Thursday, December 05, 2013

Awat la pemalas sangat nih??

Awat la aku pemalas sangat nih? OK la..sekadar peringatan kepada diriku..

PETUA RUMAH TANGGA BAHAGIA

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras/menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Tuesday, August 06, 2013

Ramadhan -----> Syawal

Ramadhan semakin ke penghujung..tak lama lagi Syawal lak menjelma. Kat opis2 dah mula lengang. Jalan-jalan di pusat bandar lembah kelang pun dah mula boleh baring-baring. Masing-masing dan mula balik ke kampung. Mana-mana yang nak berjalan jauh tuh, bawak kereta baik-baik yer...

Ramadhan tahun nih, Alhamdulillah Along berjaya berpuasa 25 hari. 5 hari tuh tuang sebab demam. Takper la, baru 6 tahun. Tahun lepas dapat 9 hari je. Semalam masa balik, tengok2 ada sijil untuk Along. Rupanya sijil ucapan tahniah nsebab berjaya berpuasa dengan jayanya dari Taska. Waaaahh..first time aku tengok sekolah buat penghargaan kepada anak murid yang berjaya berpuasa. Bagus juga, menjadi pembakar semangat ke budak-budak. Nanti ada masa aku amikkan gambar sijil tuh. Bulan-bulan puasa nih serba serbi malas nak buat. Nasib lah kuih raya kugagahkan juga buat walaupun dalam keadaan tak sihat.

Oh, alkisahnya sepanjang bulan Ramadhan nih memang dugaan betul lah. Awal-awal puasa si adik demam. lepas tuh berjangkit pula ke Along. Selesai je Along sambung lak Walid dia. Sampai merangkak2 nak berjalan sebab kepala pening. Elok je Walid dah nak sihat, ummi pulak demam. Amik ko...lengkap satu keluarga. Kebetulan lak aku demam masa tengah bercuti nak membuat kuih raya. Makanya, tangan menggigil2 pun buat gak kuih dan siapkan tempahan cheesetart. Tiap kali siap jer kuih dimasak, aku pun mula panas balik badan dengan lesunya. Adohai...tapi gagahkan juga masak untuk berbuka dan bersahur.
Tahun nih dapat buat kuih yang simple2 je. Kuih popiah nestum, kuih samperit dengan chocolate chip. Konon nak buat sarang semut dengan tart nenas tapi terpaksa dibatalkan. Lain kali la, Insyaa Allah.

Duduk kat opis pun, mood kerja dah ke laut sana nun. Anak-anak dah dihantar ke kampung pagi td sebelum gi kerja (Beranang jer pun). Nih dok godek-godek internet lak. Dah tak tahu nak click aper lagi.. Nak cerita pasal makanan masa bulan puasa pun rasanya macam dah tak relevan sebab puasa pun dah kat penghujung nih..Orang lain semua dok sibuk cerita pasal balik kampung jer. Aku nak cerita balik kampung pun, jarak kampung laki aku n 'kampung' aku hanyalah sekangkang kera dari rumah kami. Tak mencabar :p ehehehe...makanya, Selamat Hari Raya lah yer.



p/s: mood nak berlog bukan saja dah ke laut, malah dah rentas ke padang pasir ..huhuhu

Thursday, June 27, 2013

Aktiviti bersama anak-anak

Sejak berkahwin, kalau di Putrajaya ada apa-apa karnival kami memang akan pergi. Dah ada anak lagi la seronok nak pergi sebab anak2 pun excited dengan program-program macam nih. Tahun nih kami sempat pergi ke Pesta Belon Udara Antarabanga, Karnival Belia dan baru-baru nih Pesta Bunga dan Taman (Floria). Kalau dulu duduk Putrajaya, paling tidak 4-5 kali kami akan berulang ke program-program tuh tapi bila dah pindah Semenyih, kurang la berulangnya. Paling tidak pun 2-3 kali je. Hehehehe...kalau ke Karnival belia, tumpuan anak2 adalah pada pameran pasukan beruniform. Polis, askar, bomba. Alhamdulillah, anak-anak jenis tak kisah berjalan lama-lama. Tak meragam sangat. Cuma penat bila pantang nampak org menjual, semuanya dia nak. Kalau pameran sebegini, yang anak-anak agak trauma adalah maskot2 dan patung-patung yang pakai baju-baju penyamaran. Biasanya kat booth tentera la sebabnya ada juga sekali sekala sebenarnya org yang pakai baju tuh. Bila pengunjung datang dekat, diorang bergerak. Mau tak menjerit budak-budak nih. Yang diorg dah pasti betul2 adalah patung, baru berani datang dekat.


 Adik nak cuba juga

 Anak bujang den amik gambar senyum simpul..

 Along dengan hadiah kemenangan pertandingan mewarna di pameran Bomba

Seronok main kejar2 sementara ummi dan walid menghayati persembahan zikir dan salawat.

Baru-baru nih pula ada Pesta Floria. Ini memang fevret aku. Seronok tengok bunga yang banyak-banyak. Nak pergi obersi tengok musim bunga, belum ada rezeki lagi. Maka kat pesta floria nih pun jadi lah.Tahun nih temanya adalah bunga orkid. Aku kalo orkid nih idak la fanatik sangat, jadi banyak ambil gambar bunga-bunga yang lain..Kalau pesta floria, acara wajib kami adalah melihat perarakan bos berhias dan persembahan bunga api. Kalau tahun-tahun sebelum nih, bila part bunga api jer mesti akan berlaga dengan suara Along dan Adik meraung ajak balik sebab takut. Tahun nih diorang dah berani. Cuma adik jer yg masih takut-takut. Disebabkan cuaca yang tak begitu elok (jerebu), setakat 2 kali jer kami ke sini. rasa macam tak puas sebenarnya tapi nak buat macam mana kan. Insya Allah, tahun depan kami datang lagi.

 salah satu taman yang dipertandingkan di peringkat sekolah 

 Ros yang unik

 I'm so in love with lilies

 Bunga-bunga yang cantik..

 Acara wajib di malam hari..pertandingan bot berhias

 dan letupan bunga api

 Di bahagian pameran antarabangsa..


Alkisah, di pesta floria nih ada banyak persembahan dan byk pentas-pentasnya. Bagpipe nih memang kami tunggu-tunggu pada hari kejadian. Bukan suka pun tengok lelaki-lelaki yang gagah perkasa tapi pakai skirt. Cuma nak dengan muziknya ajer. Maka, bila persembahan bermula kami pun berdiri ler depan pentas bila tiba-tiba..


Anak-anak berlari menyorok belakang kami dan terintai-intai. 



Punya la cuaknya muka si Along..

.
.
.
.
.
.
.
Punyalah cuak bebudak nih bila nampak makhluk2 sebegini..Dari dulu sampai sekarang, kalau maskot ke, badut ke..memang anak-anak yang bertempiaran lari. Memula diorg menyorok2 belakang kami jer. Tapi bila badut nih semakin dekat, si adik menjerit-jerit ajak balik. Si Along dan mencicit lari jauh ke belakang. Terpaksa mengejar pulak. Aduhai..sabar jer la..

Monday, June 24, 2013

Sukan Taska Permata 2013

Tahun nih Taska Tunas Permata lewat buat hari sukan gara-gara tarikh asal sama dengan tarikh Pilihanraya Umum pulak. Jadi, sukan ditunda ke bulan Jun. Tahun nih adik seorang jer berpeluang untuk join sukan. Along tak dapat sebab bertindan lak dengan tarikh peperiksaan untuk memasuki Sekolah Integrasi, Kesian pula sebabnya ini tahun terakhir di Taska. Takper la Along, nanti masuk sekolah rendah boleh join sukan lagi. Memandangkan anak-anak mempunyai misi yang berbeza, maka ibu dan ayahnya pun terpaksa dipecahkan 2. Ummi temankan adik bersukan, Walid pulak temankan Along pergi periksa. Alhamdulillah adik tak menangis macam tahun-tahun lepas. Yer la, dah besar kan. Dah pandai nak  bercampur dengan kawan-kawan. So, ummi pandang dari seat padang jer la. Acara sukan dimulakan dengan acara senamrobik ibu bapa. Memang nih acara fevret aku. So, duduk depan sekali lak tuh. Hehehe..sekali sekala nak mengeluarkan peluh. Seronok rasanya. Lepas tuh persembahan tarian Zumba oleh anak2 Taska. Comel jer tengok. Habis tuh baru acara sukan. Tahun nih acara sukan memang sempoi habis. Setiap tahun akan ada 2 acara. Untuk tahun 4, acaranya bawa getah dengan straw dan lari itik (lari sambil kepit bola kat ketiak). Tak sempat nak rasa penat sangat sebab pukul 8.00 start, pukul 11.00 habis dah. Along sempat la sampai tengok acara ibu bapa. Sempat lah berlari2 dengan kawan-kawan.

 Rumah merah

 Zumba zumba yeayea

 Adik bawak straw jer..getah dah hilang

 itik kepit bola..

2 hadiah utk 2 acara
 
 Peace ummi..

Tuesday, May 07, 2013

Pilihan telah dibuat, terima sajalah...

Alhamdulillah. Selesai dah pilihanraya. Aku andaikan lepas pilihanraya nih clear sikit wall fb dengan status2 politik. Tapi, as usual..muncul pulak status2 ketidakpuasa hatian atau status2 sindiran..Buat yang menang, tahniah! Pastikan janji yang ditabur akan ditepati. Dan pimpinlah kawasan anda sebaiknya. Buat yang kalah, tak seharusnya ada provokasi.

Kita kena ingat, sekiranya kita tidak suka pada satu2 calon itu, belum tentu orang lain juga tidak suka.  Sematkan dalam hati, yang setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan ALLAH. Sekiranya ALLAH tidak mengizinkan, calon2 tidak akan menang. ALLAH la yang menggerakkan hati manusia untuk membuat pilihan, bukan? Kenapa kita perlu menyalahkan satu sama lain? Sekiranya yang kalah, yang menang menerima setiap ketentuan, InshaAllah aman damai.

Kini, isu yang dimainkan pulak adalah racist. Ada kalanya aku bersetuju, ada kalanya tidak bersetuju. Mungkin benar ramai kaum lain yang memilih parti tersebut..tapi sama juga sebagaimana kita2 nih memilih calon dari parti yang lain. Setiap kita ada matlamat dan kehendak. Jangan menunding jari pada yang memilih, kerana itulah tujuan pilihanraya diadakan. UNTUK MEMILIH!! Sebaiknya, tenung balik diri sendiri. Dimana kurangnya sehingga orang memilih yang lain. Sekiranya isu racist tidak dihentikan, kaum yang lain akan benar-benar beralih angin. Kerana mereka pastinya akan turut rasa marah kerana asyik dipersalahkan! 

Apa2 pun, aku mengharapkan agar negara nih ditadbir dengan baik. Kemajuan dan keamanan dipertingkatkan, pada masa yang sama Islam dipertahankan. Buat ahli2 politik, ALLAH memberikan akal untuk kita berfikir. Sekiranya masih inginkan kemenangan pada masa akan datang, fikirkanlah apa yang mampu kalian laksanakan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat MALAYSIA. Stop pointing finger to each other!!!

Just my two cent...