Wednesday, October 31, 2007

Raya oh Raya....Part 2

Seperti yang telah aku ceritakan hari tu, pagi raya ke 3 baru aku balik rumah mak di Bt. Caves. Sampai-sampai jer mmg langkah kanan betul, kat rumah tu tgh menghidangkan sarapan pagi. Makanya terus lah duduk bersila..hehehehe..Semua ada kat rumah kecuali anim yg masih beraya di Muar sambil menghabiskan sisa-sisa berpantangnya. Rehat sekejap jer kat rumah lepas tu terus keluar beraya. Plan nak pergi rumah kak long, lepas tuh rumah kak nini di Dengkil, rumah acik Janah di salak dan terus ke KLIA hantar kak Alin. Setelah lama berpisah, hari tuh kak Alin akan berjejak kasih semula dengan suaminya yg terchenta. Mesti tgh berkobar2 di dalam hati.

So, kitorg menjadikan perjalanan beraya di 3 rumah tersebut seharian hingga ke malam sebab flight kak Alin ke Sarawak pukul 10.00 malam. Dari konvoi 4 kereta dari rumah mak, sampai ke Salak terus jadi 8 kereta. Nasib baik la tak 8-8 kereta tuh hantar kak Alin ke airport. Tapi memang terasa sendat perut. Mana taknya, kat rumah kak long di jamu dengan lemang, rendang, roti puri, kari. Rumah kak Nini dijamu dengan kue tiaw ladna dgn nasi beriani. Pergi rumah acik Janah dijamu dengan mihun goreng dan nasi. Makan sikit2 jer la. Itu pun kadang2 cuit dari pinggan orang lain. Hantar kak alin ke airport, sempat la beli coklat. Tapi mmg tak ada rezeki sungguh sbb coklat tu tertinggal pula kat KFC KLIA tuh...aduhhhh...patah remuk hati nih sebab coklat tuh mahal..huwaaaa :(( Sampai ke rumah mak muncung panjang ajer. Abang dok sengeh2 pulak kat sebelah. Sakit sungguh jiwa ini.

Esoknya pulak, cadang-cadang nak beraya ke Nilai. Tapi sebelum tu kami ke Sg Choh dulu. Bukan pergi rumah Erra Fazira, tapi rumah Mak Uda. Kang nnt merajuk pulak Mak Uda. Yerlah, mak dah sampai sana raya pertama hari tu, kami yang anak-anak mak tak sampai2. Dengan menaiki satu keter yang memuatkan 3 family, kitorg pun pergilah. Pergi sana pun makan nasi jer sbb mmg Mak Uda tgh siapkan hidangan tuk makan tengahari. Tahun nih raya tak berkesempatan nak rasa sate yg Mak Uda masak.Tapi takper lah, bukan mengidam pun. Duduk sekejap, lepas tuh terus mintak diri balik. Kalau bawak mak nih, takder lah kitorg dpt balik awal. Ingatkan sampai rumah mak dah siap2 tuk ke Nilai, rupanya tak lagi sebab sepupu abah dari Labu pulak nak dtg. Plan untuk ke Nilai terpaksalah dibatalkan. Petang tuh mak ajak pergi beraya rumah Tok Teh, rumah nenek Pocah dan rumah kak Nimah. Tapi dapat pergi rumah nenek Pocah jer sebab Tok Teh dengan kak Nimah tak ada di rumah. Kiranya aku tahun nih mmg tak banyak la berjalan raya ke rumah2 saudara mara sebelah aku.

Hari Rabu tuh pulak, uruskan hal-hal di KWSP pagi tuh lepas tuh terus balik Beranang. Singgah sekejap di Bdr Rinching, beraya ke rumah tuan rumah lama kitorg. Diorg tgh sibuk kemas2 rumah sejak rumah tuh dimasuki orang masa sebelum puasa hari tuh. Duduk2 sekejap pastu trus ke rumah mak Beranang. Tuh pun tak dpt nak rehat sgt sebab bekas2 anak murid abg nak dtg pulak petang tuh. Katanya dalam 20 orang. Abang minta masakkan makaroni jer. Diorg janji pukul 4, tapi last2 sampai dah dekat2 maghrib. Lepas maghrib, terus kitorg siap2 nak ke rumah mak mertua Pejal, pastu rumah tok Bodeng dan rumah alang. Penatnya Tuhan saja yang tahu. Malam tu tidur kat Beranang, pagi esoknya pergi kerja dari Beranang. Berakhir sudah cuti raya tahun nih.

Tuesday, October 30, 2007

Setahun Sudah...

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Setahun sudah..
Kasih tersulam..
Kata terikrar..
Janji terpatri..
Moga direstui..
Meneruskan perjalanan ini..

Tuesday, October 23, 2007

Raya oh Raya....Part 1

Assalammualaikum wbt..

Seminggu dah berhari raya. Orang pun dah mula ramai masuk opis. Takder lah opis selengang minggu lepas. Tahun nih first raya aku kat rumah mertua. Ok lah. Yer lah, kat mana pun kita berada raya tetap raya kan? Cuma ada perasaan lain jer pada hari tuh. Aku balik Beranang petang Khamis tuh sebab mak kata tak ada orang nak tolong dia merendang. Kalau sikit2 tak apa lah jugak, nih sampai 13 kilo daging. Macam org nak buat kenduri. Tapi rendang mak Beranang memang agak femes, tuh kira orang tempah menempah kat emak lah tuh. Mak punya rendang 5 kilo daging jer, lepas tuh 2 ekor ayam pencen direndang dengan pucuk ubi (rendang orang minang). Hari Khamis tuh, jalan menuju ke Semenyih dah start jem. Perjalanan yang sepatutnya ambil masa tak sampai sejam, jadi 2 jam. Aku, abang dgn Acik Timah berbuka dalam kereta jer. Terasa cam jauh sgt dah kampung tuh. Hehehehe..takper, pengalaman buat abang dan Acik Timah. Lepas berbuka kat rumah baru start merendang daging2 tuh. Buat dalam 2 kawah. Sib baik bahan2 nya mak dah selesaikan awal2 cuma kena tambah lagi sikit2 jer. Tukang-tukang kacau pun ada kat rumah tuh. Kira tahun nih aku tak merasa sgt la mengacau rendang. Kalau kat rumah mak sendiri, memang kitorang bergilir2 kacau. Saja nak menyibuk2. Baru terasa suasana raya. Lgpun, dalam keadaan tgh berbadan dua nih, kirim salam jer la org nak bg aku kacau2 rendang nih. Mau kena sergah dengan abang jer nnt. Rendang ayam pencen tuh pulak kitorang masak masa hari Jumaat tuh. Dengan rebus nasi himpit, buat kuah kacang dan kuah lodeh. Sebenarnya aku teringin nak menganyam ketupat macam kat Bt.Caves tuh, tapi mak tak nak pulak (mmg takder yg boleh menganyam kat rumah Beranang tuh). So, masak lah nasi himpit segera. Malam tuh pulak ada buat takbir rumah ke rumah. Aku cuma menyibukkan diri di dapur ajer. Mmg tengah kepenatan masa tuh.

Kesayuan berhari raya mula aku rasakan pada pagi raya tuh. Sesudah aku solat subuh, hati mula terasa sayu sesangat. Air mata mulalah mengalir. Tapi cepat2 aku lap sebab tanak bagi abang nampak. Aturcara pagi raya kat Beranang memang lain dari Bt.Caves. Pagi2 raya sebelum solat raya, mamak bahar dan Acik Piah dtg anak beranak, bertakbir kat rumah tuh pastu diorg salam2 dengan nenek, makan sikit2 pastu terus pergi ke surau. Tahun nih pulak kebetulan aku dan abang jer yang beraya di Beranang. Along dgn Pejal raya kat rumah mertua masing2. Abang bgtau kalau kat Beranang takder protokol tuk bersalam. Siapa siap dulu, dia pergilah bersalam dulu dengan nenek, mak dan abah. Kalau kat Bt. Caves nih, kami dah berkumpul adik beradik baru start salam2. Pastu ikut seniority pulak tuh. Makanya selesai makan, kitorang salam2 degan nenek dulu, pastu dengan mak pastu dengan abah. Aku pun mulalah buat drama air mata. Salam nenek jer pun aku dah mula nangis. Dengan mak lagi lah laju air mata nih. Bila dengan abang, mmg dah macam air terjun dah. Dialog2 skrip drama yg aku dah plan dari seawal puasa tak terluah di pagi raya tuh sebab dok menangis jer. Pengalaman betullah. Sesudah solat raya tuh, sebelum pergi ziarah kubur,aku tepon mak dgn abah dulu. Tahun nih mohon ampun dan maaf melalui telefon ajer. Itu pun dah berjejeran air mata. Sungguh la sensitifnya hatiku ini.

Memandangkan nenek duduk dengan mak, mmg tiap2 tahun orang ramai akan dtg beraya ke rumah mak. Seawal2 sesudah solat ada yang dah dtg. Biasalah kalau duduk di kampung. Kiri kanan depan belakang semuanya sedara mara. Petang raya tuh pulak abang bawak aku pergi beraya rumah2 sedara kat belah darat (panggilan tuk org2 yg rumahnya ada di belakang rumah mak). Tapi memula tuh kitorg gi rumah mamak bahar kat lembah dulu (kawasan rumah di seberang jalan..mmg kawasannya agak terkebawah sikit). Jalan ramai2 dengan keluarga mamak bahar, Ani dgn Acik Timah. Terasa macam budak2 kampung pulak sebab kami berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah. Pergi ramai2 sampai ada yang kata kitorg nih gerabak keretapi. Berjalan pulak dengan Acik Timah, Acik Piah dan mamak bahar. Memang bising jer sepanjang jalan. Aku, Ani dengan anak2 mamak bahar jd tukang gelak.

Pagi hari raya kedua mmg tak pergi memana pun. Tunggu orang dtg ke rumah. Tghari baru kitorang siap2 nak beraya lagi. Kali nih pergi sekali dengan mak, Pejal, Azah, Ani dgn Acik Timah. Nenek pulak kitorang bawak ke lembah, duduk dgn Ateh. Kali nih pusing2 kat Kg. Dacing pulak. Cadangnya nak ke Lenggeng sekali tapi tak cukup masa. dari pukul 2.00 petang sampai 6.30 petang, kitorang beraya 10 rumah. Yerlah, beraya dgn diorg tak mcm beraya dengan mak aku. Dtg raya cukupkan syarat. Duduk dalam 15-30 minit, pastu terus gerak pergi rumah orang lain. Lagipun rumah dekat2 jer. Tapi, kalau dengan mak aku, satu rumah tuh boleh makan masa 2-3 jam (sebab banyak bersembang). Malam tuh pulak, orang dtg beraya ke rumah mak tak putus2. Dah pukul 11 malam barulah terasa lapang. Perancangan nak balik ke Gombak raya kedua secara automatik terbatal (terasa gak hati masa tuh, tapi mmg keadaan tak mengizinkan. Pasrah jer lah). Esok seawal2 pukul 8.00 pagi barulah aku dgn abg bertolak balik ke Bt.Caves. Akhirnya pulang jugak anak mak nih ke pangkuan keluarganya. Hehehe..

P/S: Tahun nih duit raya tong-tong. Hehehe..save ler ckit.. :p

Thursday, October 11, 2007

Maaf Zahir Batin....



Can feel the emptiness in this office today memandangkan ramai dah balik kg dah...oo oo oo balik kg..hati girang....

Monday, October 08, 2007

Melampaunyer...

Sementara nak menunggu kul 1 sbb mata dah ngantuk nih, wat la ckit aktiviti melampau yg memberikan keputusan yg melampau jugak..hikhikhik
tadaaaaaa.....
hehehehe..mmg melampau sungguh keputusannya..

*******************************
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN...
Tahun nih mmg tak terhantar kad-kad raya...
Isk..pagi-pagi raya nnt tak dpt nak cium tgn mak ngan abah..huhuhuhuhu..

Wednesday, October 03, 2007

KicIwA...

Anda-anda pernah kiciwa? Kompem pernah punya kan? Bebaru nih aku telah dilanda perasaan kiciwa yg teramat sgt sehingga merundumkan mood aku. Punca tak besar pun, sebab tak dpt nak memenuhi benda yg abang idam2 kan selama nih jer. Bukan tak buat, cuma kualitinya sungguh teruk, sehingga aku cukup-cukup menyampah tuk melihat. Dan aku telah membuat perangai dengan menarik muka sepanjang-panjangnya (agaknya kalo boleh tarik sampai ke lantai, mau aku seret jer muka masa tuh). Kesudahan hari itu aku tamatkan denga linangan air mata sebelum terlelap (terasa mcm dah gagal menjalankan tugas sebagai seorang isteri...). Keesokan harinya sebelum sampai ke ofis, aku minta maaf dengan abang sebab tarik muka walaupun abang cuba pujuk beberapa kali (aduh, sungguh lembut hati seorang suami..). Sungguh aku kiciwa dengan diriku ini..Ya ALLAH, bantulah aku dalam menjadi isteri yg solehah..amiin..