Monday, March 29, 2010

PIBG?

Pada hari Sabtu baru-baru ini, Nursery Generasi mengadakan perjumpaan ibu bapa dan guru. Bukan macam mesyuarat PIBG tau, tapi pertemuan untuk membincangkan perkembangan anak-anak di Nursery tersebut. Sungguh aku kagum dengan kesungguhan pihak pengurusan yang bersungguh-sungguh dalam mengadakan perjumpaan ini (berapa banyak sungguh la). Sebelum sampai ke dewan tu dalam kepala dok terbayangkan bagaimanalah perjumpaan tu nanti. Apalah yang akan dimaklumkan tentang Adik dan Along. Sampai-sampai saja kami jumpa teacher-teacher yang menjaga baby. Teacher bagi list perkembangan Auni Zahirah untuk kami tandakan. So, aku pun tanyalah macam mana adik di nursery. Teacher kata Auni suka buat hal sendiri. Maksudnya tak adalah main atau kacau kawan-kawannya sangat. Bila dibiar kat lantai, bukan main laju dia menyusur. Sangat suka mengejar bola (sukan adik nanti pun kejar bola.. :D). Suka pergi bahagian baby lain, lepas tu usik stokin baby, sarung tangan baby. Bila nak mandikan kena ada 2 teacher. Seorang tukang pegang, seorang tukang mandikan. So aku bagilah suggestion. Suruh letakkan adik dalam besen kecil untuk dia duduk, bagi main botol syampu. Masa tu senang nak mandikan. Teacher kata lagi, bila teacher kata pada adik "jangan" masa adik memanjat, adik akan menyahut "huh" tapi panjat tetap panjat. Hehehe...Rupa-rupanya teacher-teacher adik tak tahu yang adik pernah mengalami pendarahan otak. Serius aku ingatkan penyelia diorang dah cerita. Bila teacher-teacher dapat tahu semuanya terkejut sebab adik sungguh aktif. Alhamdulillah.

Lepas selesai di bahagian baby, kami ke teacher Along pula. Teacher Ila namanya. Teacher Ila bagi fail pada kami. Bila buka rupanya ada kertas peperiksaan Along. Kelakar pula bila tengok. Tak sangka untuk budak yang belum masuk 3 tahun pun dah ada periksa. Ada kerta BM, Matematik, Sains, BI dan Seni. Dalam banyak-banyak paper tu, seni je dapat C. Nanti aku masukkan gambar hasil seni Along. Ehehe..Anyway, Teacher Ila kata Zakwan masa mula-mula masuk so behave. Duduk diam, senyap. Sekarang ni, sekejap je diamnya. Lepas tu main kerusi, masuk bawah meja. Tapi Along tak la sampai mengusik kawan-kawannya. Bila teacher tanya, lambat nak jawab. Bila jawab, perlahan je suaranya. Sungguh berbeza kalau di rumah. Suara dia je yang dengar. Best friend Along adalah seorang pelajar perempuan. Humaira namanya. Teacher kata Humairah pun macam Along juga. Putih-putih, tak banyak cakap. Hehehe...pandai dah si Along mengurat yer? Kata teacher lagi, bila bermain dengan kawan-kawan Along akan berlari dengan laju tapi bila masa latihan sukan susah betul nak suruh lari. Silap haribulan dia akan berjalan jer. Aisy, macam mana nak sukan nih Along? Secara keseluruhannya, Zakwan bukan budak yang susah nak uruskan. Cuma biasalah budak-budak. Lama mana sangat boleh fokus dalam kelas. Nak-nak budak yang umur 3 tahun ni. Even doktor juga kata, budak-budak kecil nih paling lama boleh fokus pun 5 minit. Lepas tu mesti buat benda lain. Well, Along adalah budak yang normal. :D

Balik dari perjumpaan tu, kami ke Pameran Mamalia di Presint 15. Masuk adalah percuma ye. Cuma kena tulis nama dalam buku pelawat sebagai rekod. Ok lah pameran tu. Tengok binatang-binatang yang di awet. Siap ada rangka ikan paus lagi. Ada di satu bahagian tu, kita boleh lukis muka mengikut jenis-jenis haiwan. Haiwan-haiwan yang diawet yang terdapat di sana adalah seperti harimau, memerang, kambing gurun, rusa, monyet, badak, tapir, gajah, kelawar, rodens. Nak suruh Along bergambar dengan patung harimau sikit punya seksa. takut betul dia. Dengan binatang-binatang lain tak pula takut. Agaknya sebab selalu tengok dokumentari yang menunjukkan harimau itu ganas, makanya Along pun takutlah. Tapi memang aku perasan yang Along tak suka tengok apa-apa cerita yang agak ganas. Silap-silap dia suruh kita tukarkan channel lain. Tengok dokumentari buaya pun dia boleh jerit-jerit. Sabar jer la... Habis pusing-pusing di pameran tu, terus balik ke Bt. Caves. Jumpa Ain Mbam-mbam dan kak Ce Ah yang sudah kurus itu..ehehe

2 comments:

tulip said...

hujung tahun lepas pun nursery buat cam ni. bagus kan. at least tau perkembangan anak kat nursery.

Nurul said...

tuh ler pasal zt...memang bagus buat mcm nih...kalo nursery zakwan nih, rasanye 2 kali setahun