Tuesday, August 02, 2011

National Geographic

Seminggu sebelum puasa, aku ke Terengganu untuk lawatan. Since bahagian aku nih berkaitan alam sekitar, makanya lawatan pun ala-ala national geographic. Hari pertama, kami ke Santuari Penyu Ma' Daerah yang terletak di Kerteh. Agak tersorok dibelakang hutan pantai, kawasan ini merupakan kawasan perlindungan penyu. Difahamkan bahawa 2 spesies penyu yang kerap naik ke kawasan ini iaitu penyu agar dan penyu belimbing. Di sini, kami berpeluang melihat penyu menetas, penyu dilepaskan dan penyu  bertelur. Percaya tak yang untuk mendapatkan anak-anak penyu jantan atau betina, suhu memainkan peranan yang penting. Ibu penyu akan mencari kawasan teduh seperti di bawah pokok untuk mendapatkan anak-anak betina dan sekiranya penyu bertelur di kawasan terbuka, anak-anak jantan akan terhasil. Biasanya, sebaik saja penyu bertelur, telur-telur tersebut akan dibawa ke pasir penetasan bagi tujuan pengeraman. Ini bagi memastikan bahawa telur-telur penyu tidak diambil oleh orang awam untuk dijual. Melihat penyu bertelur pada pukul 10.00 malam adalah satu pengalaman yang sungguh seronok. Dengan keadaan malam yang terang akibat bulan penuh, tak payah bawak torch light dah. Dinasihatkan pada sesiapa yang berniat nak melihat penyu bertelur, janganlah pakai pakaian berwarna terang kerana ianya akan menakutkan penyu. Oh, kawasan santuari ini bukanlah dibuka kepada orang ramai sebab ekopelancongan belum menjadi aktiviti utama mereka, namun sekiranya berminat untuk mengenali penyu bolehlah membuat lawatan ke sini. Penginapan disediakan namun makanan kena beli di luar.

 Hari kedua pula, kami bergerak ke Rantau Abang untuk melawatan Santuari Penyu Rantau Abang dan Galeri Biodiversiti Akuatik. Di sini ditunjukkan segala aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan penyu. Tempat ini dibuka kepada orang awam. Selain daripada patung-patung penyu, tulang ikan paus, dugong yang diawet serta beberapa spesies hidupan akuatik dipamerkan di Galeri ini. Kalau datang ke Rantau Abang, jangan lupa singgah di sini ye..

 
 Memandangkan pad ahari ketiga merupakan cuti umum Terengganu, makanya kami telah pergi melawat ke Masjid Terapung, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Nak menghabiskan ronda TTI memang mengah. Kawasannya luas dan terdapat 22 model-model masjid serta kubu Islam di seluruh dunia. Di beberapa model masjid, terdapat teater yang memaparkan kisah tentang masjid-masjid tersebut.Harga tiket adalah RM15.00 (dewasa - warganegara) dan RM8.00 (kanak-kanak 12-7 thn).


Hari keempat pula, kami ke Pusat Pemuliharaan Tuntung Bukit Paloh yang diuruskan oleh PERHILITAN. Kawasan yang terletak berhampiran dengan Sungai Terengganu ini menjadi kawasan perlindungan bagi tuntung. Tuntung ini merupakan hidupan liar yang unik (endemik) yang mana spesiesnya hanya terdapat di Terengganu. Tuntung juga dilindungi sepenuhnya oleh PERHILITAN. Mereka yang ingin memelihara tuntung, kena dapatkan lesen dari PERHILITAN dulu. Oh, walaupun terdapat spesies yang dikenali sebagai tuntung laut, namun habitatnya adalah di sungai. Tuntung bertelur di pasir-pasir tebing sungai. Seperti penyu, tuntung juga akan bertelur dengan kuantiti yang banyak. Telurnya berbentuk lonjong (penyu bulat).


Last sekali, kami ke Santuari Gajah Sg. Ketiar. Santuari ini terletak berhampiran dengan Tasik Kenyir. Terdapat seekor gajah comel bernama Suria yang berusia 11 tahun di santuari ini. Suria akan dilatih untuk menjadi gajah denak, iaitu gajah yang digunakan untuk membawa gajah liar keluar dari hutan. Santuari ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada waktu petang, pelawat dibenarkan untuk menunggang Suria. Kalau nak merasai pengalaman berhadapan dengan gajah, boleh lah datang ke santuari ini selain daripada Santuari Gajah Kuala Gandah.

 
Sekian lawatan ala-ala national geographic kami.Tahun depan kena pikirlan tempat lain pula.

2 comments:

tulip said...

bestnya dok alam sekitar...

Nurul said...

best ker? ok ler...part2 lawatan nih best ler