Wednesday, August 19, 2009

Please ALLAH..Save her (III)

Kisah Adik


Semalam appointment adik dengan doktor mata peadiatrik. Seawal pukul 9.00 pagi kami sampai (seperti yg terteera di kad appointment), pukul 12.00 tghari nama adik baru dipanggil. Alhamdulillah adik tak meragam sangat kecuali semasa matanya diperiksa. Alhamdulillah juga kerana pendarahan di belakang mata adik semakin berkurangan. Appointment seterusnya akan menyusul minggu depan. Ubat mata masih terus digunakan. Sekarang adik suka menangis lama-lama dan menjerit-jerit. Aku risau jika adik menangis kerana sakit. Aku lagi risau jika tangisan yg begitu kuat boleh menyebabkan kembali pendarahan kerana tekanan yang kuat kepada otak.


Kisah Along
Along di rumah nenek memang melasak saja. Minggu lepas along demam sebab nak tumbuh gigi lagi. Sekali nak naik gigi geraham dan gigi taringnya. Bengkak gusi sekali dengan ulser mulut. Disebabkan badan yang tidak sihat, Along menjadi mangsa bulian Ce Ah. Tapi bila Along dah sihat, dia pulak yang buli Ce Ah. Balas dendam. Sekarang Along demam balik. Harapnya biarlah demam biasa-biasa saja. Risau dengan penularan influenza H1N1 nih. Dah semakin ramai menjadi mangsa. Nauzzubillah.


Kisah Kami

Selamat Hari Jadi Walid! Tahun nih tak smpat nak sambut sama-sama memandangkan Ummi dan Adik di hospital waktu itu. Apa-apa pun, terima kasih ye walid. Insyaallah, jika adik dah sihat sepenuhnya, kita sambut birthday walid.

Thank you so much.. :D

6 comments:

shuzana said...

alhamdulillah..adik semakin sihat..semoga cepat sembuh ye..along pun dah semakin hemsem..hehe..

Azwani Shaari said...

hug n kiss utk adik.. insyaAllah didoakan semuanya selamat.. aminn

Nina said...

Ahamdulilah...semoga kedatangan Ramadan Al Mubarak nie...membawa sinar kepada kamu sekeluarga...Amin ya rabbal Al Amin..Insyallah

izza-ibu syahmi syaqira said...

salam nurul.. lama juga tk bertanya kabar esp kabar si comey zahirah.. nampak si kecit makin sihat yer.. alhamdulillah... doa aku moga dia terus sembuh dn menjalani hidup spt kanak2 lain kelak..

salam ramadhan.. hajat hati nk juga menjengok ko n anak2 tp kekangan masa tk mengizinkan.. maid aku pon balik bercuti sebulan ke indon.. lagi lah kelam kabut dibuatnya.. moga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya sepanjang umur kita kan.. amin...

tulip said...

alhamdulilah.. harap2 zahirah semakin sihat..
tuh henpon baru walid ke???

Nurul said...

Yol: Amiin ya Rab. Ya, makin lasak jugak :D

Nina: Alhamdulillah. Begitu jugalah harapan kami. Amiin.

Wani: Hug n kiss telah disampaikan kepada adik. :)

Izza:Amiin. Terima kasih izza. Jaga diri. Dah semakin dekat dengan hari tuh. Insyaallah, ada masa kita bersua lagi nnt (masa ko wat open house ke :D)

Tulip: Amiin. Hehehe..walidnyer birthday, ummi yg dapat hadiah. Hadiah dia tak sempat cari lg.