Friday, March 05, 2010

Tak patut...

Haisy..tak tahulah kenapa mesti sampai sebegini? Ada semangat baru memang menggembirakan, ada semangat baru yang sungguh menyusahkan. Ada ke patut sampai pendapatan isi rumah sebulan pun nak tahu. Lain la kalau memang atas tujuan banci atau penyiasatan, tapi ini sekadar nak tahu untuk pengetahuan sendiri. Kenal pun baru sebulan, bukan rapat pun. Dah lah tu, dengan bangga pulak cerita yang dah 3 TAHUN ahli keluarga beliau tidak merasa masakan dari air tangan beliau. Mak aih, sibuk sungguh tu sampai tak sempat nak masak untuk suami dan anak-anak. Siap mengaku yang air untuk minum pun suami beli di luar. Geleng kepala aku bila mendengar. Lepas tu, mengharapkan agar kami-kami mengikut semangat mementingkan kerjaya seperti beliau. Minta maaf lah ye. Bukan kami-kami tidak mahu meningkatkan prestasi dan kemajuan kerjaya kami cumanya kami-kami semua adalah manusia yang mengutamakan keluarga. Idak la aku nak sampai laki dan anak-anak aku terpaksa makan kat luar. Baik tak payah ada isteri kalau nak macam tu. Huhuhu...Tapi apa yang pastinya, kehadiran beliau telah memberikan tekanan yang berat kepada kami-kami semua. Semua nak cepat, semua nak ubah. Sebarang alasan tidak diterima. Jangankan alasan, penjelasan dan buah fikiran pun tidak diterima. Sungguh diktator kan? Semua mengeluh tapi dalam masa yang sama beliau beruntung kerana semua kami-kami ini mendoakan agar kerjaya beliau lebih cepat berkembang. Baik kan kami?

12 comments:

tulip said...

boss baru ke?

Nurul said...

ahahaha... :D BOSS baru

~adeQ~ said...

huish...lagi ganasss bos u....

shafarina said...

48 ke atas lagi?

orang yg slalu cakap gitu, nanti bila laki tidur dgn maid ke kawen lain ke baru nak menyesal.

Nurul said...

adeq: ehehehe...sampai satu tahap kami-kami malas nak pikir lg dah..buat tak tau jer ..

wan: tuh la pasal..jgn sampai anak2 pun lg rapat ngan owner kedai makan dari ibu sendirik...

nadjwani_ein said...

ein tringat prnh dgr kt era ke hot fm. sorg bibik ni call. die ckp sal majikan ppuan dia. apa2 sume bibik. bibik ini bibik itu. smpai anak2 pn rpt dn nk tido cri bibik. pastu dj 2ckp, jgn nti bpknya nk tido pn cari bibik. hehe. trgelak bibik 2.

tulip said...

kak nurul kita doakan dia tak masuk bahagian kita.. hahaha.. bila dh tau orgnya sapa macam tak pecaya je. tu la dont judge a book by it cover kan...

Nurul said...

ein: sbb tu tanak amik bibik..eheheh..bahaya..

tulip: hehehe...dr satu segi mmg la dia bagus tapi dari satu segi lak yg kiureng...

Penakumenulis said...

Nurul, TQ for link my blog in your bloglist...:-)

nadjwani_ein said...

ehehe...btul2. bahaya kak :D

noneyloveswhite said...

hey darl..noney ade tag n bg award kt u.dun 4get to put it at ur blog keyh??=]

shafarina said...

Tag http://wss79.blogspot.com/2010/03/tag-by-wanie-all-in-ten.html