Monday, May 31, 2010

To Sabah..

Pemandangan dari Pulau Gaya

Outstation ke Sabah 4 hari. Meninggalkan cinta hatiku di Semenanjung. Masuk hari ke 2 aku dah banjir kat bilik hotel. Kebetulan masa ke Sabah, Zahirah tengah demam. Lagi la risau hati aku. Anyway, destinasiku adalah ke Kota Kinabalu dan Semporna. Di KK kami telah melawat Pulau Gaya dan Pulau Manukan. Serius punya cantik air laut di sana. Sejernih-jernihnya. Macam air dalam akuarium. Boleh nampak batu-batu karang dan ikan-ikan yang comel berenang-renang. Rasa macam nak bercuti-cuti sefamili di sana je. Alhamdulillah la sepanjang perjalanan ke Pulau Gaya yang mengambil masa 20 minit dari jeti di KK lancar je. Laut pun tenang. Kalau dah ke KK tak sah jika tak ke Pasar Filipina. Tapi nak bershopping sangat tak sempat la sebabnya pergi pun dah lewat petang. Pukul 7 je diorang dah nak tutup kedai. Hari ketiga kami bertolak ke Tawau dengan flight sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna. Dari Tawau ke Semporna mengambil masa 1 jam setengah. Jalannya kecil je. Kiri kanan banyak pokok kelapa sawit. Dah nak sampai ke Semporna baru nampak banyak rumah-rumah di kiri kanan jalan. Kalau tengok di Semporna, rumah banglonya sungguh-sungguh la besarnya. Serius aku terkompius antara rumah dan pejabat. Tapi rumah Shafie Apdal masih lagi rumah kayu. Di Semporna aku menginap di Dragon Inn Floating Resort. Resort kayu yang bilik airnya juga daipada kayu. Bila mandi jer, air terus mengalir keluar ke dalam laut. Pekan Semporna memang kecil. Satu yang unik di Pekan Semporna adalah mereka tiada pengangkutan awam! No bus, no taxi. Kalau orang-orang kampung nak ke pekan diorang kena menggunakan perkhidmatan kereta sapu. Di Semporna kami telah ke Taman Marin Tun Sakaran. Ada 8 pulau dalam Taman Marin ni. Kami telah ke Pulau Bohey Dulang untuk melihat Pusat Pembenihan Kima. Kima kat situ boleh mencapai sehingga 40 kg beratnya. Lepas dah tengok Kima, kami ke Pulau Sibuan. Oh, will continue later...


Jeti di Pulau Manukan

Jernih air di Pulau Manukan...

6 comments:

Penakumenulis said...

Bestnyer dpt gi pulau manukan...sian epul kene tinggal...hahahahahahahahahahahah

Nurul said...

yah, sayangkan suami tinggal-tinggalkan..ahahaha...dier lagi best kalo perginya atas tujuan bercuti. Geram-geram jer bila tengok air laut tu. Rasa macam nak terjun..huhuhu

tulip said...

wah bestny gi pulau2... kita aritu gi sabah round kk ngan labuan je..

Nurul said...

Kalo labuan best shopping ler kot kan? ehehehe..pulau2 nih memang best zt. Kalo nak join meh la tukar bahagian..ehehe

izz said...

ermm... bestnye nurul.. awal july aku nk g jenjalan ke swak.. kwn2 kata sabah lg besh dr swak.. tgok jela nnt.. ujung taun nk g sabah la plak....

Nurul said...

sarawak? ok la..which part of sarawak yg ko nak gi tuh? pada aku pun sabah lagi best lagi. Tapi sarawak ada banyak tempat yg berhampiran dgn bandar kuching yang ko leh gi.