Wednesday, September 01, 2010

Melewati 31 Ogos, menghampiri 1 Syawal

Salam Merdeka buat rakyat Malaysia. So, semalam semua orang bercuti kan? Sempatlah aku mengemas sikit-sikit rumah di Putrajaya. Sebenarnya kemas almari perhiasan je dan almari solek. Hehehe..itupun jenuh nak siapkan sebab asik dikacau dek 2 beradik tu. Menyapu habuk bagai. Sambil tu dok mengomel kat abang nak mencari bunga. Terus terang aku katakan sebenarnya abang yang lebih dalam part-part mengemas ni. Nak dekat raya ni abang boleh lak sebut nak tukar bunga, alas meja etc. Makanya, demi menyahut seruan abang itu, aku pun meremindkan dia untuk mencari bunga baru. Destinasi kami adalah ke Nilai 3.

Bayangkan lah, dibulan puasa ke Nilai 3 dengan membawa 2 orang askar kecil dan berjalan ditengah panas terik mentari tengahari. Orang kat Nilai 3 tuh takyah nak kata lah, memang ramai. Dengan panas teriknya, lepas tuh tengok pula Along sedap menyedut air milo. Memang menduga iman sungguh la. Uisy, rasa macam nak masukkan diri dalam kategori mereka-mereka yang diharuskan berbuka je. Niat asal hanya nak cari bunga dan alas meja je. Mula-mula pergi kedai bunga. Tak banyak lak less nyer. Hanya 20% jer tapi sebab memang dah nekad kan, dapatlah rembat bunga kaler merah. Digabungkan dengan bunga daun getah kat rumah yang kaler kusam2 cream dan bunga2 halus kaler putih. Lawa dah kiranya tuh.

Keluar dari kedai bunga entah macam mana abang teruja pula melihat langsir. Terpaksalah mencari ready made punya langsir selepas membeli bunga.. . Lepas round 4-5 kedai langsir, last-last dapatlah langsir yang simple tapi comel dan murah. Maka tahun ini dengan rasminya raya kami bertemakan kaler merah. Alas meja je yang tak jumpa-jumpa. Tak larat dah nak round kedai lain. Along asyik bising ajak balik. Lepas ke Nilai 3, kami terus ke Beranang untuk menghantar 4 beg baju (baju raya, baju kerja). Tidur sekejap, lepas tu terus ke rumah Abang Long untuk makan free. Nilai 3 punya pasal, sampai 4 gelas air aku minum masa berbuka. Huhuhu..heavan je rasanya.

Dah hujung-hujung puasa ni, dah abis idea aku nak masak apa. Lagi-lagi bila cili dalam peti ais pun dah habis. Nak blend lain, rasa macam tak berbaloi sebab nanti 2 minggu nak meninggalkan rumah (alasan semata). Duduk opis pun pasang lagu raya je. Lepas tu dok kira diut nak selesaikan hutang piutang. Lepas tu dok mengira bajet untruk selepas raya pula. Alhamdulillah kerajaan bagi 500. Kalau dak, kompem lepas raya bawak bekal kuih raya pergi opis. Hehehe

5 comments:

tulip said...

wahh merah gitu..
rumah kita pun merah juga... tapi semua tahun lepas punya.. hehe

shafarina said...

sebut je, tapi hasben baut dono jek.. haha

persiapan raya = beli baju aje laaa

Nurul said...

lip: ahaha, tema rumah tahun nih aper lak?

wan: Buat dono tapi janji hulur duit, best aper...ahahah..ok ler tuh beli baju jer..save sikit duit...uhuhuh

Zakiyah Zainon said...

merah makngah...
mh aku yg suram huhu..balik ni baru nk proses balik

Nurul said...

lip: hang takpa la sbb hang tgh berpantang..ehehe...nanti nak raya haji ler baru kemas...