakbir kat rumah tuh pastu diorg salam2 dengan nenek, makan sikit2 pastu terus pergi ke surau. Tahun nih pulak kebetulan aku dan abang jer yang beraya di Beranang. Along dgn Pejal raya kat rumah mertua masing2. Abang bgtau kalau kat Beranang takder protokol tuk bersalam. Siapa siap dulu, dia pergilah bersalam dulu dengan nenek, mak dan abah. Kalau kat Bt. Caves nih, kami dah berkumpul adik beradik baru start salam2. Pastu ikut seniority pulak tuh. Makanya selesai makan, kitorang salam2 degan nenek dulu, pastu dengan mak pastu dengan abah. Aku pun mulalah buat drama air mata. Salam nenek jer pun aku dah mula nangis. Dengan mak lagi lah laju air mata nih. Bila dengan abang, mmg dah macam air terjun dah. Dialog2 skrip drama yg aku dah plan dari seawal puasa tak terluah di pagi raya tuh sebab dok menangis jer. Pengalaman betullah. Sesudah solat raya tuh, sebelum pergi ziarah kubur,aku tepon mak dgn abah dulu. Tahun nih mohon ampun dan maaf melalui telefon ajer. Itu pun dah berjejeran air mata. Sungguh la sensitifnya hatiku ini.

Memandangkan nenek duduk dengan mak, mmg tiap2 tahun orang ramai akan dtg beraya ke rumah mak. Seawal2 sesudah solat ada yang dah dtg. Biasalah kalau duduk di kampung. Kiri kanan depan belakang semuanya sedara mara. Petang raya tuh pulak abang bawak aku pergi beraya rumah2 sedara kat belah darat (panggilan tuk org2 yg rumahnya ada di belakang rumah mak). Tapi memula tuh kitorg gi rumah mamak bahar kat lembah dulu (kawasan rumah di seberang jalan..mmg kawasannya agak terkebawah sikit). Jalan ramai2 dengan keluarga mamak bahar, Ani dgn Acik Timah. Terasa macam budak2 kampung pulak sebab kami berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah. Pergi ramai2 sampai ada yang kata kitorg nih gerabak keretapi. Berjalan pulak dengan Acik Timah, Acik Piah dan mamak bahar. Memang bising jer sepanjang jalan. Aku, Ani dengan anak2 mamak bahar jd tukang gelak.

Pagi hari raya kedua mmg tak pergi memana pun. Tunggu orang dtg ke rumah. Tghari baru kitorang siap2 nak beraya lagi. Kali nih pergi sekali dengan mak, Pejal, Azah, Ani dgn Acik Timah. Nenek pulak kitorang bawak ke lembah, duduk dgn Ateh. Kali nih pusing2 kat Kg. Dacing pulak. Cadangnya nak ke Lenggeng sekali tapi tak cukup masa. dari pukul 2.00 petang sampai 6.30 petang, kitorang beraya 10 rumah. Yerlah, beraya dgn diorg tak mcm beraya dengan mak aku. Dtg raya cukupkan syarat. Duduk dalam 15-30 minit, pastu terus gerak pergi rumah orang lain. Lagipun rumah dekat2 jer. Tapi, kalau dengan mak aku, satu rumah tuh boleh makan masa 2-3 jam (sebab banyak bersembang). Malam tuh pulak, orang dtg beraya ke rumah mak tak putus2. Dah pukul 11 malam barulah terasa lapang. Perancangan nak balik ke Gombak raya kedua secara automatik terbatal (terasa gak hati masa tuh, tapi mmg keadaan tak mengizinkan. Pasrah jer lah). Esok seawal2 pukul 8.00 pagi barulah aku dgn abg bertolak balik ke Bt.Caves. Akhirnya pulang jugak anak mak nih ke pangkuan keluarganya. Hehehe..

P/S: Tahun nih duit raya tong-tong. Hehehe..save ler ckit.. :p

6 comments:

tulip said...

Meriah juga..
lainkan raya dengan family baru.. takpe next year raya umah kite2 pulak..

~adeQ~ said...

kite raya umah mak kite...best la....hehehe....tahun depan lambat lagi....saja nak dengki...tapi kawin dekat2 ni kelam kabut ke sana-ke mari...letih den...

Nurul said...

tulip: lain mmg lain..tapi best jugak..sbb sedara mara, sepupu sepapat belah sana sumernyer kecoh2..eheheh..

Nurul said...

adeq: takder mana nyer lambat..yg pastinya raya haji nnt kat umah mak sendiri gak...ehehehe...

shafarina said...

alahai, first time beraya dgn family mertua la nih... tgh peknen lak mmg ar mcm paip bocor... huhuhu

tapi, best kan merasa pengalaman lain dari kebiasaan..

Nurul said...

wan:hehehe..mmg ada terasa kelainannya...sib baik masing2 sporting..kalo dak, ada yg meraung 2 hari 2 mlm..ahaks..