Segan sebanarnya nak letak nih tapi dah orang minta, aku taruk jer lah yer. Pagi tadi terajin lak nak buat makaroni bakar. Alaaa..buat yg bodo2 jer, bahan-bahan tak banyak. Sekadar apa yang ada. Kalau ikutkan kena guna cheddar dengan mozarella atau salah satu. Tapinya kat rumah tak ada keju, yang ada hanya sos keju prego. Bantai jer lah. Ehehe..buat yang ala2 boleh dimakan oleh bebudak kecik.
Makaroni bakar
1/2 bungkus (250g) makaroni
1/2 bungkus daging cincang
1 tin cendawan butang- potong nipis
sayur campur (optional)
3 ulas bawang putih- cincang
1 biji bawang besar- cincang
2 sudu besar tepung gandum
lada hitam
garam
stok ayam
4 biji telur
1 tin sos keju prego
* nak pedas lagi, campur la cili merah yang dipotong dadu.
Cara-caranya
1. Rebus makaroni dengan mencampurkan seidkit minyak atau butter. Tos dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak sedikit hingga naik bau.
3. Masukkan daging cincang dan stok ayam. Masak sehingga kering air.
4. Masukkan cendawan, sayur campur (kalau ada), lada hitam dan garam. Masak hingga kering air. *kalu nak masam2, masukkan tomato puree.
5. Campurkan daging tadi ke dalam makaroni. Campurkan tepung dan gaul sehingga sebati. Masukkan 2 sudu makan sos prego dan gaul lagi.
6. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca. Pukul telur dan tuangkan ke dalam makaroni tadi.
7. Baki sos prego dituangkan di atas makaroni dan ratakan. Kalau guna keju, taburkan di atas makaroni.
8. Bakar pada suhu 190C selama 30 minit atau sehingga keju masak.
9. Bila dah masak, tunggu sejuk baru dipotong.
Kalau nak pedas, leh la campurkan cili ke dalam makaroni atau makan makaroni tuh dengan cili sos. Bahan-bahan nih ikut selera masing-masing. Ada banyak versi makaroni bakar nih. Ada yang masam2 tomato, ada yg pedas2 sikit. Ada yang plain jer. Ada yang guna sos putih. Hehehe. Apa2 pun, janji tekak lalu nak makan. Yang aku masak nih, Zakwan suka makan. Bertambah-tambah dia tadi. Agaknya sebab tak pedas.
7 comments:
stok sos prego ada ni.. nanti nak try la.. yg gambar kat atas tu yg dah bakar ke?
stok sos prego ada ni.. nanti nak try la.. yg gambar kat atas tu yg dah bakar ke?
ya ampun...
ang guna sos prego rupanya. kita guna resepi tu kena bancuh sendiri sos nyer... mak aih patutlah cair semacam
hehe esok nak try ler :)
thanks nurul
zt: sos prefo dier takleh nak hangus. letak la baper lama pun. yg tuh dah bakar dah. sos dier nanti mcm cair tapi makaroni dier elok jer melekat :D
wan: sebab sos tuh jer yg ada kat umah. Alang2 guna jer apa yg ada. Kalo takder, memang kena buat lah sosnyer..ehehe
salam...simple tapi nampak sedap...tapi en suami tak suka benda2 gini..tu yg hilang mood nak masak.
ieda: takper ler, buat sikit utk makan sendirik jer..kot tak abis, sedekah kat jiran2 sebelah..ehehe
wahh.. nampak sedap ni. anak2 saya memang gemar pasta2 ni...
nanti nak cuba lah. ;)
Post a Comment