Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat hari raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin yer untuk semua...

Wednesday, August 17, 2011

Kuching Part 2 - Semenggoh Wildlife Center

 
Hari kedua kami di Kuching, kak Alin jd tourist guide kami memandangkan abg Man mengajar pada hari tersebut. Destinasi kami ada ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh untuk melihat orang utan. Perjalanan ke Semenggoh mengambil masa 45 minit dari rumah kak Alin. Pusat ini diwujudkan bagi memulihara orang utan yang semakin pupus. Selain orang utan, pusat ini turut menempatkan buaya dalam kurungan. Burung enggang pun boleh dilihat di pusat ini. Lepas tuh ada juga arboretrum dan pusat buluh. Memandangkan tourist guide kami sendiri belum pernah sampai ke pusat ini, makanya kami telah terlajak sewaktu hendak ke sini. Nasib la tak terlajak jauh. Kalau ada yg berminat nak tengok orang utan, korang dinasihatkan untuk berada di sana sebelum pukul 9.00 pagi sebab pukul 9.00 pagi ada feeding time. Masa feeding time ni lah banyak orang utan akan turun untuk mengambil makanan. Kami sampai masa tuh dah pukul 9.30 pagi. Dari pintu masuk nak ke Pusat Hidupan Liar tuh ambil masa lebih kurang 10 minit memandu. Masa kitorang sampai, ramai yang dah keluar. Terpaksalah berjalan laju sikit sebab kakitangan di situ kata masih ada 20 minit lagi.

  
Jalan laju-laju, takut tak sempat tengok orang utan. 
Memang masuk hutan betul.

Maknanya, selepas pukul 10.00 pagi pelawat diminta untuk meninggalkan pusat tersebut. Sepanjang di situ, pelawat di minta untuk tidak membuat bising bagi tidak menakutkan orang-orang utan tersebut. Tapi, bila ada seorang budak yang namanya AMMAR ZAKWAN, takkan ada istilah senyap lah. Lepas dapat tengok orang utan sekilas, dibantainya ajak kita balik. Tak sempat hilang penat berjalan masuk ke tempat feeding tu, dah bising nak balik. Kami difahamkan bahawa terdapat 26 ekor orang utan di situ. Setiap hari kedatangan orang utan diwaktu makan akan diambil bagi tujuan pemantauan.



 Kat pangkin tuh la tempat makannya

Oh, setiap orang utan di sini mempunyai nama tau. Macam-macam nama ada. Analisa, Seduku, Manap, Ritchie dan banyak lagi. Setiap anak orang utan yang lahir di dalam kawasan ini mempunyai surat beranak. Tapi bak kata Zepul, kesian diorang..semua tak berbapa. Huhu..yang ada nama emak je..


 
 Glemer wei nama orang utan kat sini

 Lepas tengok orang utan, kami tengok pula buaya dalam kurungan. Takder apa la yang menarik pasal buaya kat sini sebab kurungannya kecil jer. Nanti aku citer kat mana best tengok buaya.

Kandang buaya yang kecik jer

Nanti sambung cerita trip ke Pustaka Negeri dan Muzium Kucing pula. Ada perkara lucu yang berlaku masa tu..ehehe

Thursday, August 11, 2011

Menu apa kita ye?

Hari pertama: Nasi ayam
Hari kedua: Mi kari
Hari ketiga: Nasi putih + lauk pauk
Hari keempat: Makaroni goreng
Hari kelima: Char kue tiaw
Hari keenam: Nasi Putih (Rumah mertua)
Hari ketujuh: Spaghetti, roti john
Hari kelapan: Mihun goreng
Hari kesembilan:  Kue tiaw goreng daging
Hari kesepuluh: Laksa Sarawak
Hari kesebelas: Sizzling yee mee (insyaallah)

Hari-hari seterusnya? Poning den nak memikirkan menu. Zepul bukan nak sangat makan nasi campur masa berbuka. Nasi campur makan masa sahur je. Apa lagi kita tak masak ye? Laksa johor, mi hailam, laksa penang, nasi goreng..blablabla...Kuih muih memang tak dan la nak buat. Yang pastinya, masih belum lagi singgah ke PARAM..ngehehehe...











Kuching Part 1

Beberapa hari sebelum puasa, aku sefamili bercuti di Kuching, Sarawak. Memang lama dah plan. Yang join sekali adalah emak, abah, Abg Shahril n kak Ila, Siti dan Aida. Tapinya kami pergi dulu iaitu pada hari Rabu, flight yang lelain plak hari Khamis. Memula risau gak, takut-takut si adik meragam naik flight sebabnya last dia naik flight masa umur 6 bulan dulu. Alhamdulillah, naik-naik flight je dibantainya tidur. Selamat aku. Bila nak sampai tu baru bangun. 

Adik kena duduk satu seat tau..lepas tuh mengamuk suh tanggalkan belt, nak dok dengan ummi.
 
Excited dah lama tak naik flight.

Flight kami delayed masa nak mendarat memandangkan cuaca di Kuching tak begitu baik, hujan lebat dan angin kencang. 3 kali flight kami berpusing di awan biru. Memula aku tak perasan, tapi Zaiful kata flight tu mengelilingi pulau yang sama 3 kali. Dekat setengah jam juga la sebelum dibenarkan mendarat. Sampai-sampai je kak Alin dah menunggu kami. Kitorang sampai dalam pukul 6.00, masa tuh Kuching dah mula gelap. Makanya kitorang terus dibawa ke rumah kak Alin di Batu Kawah. Abang Man dah standby kat rumah, masakkan nasi tomato. Pergh, layanan first class gitu. Malam memang tak ada aktiviti la, dok lepak kat rumah je. Lagipun Kuching nih, pukul 7 dah mula tutup kedai. Tak ada sangat akvititi. Melainkan pada hujung minggu, sebab ada pasar Satok yang beroperasi 24 jam.

Aiyooo..bila mau mendarat ni? 

Adik baru bangun tidur, terus jengah tingkap

Pulau nih la yang flight kami pusing 3 kali..

Aktiviti hari kedua akan bersambung nanti..ehehe

Tuesday, August 02, 2011

National Geographic

Seminggu sebelum puasa, aku ke Terengganu untuk lawatan. Since bahagian aku nih berkaitan alam sekitar, makanya lawatan pun ala-ala national geographic. Hari pertama, kami ke Santuari Penyu Ma' Daerah yang terletak di Kerteh. Agak tersorok dibelakang hutan pantai, kawasan ini merupakan kawasan perlindungan penyu. Difahamkan bahawa 2 spesies penyu yang kerap naik ke kawasan ini iaitu penyu agar dan penyu belimbing. Di sini, kami berpeluang melihat penyu menetas, penyu dilepaskan dan penyu  bertelur. Percaya tak yang untuk mendapatkan anak-anak penyu jantan atau betina, suhu memainkan peranan yang penting. Ibu penyu akan mencari kawasan teduh seperti di bawah pokok untuk mendapatkan anak-anak betina dan sekiranya penyu bertelur di kawasan terbuka, anak-anak jantan akan terhasil. Biasanya, sebaik saja penyu bertelur, telur-telur tersebut akan dibawa ke pasir penetasan bagi tujuan pengeraman. Ini bagi memastikan bahawa telur-telur penyu tidak diambil oleh orang awam untuk dijual. Melihat penyu bertelur pada pukul 10.00 malam adalah satu pengalaman yang sungguh seronok. Dengan keadaan malam yang terang akibat bulan penuh, tak payah bawak torch light dah. Dinasihatkan pada sesiapa yang berniat nak melihat penyu bertelur, janganlah pakai pakaian berwarna terang kerana ianya akan menakutkan penyu. Oh, kawasan santuari ini bukanlah dibuka kepada orang ramai sebab ekopelancongan belum menjadi aktiviti utama mereka, namun sekiranya berminat untuk mengenali penyu bolehlah membuat lawatan ke sini. Penginapan disediakan namun makanan kena beli di luar.

 Hari kedua pula, kami bergerak ke Rantau Abang untuk melawatan Santuari Penyu Rantau Abang dan Galeri Biodiversiti Akuatik. Di sini ditunjukkan segala aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan penyu. Tempat ini dibuka kepada orang awam. Selain daripada patung-patung penyu, tulang ikan paus, dugong yang diawet serta beberapa spesies hidupan akuatik dipamerkan di Galeri ini. Kalau datang ke Rantau Abang, jangan lupa singgah di sini ye..

 
 Memandangkan pad ahari ketiga merupakan cuti umum Terengganu, makanya kami telah pergi melawat ke Masjid Terapung, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Nak menghabiskan ronda TTI memang mengah. Kawasannya luas dan terdapat 22 model-model masjid serta kubu Islam di seluruh dunia. Di beberapa model masjid, terdapat teater yang memaparkan kisah tentang masjid-masjid tersebut.Harga tiket adalah RM15.00 (dewasa - warganegara) dan RM8.00 (kanak-kanak 12-7 thn).


Hari keempat pula, kami ke Pusat Pemuliharaan Tuntung Bukit Paloh yang diuruskan oleh PERHILITAN. Kawasan yang terletak berhampiran dengan Sungai Terengganu ini menjadi kawasan perlindungan bagi tuntung. Tuntung ini merupakan hidupan liar yang unik (endemik) yang mana spesiesnya hanya terdapat di Terengganu. Tuntung juga dilindungi sepenuhnya oleh PERHILITAN. Mereka yang ingin memelihara tuntung, kena dapatkan lesen dari PERHILITAN dulu. Oh, walaupun terdapat spesies yang dikenali sebagai tuntung laut, namun habitatnya adalah di sungai. Tuntung bertelur di pasir-pasir tebing sungai. Seperti penyu, tuntung juga akan bertelur dengan kuantiti yang banyak. Telurnya berbentuk lonjong (penyu bulat).


Last sekali, kami ke Santuari Gajah Sg. Ketiar. Santuari ini terletak berhampiran dengan Tasik Kenyir. Terdapat seekor gajah comel bernama Suria yang berusia 11 tahun di santuari ini. Suria akan dilatih untuk menjadi gajah denak, iaitu gajah yang digunakan untuk membawa gajah liar keluar dari hutan. Santuari ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Pada waktu petang, pelawat dibenarkan untuk menunggang Suria. Kalau nak merasai pengalaman berhadapan dengan gajah, boleh lah datang ke santuari ini selain daripada Santuari Gajah Kuala Gandah.

 
Sekian lawatan ala-ala national geographic kami.Tahun depan kena pikirlan tempat lain pula.