Friday, August 14, 2009

Please ALLAH..Save her (II)

Doktor Johan, Dr. Faizah dan Dr Ziati mengatakan sekiranya pendarahannya serius, kemungkinan besar adik terpaksa dibedah bagi mengeluarkan darah tersebut. Doktor juga mengatakan bahawa melihat kepada fizikal adik, jatuh atau sebarang kecederaan fizikal bukanlah punca kepada pendarahan tersebut. Ianya adalah disebabkan goncangan atau gegaran yang kuat. Hancur luluh hati kami mendengarnya. Sebelum dihantar ke HKL, adik dimasukkan darah. Pendarahan di otak menyebabkan badan adik kekurangan darah. Memang badan adik nampak pucat sangat. Kami dah tidak memikirkan risiko pemindahan darah, yang penting pada masa itu adalah nyawa adik. Akhirnya pada pukul 1.45 pagi adik dipindahkan ke HKL dengan menaiki ambulans. Di HKL adik terus dimasukkan ke ICU Peadiatrik. Pukul 4.00 pagi baru kami pulang ke rumah emak bersama Kak Alin.

Sabtu: Pukul 9 kami bertolak ke HKL. Pagi itu Dr Lee, pakar Peads menerangkan kepada kami keadaan adik. Mereka menyatakan pada masa itu adik masih lagi kritikal. Dia juga mengatakan dalam kes adik ni, repot polis kena dibuat kerana kes adik dikelaskan sebagai kes penderaan memandangkan kecederaannya bukanlah disebabkan jatuh. Berbelah bagi hati kami. Sekiranya kami tidak membuat repot, pihak hospital yang akan buat repot polis. Pihak JKM juga akan dimaklumkan mengenai hal ini dan siasatan akan dibuat terhadap penjaga serta nursery. Betapa beratnya tanggungan yang di tanggung pada waktu itu kerana kami begitu yakin pendarahan adik bukan berpunca dari pihak nursery. Petang itu, pakar neuro dating melihat keadaan adik. Mereka mengatakan terdapat ceceir di ubun-ubun adik. Cecair tersebut terpaksa disedut keluar bagi mengurangkan tekanan di kepala adik. Sehingga pukul 12.00 malam kami menunggu adik di ICU.

Ahad: Aku telah dipanggil oleh Dr. Harjeet dari SCAN Team (kumpulan doktor yang menguruskan kes penderaan kanak-kanak). Sekali lagi aku ditanya tentang hal adik. Seboleh-bolehnya aku cuba mempertahankan pihak nursery. Sekali lagi juga aku diminta untuk membuat repot polis. Pada hari ini, CT scan dijalankan ke atas adik buat kali ke -2. Dr. Azmi, Dr . Azahari dan Dr Shah dari Neuro dating melihat result scan adik. Dr Azmi menjelaskan bahawa pendarahan yang berlaku pada adik adalah dari hadapan otak kiri hingga ke belakang namun tidak begitu serius. Buat masa ini, pembedahan tidak di syorkan. Cecair di ubun-ubun adik tepaksa disedut keluar buat kali ke -2 memandangkan ubun-ubun adik masih lagi mengeras. Ubat sawan dan anti biotik diberikan kepada adik. Adik masih menggunakan bantuan penafasan. Dr Lee kata malam Sabtu mereka cuba menghentikan ubat sawan, tapi tak lama lepas tuh adik kena tarik balik walaupun tak lama. Ubat sawan terpaksa dibagi semula dengan dos yang lebih. Setiap kali melihat adik, kami tidak putus2 membisikkan kata semangat, membacakan surah2 lazim. Hanya itu yang mampu dilakukan selain dari doa dan harapan. Aku pula mula merasa rindu hendak melihat adik tersenyum, rindu hendak memangku adik, rindu hendak susukan adik. Ada masanya dik membuka sebentar matanya namun tidur kembali. Mungkin kesan dari ubat anti biotic dan ubat sawan. Pada kami itu sudah cukup membahagiakan melihat adik mula membuka mata. Malam sebelum pulang, kami lihat kaki dan tangan kanan adik membengkak. Kebetulan kak Alin ada bersama, jadi dia meminta kebenaran untuk menukarkan line ubat di kaki adik.

Isnin: Perkara pertama yang aku menarik pandangan mataku adalah line di kepala adik. Disebabkan kaki dan tangannya sudah bengkak serta kesukaran nurse serta doctor mencari urat besar di kaki dan tangan adik, maka line dimasukkan di urat kepala adik. Ketika itu ingin rasanya aku menggantikan tempat adik. Perit rasanya. Satu perkembangan adik pada masa itu adalah tube oksigendi mulut adik telah dibuka. Ini bermakna adik sudah mampu bernafas sendiri. Hari ini, doctor mata dating untuk memeriksa mata adik. Sah, pendarahan turut berlaku di belakang mata. Ini lebih mengukuhkan fakta mengenai punca pendarahan otak berlaku. Doctor Fazlina mengatakan pendarahan mata itu tidak begitu serius namun ianya mampu memberi kesan kepada pandangan mata adik. Aduh, satu lagi berita buruk buat kami.

Selasa: Sebaik saja tiba di dalam kawasan HKL, PICU telefon mengatakan adik akan ditukarkan ke Wad neurologi. Ini bermakna keadaan adik beransur stabil dan aku boleh menjaga adik 24 jam. Aku terus ke Jabatan Kaji Saraf, menantikan adik di sana. Line di kepala adik masih ada, tube yang menyalurkan susu di hidung adik juga masih ada. Aku masih belum boleh menyusukan adik. Tengahari sekali lagi doctor mata datang memeriksa mata adik. Doktor memaklumkan yang pendarahan di mata adik telah menyebabkan pandangan mata adik agak gelap buat masa ini. Patutlah setiap kali adik membuka mata, adik tak pernah memandang ke arah kami.Doktor kata sekiranya pendarahan di belakang mata bertambah selepas tempoh masa seminggu, pembedahan terpaksa dibuat utk mengeluarkan darah tersebut. Jika tidak, adik tidak boleh melihat.

Setiap hari aku berdoa agar adik bertambah sihat dan sembuh sepenuhnya. Janganlah ada kesan2 sampingan yang kekal pada adik terutamanya sawan. Alhamdulillah, setiap hari adik menunjukkan perkembangan positif. Adik sudah boleh tersenyum bila diagah. Adik sudah boleh menyusu sendiri malah adik semakin kuat menyusu. Adik juga semakin aktif. Tangan dan kaki kanan yang pada mulanya begitu lemah kini semakin kuat. CT scan dijalankan sekali lagi. Masih terdapat pendarahan namun tidak serius. Adik dibenarkan keluar hospital dan beberapa temujanji ditetapkan Sehari selepas adik balik, pagi tu aku lihat mata adik hanya memandang ke atas. Bila dipanggil hanya kelopak mata saja berkedip2 sedangkan anak matanya tidak bergerak. Air mata aku mengalir lagi. Aku panggil2 nama adik tapi tiada respon. Emak cepat2 menyapukan air di kepala air berserta selawat. Sejurus selepas itu adik seperti tersedar. Ya ALLAh, aku masih belum kuat utk menghadapinya sekali lagi. Ya Allah, semoga adik terus sembuh.

9 comments:

mizz-siti said...

Salam nurul...
Banyakkan bersabar ye Nurul..
Semoga baby zahirah sembuh seperti sedia kala...

tulip said...

kak nurul sedihnya kita baca. berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. masa nabil lembik kepala kiri pun kita dah sedih sgt2. harap2 zahirah terus sihat.

shuzana said...

nurul..syukur alhamdulillah adik dah sihat..sedih baca kronologi cite adik..ko kena byk2 bersabar ek..aku harap adik sihat2 slalu..

maahad tahfiz said...

salam nurul, setiap yg berlaku itu ada hikmahnya, bersabarlah diatas setiap dugaan yang allah berikan

nizza-abira said...

Salam nurul,
byk2 sabar ye...
kami kat sini turut doakan yg terbaik buat zahirah.

`niza,
cwgn antarabangsa
MOA`

Nurul said...

siti: amiin..sedang cuba membina kekuatan diri

tulip: Tuh la..kadang kala kita rasakan dugaan kita dah berat, tapi ada org lain yg menerima dugaan yang jauh lebih berat kan?

yol: syukur alhamdulillah. timer kasih yol

maahad:insyaallah. semoga hati ini tidak terpeson dari jalanNYA.

niza: terima kasih buat warga caw. antarabangsa. Hanya ALLAh saja yg mampu membalasnya.

Nina said...

Akak, even saya tak kenal akak...tapi saya bersimpati dengan ape terjadi...Semoga Allah beri kesihatan kepada Adik...serta kesabaran untuk Kak Nurul...aminnn..sedey saya rasakan....

izza-ibu syahmi syaqira said...

salam nurul.. moga kesihatan terus mengiringi zahirah.. teruskan berdoa yer.. InsyaAllah.. keajiaban akan berlaku.. take care.. peluk cium utk si comel zahirah..

Nurul said...

nina: terima kasih kerana memberikan kekuatan dan mendoakan adik.

izza: INSYAALLAH IZZA. takkan putus berdoa