Saturday, October 30, 2010

Lack of knowledge?

dipetik daripada surat khabar Utusan Malaysia

Teruknya la pengetahuan am orang Malaysia nih. Walaupun bilangan sampelnya kecil (200 over 28.3 mill), tapi pada aku masih boleh dipakai keputusan ini. Ini baru soalan berkenaan dengan Malaysia. Ini semua soalan-soalan asas tentang negara Malaysia. Yang tak tahan tuh, nama lagu Malaysia pun ada yg salah jawab. Gamaknya orang tuh dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. Masa hari kajian ni dia baru sampai ke Malaysia kot. Tarikh merdeka pun ada yang salah tuh. Tiap2 tahun sambut, menjerit2 kat padang atau dataran merdeka tuh sebab apa? Saja lepas tension kot. Aiyo..sungguh sadis. Oh, responden yang dipilih ini adalah berusia diantara 15-55 tahun. Lepas tuh, yang paling teruk pengetahuan ini adalah responden yang berusia di bawah 30 tahun (aku dah lebih 30 tau). Salah siapa perkara sebegini berlaku? Fikir-fikir kan lah.

Agaknya kalo kita buat soal selidik dan tanya secara rawak pada orang ramai yang beragama Islam tentang sirah Rasulullah, entah macam mana pula keputusannya. Agak-agaknya, berapa ramai yang tahu @ masih ingat tentang kisah tentera bergajah? Pastu buat soalan basic macam siapakah ibu Rasulullah; ayah Rasulullah; datuk Rasulullah. Tanya tentang isteri pertama Rasulullah (biasanya orang ingat Rasulullah berkahwin dengan wanita yg lebih berusia daripada baginda..huhuhu). Pastu part Rasulullah kahwin ramai pun sure semua orang ingat kan?

4 comments:

Pnut said...

nak ucapkan..happy anniversary.... moga ikatan yang ada,kekal hingga akhir hayat....

Nurul said...

hehehe..mekasih kak pnut. Amiin...

shafarina said...

soalan cepumas saya

responden tu, berapa kerat je melayu??


agak racist tapi.. huhuhu

Nurul said...

wan: tak dapek lak nak jawab soklan cepumas since maklumat itu tak dinyatakan...hehehe