Wednesday, September 26, 2007

Baby Fasihah...

Assalammualaikum..

Welcome to this world, baby Fasihah. Huhuhu..kelahiran lewat sehari dari tarikh jangkaan. Pagi sabtu hari tu dah terasa sakitnya. Cuma tak yakin itu sakit nak bersalin, so teruskan juga perancangan nak berjalan di Taman Tasik Titiwangsa (harap2 nnt mudah bersalin..lama dah menanti nih). Balik tuh makin sakit pulak. Memang terasa betapa tak selesanya badan masa tuh. Menjelang tengahari, sakitnya makin terasa cuma masih mampu bertahan. Petang tuh dah terasa sungguh contraction nya. Mak dgn abah balik dr nilai, baru pergi ke hospital serdang. Alhamdulillah masa tuh mak dgn abah dan ada kat rumah, kalau tak ntah apa2 lg barang yg akan tinggal sbb yg suami pun dah panik je. Ye lah, ini kan pengalaman pertama. So, dalam pukul 4 bertolak ke hospital. Badan dah berpeluh2 dah masa tuh. Nak tunggu doktor check punya lah lama. Malam tuh dalam pukul 9, doktor kata dah buka 2 cm. Tengah malam tuh, bila dah buka hingga 5cm baru di bawa masuk ke dalam labour room. Perasaan masa tuh mmg tak dapat nak digambarkan. Dengan kesakitannya lagi. Alhamdulillah, tepat 2.13 pagi pada 23.9.2007 lahirlah bayi perempuan yang comel. Hilang rasa sakit bila tgk baby tuh. Bila dah menghadapi semua keadaan ini, baru kita sedar betapa besar dan tingginya pengorbanan seorang ibu. Bertarung nyawa untuk melahirkan umat rasulullah di dunia ini. Anyway, congrats to faizal n anim kerana telah menjadi ayah dan umi kepada Nur Amna Fasihah. Semoga Fasihah menjadi anak yang solehah. Amiin.. Pas nih doakan akak pulak tau..huhuhuhu...

Namun, dalam kita bergembira dengan kelahiran cahaya mata, usah kita melupakan penderitaan mereka yang kehilangan cahaya mata mereka. Takziah buat keluarga arwah adik nurin jazlin. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Sesungguhnya roh kanak2 muslim yang belum akil baligh akan ditempatkan di syurga. Menantikan kehadiran ibu bapa mereka. Dan buat makhluk yang berhati binatang itu, nantikanlah pembalasan yg setimpal di atas perbuatannya. Andai dia terlepas dari azab dunia, azab dari ALLAH tak mungkin dapat dia lepas di akhirat kelak selagi mana dia tidak bertaubat di atas perbuatannya.

2 comments:

tulip said...

hishh baca mula2 ingatkan kak nurul yg bersalin. rupanya hanim. tahniah eh..

nurul said...

huhuhuhu...sorg lg terkompius eh.. :p akak tukang sampaikan pengalaman anim jer :p