Tuesday, April 20, 2010

Appointment dengan Pakar Mata

Pagi tadi appointment adik dengan Pakar Oftal, HKL. Sejak "orang" tu masuk bahagian kami, aku terpaksa ambil cuti untuk appointment adik. Kalau dulu ambil time off je. Malas nak bersoal jawab, Eh eh..cerita pasal orang tu pulak. Aisy..syuh..syuh..OK, so pagi-pagi kami dah sampai ke HKL. Mula-mula adik masuk ke bilik 14, untuk check rabun. Wah, optometrist kat sana sikit punya seronok bila tengok adik dah boleh melihat. Berapa kali entah dia kata "Auni dah boleh nampak". She was so excited. Sebab last appointment dulu adik memang tak fokus. Sekarang, Alhamdulillah, begitu membanggakan perkembangannya. Rabun adik pun dah bertambah baik. Ddulu 250, sekarang dah 50. Silau pun ok. Lepas adik dah mengamuk, menangis dan tidur sepanjang pemeriksaan rabun tu, kami tunggu pulak untuk berjumpa Pakar Oftal Peads. Masa tu punyalah sesak klinik mata tu. Doktor pula tak ramai masa tu. Kesian pada pesakit-pesakit yang dah tua la. Tempat duduk tak mencukupi. Kami sendiri kena berdiri lama sampai nama adik dipanggil. Dari 7.30 di klinik tu, pukul 11 lebih baru jumpa pakar. Adik sampai 2 kali tidur. Checknya 5 minit je. Dr pakar ni pun kagum dengan perkembangan adik. Katanya tak ramai budak yang ada kes seperti adik yang boleh sembuh penglihatannya dalam tempoh yang singkat. Malah pendarahan di belakang mata juga hilang dengan sendiri. Dalam hati aku rasa bangga dengan adik. Bersyukur sangat dengan rezeki ALLAh beri ini. Semoga terus sihat yer adik.

8 comments:

naja said...

tak sempat nak shium adek arini.
uwaaaa~

Nurul said...

ha..meh shium ummi dier nih..ahaha

mizz-siti said...

Alhamdulillah...sonok dengar adik dah ok..ummi nya pun mesti lega sangat kan..semoga adik terus sihat dan bujak...aminn..

~adeQ~ said...

alhamdulillah....semoga adik akan terus sihat selalu...

~adeQ~ said...

cik siti oit...teringat bujal ke...sampai jadi bujak tuh...hahaha

Nurul said...

Siti: tuh la, lega sesangat bila masuk bab mata nih. Tapi bak kata Dr, since both parent wear spectacles so anak2 ada high chances utk rabun...adoiyai..

adeq: amiin...eheh..si siti tuh dok rindu member2 opis lama tuh..

ibu 2AZ said...

salam kenal, comei ur baby..panggey adik ek..alhamdulillah, vision adik dah semakin baik ye..tingat ms i kene ari tuh..mmg nanges ssgt..sbb matakan..now alhamdulillah..

Nurul said...

ibu 2AZ: thanks for visiting my blog eh. Tuh la, memang risau sesangat. Alhamdulillah, bila dr kata dah ok baru lapang dada