Wednesday, October 31, 2007

Raya oh Raya....Part 2

Seperti yang telah aku ceritakan hari tu, pagi raya ke 3 baru aku balik rumah mak di Bt. Caves. Sampai-sampai jer mmg langkah kanan betul, kat rumah tu tgh menghidangkan sarapan pagi. Makanya terus lah duduk bersila..hehehehe..Semua ada kat rumah kecuali anim yg masih beraya di Muar sambil menghabiskan sisa-sisa berpantangnya. Rehat sekejap jer kat rumah lepas tu terus keluar beraya. Plan nak pergi rumah kak long, lepas tuh rumah kak nini di Dengkil, rumah acik Janah di salak dan terus ke KLIA hantar kak Alin. Setelah lama berpisah, hari tuh kak Alin akan berjejak kasih semula dengan suaminya yg terchenta. Mesti tgh berkobar2 di dalam hati.

So, kitorg menjadikan perjalanan beraya di 3 rumah tersebut seharian hingga ke malam sebab flight kak Alin ke Sarawak pukul 10.00 malam. Dari konvoi 4 kereta dari rumah mak, sampai ke Salak terus jadi 8 kereta. Nasib baik la tak 8-8 kereta tuh hantar kak Alin ke airport. Tapi memang terasa sendat perut. Mana taknya, kat rumah kak long di jamu dengan lemang, rendang, roti puri, kari. Rumah kak Nini dijamu dengan kue tiaw ladna dgn nasi beriani. Pergi rumah acik Janah dijamu dengan mihun goreng dan nasi. Makan sikit2 jer la. Itu pun kadang2 cuit dari pinggan orang lain. Hantar kak alin ke airport, sempat la beli coklat. Tapi mmg tak ada rezeki sungguh sbb coklat tu tertinggal pula kat KFC KLIA tuh...aduhhhh...patah remuk hati nih sebab coklat tuh mahal..huwaaaa :(( Sampai ke rumah mak muncung panjang ajer. Abang dok sengeh2 pulak kat sebelah. Sakit sungguh jiwa ini.

Esoknya pulak, cadang-cadang nak beraya ke Nilai. Tapi sebelum tu kami ke Sg Choh dulu. Bukan pergi rumah Erra Fazira, tapi rumah Mak Uda. Kang nnt merajuk pulak Mak Uda. Yerlah, mak dah sampai sana raya pertama hari tu, kami yang anak-anak mak tak sampai2. Dengan menaiki satu keter yang memuatkan 3 family, kitorg pun pergilah. Pergi sana pun makan nasi jer sbb mmg Mak Uda tgh siapkan hidangan tuk makan tengahari. Tahun nih raya tak berkesempatan nak rasa sate yg Mak Uda masak.Tapi takper lah, bukan mengidam pun. Duduk sekejap, lepas tuh terus mintak diri balik. Kalau bawak mak nih, takder lah kitorg dpt balik awal. Ingatkan sampai rumah mak dah siap2 tuk ke Nilai, rupanya tak lagi sebab sepupu abah dari Labu pulak nak dtg. Plan untuk ke Nilai terpaksalah dibatalkan. Petang tuh mak ajak pergi beraya rumah Tok Teh, rumah nenek Pocah dan rumah kak Nimah. Tapi dapat pergi rumah nenek Pocah jer sebab Tok Teh dengan kak Nimah tak ada di rumah. Kiranya aku tahun nih mmg tak banyak la berjalan raya ke rumah2 saudara mara sebelah aku.

Hari Rabu tuh pulak, uruskan hal-hal di KWSP pagi tuh lepas tuh terus balik Beranang. Singgah sekejap di Bdr Rinching, beraya ke rumah tuan rumah lama kitorg. Diorg tgh sibuk kemas2 rumah sejak rumah tuh dimasuki orang masa sebelum puasa hari tuh. Duduk2 sekejap pastu trus ke rumah mak Beranang. Tuh pun tak dpt nak rehat sgt sebab bekas2 anak murid abg nak dtg pulak petang tuh. Katanya dalam 20 orang. Abang minta masakkan makaroni jer. Diorg janji pukul 4, tapi last2 sampai dah dekat2 maghrib. Lepas maghrib, terus kitorg siap2 nak ke rumah mak mertua Pejal, pastu rumah tok Bodeng dan rumah alang. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Malam tu tidur kat Beranang, pagi esoknya pergi kerja dari Beranang. Berakhir sudah cuti raya tahun nih.

2 comments:

wan said...

datanglah rumah kita puan nurul...

nurul said...

insyaallah puan wan..ehehehe..skang nih dlm keadaan yg tgh menghitung hari tak berani lak nak janji gi umah sesaper..tgk pd kelaratan membawa perut ku ini..